His Eternal Love

By irenicmia

5.5M 301K 77.1K

[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shoppin... More

₊❏❜⛓⋮I N A R A ⌒⌒
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Epilog
irenics
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3
Special Chapter 4

Bab 34

77.9K 3.8K 210
By irenicmia

TALI leher lelaki dihadapannya dibetulkan dan dikemaskan. Sebaik sahaja berpuas hati dengan penampilan lelaki dihadapannya, tangannya naik menepuk dan mengusap dada si suami.

"You memang kena pergi ke?" Tanya Inara sambil matanya ralit merenung wajah kacak si suami.

"I need to, love. Don't worry, just a week.. Promise you I'll be back as soon as possible." Pelukan di pinggang Inara dikemaskan.

Sudah masuk sebulan dia dan Inara berpindah masuk ke dalam rumah ini. Hubungan mereka selama sebulan ini juga lebih banyak manisnya daripada pahit.

"Janji jangan mengurat mana-mana perempuan kat sana?" Pipi Adrian ditekup lembut.

Sengaja bergurau dengan si suami walhal dia tahu betapa penting dan besarnya projek yang baru sahaja di peroleh oleh syarikat suaminya. Dia faham betapa pentingnya kehadiran Adrian dalam mesyuarat di Singapura tersebut sebagai Chief Executive Officer.

"Sayang, I pergi sana bekerja tahu bukan cari madu you."

Kalau ikutkan memang tidaklah dia mahu ke luar negara tinggalkan isterinya keseorangan di rumah, namun disebabkan komitmen dan tanggungjawabnya sebagai majikan, dia akur.

"Berani you nak cari perempuan lain." Wajah kacak Adrian dijeling. Langkah mayat diva ni dulu!

"Are you sure tak nak tidur rumah daddy? I risaukan keselamatan you."

"Yup! Pretty sure.. I nak lah juga rasa duduk seorang diri. Percayakan I, okay? Lagipun, Kak Laila dengan husband dia kan ada." Mata dikerdipkan ke arah Adrian memujuk lelaki itu. Apa ingat dia ni budak kecil ke?

Laila merupakan jirannya. Hubungan dia dan wanita bernama Laila yang tua empat tahun daripanya itu juga boleh dikatakan semakin rapat sejak dia berpindah masuk ke dalam rumah ini.

"Lagipun, I nak balik jenguk ibu nanti senang sikit. Kalau dekat rumah daddy jauh pula nak kena drive. Ibu mesti dah rindukan I kan?" Tambah dia lagi. Sudah 2 minggu dia tidak menjenguk ibu mertuanya itu. Dia rindu layanan mesra ibu mertua dan juga kenakalan adik-adik iparnya.

"Mummy tak rindu pula?" Usik Adrian.

"Mummy baru je datang buat spotcheck kelmarin kat sini.." Perut Adrian dicubit perlahan.

Serta-merta tawa Adrian terletus. Bukan main gelabah lagi mereka kelmarin apabila dikhabarkan Puan Sri Frida ingin membuat spotcheck di rumah mereka secara tiba-tiba.

Tidak dinafikan bahawa sebelum ini pun rumah mereka memang kemas dan bersih namun kata Inara, Puan Sri Frida langsung tidak boleh dilihat walau sedikit habuk di pasu, mulalah kerjanya mahu membebel.

"Okay, baby.. But, if anything happened, do call me right away." Tegas Adrian dalam menuturkan kata.

Inara tersenyum lebar sambil menganggukkan kepala patuh akan arahan Adrian.

"Jom breakfast. Nanti you terlepas flight.." Lengan Adrian dipeluk lalu langkah mereka berdua dibawa ke arah meja makan.



INARA mengeluh perlahan. Baru 2 hari Adrian pergi ke Singapura namun rasanya seperti sudah dua minggu. Malam ini, dia tidur tidak berpeluk lagi. Dia baru sahaja menamatkan panggilan video dengan Adrian tadi. Melihatkan keadaan Adrian yang agak kepenatan itu membuatkan dia membiarkan lelaki itu tidur. Comel!

Tiga hari tanpa Adrian dan tiga hari itu jugalah badannya terasa lemah dan panas. Kerjanya diambil cuti. Inara tergelak dalam hati. Alang-alang dah malas tu, kita ambil lah cuti seminggu..

Jam dikerling menunjukkan hampir masuk pukul 12 malam namun entah mengapa mata masih tidak lagi boleh dilelapkan. Baru sahaja dia mahu menutup mata memaksa diri untuk tidur, bunyi kaca pecah dari tingkat bawah terus membangkitkan Inara daripada baringannya.

Dada usah dikata, memang hampir tercabut. Perlahan-lahan langkah dibawa menuruni tangga dan dapur dituju. Keadaan sekeliling rumahnya itu diperhatikan. Tiada yang aneh..

Takkan hantu, kut?

Pintu besar rumah diperhatikan dalam kegelapan. Mustahil ada orang masuk ke dalam rumahnya melalui pintu besar tersebut. Memang mustahil!

