His Eternal Love

Od irenicmia

5.5M 301K 77.1K

[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shoppin... Více

₊❏❜⛓⋮I N A R A ⌒⌒
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Epilog
irenics
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3
Special Chapter 4

Bab 37

80.4K 4K 1.1K
Od irenicmia

JAM di telefon bimbitnya dikerling menunjukkan pukul 4.30 pagi. Masih terlalu awal. Adrian menilik wajah isterinya yang masih nyenyak tidur berbantalkan dadanya.

"Love.." Panggilnya perlahan.

"Hmm?" Pelukan dipinggang Adrian dieratkan lagi manakala mata masih tidak dibuka.

"Mind to tell me what happened that night?" Tanya Adrian lalu Inara mengangguk.

"I don't know. Yang I tahu, dia pukul I lepastu I memang dah tak sedarkan diri. Bila sedar tu I dah dalam keadaan tak terurus that's why I assume bukan-bukan. Dan masa tu juga you datang.."

Adrian menganggukkan kepalanya, "Now come and hug me."

"You're my hero.." Tubuh Adrian dipeluk erat.

"Nasib baik Shah datang bagi penumbuk tau petang tu. Kalau tak, sampai sekarang pun I tak akan sedar silap I." Kening Inara berkerut lalu wajah Adrian dipandang.

"Shah tumbuk?"

"Ya, berbaloi jugalah kena penumbuk besi Shah tu. Sekarang kita dah kahwin." Hidung mancung Inara dicuit lalu dia tersenyum bahagia.

"Aww kiranya Shah lah hero sebenarnya?" Sengaja ingin mengusik lelaki disebelahnya itu. Adrian mencebikkan bibir.

"Ah tak ada." Adrian bangun dari pembaringannya tadi lalu bersandar di bahu katil.

"Sayang..."

"Hmm?" Tangannya masih memeluk erat pinggang Adrian. Kepala didongakkan memandang wajah kacak si suami.

"Esok pakai lagi." Berkerut kening Inara. Pakai apa?

"Baju semalam. I suka.." Mata bundar milik Inara terus membulat. Perut berketak Adrian itu dicubit lalu terus tubuh tegap itu ditolak menjauhinya.

Adrian ketawa perlahan apabila melihat wajah merah Inara. Tahu malu haa. Goda orang semalam tak malu pula?

"You ni kan!"

Nak pakai lagi apa nya?! Dah koyak dah pun!





"Hi Kak Laila! Abang Fatah mana, tak cuti ke?" Tegur Inara kepada Laila yang sedang sibuk menyiram tanaman dihadapan rumahnya.

"Eh, Nara! Terkejut akak! Abang Fatah pergi pergi pasar sekejap. Nara nak pergi mana bersiap cantik-cantik ni?" Kerjanya tadi ditangguhkan lalu tumpuan diberikan sepenuhnya kepada Inara dihadapannya.

"Oh. Nara nak pergi hospital sekejap. Mummy jatuh tandas."

"Allahuakbar, habistu Puan Sri okay tak tu?" Terkejut dibuatnya.

"Okay je cuma tangan je lah yang terseliuh sikit. Esok lusa dah boleh discharge dah tu.."

"Alhamdulillah, nasib baik tak ada apa-apa teruk yang jadi. Tergelincir dekat tandas ni bahaya betul."

"Itu lah akak. Adrian dah siap tu, Nara pergi dulu, ye?" Pamit Inara lalu dia berjalan ke arah Adrian yang sedang mengunci pintu rumah.

"Jom." Pintu kereta sebelah penumpang di hadapan dibuka untuk isteri.

"Abang Fatah pergi mana? Kereta dia tak ada pun kat depan tu." Tanya Adrian sambil memandu.

"Abang Fatah pergi pasar beli ikan." Adrian menganggukkan kepala dan kembali fokus dalam pemanduannya.

"Sayang, boleh tak kita singgah kedai bunga sekejap?" Setelah lama berdiam akhirnya Inara bersuara.

Sebelah tangan Adrian dicapai dan digenggam kemas. Adrian tersenyum lebar suka apabila Inara menggenggam tangannya.

"I nak beli bunga untuk mummy.."

Adrian menganggukkan kepala lalu jari-jemari runcing Inara dikucup banyak kali.

"Sayang.."

"Hmm?" Jawab Adrian sambil tangannya fokus memegang stereng manakala sebelah lagi menggenggam jemari Inara.

"Kedai bunga dah terlepas." Kata Inara diakhiri dengan ketawa besar. Adrian membulatkan mata lalu cermin disisinya dikerling dengan ekor mata. Ini semua salah Inara! Kan dia sudah terleka.

"Sayang punya pasal lah ni.." Pusingan U dibuat oleh Adrian lalu kereta dihentikan betul-betul dihadapan kedai bunga tersebut.

"Tunggu kat sini, tau?" Adrian mengangguk lalu dia menghantar pemergian Inara dengan ekor mata. Dadanya dipegang.. Fuh! Damagenya gak ada obat!

Muka beku, tapi dalam hati ada taman dan dalam taman tu pula ada Inara..

Beberapa minit kemudian, Inara muncul dengan sejambak bunga mawar yang berwarna merah. Semerbak bau yang memenuhi ruang kereta.

"Cantik tak?" Tanya Inara kepada Adrian yang sedang tersenyum memandangnya.

"Cantik.." Mata Adrian masih melekap di wajahnya. Inara mencebikkan bibir.

"Tengok bunga yang mana satu? Ni ke.." Telunjuknya dituju ke arah sejambak bunga mawar ditangannya.

"'Ni?" Jari telunjuknya dituju ke wajahnya.

"Isn't it obvious? You're my flower.."

"Eee romeo sangat!"




MASUK sahaja ke dalam wad yang menempatkan Puan Sri Frida, terus Inara mencium tangan kedua orang tuanya. Mata dikerling ke arah sofa. Haih! Mana-mana pun Firdaus ada..

Boleh pula dia tidur terbongkang atas sofa hospital tu?

Sejambak bunga mawar yang berada di pegangan Adrian kini sudah bertukar tangan.

"Nara bawak flowers untuk mummy.." Kata Inara teruja sambil menghulurkan bunga tersebut kepada mummynya. Dia tahu Puan Sri Frida amat menyukai bunga. Buktinya, halaman rumah mereka dipenuhi dengan bermacam-macam jenis bunga.

"Aww red roses. Thanks, honey.." Teruja pula bila dapat bunga, terus dia menghidu bau bunga mawar tersebut.

"Macam mana boleh jatuh ni, mummy?" Adrian bertanya risau.

"Tak ada apa pun. Mummy pening sikit je tak cukup rehat.."

"Itulah orang dah kata. Kalau rasa pening, berehat.. Ini tak, dah tahu pening masih nak bergerak lepastu kaki mula lah tersadung semua benda.." Bebel Tan Sri Irshad kepada isterinya. Bila bini dia dah sakit, sekarang dia pula yang ambil alih tugas membebel.

"Mana saya tahu saya nak jatuh masa tu. Kalau saya tahu, dah lama saya berehat.." Jawab Puan Sri Frida.

"Takkan nak tunggu jatuh baru nak berehat. Kita ni bukannya muda lagi pun, berjalan tu hati-hati sikit tengok depan.." Sambung Tan Sri Irshad masih tidak puas hati dengan karenah bininya.

Terkebil-kebil pula Inara dan Adrian apabila berada di tengah-tengah pergaduhan itu.

"Abang memang macamtu! Kalau zaman muda dulu waktu saya tersepak batu, abang salahkan batu. Dah tua sekarang ni dah berubah, asyik salahkan saya je." Bibir dicebik merajuk dengan perangai suami yang asyik mahu salahkan dia.

Mana dia tahu dia nak jatuh masa tu!

"HAHAHAHAHA!" Terbahak-bahak Firdaus gelak apabila dengar rungutan ibu kepada kawan baiknya itu. Dia yang mamai terus segar matanya apabila mendengar rungutan Puan Sri Frida.

Mengada betul orang tua ni!

"Ish, kamu tu bila nak balik? Menyampah lah aunty tengok muka kamu. Dekat butik pun hadap muka sama je.." Firdaus menjeling Puan Sri Frida. Dia menggeliat membetulkan segala urat badan.

"Haa nak balik lah ni!" Kata Firdaus sebal. Main halau-halau pula orang tua ni!

Tan Sri Irshad menggelengkan kepala melihat perangai isterinya dan Firdaus. Ada-ada sahaja lah yang nak digaduhkan oleh dua orang tersebut.

"Jaga diri elok-elok, aunty.." Tangan Puan Sri Frida dicapai lalu dikucup. Kemudian, tangan Tan Sri Irshad pula dikucup.

Bahu Adrian ditepuk oleh Firdaus dibalas dengan senyuman oleh Adrian.

"Adrian, bila nak bagi mummy cucu?" Tanya Puan Sri Frida tiba-tiba.

"Mummy ni kenapa?" Inara terus menekup muka malu. Adrian dan Tan Sri Irshad menghamburkan gelak.

"Abang Irham tu tak nak tanya pula? Suami Nara pula yang mummy tanya.." Rungut Inara. Rasanya, dia tak pernah dengar lagi mummynya bertanya perihal cucu kepada Irham..

"Eh kamu apa tahu? Sarra dah mengandung tau?" Terbuntang mata Inara apabila dikejutkan dengan berita gembira itu.

"Jadi sekarang giliran Adrian dengan Inara lah pula.."

"InshaAllah, mummy. Kami usahakan.." Makin merah muka Inara bila dengar jawapan tersebut daripada mulut Adrian.

Double meaning betul! Matanya naik menjeling Adrian tajam membuatkan lelaki itu menghamburkan tawa.

Pokračovat ve čtení

Mohlo by se ti líbit

623K 24.7K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...
1.2M 55.4K 76
𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 | 𝐇𝐌 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...
33.5K 3.6K 30
+ terima kasih sebab jadi isteri saya. I love you until my last breathe. Ikuti kisah suami isteri iaitu Kim Taehyung dan Park Hana. > First Fanfic >...
1.1K 168 18
Bila 7 otak sel bergabung, bermulalah kisah kanak-kanak ribena. ๑༶----Amitié → Persahabatan ----༶๑ Tahun pertama di Private school tidak mudah sepert...