Menanti Bahagia

hanaakhairul tarafından

75.8K 3.9K 387

>> COMPLETED Takdir mempertemukan dia dengan gurunya sendiri, penyelamatnya dari diculik. Tidak tahu di mana... Daha Fazla

S A V I O U R 🦋
L A M A R A N ⚜️
H A D I A H 🎁
T U M P A N G 🚗
N O T A 📝
R E J E C T ⚠️
P U T U S 💔
R E D H A 🦋
M A L L 🔥
R E C E P T I O N 💃🏼
R E S U L T 🎓
R A G U T 👜
S E E 👀
K A M P U N G 🏘
E Y E - C O N T A C T 😳
N A U F A L 👶🏻
P A N T A I 🌊
P U L A N G 👋🏻
E N G A G E M E N T 👰🏻‍♀️
I N T E R V I E W ☠️
M A R R I E D 💍
K A R A O K E 🎤
K A C A U 🤡
G A M B A R 👩🏻‍❤️‍👨🏻
P R A N K ☠️
S I P U T 🌚
K E N D U R I 🧸
C E M B U R U 🔥
C E R A M A H 🕌
M O V I E 👻
I G N O R E 💩
B I R T H D A Y 🎂
P E R A N G ⏳
H O S P I T A L 🏥
B E R U B A H ✨
J E A L O U S 🍂
A L A H A N 🤮
P U J U K 🌻
D I S C U S S 🌸
D U E D A T E 📆
C O N T R A C T I O N S 📈
D E A T H 🪦
H A P P I N E S S 💗

G I V E B I R T H 👼🏻

2.1K 97 11
hanaakhairul tarafından

CHAPTER 42

⚜️⚜️⚜️

HANIS HANYA bersandar di kepala katil, sementara Faleeq tekun membaca Surah Maryam di sisinya. Perutnya yang sakit itu diusap perlahan, perasaan tak enak yang muncul di lubuk hatinya itu ditepis sejauhnya. Setelah Faleeq selesai membacakan Surah Maryam buat isterinya itu, dia melemparkan senyuman buat Hanis.

"Abang..."

"Ye sayang?"

"Kalau umur saya tak panjang, saya nak abang teruskan hidup abang walau tanpa saya tau. Didik anak kita dengan baik, carikan ibu yang terbaik untuk jaga diorang. Kebahagiaan abang ialah kebahagiaan saya, kalau abang bersedih saya pun akan sedih" tangan Faleeq digenggam erat, kerisauan yang melanda diluahkan.

"Sayang awak jangan lah buat abang takut, abang tak nak hilang awak Hanis. Abang nak awak sentiasa dengan abang walau apa pun jadi, abang sayang awak. Tak ada sesiapa pun mampu gantikan awak, hilangnya awak akan bawa separuh nyawa abang. Abang merayu tolong kuat untuk anak kita, janganlah fikir sangat tentang mimpi tu" jawab Faleeq, laju jantungnya berdegup tatkala mendengar kata-kata Hanis.

"You are my sunshine, my only sunshine... You make me happy when skies are gray... You'll never know dear, how much I love you... Please don't take my sunshine away" Hanis tersenyum tipis lalu menyanyikan lagu kegemaran Faleeq buatnya.

"Saya nak menyanyi untuk abang before saya bersalin, mana lah tahu kan lepas ni abang tak dengar dah nyanyian saya. At least abang tak lah terkilan sebab tak dengar suara sumbang saya for the last time"

"Sayang..."

"Abang ajal dan maut di tangan Tuhan abang, kita tak tahu bila kali terakhir kita dapat bersama dengan orang yang kita sayang. Kalau Allah masih izinkan saya untuk bernafas,  saya janji akan sama-sama dengan abang untuk didik dua orang twin kita ni sebaik mungkin. Urm, abang nak dengar saya nyanyi lagi tak?" soal Hanis, tetap cuba mengubah suasana walau sedang menahan sakit.

Faleeq mengangguk laju dengan senyuman.

"I wanna live with you even when we're ghost... Cause you're always there for me when I needed you most" bibir Faleeq dikucup sekilas, sempat dia menyanyi buat kali terakhir. Faleeq hanya tersenyum tipis.