Kelibat seseorang yang berada di dapur dalam keadaan gelap-gelita menggamit perhatian Inara. Makin berdegup kencang jantung Inara. Mulutnya ditutup agar tidak menghasilkan sebarang bunyi yang bakal menarik perhatian si penjenayah. Dia yakin perompak itu tidak sedar akan kehadiran dia.

Inara, kau nak buat apa sekarang ni? Fikir!

Adrian?

Kepala digelengkan. Dia tak mahu Adrian bimbang..

Fikir dengan bijak Inara..

Langkah diatur naik ke tingkat atas dengan perlahan-lahan. Pintu bilik dikunci dan dia terus mengambil telefon lalu sebuah nombor didail.

"Hello, Pak Ahmad? Boleh tolong datang rumah saya? Macam ada orang lah.." Nombor pengawal keselamatan taman perumahan mewah yang bernama Pak Ahmad itu didail.

Tidak lama selepas itu, bunyi siren rumahnya mula kedengaran. Menandakan terdapat pergerakkan yang menyebabkan grill pintu bergegar. Mungkin perompak itu perasan akan kehadiran Pak Ahmad dihadapan rumah tersebut.

Inara mengucap dalam hati. Kepala dijengukkan ke luar tingkap. Dapat dilihat semua penghuni taman perumahan mewah itu mula mengerumuni rumahnya.

Deringan telefon membuatkan Inara tersentak. Panggilan terus diangkat.

"Hello, Inara? Okay tak?" Laila terus bertanya dalam nada yang risau. Suara wanita itu juga masih segar menandakan dia belum diulit mimpi.

"Nara takut.."

"Stay where you at, jangan keluar bilik.. Kak Laila dengan Abang Fatah masuk sekarang juga."



"MIMPI apa tiba-tiba sahaja balik pagi ni?" Tanya Puan Sri Frida kepada anak bongsunya.

Inara menayang sengih tidak bersalah dan senyuman yang kurang ikhlas. Masih berasa takut dengan peristiwa semalam. Dia langsung tidak membuka mulut tentang apa yang terjadi di rumahnya semalam kerana tidak mahu perbesarkan hal.

Benda sudah lepas dan dia juga tidak apa-apa. Seketika fikirannya melayang teringatkan kejadian semalam.

Sebaik sahaja Laila dan suaminya, Fatah datang ke rumahnya, terus tubuh Inara dibawa ke dalam dakapan perempuan itu. Bersyukur tidak ada apa-apa yang jadi.

"Nasib baik tak ada barang yang sempat kena curi. Nasib Inara lebih baik dia ingatkan tak ada orang di rumah.."

"Dia ingatkan tak ada orang di rumah, sebab itu dia senang-senang sahaja masuk. Mungkin dia dah lama perhatikan rumah ni."

"Maksudnya?" Panik pula Inara mendengar penjelasan Pak Ahmad.

"Cuma kena susun strategi. Bila dia perhatikan Adrian tak ada, dia ingatkan tak ada penghuni lain. Strategi sudah ada, tinggal pecah masuk sahaja." Gerun pula Inara mendengarnya.

Mungkin perompak itu ingatkan tiada orang dirumahnya ketika itu kerana Inara langsung tidak keluar dari rumahnya sejak Adrian berangkat ke Singapura. Mahu ke rumah ibu juga tidak sempat oleh kerana demam yang baru kebah. Demam rindukan suami..

"Inara dah call bagitahu Adrian?" Tanya Fatah selepas dia merasaka Inara sedikit tenang daripada sebelumnya.

"Belum."

"Report polis tak nak buat?" Fatah menyoal sekali lagi.

"Tak apa lah.. Barang pun tak ada yang sempat diambil." Tawar senyuman yang diberikan sambil menggeleng.

"Boleh Nara tumpang tidur sini?" Laila mengangguk laju.

"Boleh tak Kak Laila dan Abang Fatah tolong rahsiakan daripada Adrian dulu? Nanti Inara sendiri yang akan maklumkan kepada dia.." Fatah mengangguk faham. Biarlah wanita itu uruskan sendiri.

"Mengelamun apa?! Dari tadi mummy panggil, tahu tak?!" Puan Sri Frida bercekak pinggang memandang Inara yang jauh termenung.

"Mummy cakap apa tadi?"

"Mummy tanya Inara nak teman mummy pergi butik tak esok? Ada majlis pelancaran nak dibuat kat butik sempena keluaran baju terbaru.."

Terus bersinar wajah Inara dan serta merta memorinya tentang peristiwa semalam terus hilang daripada minda. Wah! Sudah lama dia tak jejakkan kaki ke Hera Boutique.

"And..." Puan Sri Frida menggantungkan ayatnya memandang anaknya.

"I want you to be my model." Makin bersinar wajah Inara. Dia suka jadi model tidak berbayar kepada butik mewah keluarganya. Selama ini pun memang ini kerjanya. Hanya sebagai duta keluaran terbaru butik tersebut bukannya sebagai model terkenal.

Dia hanya menjadikan modelling sebagai kerja sementara.

Inara yang daripada tadi tersenyum lebar terus mati senyumannya apabila teringat akan Adrian.

"Nara kena tanya Adrian dulu.."

"Jangan risaulah, Adrian mesti kasi punya. Pernah ke baju keluaran butik kita terdedah sana sini?"

Inara mengangguk setuju. Betul juga.. Tapi walauapapun, dia tetap perlu meminta keizinan dari si suami.. Eleh! Kes rumah kena pecah masuk semalam tak bagitahu, tak apa pula?!

Langkah dibawa ke dalam biliknya lalu nombor telefon Adrian didail. Sekarang ini sudah masuk waktu makan tengah hari, pasyi lelaki itu sedang berehat.

"Hi!" Teruja pula Inara lihat wajah Adrian yang hensem berpakaian sepersalinan pakaian korporat itu.

"I miss you, love.." Gemersik suara Adrian di pendengaran Inara.

"Kalau rindu, baliklah!" Inara membetulkan kedudukannya lalu juntaian rambut dibawa ke belakang telinga.

"Wait- You dekat rumah daddy?" Inara menelan liurnya yang seakan rasa berpasir.

Baru sahaja tiga hari lepas dia beritahu Adrian dia tidak mahu datang ke sini, namun disini dia sekarang. Kerana disebabkan perompak tak guna tu!

"Sayang, I nak minta izin.." Topik ditukar.

"What is it?" Gelabah pula Adrian ingin tahu.

"Mummy ajak I teman dia pergi majlis pelancaran keluaran terbaru Hera and the thing is—" Adrian menganggukan kepalanya menanti bicara Inara yang seterusnya.

"Mummy nak I jadi model untuk baju tu." Terbuntang wajah Adrian. No! Namun itu semuanya hanya terluah di dalam hati.

"Ofcourse, you can.." Adrian rasa seperti hendak melempang mulutnya yang derhaka. Dia tak mahu Inara jadi model dan tayangan kepada orang ramai.

Baru sahaja dia ingin membuka mulut membetulkan keterlanjuran kata, serta merta perbuatannya itu mati apabila terpandangkan wajah teruja dan gembira Inara.

"Thanks, sayang.. I love you! Gotta go, bye!"
Terus Face Time itu ditamatkan. Adrian pula termanggu seketika.

Mukanya beku menandakan dia sudah terbiasa dengan kelakuan ini. Kut ye pun teruja, tunggulah aku cakap I love you more bini oi!



"PERGH! Lawanya kawan aku yang sorang ni! Baju ni nampak sesuai gila dengan kau, nyah! Kelas kau, Maria!" Firdaus menepuk lembut bahu Inara dengan gaya yang tergedik-gedik.

Inara membuat wajah jengkel. Maria mana pula senah ni.

Lantas itu Inara rasa seperti hendak tergelak suka. Nada Firdaus yang persis di dalam iklan Ribena itu sungguh kedengaran lucu. Semua ayat yang keluar dari mulut Firdaus akan terasa lucu.

"Ha cepat sikit. Kau dah siap touch up kan? Kejap lagi turn kau! Make sure baju keluaran terbaru ni jadi baju yang paling tersohor tahun ni!" Gedik sahaja kedengaran suara Firdaus melontarkan ayat-ayat tersebut. Dengan hidung yang sengaja dicongetkan dan senyuman lebar yang menjadikan matanya mengecil dan sepet.

"Now, we present you Hera's new collection, H'Adore!" Sejurus itu mata Inara melekat pada tubuh Puan Sri Frida yang tersenyum lebar memandangnya.

Baju yang berwarna baby blue yang terletak di tubuh badannya kelihatan amat bergaya dan anggun. Tidak terlalu terdedah namun masih mampu menarik minat ramai orang.

Habis sahaja majlis pelancaran tersebut, Inara terus menyalin pakaiannya kepada baju yang lebih formal. Telefon diambil lalu beberapa keping gambarnya di pentas tadi dihantar kepada Adrian.

Baru sahaja dia ingin melangkah ke arah Puan Sri Frida, tiba-tiba telefonnya berdering. Inara melihat nama pemanggil. Laju sahaja mamat ni notice!

"So how I am? Do you like it?" Inara gigit kukunya menunggu jawapan daripada Adrian dihujung talian.

"How I wish I could be there with you. You looks so perfect and stunning. There's no word could fully describe how stunning and magnificent you are tonight." Adrian fikir isterinya akan peragakan baju yang agak terdedah, namun dia silap. Dan dia tak menyesal langsung biarkan Inara peragakan baju tersebut.

"Nara! Sini kat mummy!" Panggil Puan Sri Frida membuatkan tumpuan Inara terganggu.

"I'm sorry.. Gotta go! Bye!" Seperti biasa panggilan ditamatkan.

Continue Reading

You'll Also Like

250K 12.7K 59
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
276K 18K 43
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
AMITIÉ By L I E O

Teen Fiction

1.1K 168 18
Bila 7 otak sel bergabung, bermulalah kisah kanak-kanak ribena. ๑༶----Amitié → Persahabatan ----༶๑ Tahun pertama di Private school tidak mudah sepert...
109K 10.1K 50
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...