His: Mr. Handball

By ___tzxreyl

1.2K 334 163

His: Mr. Handball Me with you, My Love... ❍♡●♡❍ ❍♡●♡❍ ❍♡●♡❍ Suatu ketika... More

PRECAUTION
00 : 01
00 : 02
00 : 03
00 : 04
00 : 05
00 : 06
00 : 07
00 : 08
00 : 09
00 : 10
00 : 11
00 : 12
00 : 13
00 : 14
00 : 15
00 : 16
00 : 17
00 : 19
00 : 20
00 : 21
00 : 22
00 : 23
00 : 24
00 : 25
00 : 26
00 : 27
00 : 28
00 : 29
00 : 30
00 : 31
00 : 32
00 : 33
00 : 34
00 : 35
00 : 36
00 : 37
00 : 38

00 : 18

17 6 2
By ___tzxreyl

«.......till dawn.......»

┊  ┊  ┊  ┊
┊  ┊  ┊  ★
┊  ┊  ☆
┊  ★

|.↗✉↘.|

Nampak je kelibat mereka berenam, aku buka langkah besar berlari ke arah diorang. Saat ini terlupa seketika akan denda yang satu tu.

Cadangnya nak cari Cikgu Salawi tapi terpesong ke dataran.

"Weh," tercunggap cunggap aku tiba.

Enam pasang mata pandang aku. A'watif dah hambur gelak. Entah apa yang lawaknya, aku pun tak tahu. Buruk sangat ke aku lari tadi?

Rasanya tak, biasa je. Handsome as always.

"Bila korang sampai?" aku pandang Athirah dan Amira.

Maklumlah  latihan rumah sukan Cenderawasih dengan Rajawali Isnin depan pulak. Ni apahal menempel dekat sini?

"Baru je," jawab Athirah dan Amira serentak.

Berpandangan mereka seketika, sebelum Amira tampar paha Athirah. "Aku sampai dulu tau!"

"Alah sinci je ibu aku hantar belakang mama kau, tu pun nak berkira." Athirah jegil mata bulatnya.

"Berkiralah, aku sampai awal lagi."

"Nih pagi pagi aku lagi awal sampai dari kau yang loceng bunyi dulu baru nak nampak muka, ha apa cerrr?!" Laju Athirah membidas tanpa break.

Amira buat muka.

"Dahla, awal kau datang pun still tak boleh lawan Irel." Ima menyampuk.

"Irel jangan cakap lah, dia dengan Afif solat Subuh ke entahla." Skeptikal Athirah pandang aku.

"Eh tolong sikit, aku solat belakang imam kau tahu?!" Weh, aku solat awal kut. Lepas mandi je terus aku pecut solat, boleh pulak tuduh aku tak solat!

Wah, wah banyak saham dekat BURSA kau!

"Kau apa khabar Irel?" Shahirah hulur tangan padaku.

Aku berkerut dahi. Pelik minah ni tiba tiba nak salam.

"Kau apahal?" aku sambut juga hulurannya.

Shahirah tekup mulut sambil sengih macam mak cik mak cik selalu buat bila kantoi membawang. Tu kalau yang ada hormon malu, yang tak ada tak tahulah apa reaction diorang.

"Hehe,"

"Nak tau tak tadi kan..." A'watif jeda.

"Haha,"

"Tadi kan apa? Shahirah kau diam kejap, kut nak mengekek macam pontianak silalah masuk tandas tu haa." Ima memuncung pada pintu tandas.

Sempat dia jeling meluat sekumpulan junior.

"Hehe, tadi kan Irel kan..."

Laju aku pintas A'watif. Sebelahnya aku duduk. Maksud aku duduk atas riba Izzah.

"Woiii!" Izzah menempik keras. Ditolaknya tubuh aku tapi aku kejungkan badan.

"Alah, tak ada tempat dah. Aku penat, kasi aku tempat rehat kejap." Aku cuba raih simpati Izzah. Lengannya aku tepuk-tepuk.

Izzah mendengus. Dia sambung usya crush dia yang masuk form 6 bawah dah sekarang. Aku tabik dengan Izzah, dia setia crushkan jejaka berkulit kuning langsat tu sejak tingkatan 1 lagi.

"A'watif, Shahirah... Janganlah." Tegahku, berkerut dahi.

Bengong tau diorang ni, suka jadi Mak Jemah!

"Kenapa jadi tadi?"

"Irel...kena marah dengan Teacher Lailawati. Padu punya kena." Shahirah tengok aku sambil bercerita.

"Lah, sebab apa?" tanya Amira.

"Irel ni la buat pasal." A'watif tepuk paha aku.

"Korang ni cerita bagi habis boleh tak? Kejap kejap stop astu sambung orang lain pulak. Cerita je lah kasi habis." Ima menegur.

Rasa nak lempang je Shahirah dengan A'watif. Serupa main pass pass baton dalam acara lumba.

A'watif dan Shahirah ketawa.

"Kau buat apa, Rel?" Amira gosok paha aku. Gosok macam nak tampar punya kuat.

Aku mencebir. "Korang tau tak, Luth yang mula dulu. Dia yang baling batu dekat aku. Dia baling batu cikgu tak nampak pulak, time aku baling dia jerkah aku weh. Kuat gila sampai aku rasa kecut semua organ aku."

Erghh, hutang kau dengan aku tak langsai lagi tau Luth! Aku tuntut nanti!

"Haah, aku dengan Izzah pun dengar tadi." Ima menokok.

Dia yang tengah bersantai dekat padang lontar peluru pun terkejut. Ingatkan kena jerkah sebab kantoi lari dari trek, last last kawan sendiri yang kena. Kesian tapi memang tak la nak tolong, dia pun kecut.

"Habistu kau buat apa, Rel?"

Aku terdiam. Soalan Athirah dibiar berlalu.

"Teacher panggil. Irel pun defend lah, alih alih kena denda jugak. Time Irel terang dekat teacher tu, aku nampak betapa Irel tahan geram tadi. Luth diam je weh, geram pulak aku tengok." A'watif menerangkan.

"Ha kan? Geram aku tak tau nak describe!"

Sembang punya sembang, alih-alih baru aku teringatkan sesuatu.

"Korang tak kena marah ke lepak kat sini? Mana Cikgu Fahimah? Latihan kawad tak mula lagi ke?"

Jadual aku sentiasa padat. Lepas habis kelas pukul 3.20 petang, 3.30 pulak ada latihan kawad kaki. Pukul 4.00 start latihan rumah sukan. Lepas habis Temasya Sukan nanti, latihan untuk Majlis-majlis Sukan Negeri pula akan bersambung kembali selepas temasya.

Dengan latihan bola baling lagi waktu pagi, sambung pula waktu petang, aku sentiasa terkejar-kejar masa.

Kejap ke rumah sukan, beralih pula ke latihan Majlis Sukan kemudian lompat ke latihan bola baling.

Datang sekolah pukul 6 lebih, balik pula pukul 7. 12 jam jugak aku bertapa dekat sekolah ni rupanya.

"Kau tahu tak Ustaz Syukri tadi siap ambil pelepah daun pinang ke apa entah, cari sapa ahli Jentayu merayau. Nasib kami pakai baju PJ." Shahirah cerita sambil tergelak.

Asyik gelak je A'watif dengan Shahirah ni.

"Kenapa lawak sangat Jentayu hari ni?" Ima sampai semput asyik ketawa.

Hehehe, kesian. Izzah pulak dari tadi menyampuk pun tak malahan pandang je crush pujaan hati.

Hmmm...semoga ada jodah kau dengan dia nanti my bestie.

❍☆❍〃

Irel ketap bibir.

Mana Angah ni? Call tak berangkat, orang dah la dekat setengah jam tunggu dia ni. Tiap-tiap hari pesan balik pukul berapa, Angah pulak macam sengaja telan semut.

Nak nangis Irel rasa. Sebak terus bila tengok tinggal lagi tiga orang tak balik. Tu pun India. Form lain pulak tu lagilah terasa lonely disitu.

Nasib dia memang macam ni kan?

Kalau awal, awal sangat Angah ni. Kalau lambat, entah entah hilang dah sekolah ni baru nampak batang hidung Angah.

Irel buka zip beg.

Dahla hari ni tak bawa novel, bosan gila sambil menunggu. Last last buku teks Sejarah dicapai. Tak ada subjek lain yang lagi menarik selain Sejarah.

Helaian demi helaian diselak sehingga satu tarikan di hujung belakang tudung, menyentak Irel.

"Hoi," ah siapa yang tak guna sangat ni?!

Dia dah la tengah tahan nak nangis, janganla datang cari pasal waktu ni.

"Hei,"

Terus Luth lompat binaan batu separas perut itu. Ringan tubuhnya sebelum duduk dilabuhkan sebelah Irel.

Berjarak dengan beg sandang diletak di antara mereka.

Iris mata Irel menikam retina mata Luth. Ya Allah Luth! Entah kenapa makin sebak Irel rasa. Macam ada coklat tatkala dia tengah kesenduan.

Oh angel sent from up above,
You know you make my world light up,
When I was down when I was hurt,
You came to lift me up...

Hymm For The Weekend from Coldplay just hit tis incident perfecto!

"Eh eh, kenapa nangis ni?" Luth gelabah. Kang orang pandang serong kat dia.

Ergh, tolong sikit eh...tatkala perempuan jatuhkan air mata sebab lelaki, sila kurniakan cop mohor penumbuk atas dahi dia!

"Alah Iralna...jangan la menangis. Aku buat apa doo? Tarik tudung kau sampai tercekik ke? Janganla wei, alahai..."

Macam udang kena panggang Luth punya gelabah. Memerah muka dia. Duduk atas kerusi batu pun kejap pandang Irel kejap pandang sekeliling.

Selamatlah pelajar India duduk bawah pokok berhampiran garaj.

Irel nak tergelak tapi mood tengah tak ada. Nak usik Luth pun, dah tak bermaya.

Angah...

"Dah, dah Iralna... Shhh, diam diam... Tepuk nenek sayang, lemak manis santannya... Alahai cik tuan puteri Iralna beta... Jangan nangis, berhingus nanti haa awak jugak yang malu."

Luth lindung wajah Irel dengan depaan tangannya. Tertunduk-tunduk dia cuba tengok muka Irel.

Dia yang sebal sebab kena tegur dengan Cikgu Amir terus tersenyum suka saat dia terpandangkan Irel yang tunduk membaca buku.

Tak sangka dia boleh terjumpa Irel memandangkan hari dah lewat. Pukul 7.10 minit, lewat sangat dah sedari pukul 6.30 tadi para pelajar dibenar pulang.

Alih-alih kena sergah sikit, 'hujan' terus Iralna sorang ni. Alahai...

Nasib kau lah Luth Arashy.

"Okey dah ke?" Saat Irel panggung kepala, Luth laju menyoal.

Fuhh, dedorr hati beta.

Irel tepis tangan Luth yang mendepa. Macam nak peluk pun ada, sekali tengok mesti salah faham nanti. Dua kali tengok, kena cekup dah la jawabnya.

"Auuu!!"

Irel juling mata ke atas. Dia buat dah suara bapuk dia. Bingit, pecah gegendang telinga dengar!

Luth gosok lengannya laju laju. Punya pedih la kena buku teks Sejarah tu dengan daya yang dikenakan Irel lagi, fuhh terasa terbang ke sebalik alam seketika.

Diam. Atmosfera senyap, beri laluan pada Luth yang berusaha 'merawat'. Memerah lengan yang diselindungkan di sebalik tshirt PJ lengan panjang.

Irel pula pura pura gosok mata. Sebenarnya lebih kepada nak cover rasa malu. Weh first time ni orang nampak dia nangis selain Afif. Afif lain la, dari prasekolah lagi kawan dengan dia.

Eh Luth pun bukan dari prasekolah ke, Ir?

Alah Luth lainla. Luth ni dia tak rapat langsung, cakap pun susah sekali. Boleh kira dengan sebelah tangan berapa kali dia cakap dengan Luth. Yang hairannya tahun ni bagai berlaku injakkan paradigma. Dia punya momentum tu sampai dekatkan dia dengan Luth.

Satu kejadian yang tak disangka sangka.

"Kau dah apahal tadi? Tercekik ke? Kerongsang kau ketat sangat ke?" Luth buka mulut bertanya.

Buat kesekian kalinya, Irel julingkan bebola atas ke atas.

Masa bilanya dia pakai kerongsang?! Dia jahit la bagi ketat, tak ada istilah nak pin pin ke apa ke!

"Terima kasih," dibuat bagai angin lalu pertanyaan Luth.

"Untuk?"

"A box of chocolate." Huuu, terharu...

"Oh,"

Beku seketika sebelum Luth pecahkan kesunyian.

"Okey dah ke? Kau suka ke coklat tu? Masuk dalam peti ais lah kalau cair, aku balut dari semalam. Kang nanti kau buka macam glasier letak dekat Afrika punya cair. Kau cair sudah, jangan coklat tu cair. Senget sebelah tulang rusuk aku."

Sepanjang panjang Luth bebel, dua part last sentence tu jugak buat Irel terkedu. Meleleh seketika.

Oh bukan meleleh hati dengar statement Luth, hingus dia yang  meleleh.

Irel lap dengan hujung lengan baju. Samdol tau kau ni Ir! Buat malu je, hish. Nasib Luth tak nampak, kaku je dia pandang garaj.

"Kenapa kau macam ni Luth?"

Spontan berkalih fokus Luth kepada Irel. "Macam apa? Teruk? Aku memang teruk."

Irel tersentuh. Bukan macam tu maksudnya, Luth.

Irel ukir senyuman selebarnya.

"Taklah, kau frost, frozen punya terlebih cool. Depan orang lain kau berlagak bukan main, depan aku kau lain. Aku tak pernah tahu kau ada sisi macam ni."

Perlahan-lahan birai bibir Luth naik ke atas. Melebar. Luth tarik nafas dalam.

"Entah," bibirnya dijuih.

Ergh, kang ada jugak anak teruna orang kena tendang ke kubur Ayah Merah Jambu kut!

"Kau ni, ish! Kenapa kau bagi coklat? Masa bila kau letak? How come you know my table?"

"Lupa dah la tu maggie cup challenge kita." Luth tayang muka tak beriaknya.

"Oh..." baru terasa macam ada pencahayaan menusuk dalam kelamnya gua.

"Yang lain tu?"

"Yang lain apa?"

"Aku tanya tiga, kau jawab satu! Lelaki memang macam ni eh?"

"Aku malas nak jawab. Perempuan pulak memang macam ni eh?" Luth ulang pernyataan Irel.

Kalau tak disebabkan rasa ingin tahu, tak adanya dia nak tanya Luth tapi tak apa ego dia tak tinggi. "Perempuan macam apa?"

"Macam kau, suka tanya."

Pap!

"Dahla, aku nak balik." Sedas dia bagi perencah penampar jenama yang tak ada di pasaran, Irel bangun.

Allah, mana Angah ni...

"Nak balik dengan sapa? Abang kau datang dah ke? Dah pukul berapa dah ni, kau tak balik balik lagi." Luth berubah.

Hilang sudah dia yang senyum mengusik berganti dengan kerutan di dahi.

"Entahla, aku pun tak tahu. Dah gelap sekarang ni." Jarinya yang bertaut, dipatah-patahkan.

Luth menyorot Irel yang mundar mandir di hadapannya. Jelas rintik peluh di dahi Irel. Dia juga khuatir.

"Balik dengan aku je lah. Aku hantar, rumah kau dekat mana?" usul Luth.

Jam GShock warna biru tua bercampur muda itu, dikerling sekilas. Pukul 7.28!

"Dah dah, jom aku hantar je lah. Dah dekat azan Maghrib ni weh!" Luth terus tarik beg sandang Irel.

Irel terdorong ikut langkah Luth. Tak perasan hanya tinggal mereka berdua di kawasan sekolah. Pengawal pula tiada kerana melakukan rondaan. Pohon pohon bertiup dengan pawana oren dilitupi awan kelabu.

Petanda hari mahu hujan.

Luth letak kasar helmet atas kepala Irel. Irel terkaku. Tak apa ke balik sekali ni? Nanti apa pula kata orang, tentu tak manis. Hukum Allah bermain di benaknya.

Allah, kayfa?

Ha, auto pandai cakap Arab!

"Cepatla, kau tercegat apa lagi? Aku pun kena balik ni." Dia tak risaukan dirinya, mama dengan papa dah sah sah tak ada kat rumah.

Tapi Irel takkan nak biar kat sekolah ni ye dok? Dahla datang sekolah pukul 6.30, esok pecah rekod stay dekat sekolah terus!

"Boleh ke?" takut takut Irel dibuatnya. Berbelah bagi fikirannya.

"Darurat tak apa," starter ditekan.

Saat azan Maghrib berkumandang, motosikal berkuasa tinggi Luth membelah waktu senja.

|.↗✉↘.|

280921
2150
-2056

🌇
~t.reyl.

Continue Reading

You'll Also Like

225K 14.9K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
1.2M 93.7K 96
Menjadi mangsa buli merupakan satu perkara lazim baginya apabila menjejakkan kaki di sekolah baru. Baginya, semua benda yang jadi adalah perkara yang...
1.6M 76.7K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
113K 1.5K 6
NEW VERSION OF HENDRIYAN "Aku ni tak nampak apa-apa. Yang aku nampak cuma kegelapan..." - HENDRIYAN "Sebab tulah saya ada dekat sini. Saya ni lah ma...