Rise of The Greatest Heroes |...

By aimyzqz

533 55 104

Yuzuki Taiga,seorang pelajar muda yang tidak memiliki sebarang kuasa sering dipandang rendah dan dibuli menda... More

Shinjyu Academia Arc|Chapter 0:Yuzuki Taiga:Origin
Chapter 1:A Secret Power
Chapter 2:A Will and The Truth
Chapter 3:The Protector
Chapter 4: Unexpected Reunion
Chapter 5: Yuzuki's Trial
Chapter 6: Declaration Of War
Kyoto Training Arc|Chapter 7:Hero Legacies
Chapter 8:The Seventh Seat
Chapter 9:To Kyoto Trip!
Chapter 10:Surpass Our Limit
Chapter 11:Medusa
Chapter 12:Those Who Are Willing To Fight
Chapter 13:Duel Of Strength
Chapter 14:Rage On! The 9Th Pillar!
Chapter 16:The Battle Begins!
Chapter 17: Bonds
Chapter 18:Greed
Special Chapter:Shinjyu Academy High Story:Seven Mystery Tales In Shinjyu
Chapter 19:Ryuki Satoru:Origin
Chapter 20: Metamorphosis
Chapter 21:True Intention
Chapter 22:One Last Time
Chapter 23:World-Level Capabilities
Chapter 24:Yuzuki vs Musashi
Chapter 25:The Dream yet To be Dreamed.

Sport Festival Arc|Chapter 15:Matsumi's Decision

13 2 7
By aimyzqz

"Kau mesti ada buat hal lagi kan masa dekat Kyoto,betul tak..Fumiya?"

Soal Asuna kepada Fumiya dengan nada menyindir.Riak wajah Asuna yang jelas niatnya ingin mengusik Fumiya memandang tepat kearahnya membuatkan Fumiya berasa teruja.

"M-mana ada...Yuzuki lah.. selalu buat masalah dekat sana."

Balas Fumiya tergagap-gagap.

"Kau okay tak ni? Kalau berat sangat bagi aku bawak sikit buku-buku tu."

Soal Asuna sambil mendekatkan dirinya kearah Fumiya.Mukanya menjadi merah.

"Tak..tak apa,aku boleh angkat sendiri."

Balas Fumiya sambil tersengih.

"D-dekatnya dia!!"

Sedang mereka berjalan sambil ingin menghantar buku-buku yang diarahkan guru mereka,Fumiya terlihat Matsumi berdiri tidak jauh dihadapan mereka.

Kelihatan seperti Matsumi sedang berbual dengan seseorang.

"Eh tu Matsumi kan? Hoi Matsu-"

Baru sahaja Fumiya ingin memanggil namanya,Asuna menarik baju Fumiya ke dinding supaya tidak kelihatan Matsumi.

"Kenapa ni?"

Soal Fumiya dengan penuh hairan.

"Shh!..Nanti 'dia' dengar."

Bisik Asuna sambil meletakkan jarinya ke mulut menyuruh Fumiya untuk memperlahankan nada suaranya.

Mereka berdua lalu meninjau kearah Matsumi.

"Nasib baik dia tak perasan."

Bisik Asuna.

"Apa maksud kau 'dia'.."

Fumiya terkejut setelah melihat Matsumi yang sedang berbual dengan Ayumi Tatsuma, Kedudukan kedua dari Shinjyu Elit Sepuluh.

"Kenapa Matsumi bercakap dengan cik Tatsuma?"

Soal Fumiya.

"Entah lah,tapi Matsumi takkan jumpa antara pelajar terbaik tanpa sebab."

Balas Asuna.

"Saya tetap akan kalah jugak kalau sertai perlawanan.Jadi...sebab tu lah.."

Kata Matsumi sambil memandang kebawah.Riak wajahnya kelihatan seakan-akan ingin menangis.

"Kau risau pasal abang kau ke?"

Matsumi terkedu setelah mendengar soalan Ayumi.

"Tak salah kalau kalah pun,kita belajar dari kesilapan.Lebih baik gagal daripada lari dari medan perang."

Balas Ayumi sambil memegang bahu Matsumi dengan harapan ingin membangkitkan semangatnya.Matsumi hanya memandang senyuman wajah Ayumi.Matsumi menggenggam kertas di tangannya.

______________________________________

"Matsumi nak tarik diri??"

Soal Yuzuki.Mereka semua terkejut mendengar kata-kata Fumiya.

"Terima kasih dekat pendengaran Fumiya yang tajam.Matsumi memang ada niat nak tarik diri dalam pertempuran arena hari sukan nanti."

Balas Asuna.

