Mrs Arshaq

By Applefake

1.2M 43K 2K

Hidup Mikayla Sofea yang daripada kecilnya langsung tiada bahagia, tiba-tiba muncul pula lelaki yang sering m... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Penambahan Ilmu
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Epilog
One Weeks

Bab 24

20.3K 790 10
By Applefake

Bunga rose yang sudah menghasilkan pucuk itu di belek oleh Mikayla Sofea. Begitu juga dengan pokok mataharinya. Sukanya dia. Hasil tanamannya membuahkan hasil. Tidak sia-sia dia menyiram setiap petang.

Sesekali matanya mengerling ke arah Arshaq. Arshaq bersama Tasya masih serius membincangkan hal kerja mereka. Tingkap lut sinar besar itu mampu membuatkannya melihat ke dalam rumah. Sesekali bibirnya dicebikkan. Dia teringat dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Tasya untuknya.

"Please, lepas ni jangan menyusahkan papa dan Shaq. Shaq tu ada banyak kerja nak kene buat selain melayan kerenah manja you ".

Huh. Kalau nak ikutkan mulutnya yang diam-diam pedas ni. Sudah lama dia menjawab. Dia tu yang mengada! Kata aku pula.

Pandangannya terus dilemparkan memandang ke arah mini gardennya. Terasa tenang saja dia melihatnya. Sesekali tangannya memegang kalung yang dipakainya.

Jujur dia katakan, dia sangat rindukan ibu dan ayahnya. Setiap hari dia berdoa agar dia ditemukan dengan mereka. Jika ibu dan ayahnya sudah tiada, dia berharap ada seseorang membawanya menziarahi kubur mereka.

"Puan"

Terhenti terus lamunan Mikayla Sofea . Kepalaya laju tertoleh ke arah Kaiser yang berdiri tinggi itu. Punggungnya laju saja beralih ketepi untuk memberi ruang kepada Kaiser duduk.

"Duduk la "

Kaiser menggeleng. "Tuan panggil puan masuk"

Tercebik terus mulut Mikayla Sofea. "Tuan awak tu nak apa suruh saya masuk? Nak saya tengok je diorang tu buat kerja? ".

Terukir senyuman kecil di bibir Kaiser. "Puan jeles? ".

"Nampak sangat ke? ". Soal Mikayla Sofea buat-buat. Dia kalau cemburu memang tidak dapat disorokkan lagi.

Terhambur ketawa Kaiser sambil mengangguk kecil. Alahai comel betul isteri tuannya ini.

"Jelas puan"

"Itu pun, tuan awak tu buta buat-buat tak faham yang saya ni cemburu". Jujur Mikayla Sofea dengan nada yang tidak berpuas hati.

Kaiser tersenyum kecil. "Baik puan masuk sekarang, nanti tuan marah pulak".

Mikayla Sofea terus berdiri laju. Risau juga dia jika suaminya itu memarahinya lagi. Kakinya membuka langkah untuk memasuki rumah.

Baru setapak saja dia menjejakkan kaki di dalam rumah, suara Arshaq sudah menyapa gegendang telinganya.

"Pergi bersiap". Arah Arshaq dingin.

Dahi Mikayla Sofea berkerut sedikit. Suaminya yang masih menumpukan perhatian ke arah ipad itu, di pandangnya. Sesekali Arshaq mengusap pelipisnya.

"Pergi mana awak? "

"Rumah papa"

Mikayla Sofea tidak bertanya banyak lagi. Kakinya terus melangkah besar menaiki tangga. Bibirnya tersenyum lebar.

Dia belum pernah menjejakkan kakinya ke rumah Tan Sri Mokhtar. Mesti besar kan?

"Ey... Tak sabarnya nak jumpa papa". Omelnya perlahan sambil melompat kecil. Dia tidak sabar.

"Sampai dah. Mari masuk. Isteri papa ada masak lauk sedap-sedap untuk kamu". Tan Sri Mokhtar mula mengamit ke arah Mikayla Sofea. Senyumannya tidak lekang daripada bibirnya.

"Mana Mikayla abang? ". Soal Puan Sri Lidia daripada jauh.

"Ada ni dekat sini. Sini cepat".

Puan Sri Lidia terus menyapa tubuh Mikayla Sofea. Tubuh genit tu dipeluknya laju.

"Sebelum Mikayla panggil auntie, Mikayla panggil je saya ni mama okey". Ramahnya menegur Mikayla Sofea. Sudah lama dia mahu berjumpa dengan wanita muda ini, tapi hari ini niatnya sudah kesampaian.

Mikayla Sofea laju mengangguk sambil tersenyum lebar. Dia mula menoleh ke arah suaminya yang berada diri sisinya. Pahala apa yang dia buat sampaikan orang yang baru dia kenali sudah menganggapnya sebagai keluarga sendiri.

"Jom kita makan. Mama ada masakkan lauk favourite kamu". Ajak Puan Sri Lidia. Bahu Mikayla Sofea laju dipeluk erat.

"Mana mama tahu? ". Soalnya pelik.

"Siapa lagi yang beritahu mama kalau bukan Shaq".

