MISI : Boboiboy X Ejen Ali Fa...

By adwiieda

50.1K 3.4K 899

Setelah berbulan bulan bertugas di stesen TAPOPS, akhirnya, kelima lima orang penjaga power sphera diberika... More

Cuti
Cyberraya, Here We Come!
lolllllll
Jalan
Jatuh
MATA
MISI
UJIAN
Hukum
Akademi
Ayam
ORIENTASI
ORIENTASI 2
Sut Kokotaim
Latihan
Neuro
Kombat
Inviso
Balik
Intip
Nak Marah Tapi Kena Sabarrr
Tekno
Balas (BEL)
Balas (BEL) 2
Balas (BEL) 3
Upgrade
Special One-Shot RAYA
Kena
UPGRADE II
Security
Lawan
Tragedi
MUSUH BARU?

Kisah Ali

1.5K 106 8
By adwiieda

Lokasi : Rumah D. Ghazali
Masa.  :  9:02 p.m

Ali pov

"Urghh... Akhirnya siap jugak! "

Pen dibaling tepat memasuki bekas pensel aku.  Tablet yang sudah panas kerana digunakan terlalu lama aku tutup dan cas semula.  Biarlah dia rehat kejap.  Kesian dia kerja lama sangat.  Apa kau ingat manusia je ke tahu penat??

Badan aku yang dah mula sengal sikit diregangkan ke atas.  Ni efek duduk lama sangat lah ni.

"Ughmmmm.. Nasib baik tak susah mana kerja kali ni.  Kalau macam minggu lepas punya fuhh!   Mau pepagi aku cari Viktor dekat sekolah! " omel aku perlahan pada Comot.  Kucing kelabu itu hanya menderam manja di atas meja.

"Purrr~"

Aku tersenyum kecil tengok Comot.  Dan tiba tiba sahaja ingatan aku terarah kepada ejen ejen baru di akademi petang tadi.

"Hey,  Comot!  Tak sabarnya aku nak pergi akademi esok!  Aku nak tunjuk dekat budak budak baru tu kemahiran terbaru aku!  Hehehee mesti diorang terkejut nanti kan?? " cerita aku dengan bersemangat.

Yelah!  Sejak dari aku mula mula masuk akademi,  hanya aku sahaja yang asyik direndahkan.  Mentang mentang aku budak baru masuk, dan tak tahu apa apa tentang akademi,  senang senang aja aku diejek dan dibuli.  Nasib baik, masih ada lagi yang boleh menerima keberadaan aku seperti Alicia,  Khai Iman dan lain lain tu. Walaupun Alicia masih cari pasal dengan aku lagi kadang kadang..

Ditambah lagi selepas insiden serangan Niki ke atas Dato Bandar.  Sejak kejadian tu,  posisi aku dalam akademi makin teruk pula.  Lagi lagi bila aku dah tak dibenarkan menggunakan IRIS lagi.  Semua orang pandang aku macam pengkhianat terbesar negara! 

....

Oklah fine!  Aku pernah khianat MATA,  tapi aku dah taubat okey?? Lagipun sape je boleh tahan dengan Dato Othman sekarat tuu??  Aku berani kerat kuku kaki yang Janeral dan Ketua Teras pun kalau boleh nak biar je Niki bunuh dia!  Kann????

Tapi aku sedar,  semua tu salah aku juga.  Jadi aku bangkit dan berusaha bersungguh sungguh sepenuh nyawa aku.  Sebab aku dah janji dengan mama.  Aku dah janji dengan Ejen Zain,  dan ketua teras yang lain,  aku akan jadi lebih kuat!  Dan jadi super ejen terbaik MATA!

Setahun lebih..

Setahun lebih aku jalani latihan neraka!  Aku paksa diri aku untuk jadi lebih baik,  lebih hebat! Segala latihan intensif MATA aku buat. Semua ujian aku hadapi.

Aku cuba baiki hubungan aku dengan ejen ejen muda yang lain.  Dan yeahhh.. Itu semua bukan mudah! Aku dah khianat MATA kutttt!!  Kau nghasee????!

Aku jatuh banyak kali,  tapi aku tetap kena bangkit! Lagipun,  Uncle dan Alicia sentiasa ada sokong aku dari belakang.  Aku tak boleh putus asa!  Aku tak boleh lemah semangat! Aku nak buktikan pada MATA yang mereka tak salah pilih orang.  Aku dah dapat peluang kedua,  dan aku takkan sia siakan peluang tu lagi!

Dekat dua tahun,  dan sekarang aku dah boleh lawan tanpa harapkan IRIS!  Tak adalah sehebat Alicia dan Rudy tu tapi bolehlah untuk jalankan misi.  Kemahiran mencipta aku pun dah bertambah hebat tau!  Aku dah upgrade Yoyo aku dan gasing arwah mama dengan kebolehan baru.

