Mrs Arshaq

By Applefake

1.1M 43K 2K

Hidup Mikayla Sofea yang daripada kecilnya langsung tiada bahagia, tiba-tiba muncul pula lelaki yang sering m... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Penambahan Ilmu
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Epilog
One Weeks

Bab 25

20.9K 735 42
By Applefake

Wajah tegang suaminya bersama seorang lelaki diperhati oleh Mikayla Sofea. Sesekali bola matanya mengerling silih ganti antara wajah suaminya dengan lelaki asing itu.

"Kau nak apa datang sini? ". Dingin suara Arshaq ketika bersuara. Tubuhnya disandarkan di sofea, kemudian kedua-dua tangannya didepa dan diletakkan di penyandar sofa. Kaki kanannya diangkat dan diletakkan di atas lutut kiri.

Bibir merah lelaki itu sudah mengoyakkan senyuman sinis. Sangat sinis dipandangan Mikayla Sofea.

Ye, aura suaminya dengan lelaki asing itu sangat dingin ketika ini. Air liur ditelan kasar. Dia cuba ingin bangun dari sempat duduknya, tapi laju ditahan oleh Arshaq.

"Sit"

Lambat-lambat Mikayla Sofea melabuhkan punggungnya disebelah suaminya.

Mata lelaki itu mula meliar melihat Mikayla Sofea dari atas hingga bawah. Not bad. Dia terus menyandarkan tubuhnya sambil menyilangkan kaki.

"Aku saja nak melawat abang aku. Kenapa? Tak boleh? ".

Terpaku Mikayla Sofea memandang wajah lelaki asing itu. So lelaki ni adik Arshaq? Adik iparnya la kan? Patut muka ada iras dengan suaminya.

"Aw...awak adik Arshaq? ". Entah dari mana keberaniannya, dia boleh bersuara.

Lelaki asing itu tergelak besar.

"So? Abang aku tak pernah la perkenalkan aku dekat kau? ". Sinis lelaki itu bertanya. Wajah Arshaq di pandang tajam.

Mikayla Sofea mengerling ke arah wajah dingin suaminya. Air liurnya ditelan kasar.

"Yes, aku adik dia".

Mikayla Sofea sekadar mengangguk. Senyuman manisnya mula terukir di wajahnya. Dia tidak suka dengan suasana yang begitu tegang.

"Nama awak apa? "

Lelaki itu sudah berdiri tegak dan mendekati ke arah isteri abangnya. Tangan kanannya mula dihulurkan ke arah wanita cantik di hadapannya.

"Arsen". Sepatah dia menjawab.

Takut-takut Mikayla Sofea ingin menyambut huluran itu. Baru tangannya dan Arsen ingin bertemu, tiba-tiba tangannya ditepis kasar oleh Arshaq.

"Jangan sentuh isteri aku ". Dingin saja suara itu menyapa gegendang telinga Mikayla Sofea dan Arsen.

Arsen sudah mencebik. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar jeansnya.

"Kuat cemburu jugak kau ni eh". Ejeknya.

Arshaq hanya memekakkan telinganya. Kaki kanannya laju saja menyepak perut Arsen.

Terbuntang biji mata Mikayla Sofea. Arshaq yang sudah berdiri itu laju saja di pegangnya.

"Awak jangan... "

Tubuh Arsen sudah menunduk menekan perutnya. Terlampau senak dia rasakan sekarang ini. Tangan kirinya pula laju saja menumbuk perut abangnya namun tumbukan itu sempat di tepis Arshaq. Dengan pantas, Arshaq menyilangkan tangan Arsen ke belakang dan mengunci tangan adiknya. Leher adiknya turut dikepit dengan tangan kanannya. Senyuman sinis sudah terukir di bibirnya.

"Aw aw aw... Sakit la bang. Adoi". Tangan kanannya laju menepuk lengan kanan Arshaq.

Arshaq terus melepaskan kepitan itu. Tangannya mula disapu beberapa kali sebagai tanda menghilangkan kekotoran daripada tapak tangannya.

Arsen sudah mengurut lengannya. Sakit dia rasakan bagaikan nak tergeliat.

Mikayla Sofea hanya mampu melihat. Dia tidak tahu bagaimana mahu menolong lagi. First time dia melihat suaminya berkelakuan kasar di hadapannya.

Arsen terus menjeling tajam ke arah abangnya. Dia mula berundur dan terus terbaring di atas sofa.

"Hari ni aku tidur sini eh". Pinta Arsen tanpa segan silu.

Arshaq menggelengkan kepalanya. "Tidur la kalau nak tidur. Esok aku nak kau balik rumah mummy daddy kau. Semak je duduk sini lama-lama".

Arsen tercebik. "Mummy daddy aku, mummy daddy kau jugak bang".

Arshaq hanya diam. Tangan lembut isterinya laju dipaut. Baru dia berura-ura ingin melangkah meninggalkan adiknya, tiba-tiba suara adiknya kembali menyapa gegendang telinganya.

"Sampai bila kau nak buang mumny daddy dari hidup kau? ". Soal Arsen. Tubuh tegapnya sudah duduk dari pembaringan.

Rahang Arshaq sudah diketap kuat. Dia menjeling ke arah isterinya yang memandang ke arahnya.

"Kau naik atas dulu". Arahnya ke arah Mikayla Sofea.

Mata Mikayla Sofea sempat mengerling ke arah Arsen. Kepalanya diangguk perlahan. "Saya tunggu awak dekat atas".

Arshaq sekadar diam.

"Bye princess". Arsen mula melambai ke arah isteri abangnya.

Mikayla Sofea tergelak sambil melambaikan tangannya ke arah Arsen.

"Bye"

Berbulu saja mata Arshaq melihat adegan tak berbayar ini. Dasar jantan gatal. Setelah memastikan isterinya naik ke atas, dia terus mencapai bantal kecil yang berada di sofa dan dibalingkan ke arah Arsen.

Arsen laju mengelak. Ketawanya mula terlepas. Suka betul dia melihat wajah abangnya yang marah itu.

"Kau kalau datang sini semata-mata nak cakap pasal mummy daddy, kau dah boleh balik".

Arsen tersenyum kecil. Jelas hampa terukir di wajahnya. Namun cepat-cepat riaksi itu disorokkan.

"Sampai bila? "

"Sampai mati aku tak nak ambil kisah "

"Abang...mummy daddy rindukan kau dekat sana. Dah 15 tahun kau tinggalkan diorang"

"Bukan aku yang tinggalkan diorang lah. Diorang yang tinggalkan aku. Kau apa tahu? Kau waktu tu anak kesayangan diorang. Kau anak pilihan diorang. Aku? Diorang buang macam pengemis! ". Selesai Arshaq berkata begitu, dia terus melangkah menaiki tangga. Dia cukup emosi apabila mummy dan daddynya disebut-sebut.

Mikayla Sofea yang daripada tadi mendengar perbualan itu, laju berlari anak masuk ke dalam bilik. Pintu juga laju ditutup rapat.

Tidak sampai seminit dia kembali membuka pintu itu. Terkejut dia apabila melihat wajah garang suaminya. Macam mana acting aku? Menjadi tak? Hehehe.

"Awak okey? ". Dia mula buat-buat bertanya.

Arshaq mendengus kecil. Dia menolak tubuh isterinya masuk ke dalam bilik dan pintu ditutup rapat.

"Kau nak pergi mana? ".

Dahi Mikayla Sofea berkerut. "Pergi mana apa? Saya nak tengok awak la sebab awak tak masuk-masuk lagi".

"Aku nak mandi kejap. Panas"

Mikayla Sofea sekadar mengangguk. Apabila kelibat suaminya sudah memasuki bilik air, dia mengecilkan sedikit matanya. Dia dengar perbualan dua beradik itu tadi. Dia sendiri tidak tahu apa yang suaminya hadap hingga tidak mengambil tahu keadaan mummy dan daddynya.

"Aku tak nak! Kau tahu tak aku tak! " . Pekik Medina kuat.

"Aku terpaksa Medina. Aku nak langsaikan segala hutang aku".

Medina meronta-ronta kasar apabila tubuhnya ditarik dan diseret oleh suaminya. Kemudian tubuhnya ditolak kasar ke arah dua orang lelaki tegap. Kepalanyanya laju menggeleng.

"Mokhtar aku tak nak! Jangan buat aku macam ni! Aku sanggup susah sama-sama dengan kau demi langsaikan hutang kau dengan ahlongTapi tolong, jangan jual aku Mokhtar! ".

"Sekarang ini hutang kau sama boss aku sudah langsai. Tubuh dia ni pun sedap aku tengok. Tak pe nanti aku kasi boss aku rasa dia dulu. Kalau boss aku suka, kau akan dapat 30 ribu". Kata seorang lelaki tegap itu.

Mokhtar sekadar mengangguk. Dia mula menoleh ke arah isterinya.

"Medina binti Abdullah, aku ceraikan kau dengan talak tiga". Lafaznya dengan suara yang begitu lantang.

Medina sudah terpana. Kepalanya laju menggeleng. "Kau memang binatang Mokhtar! Kau lelaki tak guna! Aku benci kau Mokhtar! Lepas! Lepaskan aku! Arghhh! ". Jeritnya lantang. Tangisannya langsung tidak dihiraukan oleh seorang lelaki tegap yang mendukungnya.

Mokhtar memejamkan matanya dengan rapat. Keluhan kasar dilepaskan. Bahu  lelaki yang berada di hadapannya dipegang erat.

"Bro, dia baru lepas bersalin dalam tiga minggu lepas. Tolong bagi dia masa".

Lelaki itu tersenyum sinis. "Kau jangan risau, perempuan lepas bersalin selalunya ketat. Confirm boss aku suka".

Mokhtar terdiam. Tubuh Medina yang sedang meronta-ronta di atas bahu itu diperhatinya. Telinganya sempat mendengar jeritan daripada Medina.

"Kau pengkhianat Mokhtar! Kau lelaki tak guna! Aku benci kau! Isk isk! Aku benci kau Mokhtar! ".

"Abang!

Tan Sri Mokhtar terus mencelikkan matanya. Peluh yang merinik di dahi dan badannya dilap kasar. Tubuhnya terbangun dari pembaringan.

"Abang mengigau ni ". Kata Puan Sri Lidia lembut. Bahu suaminya diusap lembut.

"Abang mimpi apa? ". Tanyanya lagi.

Tan Sri Mokhtar sudah melepaskan keluhan dengan kasar. Wajahnya turut diraup.

"Abang mimpi Medina"

Puan Sri Lidia terdiam. Dari cahaya lampu tidur bilik itu, dia dapat melihat wajah suaminya. Dia tahu suaminya rasa terbeban dengan dosa silam.

"Abang tak nak cari dia? "

"Untuk apa Lidia? "

"Mintak maaf dengan dia? Kalau dia masih di pusat pelacuran tu, abang boleh tebus dia"

Tan Sri. Mokhtar sudah berpaling memandang wajah isterinya. Wajah berharap isterinya itu dilihatnya.

"At least, dosa abang dekat Medina dapat ditebus"

Tan Sri Mokhtar mengangguk kecil.

"Tengok dulu macam mana. Nanti abang cuba cari dia"

Continue Reading

You'll Also Like

289K 14.1K 56
~I hate the way you make me forget about her~ TENGKU DAYREN DANIEL satu nama yang tidak asing di dunia perniagaan. Darah muda yang menjadi jutawan. S...
1.4M 76.1K 54
-"Adakalanya, tempat paling bahaya ialah tempat paling selamat untuk berlindung"- ----- PENUH misteri dan perahsia. Itulah sifat asli yang ad...
201K 5K 51
๐“Šˆ๐’†œ๐•ณ๐–š๐–˜๐–‡๐–†๐–“๐–‰ ๐•พ๐–Š๐–—๐–Ž๐–Š๐–˜ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ๐’†œ๐“Š‰ ๐‡๐ข๐ฌ ๐‹๐ข๐ญ๐ญ๐ฅ๐ž ๐†๐ข๐ซ๐ฅ "๐ˆ๐Ÿ ๐ข๐ญ'๐ฌ ๐ฆ๐ž๐š๐ง๐ญ ๐ญ๐จ ๐›๐ž, ๐ข๐ญ'๐ฅ๐ฅ ๐›๐ž" Their story without yo...
2.4M 83.2K 46
"Kenapa you panggil I, Fahrin? Semua orang panggil I, Ryan,"- Fahrin "Because Ryan is too mainstream," - Rose Sweet Tooth Cafรฉ & Bakery menyediakan...