"I'm gonna love you till my lungs give out... I'll promise till death we part like in our vows..." sambung Faleeq, tangan Hanis digenggam sebelum dikucup lama.

"Saya sayang Faleeq Irham"

"Hanis Syazrina, dia nyawa Faleeq Irham. Dia cinta hati Faleeq Irham, dia kebahagiaan Faleeq Irham. Sampai bila-bila pun tak kan ada yang mampu gantikan Hanis Syazrina dalam hati Faleeq Irham" jawab Faleeq, dia tersenyum. Hanis tiba-tiba berkerut dahi, sakit.

"Sayang awak ok tak?"

"A-abang, saya rasa saya nak bersalin"

"Sayang, awak betul-betul nak beranak ke?" soal Faleeq meminta kepastian, namun matanya tertancap ke arah tilam yang sudah basah.

"Sayang, air ketuban awak ke ni?" sempat tanya lagi dalam keadaan huru-hara.

"Tak tahu lah! Abang panggil doktor sekarang!! Arhhh, sakit!!" jerit Hanis, dahinya berkerut seribu. Pantas Faleeq menekan butang merah di kepala katil, tak lama kemudian jururawat sampai.

"Sayang bertahan tau, awak kuat untuk anak-anak kita sayang..." pesan Faleeq, dahi Hanis yang sudah berpeluh itu dikucup lama. Katil Hanis ditolak ke labour room, tangan Faleeq masih digenggam sepanjang jalan.

"Abang, abang teman Hanis tau" pinta Hanis, tiba-tiba sahaja airmatanya bertakung.

"Abang sentiasa ada dengan awak sayang, abang akan teman awak lahirkan anak kita" jawab Faleeq, tangan Hanis dikucup lama.

"Encik Faleeq, boleh pakai suit ni ye" ujar salah seorang jururawat di situ, satu set pakaian di dalam labour room itu dihulur. Faleeq mengangguk, suit itu dipakai.

"Ok Puan Hanis bukaan jalan puan dah 10cm dah ni, puan teran ikut kiraan saya ye" ujar Doktor Azreen, sempat Hanis mengomel di dalam hati. Bila masa dia check jalan? Tak rasa apa pun.

"Jangan angkat punggung puan sewaktu meneran sebab kita nak elakkan daripada koyak terlalu besar" pesan Doktor Azreen.

"Ok Puan Hanis, masa nak teran ambil nafas panjang dan lepaskan nafas masa tengah teran. Jangan bersuara atau menjerit, puan akan kehilangan tenaga di situ" pesan Doktor Azreen lagi, Hanis hanya mengangguk, cepatlah orang nak beranak dah ni adu!

"Ok baik puan, bismillahirahmanirrahim puan teran!!!" arah Doktor Azreen, Hanis hanya menurut, tangan Faleeq semakin kuat digenggam. Jeritan demi jeritan, akhirnya berjaya diatasi oleh suara tangisan bayi yang baru sahaja lahir ke dunia. Faleeq tergamam, tangisan anaknya itu membuatnya terkaku.

"A-abang anak kita" ujar Hanis lemah sebaik saja jururawat di situ menyerahkan bayi sulungnya.

"Allahuakbar, subhanallah terima kasih sayang!! Terima kasih banyak, alhamdulillah Ya Allah!!! Sayang anak kita sayang" ujar Faleeq teruja, dahi Hanis dikucup lama.

"Alhamdulillah puan!! Anak puan yang pertama selamat dilahirkan, kuatkan semangat puan untuk bayi yang kedua" pesan Doktor Azreen, Hanis hanya diam terkulai layu. Tenaganya bagai sudah habis ketika melahirkan anak sulungnya, nafasnya juga semakin tidak teratur.

"Sayang tolong sayang, kuat untuk anak kita sayang tolong. Abang tahu awak kuat sayang, abang tahu awak boleh lahirkan anak-anak kita dengan selamat. Sayang please kuatkan semangat" pinta Faleeq, airmata lelakinya juga sudah mula bertakung.

10 minit kemudian...

Contraction Hanis untuk anak keduanya sampai, tiba masanya untuk dia bersalin buat kali kedua. Doktor Azreen dan jururawat yang lain sudah bersedia, Hanis pula semakin lemah.

"Puan fikir tentang keselamatan anak puan, ambil nafas" arah Doktor Azreen sebelum dia menyuruh Hanis untuk meneran.