Oh ya!  Sekarang aku guna dua senjata,  satu yoyo yang aku selalu guna dan lagi satu,  gasing mama!  Gasing tu susahh wooo nak master serius aku cakap!  Banyak kali aku sendiri kena hentam dengan gasing tu waktu berlatih.  Aku pun tak tahu macam mana aku boleh guna gasing tu smooth gila time lawan Niki dulu.  Oh yaa,  override enn. 

Dan akhirnya,  segala seksaan dan penat lelah aku selama hampir dua tahun itu membuahkan hasil bilamana,  aku berjaya mendapatkan semula kepercayaan MATA dan ketua ketua teras.   And guess what??  Aku dapat pakai IRIS balikkkk!!  Yuhuuuuu!!!!  Bukan apa.. Tapi tu jela antara peninggalan arwah mama tau!  Astu suka suki je kau nak ambil mana boleh!  Mak aku yang buat,  so aku punyalah kann??  Hehehhee~

Sengihan aku tadi perlahan lahan mula mengendur kelat.  Bayangan arwah mama kembali terlayar dalam benak fikiranku sekarang. Wajah jelita mama pandang aku. Jemari lembut mama yang belai aku. Bahkan Aku masih boleh rasa hangat pelukan mama sewaktu dalam dimensi IRIS. 

Tapi sekarang semua tu dah tak ada...

Benir hitam aku mula berkaca.  Bingkai gambar yang berisi aku, ayah,  mama dan Labu aku tatap dengan senyuman sedih. Permukaan kaca bingkai tu aku sentuh lembut.  Semua  orang nampak bahagia dalam gambar tu.

"Mama.. Kalau mama masih ada lagi, mesti mama bangga dengan Ali kan? Ali dah berjaya jadi ejen yang hebat! Sama macam mama dulu! Ali dah makin kuat!  M-macam yang mama..n-nak... " bibir aku ketap rapat cuba menghalang dari tumpahnya air mata kerinduan. Comot yang seakan tahu isi hati aku, menggeselkan badannya kepada aku seolah olah dia nak comfort aku.  Comot ni jangan main main tau!  Kadang kadang pemikiran dia lagi matang daripada manusia.  Dan Uncle dan Alicia pun macam lebih percayakan Comot daripada aku. 

Sob.. Sob.. Sendu kejap

"Miaw~"

"H-heii. Hehe aku oklah,  Comot.  Janganlah risau" balasku sambil tersenyum.  Leher Comot diusap lembut dan tampaknya Comot menyukainya.

"Aku cuma rindu sikit je.. " sambung aku lagi. Mutiara yang hampir tumpah aku kesat laju dengan hujung lengan.  Kembali buat muka bersemangat. Muka orang nak dapat BRIM!

"Tapi,  aku tak ada pilihan lain selain bangkit dan terus ke depan!  Aku tak nak kalah dengan ejen ejen lain!" kataku dengan semangat baru.

"Lagipun.. Aku kan dah jadi senior sekarang. Mana boleh senior tunjuk lemah pada junior,  kan? kan??  Comot?? Hehe "

Comot buat muka menyampah. Melibas ekor panjangnya tepat pada muka aku. 

"Auchh!!  Berani kau libas aku Comot!  Sini kau! Hiargh!! " aku serang Comot.  Lempar dia atas katil dan geletek perut buncit dia tu!  Aku nak buat Comot gelak tapi kejap lagi aku pulak yang seram dengar kucing gelak.  So dekat sini aku decribe yang Comot mengiaw pasrah jela ye??

"Ahahaha.. Haihh.. Dalah.  Aku nak tidur.  Esok ada latihan kat akademi lagi" kataku pada Comot.  Meletakkan Comot di sisi aku.  Selimut ditarik paras pinggang sebab malam ni aku pasang kipas sahaja. Malas nak pasang aircond.  Jimat elektrik sikit!

Baru aku nak melelapkan mata,  Comot memukul muka aku guna tapak puff dia tu. Nasib baik kuku tajam dia tak keluar,  kalau tak calar muka kacak aku ni!

"Ish! Kenapa ni Comot??  Aku nak tidur la! " rungut aku perlahan. Comot merenung aku dengan muka 'siyes ah? '

"Apa dia? " soal aku lagi masih tak faham.

"Meaoooww~(Doa tidur mana,  Doa? Nak kena kacau setan ke malam ni?? )" panjang Comot mengiaw.

Aku tersengeh kelat. Kan aku dah cakap,  Comot dah macam manusia. Aduhh,  kenapa kucing aku lagi alim dari aku ni?

"E-heheh sori.. Bismillah... "

Usai membaca doa,  aku mengusap kepala Comot sekali lagi.  Kelopak mata diturunkan perlahan lahan dan diri di set dalam mode rehat.

Selamat malam dunia...

••••••••

Lokasi : Perlabuhan Cyberaya

Di satu laluan yang gelap,  kelihatan susuk tubuh seseorang yang katik berjalan dengan langkah yang laju.  Muka mamat katik tu berparut dan berplaster serupa gengster berjalan mendada penuh keyakinan.  Sesekali anak mata hitamnya mengeling ke kiri dan kanan yang hanya dipenuhi dengan kontena biru dan merah.

"Jangan.. Jangan pandang tempat lain.  Terus je jalan ke depan.  Cool.. Cool.. " lelaki itu bermonolog pada diri sendiri.  Langkah kaki dipercepatkan supaya cepat sampai ke destinasi yang dituju. Menyesal tak bawa budak budak lain tadi hish!!

Sedang yakinnya mamat itu berjalan,  tiba tiba satu bunyi dentuman yang agak kuat meniup pergi segala keyakinan dirinya.

BAM!! BAM!!

Haa kau!  Terkaku terus kaki tak boleh nak jalan! Butir butir keringat sudah mula membasahi dahi tak licinnya itu. 

"Ahh!  Kucing je tu!  Rilekss.. Rilekss.. Aku kan Komeng!  Mana pernah takut! " sedaya upaya Komeng si Katik cuba menyemangati dirinya sendiri.  Walaupun,  kaki dia dah nak jadi jeli. 

Dia cuba mengabaikan segala bunyi bising itu dan kembali melangkah lebih laju.  Alahaii... Jauh pulak parking lot nih!

Namun baru beberapa langkah dia menapak,  satu bunyi hentakan pada kontena yang sangat kuat berdentum  menyentakkan Komeng sekali lagi.

Dengan pantas dia berpusing  ke belakang cuba mencari punca dentuman tersebut. 

"S-Siapa tu?!!!  Jangan main main dengan aku!  Aku ada karate tau!!" ugut Komeng kuat sambil melilaukan matanya ke kiri dan kanan.  Penumbuk sudah diacah acahkan ke hadapan mana tahu enn pocong ajak bertinju ke apa?

Namun sekelibat manusia pun tak memunculkan diri.  Hanya dinding dinding zink besi kontena yang bertindih terhidang di hadapan mata menghasilkan suasana yang lebih menyeramkan.

" Ish.. Main cak baa!  Cak baa pulak hantu ni! Sinilah muncul kalau berani!"

Eh ehh satgi sergah depan mata kang ada jugak yang berbuih kena sawan dekat sini!

Namun agaknya,  malam semalam dia makan baca doa, permintaan Komeng dimakbulkan Tuhan, 

Satu susuk hitam yang besar muncul dari atas kontena betul betul di hadapannya.

Bayang susuk misteri itu semakin membesar sehingga menghalang cahaya lampu dari mengena Komeng yang sudah bergidik ketakutan menatap susuk hitam tersebut. Mata susuk misteri itu bersinar merah dalam kegelapan.

"S..Si..siapa KA-WARGHH!! "

Belum sempat pun si katik Komeng menjerit, sekelip mata susuk itu melempar sesuatu yang nipis dan tajam ke arahnya dengan laju. Objek itu pantas menusuk tubuh Komeng sebelum badannya bercahaya terang lalu hilang  ditelan udara. Meninggalkan objek yang menusuknya tadi tergeletak di tempat terakhir dia berdiri.

Dari sudut susuk misteri itu pula, beberapa susuk lain pula muncul di sebelahnya. Mereka hanya diam tak bekutik melihat  tubuh Komeng yang lenyap tanpa jejak tanpa secebis perasaan.


Hello, madapotato!!  Hahhaha sumpah aku takde idea nak buat part si Komeng ni and yeahh aku stuck di situ.  But nehh... Takpelah( ̄3 ̄)

Btw enn.. Aku sangat memerlukan idea haha aku tau korang malas je nak pikir tapi kalau korang rasa macam ada jalan cerita menarik nak bagi aku mehla sini datang pm!  Aku sangat mengalu alukan segala jenis komen dan suggestions dari korang semua(´∀`)♡

Btw enn....aku agak sibuk aww tahun ni ahhah sumpah tak tipu!  Cuma tak sedo diri lagi ni tu je.  (╯°□°)╯︵ ┻━┻

Btw, please vote and comment!  You guys punya komen all over made my day lah
(。・ω・。)ノ♡

K lah baii see ya in next chap
~(´ ▽`).。o♡

Continue Reading

You'll Also Like

again By iza

Fanfiction

608 263 20
Masih tak terlambat lagi untuk memulakan semuanya semula.
178K 3.3K 59
ONCE AGAIN ? RHEA ILMELDA, seorang wanita yang berkaliber dan naif tapi kenaifannya tergugat apabila dia telah dimalukan oleh seorang lelaki yang be...
108K 2.1K 34
Luke Adwar x Kanemoto Hikkun Minasan ( Lucas Adwar Minasan x Kanemoto Haira Adwar ) David Athur x Leo Hamada ( Jake Athur x Hamada Asahi) Eric Kim x...
1.2M 87.5K 50
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...