"Dia datang jumpa Cik Tatsuma sendiri,memandangkan dia salah seorang konduktor perlawanan tu nanti."

Balas Fumiya pula.

"Tapi kenapa dia nak tarik diri??"

Soal Hachiro dengan perasaan risau.

"Entahlah..dah lama jugak dia tak balik dorm sejak habis peperiksaan."

Balas Asuna.

"Mungkin ada benda yang dah jadi sampai menganggu fikiran dia."

Kata Ryuki.

Mereka semua tidak bersuara.Masing-masing berasa risau akan keadaan Matsumi.

______________________________________

Matsumi berjalan perlahan-lahan ke rumahnya sambil membawa beg di tangannya.Semasa melalui disebuah taman di kawasan perumahannya,dia terlihat beberapa orang kanak-kanak sedang bermain bersama.

"Sekarang abang jadi!!"

Kata salah seorang kanak-kanak tersebut.

"Baiklah..abang datang!"

Matsumi memandang gelagat mereka lalu berjalan pergi.

"Aku..takkan pernah dapat peluang,untuk jadi macam diorang."

______________________________________

[Sehari yang lepas]

"Mama,papa dah balik ke??"
Soal Matsumi sambil memandang kasut tersebut.Puan Manami lalu melihat kasut tersebut.

"Ohh tak..Papa masih lagi dekat England.Mungkin bulan depan papa balik.Tu kasut Musashi,dia baru balik tengah hari tadi."
Balas Puan Manami.

Matsumi terkejut lalu terdiam seketika setelah mendengar kata-kata mamanya itu.

Malam itu mereka duduk bersama di meja menikmati makan malam.
Suasana agak senyap membuatkan Puan Manami tidak senang duduk.

"A-apa kata kita keluar beli-belah sama-sama esok?"

Soal Puan Manami ingin menimbulkan topik perbualan.Namun Matsumi tidak memberikan sebarang reaksi.

"Maaf,tapi saya sibuk.Mungkin lain kali je."

Balas Musashi lalu bangun dan beredar.

"Oh ya,lebih baik kau tarik diri je dari pertempuran tu."

Kata Musashi kepada Matsumi.Matsumi tersentak seketika.

"Orang tak berguna macam kau lah,yang akan mati dulu dalam peperangan."

Kata-kata Musashi itu menyebabkan air mata Matsumi mula mengalir.

"Musashi!"

Balas Puan Manami.

"Saya cuma cakap benda yang betul.Terimalah hakikatnya."

Musashi lalu berjalan pergi kearah biliknya.

"Memang betul apa yang Abang Musashi cakap tu."

Kata Matsumi sambil bangun pergi kearah dapur.Kelihatan Matsumi sedang mengesat air matanya.Riak wajah Puan Manami pula kelihatan resah dan risau akan keadaan anak-anaknya.

Matsumi menyandarkan diri di pintu selepas sahaja dia menutup pintu biliknya.Sementara dia mengenang kembali kata-kata Musashi itu,air matanya mula mengalir.Matsumi menangis sambil cuba mengesat air matanya sendiri.

______________________________________

Matsumi berjalan kerumah sambil memikirkan kata-kata Ayumi.

"Kalau kau masih nak tarik diri jugak,tak perlu datang masa hari kejadian."

Matsumi meletakkan tangan di wajahnya.

"Apa yang patut aku buat?"

______________________________________

[11:00 PM]

Di Dorm,Yuzuki tidak dapat tidur dengan lena oleh kerana terimbas kembali perkara-perkara yang sudah berlalu yang masih lagi segar dalam ingatannya.

"Pada mulanya ayah yang turunkan kuasa ni.Lepas tu,Daichi pula ada kuasa yang sama.Suguru pun terlibat sekali,memandangkan dia pun ada kaji selidik pasal kuasa super-semula jadi.Dua orang ahli Elit Sepuluh dah tau kuasa sebenar aku.Sekarang pula dah ada musuh.Bukan setakat abang Matsumi,tapi termasuk jugaklah dengan sesiapa yang menolak cadangan masa hari perbicaraan dulu.Nasib baiklah aku tak dibuang akademi disebabkan Senior Inasa-"

Yuzuki terkejut lantas bangun dari katilnya.Dia mula sedar akan sesuatu.

"Inasa tak pernah ada niat nak buang aku dari akademi...tapi sebaliknya,dia tarik aku untuk sertai pertubuhan Regimen.Jangan cakap yang dia tahu kuasa dan siapa aku dari awal lagi.."

Kata Yuzuki sambil memegang dagunya.Dia lalu bangun dan keluar dari biliknya.

Di bilik Asuna pula,dia sedang bersiap-siap ingin tidur.Belum sempat ingin menutup suis lampu,kedengaran ketukan di pintu biliknya.

"Siapa tu?"

Soal Asuna sambil menyikat rambutnya.

"Ini aku,Yuzuki."

Asuna terkejut lalu membuka pintu.

"A-apa..Kenapa kau tiba-tiba datang bilik aku ni? Ada apa-apa ke?"

Soal Asuna.

Yuzuki tersentak seketika apabila melihat Asuna yang sedang berdiri dihadapannya sambil memakai baju tidurnya.Rambutnya yang halus biasa kelihatan diikat kemas langsung dilepaskan.

"Hurm patutlah Fumiya tergila-gila dekat dia.."

Monolog Yuzuki sambil berasa segan.
Asuna hanya memandang Yuzuki dengan riak wajah keliru.

"Ehem... sebenarnya aku ada benda penting nak cakap."

Tidak lama selepas itu,Asuna membiarkan Yuzuki masuk kebiliknya.

"Jadi apa yang kau nak cakap?"

Soal Asuna.

"Kita semua dah sedia maklum yang pengkhianat tu tengah jadikan aku sebagai sasaran dia.Betul tak?"

Soal Yuzuki pula.

"Nampaknya macam tu lah.Tapi kenapa pulak kau tiba-tiba tanya pasal benda ni?"

"Aku pasti yang pengkhianat tu tau yang aku ada terlibat dalam pertempuran arena nanti.Apa kata aku cakap macam ni,andai kata lah kalau pengkhianat tu bukan pelajar tahun kedua atau ketiga,tapi pelajar tahun pertama.Pengkhianat tu pun boleh jadi dalam kalangan kita.Atau mungkin,kalau pendapat aku yang ni salah,mungkin salah seorang ahli Shinjyu Elit Sepuluh pun boleh jadi pengkhianat tu."

Balas Yuzuki.Riak wajahnya kelihatan serius.

"A-apa kau cakap ni Yuzuki? Maksud kau.."

Soal Asuna yang masih lagi keliru dan terkejut setelah mendengar kata-kata Yuzuki.

"Disebabkan dia masih belum ditangkap sampai hari ni,dia mesti seorang yang terlatih.Tujuan kem latihan Kyoto tu pun,untuk pisahkan aku dengan Akademi.Dalam tempoh masa tu,tak ada benda pelik pun yang jadi.Bermakna yang.."

"Takkanlah.."

Kata Asuna.

"Orang-orang yang bersama dengan aku masa dekat Kyoto,Neito Suguru,Ryoga Ishiguro,Aizawa Tatsuma,Inasa Hideyoshi dan,Daichi Hajime. Salah seorang dari diorang mungkin dalang kebakaran dulu."

"Tapi..kita tak boleh menuduh semata-mata,boleh jadi jugak diorang nak halang pengkhianat tu dari bertindak keatas kau."

Jelas Asuna.

"Betul juga.Ada kemungkinan juga yang diorang bukan pengkhianat tu."

Balas Yuzuki.

Mereka berdua diam seketika memikirkan tentang hal tersebut.Tiba-tiba sahaja idea muncul di kedua-dua pihak.

"Apa kata kita gunakan Pertempuran Arena sebagai kesempatan.."

Kata Yuzuki.

"...Untuk siasat dan dedahkan identiti sebenar pengkhianat tu."

Balas Asuna.

Mereka berdua lalu membalas senyuman diantara satu sama lain.

"Buat kali pertamanya aku setuju dengan sepupu aku.Jangan bagitau benda ni dekat orang lain."

Balas Yuzuki sambil menggaru kepalanya.

"Jangan pandang rendah dekat aku ehh kalau bandingkan dengan sepupu yang lain."

Balas Asuna sambil mengukir senyuman bangga.

______________________________________

Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba.Awal pagi lagi,dataran akademi telahpun penuh dengan pelajar-pelajar yang sedang bersiap-siap ingin merasmikan gerai mereka.Tepat sahaja jam 8 Pagi,acara sukan langsung bermula selepas ucapan perasmian Festival Sukan oleh direktor Akademi,Yoichiro Taiga.

Pelbagai acara sukan seperti lumba melintas halangan dijalankan.Pertempuran Arena akhirnya bermula pada jam 9:30 Pagi.
Ramai pelajar yang sudah menempah tiket memasuki pintu masuk stadium.

"Weh..aku taktau pulak yang kita akan lawan dekat sini.."

Kata Yuzuki dengan perasaan terkejut setelah melihat lokasi pertempuran arena diadakan.

"Stadium Gamma,arena khas untuk pertempuran arena.Biasanya kita boleh guna jugak stadium ni kalau kelas P.E selain dari hari sukan."