Laju Mikayla Sofea menoleh memandang suaminya. Matanya memicing ke arah Arshaq. Tertanya-tanya juga dia bagaimana suaminya mengetahui makanan kesukaannya. Yela, sebelum ini suaminya tidak mengambil tahu sangat halnya.

Arshaq hanya menunjukkan wajah bersahaja. Dia suami dia tahu la. Tambah pula setiap kali maidnya memasak lauk ayam marah merah, isterinya ini tambah nasi sampai tiga kali.

"Habis la lepas ni mama tumpu dekat Mikayla pula" . Seloroh Tasya sambil menghantar susuk tubuh masuk ke dalam dapur.

Arshaq sekadar tersenyum. Dia suka melihat senyuman bahagia daripada isterinya. Tan Sri Mokhtar sudah menghamburkan ketawanya. Dia sangat bersyukur isterinya dapat menerima kisah silamnya yang sangat buruk. Dan apa yang membuatkan dia lagi bersyukur, isterinya dapat menganggap Mikayla Sofea sebagai anak sendiri.

Bahu Arshaq ditepuk perlahan manakala bahu Tasya dipeluk erat olehnya. Dia suka dengan keluarga baru ini.

Selesai saja menjamah makanan, Mikayla Sofea terus mencari kelibat suaminya. Sesekali matanya melihat hiasan rumah agam milik Tan Sri Mokhtar. Sangat besar dan cantik.

"Papa ada nampak tak Arshaq? ". Soalnya apabila melihat Tan Sri Mokhtar.

"Shaq ada dekat kolam tu. Kamu pergi la tengok"

"Rumah papa ada kolam? ". Soal Mikayla Sofea ceria.

"Ada dekat luar. Pergi la tengok. Buat macam rumah sendiri". Pelawa Tan Sri Mokhtar.

Mikayla Sofea mengangguk laju. Kakinnya muka melangkah ke luar rumah. Kornea matanya mula ternampak tubuh Arshaq, Tasya dan Kaiser sedang berbual. Macam serius.

Apabila dia beru menjejakkan kakinya di luar itu tiba-tiba ketiga-tiga mata mereka suka memandang ke arahnya. Dah kenapa tengok aku macam aku buat salah?

"Tuan, saya masuk dulu". Pamit Kaiser

"I pun nak masuk. Panas pula tiba-tiba".

Tercebik terus bibir Mikayla Sofea. Tubuhnya sudah ketepi memberi ruang ke arah Tasya dan Kaiser lalu.

Kemudian dia mula menghampiri tubuh tegap suaminya yang sedang membelakanginya. Dari belakang pun hensem.

"Awak bualkan apa tadi? ".

"Bual kosong" 

Ringkas Arshaq membalas. Matanya mula memandang ke arah pemandangan yang terbentang indah di hadapannya. Rumah papanya ini berada di atas bukit, jadi dia dapat melihat banggunan-bangunan besar yang berada di bawah sana.

Mikayla Sofea terus berdiri tegak di hadapan suaminya. Wajahnya dilangutkan sedikit. Biasalah pendek.

"Terima kasih"

Bola mata Arshaq mula menunduk sedikit.

"Untuk?"

"Bawa saya masuk dalam keluarga angkat awak". Sambung Mikayla Sofea dengan tersenyum ceria.

"Bukan keluarga angkat, tapi keluarga kandung. Aku tak pernah anggap diorang ni keluarga angkat aku". Arshaq membetulkan kata-kata isterinya. Jujur dia cakapkan keluarga angkatnya ini jauh lebih bagus dari keluarga kandungnya. Huh.

"Hmm apa-apa jela. Terima kasih tau buat saya tersenyum hari ni". Tangan kecilnya sudah melingkar di pingang suaminya.

"Hmm". Ringkas saja Arshaq menjawab. Pelukan isterinya turut dibalas.

"Awak sayang saya tak? "

"Tak"

Mikayla Sofea sudah mencebik. Alah ego. Menyampah!

"Tak pe, dengan perbuatan awak saya tahu awak sayangkan saya".

Arshaq hanya diam. Perlahan-lahan bibirnya mengukirkan senyuman kecil.

Mikayla Sofea meleraikan pelukan itu. Kakinya dijengketkan sedikit.

Cup.

Terpana Arshaq melihat wajah malu-malu isterinya.

"Berani kau eh"

"Bukan selalu"


Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 36.5K 49
Jejaka yang sangat liar dan melanggar hukum hakam telah berjaya diubah menjadi seorang yang suci murni hanya kerana seorang gadis yang dibenci dari k...
2M 74.6K 71
πŸ¦‹1ST SWEET SERIESπŸ¦‹ Berkisarkan Laith seorang yang bermulut pedas bertemu dengan Bunga yang suka menjawab. Fikirnya perjumpaan mereka adalah kebetul...
2.8K 97 32
Seorang jejaka yang bernama Shawn lebih di kenali Shawn Marcus Lee adalah seorang anak angkat pertama kepada keluarga Tuan Mikail Andre . Sejak kemat...
1.3M 62.2K 133
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu...