Mr Annoying Vs Miss Beku

By Mademoiselle_Hawa

62.1K 2.7K 165

[COMPLETED✔] QAISARA ALYSHA - Seorang gadis yang pendiam, tak banyak bercakap, tidak suka bergaul dengan ora... More

Memperkenalkan Karya Baru
Bab 1 | Aku
Bab 2 | Pertemuan
Bab 3 | Bistro
Bab 4 | Kampung
Bab 5 | Mamat Annoying
Bab 6 | Qash Anaqi
Bab 7 | Dengki
Bab 8 | Sedondon
Bab 9 | Photoshoot
Bab 10 | Butterfly
Bab 12 | Picnic
Bab 13 | Aquaphobia
Bab 14 | Kareoke
Bab 15 | Pulang
Bab 16 | Hadiah
Bab 17 | Mimpi
Bab 18 | Pengsan
Bab 19 | Panic Attack
Bab 20 | Surprise
Bab 21 | Tarawih
Bab 22 | Balik Kampung
Bab 23 | Takbir Raya
Bab 24 | Tetamu
Bab 25 | Rombongan
Bab 26 | Lamaran
Bab 27 | Ugut
Bab 28 | Keputusan
Bab 29 | Baju nikah
Bab 30 | Persiapan
Bab 31 | One Step Closer
Bab 32 | Dua Hati Bersatu
Bab 33 | Bidadari
Bab 34 | Winter Wonderland
Bab 35 | Keluarga
Bab 36 | Honeymoon
Bab 37 | Gayat
Bab 38 | Japanese Village
Bab 39 | Doa
Bab 40 | Penat
Bab 41 | Rahsia
Bab 42 | Pergi
Bab 43 | Tertekan
Bab 44 | Ego
Bab 45 | Penyesalan
Bab 46 | Pulang
Bab 47 | Patah
Bab 48 | Sedar
Bab 49 | Pinky Promise
Bab 50 | Kampung
Bab 51 | Sakit
Bab 52 | Maruah
Bab 53 | Hutan
Bab 54 | Cekak
Bab 55 | Pergi
Bab 56 | Termakbul
Bab 57 | Klinik
Bab 58 | Zuriat
Bab 59 | Mengidam
Bab 60 | New Life
Bab 61 | Happiness
Bab 62 | The End
Coffee Time with Hawa

Bab 11 | Cemburu

1K 45 1
By Mademoiselle_Hawa

      HUJUNG minggu! Hari yang paling aku nantikan. Hari yang aku boleh rehatkan diri, rehatkan minda, rehatkan mata. Iya lah. Mata ni asyik menghadap skrin laptop sahaja. Lama-lama boleh rabun aku!

     Aku masih berguling-guling di atas katil. Kalau boleh tak nak bangun langsung dari katil. Nak selubung diri dalam selimut! Mata aku melirik ke arah jam di dinding bilik aku.

   "Hmm, baru nak masuk pukul 9:00 pagi. Awal lagi nak mandi." gumam aku sendirian.

    Ha aku kata apa tadi? Aku nak berselubung dalam selimut kan? Makna katanya memang aku belum mandi lagi lah. Mujur aku tengah 'cuti'. Boleh lah tidur sampai petang hahaha...

    Ini kalau tahu dek Maktok ni, mahu telinga aku dipiatnya. Iya lah. Bila aku di kampung, Maktok memang tak bagi aku tidur lepas subuh. Kalau tengah 'cuti' pun, dia akan suruh aku bangun awal tolong dia masak atau kemas rumah.  Kalau aku membantah tu, mulalah suara 'petir' dia keluar. Apa? Ingat Maktok tak garang ke? Kalau nak dibandingkan dengan arwah Tokba dengan Maktok, Maktok lagi garang!

    Lagi satu Maktok memang kuat membebel. Cuba kalau aku ada buat salah sikit? Mahu dua jam dia berleter dekat aku. Taik telinga aku ni boleh cair dengar leteran dia.

    Tapi aku akan terselamat bila Tokba ada. Tokba akan tegur Maktok dengan lembut je. Terus Maktok berhenti berleter. Jadi apa-apa sikit, Tokba lah jadi hero aku!

    Bercakap tentang Tokba? Hmm rindunya Sha dengan Tokba. Masa balik kampung hari tu, aku tak berkesempatan nak ziarah kubur Tokba, Ibu dan Abah. Aku rindu nak belajar silat dengan Tokba, walaupun aku hanya belajar main-main je waktu tu. Tapi dia tetap ajar aku. Rindu nak dengar nasihat Tokba bila aku tengah down.

    Lepas arwah abah aku meninggal, Tokba lah yang gantikan tempat abah. Dia lah yang jaga aku. Dia lah yang bimbing aku sampai aku jadi orang yang berguna sekarang ni.

    Aku bangun dari baringan dan duduk di birai katil. Rambut aku yang serabai akibat aku berguling-guling di katil tadi aku rapikan. Rambut aku yang mula panjang itu aku sanggulkan.

     Aku rimas sebenarnya dengan rambut panjang ni. Kalau boleh aku nak potong macam rambut Dora tu. Tapi macam yang aku pernah cakap kepada Fiya.

    Maktok tak bagi!

    Maktok kata sayang, rambut dah elok panjang, nak dipotong buat apa?

    Bila aku cakap rimas dan panas apabila berambut panjang, Maktok akan cakap...

    "Neraka lagi panas."

    Astaghfirullahalazim... Terasa insaf sekejap. Selepas dari perkara itu, terus aku tak sentuh soal rambut.

    Aku bangun dan keluar dari bilik. Karang kalau aku tak keluar, tu. Mak nenek yang dekat luar tu nanti membebel. Aku tak tahu lah. Rasanya, penyakit membebel Maktok dah terkena dekat Fiya kot.

     Sebaik sahaja aku tiba di dapur, hidung aku terbau sesuatu yang enak.

    Uih, mak nenek tu masak apa pagi-pagi ni? Rajin betul. Jarang mood rajin Fiya ni nak datang.

    Aku mengintai hidangan di atas meja.

    Mak oii! Ini untuk sarapan ke untuk makan tengah hari terus ni?

    Mana aku tak terkejut? Awal pagi dah masak nasi, lepas tu ada beberapa jenis lauk pauk.

    Fiya pula aku lihat sedang sibuk mengacau sesuatu di kuali.

   Apa lagi yang dia masak tu? Nak panggil jiran-jiran datang ke apa?

   "Kau mimpi apa masak pagi-pagi hari ni?" tegur aku.

    Fiya yang sedang bernyanyi kecil tersentak dengan teguran itu. Pantas dia menoleh.

    "Ish kau ni... Terkejut aku!" marah Fiya. Orang tengah sedap menyanyi ni, Qaisara kacau daun pulak!

    Aku tidak membalas kata-kata Fiya. Aku duduk di kerusi meja makan sambil memerhati tingkah laku Fiya. Sumpah hari ni Fiya nampak pelik.

   "Kau ni kenapa?" soalku.

   "Kenapa apa?" soal Fiya balik.

   "Ni, tiba-tiba rajin masak banyak-banyak ni. Kau nak buat kenduri ke apa?" perli aku.

     Fiya memutarkan bebola matanya.

    "Tengkorak kau! Tak ada lah. Aku actually tengah cuba resepi baru!" katanya sedikit teruja.

Oh?

   Patut lah semangat.

   "Resepi mana kau ambil ni?" soalku ingin tahu.

    "Dari youtuber favorite aku lah. Che Nom."

    Aku mengangguk perlahan. Ya, aku akui. Aku pun kadang-kadang suka ikut resepi dari Che Nom tu. Resepi dia semuanya sedap-sedap.

   "Yeay dah siap!" pekik Fiya tiba-tiba.

   Terhinjut bahu aku kerana terkejut. Eh perempuan ni kalau aku sesah dia, apa pun tak dapat!

    Fiya menghampiri meja makan. Mangkuk sederhana besar yang berisi lauk yang baru dimasaknya diletakkan di atas meja perlahan-lahan.

    Aku mengintai lauk yang baru dimasak oleh Fiya. Oh! Apa eh nama lauk ni? Aiseyh lupa pulak!

    "Okay, biar aku bagitahu satu-satu nama lauk yang aku masak." kata Fiya bersemangat.

   Aku hanya layankan sahaja si Fiya ni.

   "Okay, lauk yang pertama! Kita ada daging masak hitam berempah." terangnya dengan gaya seperti ala-ala peserta Masterchef gitu.

    "Lauk yang kedua ialah kailan ikan masin."

    "Lauk yang ketiga! Oh! Ni makanan favorite kau. Sambal bilis garing!"

    Aku yang tadi duduk bersandar terus bertukar posisi. Aku menongkat dagu.

    "The last one! Memperkenalkan! Ayam masak butter yang tersangat marvelous by Che Nom!" kata Fiya ceria.

    Aku dari tadi hanya menjadi pemerhati menunjukkan wajah tiada perasaan. Tangan aku naik menggaru pipi yang terasa gatal.

    "Dah habis dah rancangan memasak kau?" soal aku mulai bosan.

    Fiya menjuih bibir. Dasar kawan tak reti support kawan!

    "Kau ni, memang tak reti nak support aku kan?" rungut Fiya tidak puas hati.

    Terangkat sebelah kening aku.

   "Kau nak aku buat apa? Terlompat-lompat macam beruk?"

   "Tak ada lah. Atleast tepuk lah tangan ke, jerit 'wuu wuu!' ke?"

    Aku memutarkan bebola mata ke atas.

   "Malas aku. Ni bila boleh makan ni?" soalku.

   "Okay, jom serbu!"

   Aku mula menceduk nasi ke dalam pinggan. Kemudian tangan aku laju menceduk lauk kegemaran aku terlebih dahulu. Sambal bilis!

    Kemudian mangkuk berisi ayam masak butter aku capai. Diceduk sedikit ke dalam pinggan. Aku mula menggaul nasi dan disuapkan ke dalam mulut.

    Hmm, boleh tahan sedap nenek ni masak.

    "Macam mana? Sedap tak?" soal Fiya teruja.

    Walaupun aku kata tadi masakan Fiya sedap, namun riak wajah aku tetap sama. Beku.

    "Boleh lah." jawabku selamba.

    Terbeliak mata Fiya mendengar komen dari Qaisara.

   "'Boleh lah' je?" soal Fiya tidak percaya.

    "Hmm."

    Fiya memeluk tubuh. Serius dia rasa macam nak tendang je Qaisara ni.

    Fiya mula makan dengan penuh selera. Aku juga turut menikmati makanan yang dimasak oleh Fiya. Okay tak tipu lah. Memang sedap!

    "Fiya?" panggil aku.

    Fiya yang baru ingin menambah lauk ke dalam pinggan, terhenti perbuatannya. Dia memandang aku.

    "Apa dia?"

    "Aku tengok kau masak lauk banyak sangat ni. Mana kita boleh habiskan." kata aku.

    Iya, bagi aku. Memang banyak lauk yang Fiya masak kali ni. Dekat rumah ni, ada aku dengan Fiya je. Memang takkan habis.

   "Memang lah kita tak boleh habis. Aku ingat nak bagi someone rasa sikit." jawab Fiya.

   Terangkat kening aku.

   Someone?

  "Who?"

   "Qash."

   "Uhuk! Uhuk!" terbatuk-batuk aku mendengar sebaris nama itu.

   Astaghfirullahalazim.

   Kenapa dengan kau ni Qai?

   Fiya sudah cemas melihatkan aku tersedak. Cepat-cepat dia menghulurkan segelas air kepada aku.

    Aku menyambut gelas yang berisi air itu. Diteguk rakus. Fuh! Lega!

    "Kau okay tak? Tiba-tiba je tersedak kenapa?"

    Aku menggeleng kepala laju. Aku berdehem beberapa kali.

    "Kau cakap apa tadi? Nak bagi Qash rasa masakan kau?" soalku sekali lagi

    Fiya pula tiba-tiba tersengih.

    "Oh, kau tersedak tadi sebab dengar nama dia eh?" soalnya tersengih nakal.

   Oh! Tak tak... Cover Qai... Jangan blushing.

   "Ma.. mana ada lah! Dah aku nak tersedak. Maktok sebut-sebut nama aku kot." dalih aku.

    Fiya tayang muka tidak percaya.

   "Jangan macam-macam eh, aku dalam proses nak cuba mengorat si Qash tu." kata Fiya.

Erk?

    Okay tiba-tiba aku rasa sesuatu. Satu perasaan aneh bertandang di hati. Perasaan apa ni?

    "Jangan nak merepek lah." kata aku.

    "Hmm aku panggil dia datang sini. Kejap lagi dia datang lah tu." kata Fiya tiba-tiba.

    Aku yang baru ingin suap nasi ke dalam mulut terhenti.

    "Kau panggil dia datang sini? Eh kau jangan macam-macam Fiya. Dia mana boleh masuk rumah kita. Karang, jiran nampak. Jadi fitnah pulak." kataku kalut.

     Yelah! Aku risau lah jugak! Jiran-jiran dekat sini boleh tahan 'radio karatnya'.

    "Kepala otak kau! Aku tak gila lagi lah nak suruh dia makan dekat sini. Agak-agak lah kau pun!" sangkal Fiya laju.

    "Habis tu?"

    "Aku suruh dia datang ambil lauk ni je lah. Eii kau ni fikir jauh benar!" marah Fiya.

    "Yelah! Otak kau tu kadang bukan boleh pakai sangat!" perli aku.

    Fiya mendengus menyampah.












     "ASSALAMUALAIKUM!" laung satu suara dari luar rumah.

    Aku yang sedang leka menonton televisyen terganggu fokus aku.

    Siapa pulak datang ni? Tak tahu ke hujung minggu ni orang nak berehat?

    "Waalaikumussalam!" jawab aku dari dalam.

     Aku bangun dari sofa. Kaki aku laju menuju ke pintu rumah. Tombol pintu aku pulas. Aku berjalan menuju ke pagar rumah. Selak pintu pagar aku buka.

    Kelihatan satu susuk tubuh yang sedang elok bersandar pada kereta miliknya. Dengan pakaiannya yang santai. Hanya mengenakan t-shirt kosong berwarna hitam bersama seluar jeans biru gelap.

   Fuh! Jangan tergoda Qai!

   Qash yang sedang tunduk bermain dengan telefon pintarnya terus mengangkat wajahnya.

    "Hai Qaisara!" sapanya ceria.

    Ya guys, macam biasa. Dengan tangannya membuat simbol 'peace' tu sambil tersengih menampakkan giginya yang putih bersih bak iklan colgate.

    Okay, dia nampak comel bila buat macam tu.

    Aku memeluk tubuh lalu memandangnya.

    "Nak jumpa Fiya?"

    Qash mengangguk.

    "Dia suruh aku datang, nak bagi lauk katanya."

    "Fiya! Ni jejaka idaman malaya kau dah sampai!" laung aku.

    "Kejap oi!" laung Fiya dari dalam rumah.

     Kurang asam betul si Qai ni. Ada ke cakap macam tu. Malu lah aku!

    Beberapa minit kemudian, Fiya muncul bersama beg kertas yang berisi lauk pauk.

    Fiya tersengih malu memandang Qash.

   "Hai Qash... Thank you lah sebab datang. Saya masak banyak pulak hari ni. Tu yang teringat nak bagi dekat awak sikit. Makan lah nanti eh?"

     Fiya menghulurkan beg kertas itu kepada Qash.

    "Terima kasih. Susahkan awak je." balas Qash.

    "Hmm bau pun dah sedap. Tak sabar saya nak rasa. Untung siapa yang dapat jadi suami awak nanti." tambahnya lagi. Dia tersenyum manis.

    Fiya senyum malu. Rasa macam ada rama-rama terbang dalam perut!

   "Ish tak ada lah. Jangan cakap macam tu. Siapa lah yang nakkan saya ni."

    Qash tergelak kecil.

   "Insya-allah, nanti ada lah tu. Jodoh tak pernah salah alamat. Tapi kalau dia tersalah alamat tu, salah dia lah. Siapa suruh tak guna map." seloroh Qash.

    Qash dan Fiya ketawa geli hati.

   "Pandai awak bergurau eh!"

    Aku yang rasa seperti tunggul kayu di situ mengambil keputusan untuk masuk ke dalam rumah.

    "Eh Qaisara! Tunggu kejap." halang Qash.

    Terhenti terus langkah aku. Aku berpaling semula ke arah Qash. Kening aku di angkat.

    Ya? Ada apa? Eh borak lah lagi. Bergelak ketawa, bersuka ria. Aku kat sini memang tiang elektrik pun!

    Eii nak je aku cakap macam tu!

    "Apasal kau tak balas whatsapp aku? Call aku pun kau tak angkat." soal Qash tidak puas hati.

    Rasa bengkak hatinya apabila Qaisara hanya membaca mesej yang dikirimnya namun tidak dibalas.

    "Aku sibuk." balasku pendek.

    "Sibuk sangat ke sampai tak boleh nak jawab call atau balas chat?" sindir Qash.

    Geram! Tahu tak geram?

    Aku tayang wajah tiada perasaan.

   "Suka hati aku lah nak balas ke tak, nak jawab ke tak. Kalau kau rasa nak ajak berborak, lebih baik kau berborak je dengan si Fiya ni. Aku rasa dia pun suka bila kau ajak dia berborak ni. Jadi maaf, aku ada banyak lagi kerja nak dibuat. Aku masuk dulu, assalamualaikum."

    Terus aku berpaling masuk ke dalam rumah. Pintu bilik aku kunci sebaik sahaja aku masuk ke dalamnya.

    Aku bersandar pada dinding. Memikirkan apa yang aku cakapkan tadi.

    Kenapa kau cakap macam tu Qai?

    Kau cemburu ke?

    Kau cemburu bila Qash layan Fiya baik-baik sebaliknya tidak bila dengan kau?

    Oh! Apa dah jadi dengan aku ni?

    Aku dah gila ke?

    Kepala aku hantukkan beberapa kali di dinding perlahan.

    Sah, aku gila.

<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Qai dah gila ke? Dah gila ke dah jatuh chenta? Hue hue hue

BTW DON'T FORGET TO VOTE OKAY!

#ToBeContinue

Update : 2 August 2021

Continue Reading

You'll Also Like

2.6K 221 23
" Kenapa kau tak cerita dekat abang Rabiatul ? " - Iyran Idryan . " Memang abang pernah balik ke selama 5 tahun ni ? " - Rabiatul Darwisya . " Kenapa...
47K 1.8K 16
After that one mission, it change Boboiboy's life to a whole new world. He was force to face the greatest enemy of his life, himself. Commission: @f...
1.2M 62.9K 59
𝐒𝐜𝐞𝐧𝐭 𝐨𝐟 𝐋𝐨𝐯𝐞〢𝐁𝐲 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 〈𝐛𝐨𝐨𝐤 1〉 𝑶𝒑𝒑𝒐𝒔𝒊𝒕𝒆𝒔 𝒂𝒓𝒆 𝒇𝒂𝒕𝒆𝒅 𝒕𝒐 𝒂𝒕𝒕𝒓𝒂𝒄𝒕 ✰|| 𝑺𝒕𝒆𝒍𝒍𝒂 𝑴�...
6.8K 384 37
Dua manusia yang memiliki kisah silam tersendiri, bertemu melalui taaruf lalu disatukan dengan ikatan perkahwinan. "You're perfect, Darma. Being vul...