Balas Hachiro.

Mereka yang sertai langsung memasuki stadium dan menunggu di bilik menunggu.

Pertempuran ini juga disiarkan di televisyen di seluruh Jepun.Para wira pro juga turut hadir menyaksikan pertempuran sebagai penonton.

"Pagi yang ceria Haruto!! Sangat sesuai untuk kita teruskan acara kita.Acara ini merupakan acara yang paling ditunggu-tunggu bukan sahaja para pelajar,akan tetapi telah menarik perhatian para wira pro juga."

"Nampak seperti kita akan mulakan acara ini sekarang.Saya Haruto Nakamura."

"Dan saya Sumire Saito.Kami adalah pengulas bagi Pertempuran Arena Festival Sukan bagi Tahun ini!"

Kedengaran bunyi sorakkan dan tepukan tangan di seluruh stadium.

"Baiklah saya akan umumkan pertempuran pertama untuk hari ini."

Kata pengulas Sumire.

"Buat yang terbaik Naoh!"

Kata Yuzuki kepada Naoh.

Mereka semua memberikan kata-kata semangat kepada Naoh.Naoh hanya membalas dengan senyuman.

Sementara mereka semua menunggu pusingan seterusnya,para peserta menunggu di bangku penonton di stadium tersebut.

"Matsumi belum sampai lagi ke?"

Soal Fumiya.

"Dah lambat ni,jangan cakap yang dia tarik diri!?"

Soal Hachiro.Mereka semua tersentak setelah mendengar kata-kata Hachiro.Yuzuki langsung bangun dari tempat duduknya.

"Yuzuki..."

Kata Hachiro.

"Aku pergi cari dia.Rumah dia takdelah jauh sangat dari akademi kan."

Balas Yuzuki.

"Tapi.."

Kata Asuna.

"Nampak seperti pusingan pertama ni akan jadi hangat,Cik Saito.Pusingan pertama, pertempuran dari kedua-dua ahli Shinjyu Elit Sepuluh,Kedudukan ketujuh,Fallen Hero,Daichi Hajime!"

Daichi berjalan keluar dan menuju ke tengah gelanggang stadium.Gambar dan namanya juga terpapar di skrin besar di sekeliling Stadium Gamma.

"Manakala pesaingnya pula,baru sahaja dipilih mengambil kedudukan kesepuluh.Pelajar tahun pertama,Naoh Fudo!"

Naoh berjalan menuju ke tengah gelanggang dan menghadapi Daichi.

"Ini pula pusingan yang seterusnya."

Semua nama peserta dipaparkan di skrin besar.

"Tengok tu! Giliran kau la lepas ni!"

Kata Hachiro sambil menuding jari kearah skrin besar tersebut.Malangnya,Yuzuki terus berlari keluar sebelum sempat Hachiro memandang kearahnya.

"Habislahhh.."

Kata Fumiya dengan berasa hampa sambil menutup mukanya dengan tangan.

Maka,pertempuran diantara Daichi dan Naoh pun bermula sebaik sahaja pengadil mengumumkan perlawanan telah bermula.

______________________________________

Yuzuki berlari terus kearah Dorm.Dorm mereka tidak lauh jaraknya dari Stadium.Namun mengambil masa beberapa minit untuk tiba ke Dorm.Bila-bila masa sahaja pusingan pertama akan tamat.
Yuzuki hanya mampu berdoa agar pertempuran Daichi dan Naoh berlangsung dengan lebih lama sebelum gilirannya.

Yuzuki lalu memasuki dorm lantas berlari ketingkat atas.Dimana bilik Matsumi berada.
Sebaik sahaja tiba,dalam keadaan tercungap-cungap Yuzuki mengetuk pintu bilik Matsumi sambil memanggil namanya.

"Matsumi...aku tau yang kau masih terasa dengan apa yang abang kau dah buat.Tapi tolong lah...dengar dulu apa yang aku nak cakap."

Matsumi sedang duduk berpeluk tubuh sambil menyandarkan dirinya di sebalik pintu, betul-betul di hadapan Yuzuki.
Tidak lama selepas itu,Matsumi bersuara.

"Selama ni,orang selalu pandang serong dekat aku.Selalu gelar diri aku lemah.Sampai kan abang sendiri pun cakap benda yang sama.Aku tak pernah ada peluang melindungi seseorang disebabkan tu.Asyik aku je yang selalu dilindungi.Kau pula datang,cuba untuk lindungi aku masa hari perbicaraan hari.Sepatutnya,...aku yang tolong kau."

Suara Matsumi mula kedengaran teresak-esak.Membuktikan bahawa tangisan air mata Matsumi sudah pun mengalir.

"Hey...aku tau kau kuat.Aku kan dah lama kenal kau.Abang kau mungkin ada sebab dia layan kau macam tu.Dia pun mungkin ada sebab nak buang aku dari akademi.Maksud aku,pasal kes haritu,ada jugak orang yang takkan biarkan macam tu je.Termasuklah Musashi.Jangan fikirkan pasal semua tu.Fokus,ikut kata hati kau."

Balas Yuzuki.

Matsumi langsung tersedar setelah mendengar kata-kata Yuzuki.

"Kata hati?...apa yang aku nak?"

Tidak lama selepas itu,Yuzuki langsung bangun dan mula berjalan pergi dari bilik Matsumi.Mukanya kelihatan hampa.
Tiba-tiba sahaja,pintu biliknya terbuka.Matsumi keluar sambil mengesat matanya.Yuzuki menoleh kebelakang lalu tersenyum.

"Jadi,apa pilihan kau...Matsumi?"

Soal Yuzuki.

"Dah tentulah..Untuk buktikan yang aku bukannya lemah."

Monolog Matsumi.Semangat yang membara dapat dilihat dari mata Matsumi.

Mereka langsung bergegas keluar dari Dorm dan menuju kearah Stadium.

"Masih sempat ke ni??"

Soal Matsumi.

"Entahlah...aku pun taktahu lawan aku siapa lepas ni."

Jawab Yuzuki.

"Harap aku dapat sampai tepat pada masa."

______________________________________

Pertarungan antara Daichi dan Naoh masih lagi belum mencapai klimaks.

"Boleh tahan,budak baru."
Kata Daichi sambil menyerang Naoh dengan tendangannya.

Naoh mengelak lalu cuba untuk membuat serangan balas.

##
Naoh Fudo
Kuasa,Bayang gelap.Kuasa bayang gelap membolehkan Naoh untuk memanipulasi bayang mahupun kegelapan.Naoh menggunakan teknik ini dengan menghasilkan sebilangan bayang berbentuk seperti tangan yang bersaiz besar untuk bertempur jarak jauh.Naoh juga boleh menghasilkan bentuk bayang menyerupai lembing untuk bertempur dengan pihak lawan jarak dekat.Namun,kelemahannya adalah apabila berdepan dengan lawan yang bersifat cahaya atau pertempur jarak dekat.Dimana badannya lebih terdedah untuk menerima serangan musuh yang menggunakan teknik pertempuran jarak dekat.
##

"Hajime ada banyak kelebihan dalam pertarungan ni.Dia mungkin akan habiskan perlawanan dengan mengeluarkan Naoh dari gelanggang."

Kata Hachiro.

"Pertempuran akan habis bila-bila masa.Yuzuki pulak masih belum sampai lagi."

Kata Fumiya pula.

Mereka mula berasa risau dan memikirkan tentang Yuzuki dan Matsumi.

Sementara itu,pihak lawan Yuzuki untuk pertempuran seterusnya sudahpun menunggu di bilik menunggu.

"Hari yang dinanti-nantikan dah pun tiba,Yuzuki Taiga."

Daichi melancarkan serangan lagi sekali kearah Naoh.

"Tak guna—"

Serangan Daichi yang terlalu pantas itu menyebabkan Naoh tidak sempat untuk mengelak.Tendangan Daichi terkena tepat di perut Naoh.

"Dalam kebanyakan ahli Shinjyu Elit Sepuluh yang lain,dia ni memang betul-betul berbeza.Memang betul lah apa yang si penipu  tu cakap dulu."


"Dia pernah mencabar kedudukan ketujuh dan kelima masa tu.Musashi Wakiya dan Inasa Hideyoshi.Aku harap korang tak pandang rendah dengan dia lah ye.
Kekuatan Daichi hampir setaraf dengan Inasa.Tak,rasanya dia jauh lagi kuat.Dia mesti akan menang kalau badan dia sihat."

"Kalau betul lah,bermakna yang...aku tengah berdepan dengan 'bayang kedudukan pertama' sendiri."

Daichi berjalan perlahan-lahan kearah Naoh.

"Ternyata,ingatkan pertempuran ni akan jadi lebih susah dari apa aku bayangkan.Sertai sepuluh pelajar elit pada tahun pertama agak menakjubkan.Nampaknya aku boleh iktiraf yang kau ni bukan orang biasa."

Kata Daichi.

"Dipuji oleh salah seorang pelajar yang paling digeruni,aku sangat berbesar hati."

Balas Naoh dengan senyuman.Kedua-dua mereka kelihatan bersemangat.

"Nampaknya Fudo masih lagi mampu berdiri selepas menerima serangan pantas oleh Hajime.Lihat daripada reaksi mereka berdua sudah jelas yang mereka betul-betul nikmati pertempuran ini."
Kata Pengulas pertempuran, Haruto Nakamura.

"Perlawanan pertama dah pun sebegitu hangat.Tak sabar nak tunggu perlawanan seterusnya!"
Kata Sumire.

Jauh di tepi Stadium,Musashi berdiri sambil melihat pertempuran mereka.Dia melihat kearah skrin besar stadium.Terpapar nama dan gambar Yuzuki serta pihak lawannya untuk perlawanan seterusnya.

"Cis."

Musashi lalu berjalan pergi.

"Kalau kau kalah pusingan kedua nanti.Itu bermakna aku tak perlu lah nak kotorkan tangan sendiri."

Monolog Musashi.

Pada masa yang sama,Hanzo menyaksikan perlawanan tersebut di bilik ruangan menunggu.

"Kau takkan ada peluang menentang Daichi.Keputusan perlawanan dah pun ditentukan,menyerah jelah,Fudo."

Kata Hanzo lalu ketawa sinis.

Secara tiba-tiba,kedengaran bunyi seperti hentakan yang kuat dari arah gelanggang.Kedua-dua Musashi dan Hanzo terkejut.Musashi lalu berpatah balik ingin melihat apa yang berlaku.

Debu-debu bertiup ke udara hampir menutupi seluruh Stadium.

"Apa yang dah jadi??"

Soal Fumiya sambil menutup matanya.

"Aku tak nampak,serangan apa tu sebenarnya??"

Balas Hachiro.

Semua Penonton kelihatan terkejut akan kejadian yang sedang berlaku.

Sebaik sahaja debu-debu itu mula hilang.Kelihatan Daichi yang masih lagi berdiri.Namun,terdapat kesan calar di kedua-dua belah tangan serta mukanya.Riak wajahnya juga kelihatan terkejut.

"Apa yang dah berlaku ni?? Macam mana dengan budak yang lawan dia?"

Soal Musashi dengan perasaan terkejut dan sukar mempercayai apa yang dilihatnya.

Sebuah kepompong hitam yang besar berada dihadapan Daichi.Kepompong tersebut lalu terbuka.Kelihatan Naoh yang berada di dalamnya.Berbanding dengan Daichi,tiada sebarang kecedaraan mahupun kesan calar di mana-mana bahagian badan Naoh.Ketika itu,Naoh juga kelihatan seperti terkejut.

"Macam mana dia dapat halang serangan sekelip mata macam tu?"

Daichi bermonolog sambil memandang kearah Naoh.

"Tak,dari reaksi dia tu...dia pun macam tak percaya yang dia dapat halang serangan aku.Jadi maksudnya dia dapat halang serangan aku tanpa dia sendiri sedar."

"Dari segi pertarungan memang dah jelas,aku takkan dapat apa-apa peluang nak jatuhkan dia.Cuma ada satu jalan terakhir.."

Monolog Naoh.

Naoh sepertinya sedang bersedia untuk menghadapi serangan Daichi namun sayangnya,belum sempat Naoh memberikan reaksi,Daichi muncul dihadapannya dengan sekelip mata.

"Huh?"

Daichi lalu menendang Naoh sehingga diri terpelanting.Hampir sahaja keluar dari gelanggang,Naoh menggunakan kuasa bayangnya untuk menghentikan impak dari serangan Daichi.

Kedua-dua mereka cuba untuk menamatkan perlawanan.

"Cih..Rasakan!"

Beberapa tangan bayang dilepaskan kearah Daichi.Daichi mengelak serangan tersebut.Namun,pergerakkannya semakin lambat berbanding sebelum ni.Membuatkan Naoh berjaya menangkap Daichi.

"Apa yang—"

"HIYAAAGHHH!!"

Naoh mengawal tangan-tangan bayang yang sudah menangkap kedudukan ketujuh tersebut lalu melemparnya keluar dari gelanggang.

Semua orang terkejut melihat kejadian tersebut.Termasuklah para wira professional.Daichi pula dalam keadaan terduduk di luar gelanggang tersengih lalu mengangkat kedua-dua belah tangannya.

"Macam tak percaya..Pemenang bagi pertempuran arena pertama ialah..Naoh Fudo!"

Haruto mengumumkan pemenang.

Naoh terus terduduk dalam keadaan tercungap-cungap.

Pertempuran tersebut telahpun diberi perhatian sepenuhnya oleh Wira pro.

"Boleh tahan juga budak tu."

"Mungkin saya akan menawarkan dia tempat di agensi saya.Pemuda yang bergaya."

Sorakkan dari penonton kedengaran di seluruh stadium.Pada masa yang sama,Daichi berjalan kearahnya.

"Kau sememangnya orang yang luar biasa, kedudukan kesepuluh."

Kata Daichi sambil menghulurkan tangannya.Naoh lalu tersenyum dan menyambut tangan Daichi.

"Panggil je Naoh.Aku sangat berbesar hati."

Rakan-rakan Naoh turut gembira kerana Naoh berjaya ke pusingan seterusnya.

"Mantaplah Naoh!!"
Jerit Fumiya.

"Pertempuran yang betul-betul buatkan aku tak senang duduk."

Balas Hachiro.

"Yuzuki belum sampai lagi,kejap lagi giliran dia bukan?"

Soal Miyuki.

Mereka lalu terdiam sebentar.Ryuki pula bangun dari tempat duduknya.

"Kau nak pergi mana Ryuki?"

Soal Fumiya.

"Maaf lah,aku ada benda nak dibuat."

Balas Ryuki lalu berjalan pergi meninggalkan mereka.

Sementara itu,Hanzo pula kelihatan tidak berpuas hati dengan keputusan perlawanan tersebut.

"Tak guna.."

Kata Hanzo.

______________________________________

Ryuki berjalan di koridor Stadium.

"Lupakan semuanya,fokus...tak ada jalan mudah kalau nak jadi kuat,Bangun!"

Ryuki terimbas kembali kata-kata ayahnya ketika dia masih kecil.

Secara kebetulan pula,dia bertemu dengan ayahnya,Kenji Satoru.Juga antara Wira pro yang paling terkenal.Berada dikedudukan kedua teratas dalam carta wira.Dengan gelaran nama wira,Blizard.

"Dengar-dengar yang kamu dah jumpa dengan anak Taiga?"

Ryuki tidak memberikan apa-apa reaksi lalu bertentangan dengannya.

"Tak perlu nak ingatkan saya,saya tahu apa yang saya nak buat.Lagipun,saya akan menang,tanpa guna kuasa ayah."

Balas Ryuki.

Kenji hanya melihat anaknya berjalan pergi.Suasana menjadi suram disebabkan interaksi anak-beranak itu.

______________________________________

"Sekarang,sudah masanya kita umumkan pertempuran kedua!"
Kata Sumire.

"Pertempuran yang ini pastinya akan lebih menarik dari sebelum ini,pertembungan dua pelajar tahun pertama generasi ke-92.Biar saya berikan butiran perlawanan.Dari sayap kanan,seorang pelajar perempuan,beliau merupakan anak sulung dari salah satu keluarga bangsawan di Tokyo.Emiko Chiaki!"

Kata Haruto.

Emiko lalu berjalan keluar ke gelanggang.Asuna lalu terkejut.

"Ehh dia tu pelajar baru kelas 1K!"

Kata Asuna.

Hachiro,Fumiya dan yang lain terkejut.

"Chiaki juga merupakan rakan sekelas saya tapi kita takkan cakap tentang itu.Untuk sayap kiri pula! Pelajar yang dikatakan kekuatannya hampir setaraf untuk menyertai Sepuluh Elit Shinjyu.Dia juga merupakan ahli rekrut baru anggota Regimen.Dari Regimen,Yuzuki Taiga."

Kata Sumire.

"Cik Saito,Apakah pandangan awak tentang kes Yuzuki semasa kebakaran di makmal dahulu? Dia juga pernah dibicarakan tentang hal tersebut.Kalaulah saya ada di tempat dia pada masa itu,mesti saya dah menggigil ketakutan disebabkan kena menghadapi Shinjyu Elit Sepuluh tu."

Soal Haruto kepada Sumire.

"Sejujurnya tindakan dia itulah yang menyebabkan ada dikalangan wira pro yang menunjukkan sikap berminat terhadapnya.Ada jugak yang sebaliknya dan memandang dia sebagai ancaman.Mungkin hari ini kita akan tengok,kebolehan pelajar ini."

Balas Sumire.

"Tak guna kau Taiga!! Nasib baik dia tak tanya pasal hubungan aku dengan kau..Taiga bodoh!"

Monolog Sumire terhadap Yuzuki.Dia lalu membayangkan situasi di mana Yuzuki ditemu-ramah.

______________________________________

"Betulkah yang awak dan Saito tinggal di kejiranan yang sama? Betul ke rumah awak bersebelahan je??"

Taiga datang dan menjawab:

"Ehehe dia memang jiran saya,saya selalu dengar dia menyanyi dan memasang radio kuat sehinggakan boleh didengari di bilik saya ehehe."

Balas Taiga dengan senyuman 'murni'.Pada ketika itu,Yuzuki sudahpun mendedahkan rahsia Sumire yang sepatutnya tidak diketahui orang lain selain orang yang rapat dengannya.

_____________________________________

"Grr geramnya...."

Pen yang dipegang oleh Sumire digenggam kuat sehingga patah.Haruto terkejut melihat reaksi Sumire yang sedang menahan kemarahannya.Muka nya kelihatan merah.

"Heyy..awak okay?"

Soal Haruto sambil tersengih-sengih.

Penonton masih lagi menunggu ketibaan Yuzuki.Namun tiada kelibat batang hidungnya muncul.

"Dia tak hadir pertempuran ke?"

"Mungkin dia tak sihat"

"Atau dah berhenti sekolah sejak kejadian tu?"

Pelbagai reaksi ditunjukkan oleh Penonton termasuklah wira pro.

Emiko menunggu keseorangan di gelanggang.Manakala pengadil masih lagi sedang bercakap melalui fon telinga tanpa wayar.

Rakan-rakannya mula kelihatan risau.Musashi pula menunjukkan riak wajah gembira lalu mengukir senyuman sinis di wajahnya.

"Nampaknya Taiga masih lagi tak munculkan diri.Adakah dia tidak berani untuk bertempur lalu menarik diri?"

Kata Haruto.

Inasa,Neito,Aizawa serta Ryoga juga memerhatikan keadaan dari bilik VIP.

"Jika Yuzuki Taiga tidak munculkan diri adakah Emiko Chiaki akan jadi pemenang tanpa bertanding? Keputusan terlatak pada pengadil."

Kata Sumire.

Pengadil perlawanan yang juga merupakan wira pro berjalan masuk ke gelanggang.Wira pro,Diamond Head.

"Oleh kerana Yuzuki Taiga tidak hadir kan diri,maka pertempuran dianggap dibatalkan."

"Tak...Yuzuki.."
Kata Hachiro.

"Mana kau ni,Yuzuki..."

Kata Fumiya pula.

Mereka semua kelihatan gelisah.

"Maka dengan itu,penyertaan Yuzuki Taiga dibatalkan,Emiko Chiaki dianggap menang pertemp—"

"TUNGGU!!!"

Belum sempat menghabisi ayatnya,kedengaran suara daripada sayap kiri gelanggang.

Penonton terus memandang kearah sayap kiri.Yuzuki berlari keluar kearah gelanggang.

"Pelajar tahun pertama! Yuzuki Taiga,disini!"

Dengan keadaan tercungap-cungap, Yuzuki kelihatan lega kerana sempat tiba pada masanya

Rakan-rakannya kelihatan gembira.Sorakkan penonton mula kedengaran.Sebaliknya bagi Musashi,dia kelihatan tidak berpuas hati.

"Buat hal lah kau Yuzuki."

Kata Fumiya sambil menghembus nafas lega.

"Nampaknya,Yuzuki Taiga akhirnya muncul pada saat akhir!"

Kata Haruto.

"Kamu pasti nak teruskan,taknak rehat dulu?"

Soal Wira pro Diamond Head selaku pengadil perlawanan.

"..T-tak apa,teruskan je..."

Balas Yuzuki.Diamond Head lalu mengangguk.

"Memandangkan Yuzuki Taiga tiba tepat pada masanya,perlawanan kedua masih diteruskan!"

Penonton lalu bersorak.

"Akhirnya kita berjumpa,Yuzuki Taiga."

Kata Emiko.Yuzuki lalu memandang kearahnya lalu terus menunjukkan riak wajah tertanya-tanya.

"S-siapa?"

Soal Yuzuki.Manakala Emiko hanya menampilkan senyuman.



______________________________________

To be continued..

Next Chapter:Chapter 16:The Battle Begins!

Yuzuki akhirnya berhadapan dengan Emiko.Kuasa Emiko menyebabkan Yuzuki menghadapi kesukaran untuk menyerangnya.Sementara itu,Ryuki bertembung dengan Musashi di koridor Stadium.

Continue Reading

You'll Also Like

227K 8.6K 65
𝐇𝐈𝐋𝐌𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐀𝐀𝐂 𝐍𝐈𝐂𝐊 & 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐍𝐔𝐑 𝐀𝐌𝐈𝐑𝐀𝐒𝐇 𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 "𝕎𝕚𝕝𝕝 𝕒𝕝𝕨𝕒𝕪𝕤 𝕓𝕖 𝕪𝕠𝕦𝕣 𝕡𝕣𝕠𝕥𝕖𝕔𝕥𝕚𝕠𝕟, 𝕄𝕣𝕤 ℕ𝕚...
1.2M 55.6K 76
𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 | 𝐇𝐌 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...
1.2M 61K 132
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu...