Mr Annoying Vs Miss Beku

By Mademoiselle_Hawa

70.4K 2.8K 171

[COMPLETED✔] QAISARA ALYSHA - Seorang gadis yang pendiam, tak banyak bercakap, tidak suka bergaul dengan ora... More

Memperkenalkan Karya Baru
Bab 1 | Aku
Bab 2 | Pertemuan
Bab 3 | Bistro
Bab 4 | Kampung
Bab 5 | Mamat Annoying
Bab 6 | Qash Anaqi
Bab 7 | Dengki
Bab 8 | Sedondon
Bab 9 | Photoshoot
Bab 10 | Butterfly
Bab 11 | Cemburu
Bab 12 | Picnic
Bab 14 | Kareoke
Bab 15 | Pulang
Bab 16 | Hadiah
Bab 17 | Mimpi
Bab 18 | Pengsan
Bab 19 | Panic Attack
Bab 20 | Surprise
Bab 21 | Tarawih
Bab 22 | Balik Kampung
Bab 23 | Takbir Raya
Bab 24 | Tetamu
Bab 25 | Rombongan
Bab 26 | Lamaran
Bab 27 | Ugut
Bab 28 | Keputusan
Bab 29 | Baju nikah
Bab 30 | Persiapan
Bab 31 | One Step Closer
Bab 32 | Dua Hati Bersatu
Bab 33 | Bidadari
Bab 34 | Winter Wonderland
Bab 35 | Keluarga
Bab 36 | Honeymoon
Bab 37 | Gayat
Bab 38 | Japanese Village
Bab 39 | Doa
Bab 40 | Penat
Bab 41 | Rahsia
Bab 42 | Pergi
Bab 43 | Tertekan
Bab 44 | Ego
Bab 45 | Penyesalan
Bab 46 | Pulang
Bab 47 | Patah
Bab 48 | Sedar
Bab 49 | Pinky Promise
Bab 50 | Kampung
Bab 51 | Sakit
Bab 52 | Maruah
Bab 53 | Hutan
Bab 54 | Cekak
Bab 55 | Pergi
Bab 56 | Termakbul
Bab 57 | Klinik
Bab 58 | Zuriat
Bab 59 | Mengidam
Bab 60 | New Life
Bab 61 | Happiness
Bab 62 | The End
Coffee Time with Hawa

Bab 13 | Aquaphobia

1K 51 3
By Mademoiselle_Hawa

    SELEPAS hampir satu jam perjalanan, kami akhirnya tiba di lokasi. Sepanjang perjalanan itu, aku di belakang sempat bukak kilang taik mata.

   Gila kau tak mengantuk? Fiya kejut aku pukul lima kot! Dengan penat memasaknya. Memang membuta lah aku dekat belakang.

   Tapi kalau ikutkan, aku tak nak pun tidur. Iya lah! Ada dua jejaka dalam kereta ni kot. Malu siot sebab aku tertidur. Entah macam mana lah rupa aku tadi. Mulut ternganga ke? Ada air liur basi keluar ke? Tiba-tiba mimpi bercakap ke?

   Sebaik sahaja Qash parking kereta, aku terus membuka pintu kereta bahagian penumpang di belakang. Aku menggeliat kecil. Arh! Leganya dapat tidur sekejap.

   Pandangan aku tiba-tiba terkaku melihat keindahan semulajadi di sini. Keadaan pokok-pokok hijau di sini menenangkan hati yang memandangnya. Udara segar dihirup, arh! Segarnya!

   "Lena betul awak tidur tadi." tegur satu suara.

   Aku terus berpaling ke arah empunya suara. Kelihatan Harith sedang tersenyum ke arah aku.

    Tiba-tiba wajah aku terasa berbahang. Arh malunya! Aku tersenyum janggal. Tangan aku naik mengusap belakang tengkuk perlahan.

   "Rith! Cepat lah angkat barang kau ni." sergah Qash.

   Geram pula dia rasa.

    Sejak dari rumah Qaisara lagi, dia hanya memerhati kelakuan sahabatnya. Bukan main lagi nak cuba mengambil hati gadis itu.

     Aku pula berlalu ke kereta Zamrul. Beg pakaian aku, aku capai dan digalas. Beg plastik berisi air mineral aku turut capai. Beg ikea yang berisi makanan aku biarkan para jejaka mengangkatnya. Lelaki kan?

    "Weh Qai." cuit Fiya.

    Aku memalingkan muka ke arah Fiya. Keningku dijongketkan ke atas.

    "Handsome jugak kawan si Qash tu kan? Kau tengok tu Qai, ya Allah bila dia angkat barang tu, biceps dia berketul Qai!" puji Fiya.

    Aku membuat muka jelik. Perempuan ni memang dah tak ada benda lain ke nak pandang?

    Aku menunjal kepalanya.

   "Kau semua lelaki kau kata handsome." sindirku.

   "Dah, angkat barang ni cepat." arahku.

   Fiya menjuih bibirnya. Tangannya mengangkat barang-barang di dalam bonet kereta.

   Kami mula berjalan masuk ke pintu gerbang yang tertulis 'Selamat Datang Ke Hutan Lipur Kanching'.

   Sepanjang perjalanan menuju ke air terjun, aku dapat lihat di bahagian tepi jalan, terdapat deretan gerai menjual makanan. Oh dan ada juga tempat untuk menangkap gambar bersama burung kakak tua dan ular sawa. Dan semestinya harus dikenakan bayaran.

   Daripada apa yang aku kaji tentang tempat ni. Tempat ni juga dikenali sebagai Taman Eko Rimba Kanching. Hutan simpanan yang luasnya kira-kira 1,214 hektar ini ialah sebuah taman rekreasi yang kaya dengan kesegaran alam semulajadi. Dengan udara segar pada waktu pagi, terasa nyaman seketika.

   Oh satu lagi fakta menarik tentang tempat ni. Air terjun di sini mempunyai tujuh tingkat! Dan pada setiap tingkat ada kolamnya yang tersendiri yang boleh bermandi-manda.

   Untuk ke air terjun pula, kami perlu menyusuri track yang disediakan untuk kemudahan pelancong. Tetapi jalannya agak berbukit sedikit. Jadi kena hiking sikit lah untuk sampai ke puncak.

   Dan apa yang aku dapat lihat, kebersihan di kawasan ini terjaga dengan elok. Airnya jernih dan bersih.

    Di sini juga terdapat beberapa kemudahan seperti surau dan tandas. Jarak antara tandas dan air terjun paling atas agak jauh. Jadi kami mengambil keputusan untuk menukar pakaian siap-siap di tandas. Tak ada lah nak kena naik turun banyak kali.

   Oh aku bukan akan bermalam di sini ya. Kami akan bermalam di salah semua chalet berhampiran.

   "Weh! Berapa lama lagi nak sampai puncak ni? Aku dah mengah dah ni!" rungut Adam.

   Ya, kami mengambil keputusan untuk berkelah di air terjun paling atas. Kata mereka, air terjun di bahagian atas sedikit dalam berbanding yang di bawah. Airnya cetek sahaja.

   "Sabar lah. Dah nak sampai dah. Kau ni nama je lelaki, tapi lembik!" kutuk Fiya.

   "Woo woo cantik sikit bahasa kau. Mana ada aku lembik? Kau tak nampak ke aku ni sikit punya sado ni?" bangkang Adam dengan riak.

   "Sado celah mana? Kerempeng je aku tengok." kata Fiya selamba.

    Adam mendengus geram. Kurang asam betul Fiya ni!

   Aku di belakang hanya buat tak tahu. Kamera aku yang tergantung di leher aku pegang. Sesekali itu aku mengambil gambar panorama alam semulajadi di sini.

    Ya, mana mungkin aku tinggalkan kamera kesayangan aku ni. Harus dibawa! Peluang macam ni bukan selalu dapat.

     Tangan kiri aku yang memegang plastik berisi empat botol besar air mineral diubah posisi. Sakit jari aku pegang plastik berat itu.

   "Nak saya tolong bawakan?" soal seseorang dari belakang.

   Aku berpaling ke arah belakang. Oh! Harith dan Qash berjalan di belakang aku.

   "Errr..." teragak-agak aku ingin menjawab. Segan pula nak suruh dia angkat.

   Harith cuma tersenyum, tangannya mengambil plastik berisi air mineral itu dari tangan aku.

   "Sini saya bawakan. Merah dah jari awak tu." katanya ingin membantu. Aku tidak menjawab sebaliknya hanya membiarkan.

   Haih, mujur aku pakai kasut sukan hari ni, cuba kalau aku buat cerdik pergi pakai selipar? Mahu sakit tapak kaki aku ni!

   Tanpa aku duga dan tak terduga, kaki aku terpijak seketul batu yang boleh tahan besar di tengah jalan. Apa lagi?

   Terhuyung-hayang badan aku tak dapat nak mengimbangkan diri. Dan, ya kawan-kawan. Aku akan jatuh tergolek bak buah nangka busuk.

PAP!

   Tiba-tiba ada satu tangan yang memaut kedua-dua belah bahu aku dari belakang untuk mengelakkan aku dari terjelepok jatuh menyembah bumi.

   Statik aku memandang orang yang menyelamatkan aku dari jatuh. Terkedu aku di situ. Air liur aku ditelan dengan payah.

   Qash yang memaut bahu aku juga turut terkaku seperti aku. Masing-masing seperti hanyut sebentar dengan pandangan mata yang sukar ditafsirkan.

   Dan sekali lagi aku nak buat satu pengakuan. Qash nampak seksi nak mampus dengan peluh yang mengalir di tepi dahinya. Rambutnya bahagian depan pula kelihatan basah sedikit akibat berpeluh. Dengan wajah putihnya terkena cahaya matahari dari celahan pokok-pokok membuatkan dia tampak begitu kacak!

   Oh! Someone please! Bagi aku oksigen! Dah rasa sesak nafas ni bila tengok muka dia!

   Bau wangian yang terdapat pada tubuh Qash membuatkan aku rasa terbuai. Aku...aku suka bau ni.

   "Dah puas tenung muka aku?"

DUSH!

   Rasa macam kena simbah dengan air panas muka aku sekarang ni. Berbahang! Ya Allah malunya!

   Terus aku membetulkan posisi aku untuk berdiri dengan stabil. Topi aku yang hampir tertanggal, aku betulkan.

   Okay, bagitahu aku sekarang dekat mana aku nak sorok muka cantik aku ni? Dalam air terjun tu okay tak?

   Aku lihat Qash tersenyum sinis. Ni mesti kejap lagi dia bahan aku cukup-cukup ni.

   "Aku dah cakap, kau mesti akan tergoda tengok muka aku yang handsome ni." ujarnya. Senyuman sinis masih terhias di bibirnya.

   Tengok? Kan aku dah cakap?

   Aku tayang muka geli.

   "Jangan nak perasan." gumam aku perlahan.

   "Ya, aku perasan. Aku perasan yang kau tu dah tergoda dengan aku." pintasnya laju.

   Ya tuhan! Sesiapa tolonglah hempuk dia untuk aku!

   Aku mendengus kasar. Kaki aku laju mengikuti langkah rakan-rakan aku yang sudah jauh kedepan. Tak betah aku berlama-lama di situ. Mahu aku kena heart attack nanti!

   Selepas beberapa minit kemudian, kami tiba di puncak air terjun. Okay aku orang yang paling teruja dekat situ. Bukan teruja sebab nak mandi, tapi sebab keindahan air terjun tu!

   Subhanallah... Indah betul ciptaan Allah. Bunyi burung berkicauan dan alam semulajadi yang terdapat di sini sungguh menenangkan jiwa.

   Aku tak tahu nak react macam mana sekarang ni. Tapi apa yang aku rasa sekarang ni macam nak lompat bintang.

    "Whow! Cantiknya tempat ni!" jerit Zamrul teruja.

   Yang lain semua angguk bersetuju dengan kata-kata Zamrul. Memang cantik.

   Aku pula? Mula merakam suasana indah di air terjun ini menggunakan telefon pintar aku. Dan Camera Canon milik aku pula aku pegang. Lensa kamera aku halakan ke arah air terjun di hadapan aku.

Klik! Klik!

   Tersenyum sendirian aku melihat gambar yang baru diambil. Cantik!

   Aku mula menghampiri batu-batu besar yang terdapat di air sungai itu. Aku memijak perlahan batu besar di situ kerana batu itu agak licin. Aku duduk di salah sebuah batu besar. Kaki aku rendamkan di dalam air. Sejuk!

   Yang lain? Dah selamat terjun masuk dalam kolam tu. Yang terpaling teruja, tak lain tak bukan, mestilah Adam. Perangai dia tu, budak-budak pun kalah!

   "Fuh! Sejuknya air dekat sini!" jerit Adam riang. Dan tanpa sengaja, dia terpercik air sehingga terkena wajah Fiya.

   "Woi! Kau ni kalau excited pun agak-agak lah. Habis kena muka aku ni!" pekik Fiya.

   Dia membalas balik perbuatan Adam tadi dengan memercik air ke arah Adam.

   "Ish aku tak sengaja lah! Kau ni main kasar lah pulak." marah Adam.

    Dah mula dah perlawanan main percik air. Meriah keadaan dalam hutan ni dengan suara dua ketul tu. Aku hanya mampu menggeleng.

   Zamrul, Qash dan Harith yang dari tadi hanya memerhati tergeleng-geleng kepala mereka.

    Mata aku memerhati kawasan air terjun di sini. Mujur hari ini tidak ramai pengunjung. Tapi mungkin pada hari esok jalan di sini akan mula sesak kerana hujung minggu.

   Aku lihat Qash sudah menyelam masuk ke dalam air. Buat seketika, dia muncul di permukaan air. Rambutnya yang basah diraup kebelakangan.

   Oh damn...

   Sekali lagi aku tergoda.

   Qash dengan hanya berbaju singlet longgar berwarna hitam dengan seluar pendek menambahkan lagi aura seksinya.

   Astaghfirullahalazim Qai...

   Sejak bila kau jadi macam ni?

   Ini kalau Maktok tahu ni, mahu aku kena sesah cukup-cukup ni.

   "Kenapa tak mandi?" tegur satu suara.

   Terus hilang fokus aku memerhati Qash. Mata aku mencari tuan empunya suara.

   Harith berdiri di atas batu yang aku duduk sambil merenung aku.

   Aku hanya diam tidak menjawab. Senyuman nipis aku hadiahkan kepadanya.

   Harith mula duduk di sebelah aku. Tak dekat sangat tak jauh sangat. Cukup aku boleh katakan yang dia bijak mencipta jarak antara kami.

   "Kenapa tak mandi?" soalnya sekali lagi.

   "Tak rasa nak mandi." tipuku.

   "Yeke?" Harith merenung aku dengan riak tidak percaya.

   Oh! Tolong lah jangan tengok saya macam tu. Nanti saya pengsan, siapa nak jawab?

   "Err... Actually ak... eh err saya tak pandai berenang." kata aku.

   Harith mengangguk faham.

   "Tak nak cuba? Saya kan ada? Jom saya temankan awak." ajaknya.

   Laju aku menggelengkan kepala.

   "Eh tak apa. Saya okay je dekat sini, lagipun siapa nak jaga barang-barang tu nanti. Risau ada monyet pulak nanti kalau tinggal." ujarku mencipta alasan.

    Arh tapi memang betul. Di sini ada banyak monyet. Monyet dekat sini boleh tahan macam 'penyamun' juga. Kang, tahu-tahu barang hilang.

    "Hmm... Betul ni?" soalnya meminta kepastian.

    Aku mengangguk.

   "Betul. Tak apa, awak pergi lah mandi." halau aku. Sememangnya aku rasa awkward sikit bila dengan Harith ni. Terlampau caring sangat.

    "Okay then, lepas habis mandi nanti saya datang teman awak okay?" katanya sambil tersenyum manis.

    Err... Teman aku? Ngeee..

   Aku teragak-agak untuk mengangguk.

    Sebaik sahaja Harith menjauhi aku, aku menghembuskan nafas lega. Fuh! Sesak nafas aku dengan dia ni.

    Aku menyelitkan rambut aku di celah telinga. Rambut aku memang sengaja dilepaskan.

    "Woi Qai! Kau buat apa tercegat dekat situ? Sini lah woi mandi!" laung Zamrul yang berada berhampiran dengan air terjun.

     Aku hanya menggeleng menandakan aku tidak mahu ke sana. Tak sanggup aku. Aku dah cukup serik dengan masa silam aku.

    "Apasal kau tak nak mandi?"

    Nahh! Muncul dah jejaka terhangat di pasaran.

    Aku tidak menjawab. Mata aku hanya memerhati kawan-kawan aku yang seronok bermandi manda tidak jauh dari aku.

    Qash mula mengambil tempat di sebelah aku. Eh eh! Rapat pulak mamat ni duduk.

   "Jauh sikit." tegur aku perlahan.

    "Ops! Sorry." katanya lalu menjauhkan jarak mereka.

    Qash merenung wajah Qaisara yang sedang termenung. Sudah lama tidak bersua muka dengan gadis itu.

   "Kenapa kau tak join diorang?" soalnya.

    "Aku tak pandai berenang." jawabku jujur.

    Terangkat sedikit kening Qash.

    "Tak pandai boleh belajar." balasnya selamba.

    Aku hanya senyum senget.

   "Tak semudah tu."

     Qash yang sedang meraup rambutnya ke belakang terhenti perbuatannya. Dia memandang Qaisara yang masih tidak beralih dari memandang kawan-kawan nya.

   "What do you mean?" soal Qash hairan.

    Aku diam sejenak. Aku memandang Qash sekilas.

    "Masa umur aku umur 7 tahun, aku pernah lemas dalam sungai dekat kampung aku." tanpa sedar, aku membuka cerita yang aku cuba untuk lupakan selama ini.

    "Masa tu, aku duduk sorang-sorang atas titi gantung. Titi tu tak berapa tinggi, rendah je. Aku tengah makan gula-gula masa tu. Family aku pulak tak ada dengan aku. Diorang tengah seronok mandi."

    Qash pula masih tekun mendengar.

    "Silap aku, sebab pergi jalan sorang-sorang dekat situ. Dan, tanpa aku sedar. Ada sorang budak lelaki bagi terkejut aku dari belakang. Dan aku terjatuh dalam sungai. Aku memang tak pandai berenang lagi masa tu."

    "Dan, aku hampir lemas. Masa tu aku dah tak sedar sebab banyak sangat air masuk dalam mulut. Mujur abah aku datang selamatkan waktu tu. Kalau tak, aku memang dah tak ada dekat sini." sambungku.

    Aku tersenyum nipis.

    "Sejak dari tu, aku jadi trauma dengan sungai, laut dan apa-apa saja yang berkaitan. Dulu, aku sampai takut nak jejakkan kaki dekat sungai. Aku automatik macam terkena panic attack. Tiba-tiba aku jadi sesak nafas, cemas, berpeluh, jantung berdegup kencang."

    "Abah dengan ibu aku pernah bawa aku jumpa doktor pakar. Dan doktor sahkan aku hidap penyakit Aquaphobia."

   "Aquaphobia?" soal Qash.

    Aku mengangguk.

   "Aquaphobia means, fobia terhadap air." terangku.

     "Aku derita dengan trauma tu. Bila aku tiba-tiba teringatkan kenangan pahit tu atau aku mimpi perkara tu, aku jadi susah nak bernafas. Aku jadi panik. Kau bayangkan lah. Aku kecil lagi masa tu. Macam mana aku nak hadapi trauma tu?"

    Qash hanya diam.

    "Mujur aku ada keluarga aku. Diorang lah yang selalu sokong, bagi semangat pada aku. Aku ikut semua terapi yang doktor ajar. Alhamdulillah, aku dah semakin pulih. Aku dah tak takut nak duduk berhampiran dengan air dalam macam sekarang ni."

    "Tapi, aku masih tak mampu nak lawan rasa takut aku dengan air yang dalam, deras. Aku takut nak masuk dalam sungai. Bukan aku tak pernah teringin, tapi keadaan aku tak mengizinkan. Aku takut panic attack tu datang balik."

    Qash pula sedari tadi hanya tunduk mendiamkan diri. Dia merenung air terjun yang deras itu.

    Aku yang perasan dengan kelakuan Qash seperti termenung pantas memetik jari di hadapan mukanya.

    "Kau kenapa?"

    Qash pula seperti tersedar dari lamunan. Dia tersenyum malu.

    "Err... Kau kenal ke budak lelaki tu?" soalnya.

    Aku mengangguk.

    "Kenal. Dia satu sekolah dengan aku dulu di kampung. Tua dua tahun dari aku."

   Sekali lagi Qash mendiamkan diri.

    "Lepas kejadian tu, kau masih jumpa ke dengan budak tu?"

    Aku mengangkat bahu.

    "Aku tak nampak dah dia lepas dari peristiwa tu. Pindah ke bandar kot. Bagus lah tu. Kalau dia ada pun, buat aku lebih sakit je. I hate him damn much." luahku.

     Ya, aku memang benci dengan budak lelaki itu. Orang yang kerap membuli aku dulu. Kau bayangkan, dia boleh letak cicak dalam kotak pensel aku? Bukan itu sahaja, pernah sekali dia letakkan katak dalam beg sekolah aku. Katak hidup okay, katak hidup!

    "I hate him too..." gumam Qash perlahan.

     Aku memandang Qash. Dia ada cakap sesuatu ke tadi?

   "Did you say something?"

    Qash menggeleng laju. Dia tersenyum nipis.

    "Dah lah, aku nak pergi sambung mandi." pamitnya kemudian terus terjun ke dalam air. Berkocak air sungai itu.

    Aku terkedu di situ. Kurang asam betul monyet ni! Habis basah aku!


<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Dah lah, nuh jela aque.

JANGAN LUPA VOTE OKAY!

#ToBeContinue

Update: 4 August 2021

Continue Reading

You'll Also Like

11.3K 561 11
Guess what? Another story in which you are the reincarnation of Gorou's wife. Now reborn again by the name Y/N, you wish to find your's and Ai's kill...
834K 8.3K 67
𝐢𝐧𝐜𝐥𝐮𝐝𝐞𝐬 𝐚𝐥𝐥 𝐨𝐟 𝐭𝐡𝐞 𝐛𝐨𝐲𝐬 ✦ .  ⁺   . ✦ .  ⁺   . ✦ don't forget to vote, share and comment. 🤍
3.5K 288 31
Nawira Wareesha X Hafiy Qays 🦋 Bercinta hampir 5 tahun dan di umur 17 tahun keluarga keduanya setuju untuk mengikat mereka dalam tali pertunangan. R...
29.7K 1.7K 49
Maysarin × Esra Wildan (karya 1) ----- 7/11/2023 - 13/1/2024 ----- Masa kecil Maysarin tidak indah seperti orang lain. Disaat dia dilayan buruk oleh...