Dengan segala upaya yang ada Hanis meneran demi keselamatan anaknya. Buat kali keduanya, jeritan Hanis diatasi dengan tangisan bayi. Doktor Azreen dan jururawat lain menguruskan bayi kedua mereka.

"Low heartbeat" ujar Doktor Azreen, jururawat di situ mengambil pam untuk membantu pernafasan bayi itu.

"Allahurabbi sayang!!! Anak kita!!! Ya Allah!!! Terima kasih Ya Allah!!! فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ. Terima kasih Ya Allah!!!" jerit Faleeq, dahi Hanis dikucup tak henti-henti.

"Sayang, terima kasih banyak. Jasa awak takkan abang lupa sampai bila-bila pun, abang sayang awak Hanis, abang janji akan jadi suami yang baik untuk awak, jadi ayah yang baik untuk anak kita" ujar Faleeq lagi, menitis airmatanya kerana kegembiraan yang melanda. Hanis hanya tersenyum tipis, matanya semakin lama semakin layu, tangan Faleeq digenggam.

"Abang..."

"Y-ye sayang?"

"Saya nak abang tahu yang saya sayang abang sangat-sangat. Kasih sayang Hanis Syazrina pada Faleeq Irham tak pernah berkurang sikit pun, malah makin bertambah hari demi hari. Saya merayu sangat abang tolong jaga permata hati kita baik-baik kalau saya tak ada nanti, saya- ... Saya mintak maaf" kata-kata terakhir Hanis sebelum matanya perlahan-lahan terpejam. Jantung Faleeq bagai terhenti melihat Hanis.

"Sayang?? Sayang?? Sayang bangun!!" wajah Hanis ditampar lembut namun masih tiada tindak balas.

"Sayang kenapa ni??? Sayang tolong bangun sayang, awak janji tak kan tinggalkan abang kan!! Sayang bangun sayang, abang tak nak hilang awak sayang tolong bangun!! Hanis bangun Haniss!! Ya Allah doktor!!!! Doktor isteri saya doktor!!!! Sayang tolong bangun sayang, awak tak sayang abang ke... Sayang bangun!!" jerit Faleeq, nafasnya sudah tidak teratur. Doktor Azreen dan dua orang jururawat mula mengelilingi Hanis.

Faleeq tergamam, perlahan-lahan dia berundur ke belakang setapak demi setapak namun pandangannya masih tetap pada isterinya yang sudah dipasangkan bantuan oksigen. Bermacam perkara bermain di fikirannya, dia seolah-olah hidup dalam mati.

"Kalau umur saya tak panjang, saya nak abang teruskan hidup abang walau tanpa saya tau"

"Tak, saya bukan nak takutkan abang tapi kan masuk malam tadi je dah banyak kali saya mimpi ada satu cahaya ni datang dekat saya"

"Saya nak menyanyi untuk abang before saya bersalin, mana lah tahu kan lepas ni abang tak dengar dah nyanyian saya"

"Saya sayang awak Faleeq Irham"

Segala kata-kata Hanis mula terlayar di minda bagai CD yang berputar, perlahan-lahan airmatanya menitis. Nafasnya bagai terhenti, akalnya mati melihat isterinya tidak sedarkan diri. Dunianya akan musnah jika kehilangan Hanis Syazrina dalam hidupnya.

"Kasih sayang Hanis Syazrina pada Faleeq Irham tak pernah berkurang sikit pun, malah makin bertambah hari demi hari"

🥑🥑🥑

Bersambung...

Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

700K 21.3K 60
Bakal suami ibu yang pilihkan? Masih adakah gadis-gadis yang setuju jika suami ibu sendiri yang carikan di dunia moden kini? Tapi tidak mustahil ba...
21.8K 1.5K 21
SAMBUNGAN BUNGA AZALEA 1 Start : Friday, 19 March 2021 Ini perjuangan Hadif. Perjuangan dia untuk berubah. Perjuangan dia untuk menerima diri. Perjua...
387K 10.9K 41
SILA BACA MASIH ADA SAYANG DULU SILA BACA MASIH ADA SAYANG DULU sequel masih ada sayang. Hafiq berubah. demi memikat jandanya. janda bukan sebarang j...
929K 30.1K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...