MISI : Boboiboy X Ejen Ali Fa...

By adwiieda

51.1K 3.5K 900

Setelah berbulan bulan bertugas di stesen TAPOPS, akhirnya, kelima lima orang penjaga power sphera diberika... More

Cuti
Cyberraya, Here We Come!
lolllllll
Jalan
Jatuh
MATA
MISI
UJIAN
Hukum
Akademi
Ayam
ORIENTASI
Kisah Ali
Sut Kokotaim
Latihan
Neuro
Kombat
Inviso
Balik
Intip
Nak Marah Tapi Kena Sabarrr
Tekno
Balas (BEL)
Balas (BEL) 2
Balas (BEL) 3
Upgrade
Special One-Shot RAYA
Kena
UPGRADE II
Security
Lawan
Tragedi
MUSUH BARU?

ORIENTASI 2

1.6K 123 4
By adwiieda

Hari pertama,  mereka dibawa jalan jalan sekeliling akademi untuk lihat fasiliti dekat sini.  Briefing room,  menara kawalan, arena latihan,  padang latihan,kafeteria dan bilik kasuliti setiap teras.  Perjalanan ini diketuai oleh Ejen Geetha dan Ejen Karya manakala yang lain menguruskan ejen ejen muda. Rupanya pulau ni tak adalah besar mana.

Terima kasih pada Ejen Geetha sekarang mereka sudah tahu apa masud di sebalik setiap warna.

Warna kuning hijau,  adalah untuk teras Neuro. Teras kepintaran dan strategi. Teras ni bertanggungjawab menyusun strategi pertempuran dan teras paling banyak guna otak. Tak percaya jugak diorang bila Gopal masuk teras ni, yelah time peperiksaan pun dia masih baling dadu nak tulis jawapan.

Tapi mereka tak boleh sangkal setiap pemerhatian dan teori hipotesi yng Gopal buat sentiasa tepat. Pemerhatian Gopal memang tajam tapi kadangkala perangai dia yang macam bodo bodo tu yang buat dia nampak bodo sikit. Tengok jelah setiap teori Gopal pasal kuasa Boboiboy, kelemahan Koperal Lahap, ink Ejojo dan semasa lawan dengan A.B.A.M. Mereka semua musuh yang kuat dan berjaya ditewaskan berkat teori kretif lagi tak betul Gopal tu.

Warna biru pula melambangkan teras Kombat. Teras otot bak kata Ejen bakar. Teras ni bertindak sebagai perisai atau barisan hadapan dalam setiap pertempuran kerana kemahiran berlawan mereka paling power dalam MATA. So senang citer kerja diorang adalah bagi rata musuh kat depan supaya senang sikit kerja orang orang dekat belakang ni.

Warna merah untuk tekno. Teras teknologi. Orang orang tertentu je mampu masuk teras ni sebab ia berkaitan dengan penggunaan teknologi canggih untuk kegunaan misi. Ejen ejen dalam teras nilah yang bertanggungjawab dalam penggunaan senjata dan alat bantuan untuk membantu meningkatkan kemampuan setiap ejen dengan hanya meggunakan sokongan alatan canggih ya ampun! Teras ni jugalah yang menguruskan semua benda pasal hacking dan kawalan keselamatan , pengkodan komputer dan sebagainya. kesimpulannya, teras ni merupakan teras kedua yang paling banyak guna otak selepas teras neuro.

Dan yang terakhir, putih atau kelabu merujuk kepada teras paling susah atau teras yang penuh kelicikan. Teras Inviso. teras inviso dipenuhi dengan ejen ejen yang paling berkemahiran dan yang paling hebat kebanyakan datang dari teras Inviso nila. Merekalah yang bertindak seagai tulang belakang sesebuah kumpulan, sama ada mereka yang buka jalan depan atau mereka yang jaga pintu belakang.

Biasanya ejen Inviso ditugaskan untuk misi menyelinap dan patahkan pertahanan musuh. Kerja kerja mencuri ni kerja teras Invisolah ni. Pendek cerita Inviso ni ialah assasin yang licik dan senyap. Diorang datang , buat kerja dan blah macam tak ada apa apa. Dan diorang yag buat kekacauan untuk huru harakan musuh haa gitulah..

Bila Fang dengar je benda alah tu terus di aterkembang kembang hidung bangge katanya dapat masuk teras paling hebat dalam MATA. orang lain hanya biarkan saja malas nak layan. Kadang kala bagi mamber gembira kejap dengan dunia apa salahnya kan??

"Dan yang ini pula merupakan bilik bagi teras tekno." terang Ejen Geetha menunjukkan sebuah bilik yang bertemakan putih dan merah. Sebuah lambang yang merupakan logo simbolik teras tekno terukir megah di dinding bilik tersebut.

"Wah, macam makmal RBT sekolah lah" komen Yaya teruja. Sayangnya tiada sorang pun dari mereka yang berteras tekno.

"Apa yang selalu dibuat dalam bilik ni, Ejen Geetha? " tanya Ying tiba -tiba.

Ejen Geetha tersenyum. "Bilik ni digunakan oleh ejen ejen teras Tekno untuk mencipta gajet dan alat yang bersesuaian untuk misi.   " jawab Ejen Geetha tenang.

"Ohh... Maknanya kita boleh cipta apa apa jelah dekat sini? "

"Mana akademi dapat bekalan alatan canggih macam ni? " tanya Boboiboy pula.

"Ia bergantung pada daya kreativiti kamu.  Kamu boleh cipta apa sahaja yang berguna untuk misi.  Dan yang lebih bagus kalau kamu dapat mencipta sesuatu yang boleh membantu seluruh ahli pasukan kamu" terangnya lagi.

"Dan untuk soalan kamu, Boboiboy.  Peralatan di sini sangat cukup dan lengkap untuk cipta apa apa sahaja. Dan peralatan tersebut dibekalkan sepenuhnya oleh pihak HQ  MATA" sambungnya lagi sambil memandang Boboiboy yang terangguk angguk faham.

Tanpa pengetahuan Ejen Geetha,  Boboiboy menghantar isyarat mata kepada Fang dan Gopal.  Mereka berdua membalas tanda faham akan maksud isyarat itu.

"Baiklah,  mari kita bergerak ke lokasi seterusnya" Ejen Geetha bersuara dan hanya dipersetujui oleh yang lain.  Mereka mula melangkah meninggalkan bilik tersebut untuk beralih ke tempat lain. 

Beberapa minit berjalan,  mereka tiba di briefing room.  Ejen Geetha mempelawa ejen ejen baharu itu masuk ke dalam.

"Wah luas bilik ni" puji Gopal.

"Ini briefing room.  Tempat semua ejen berkumpul untuk diberikan taklimat misi.  Di tengah tengah bilik ni ada kawasan pancaran hologram untuk ejen ejen berpangkat besar memberikan misi. " jelas Ejen Geetha panjang lebar. 

"Oh,  macam mesej hologram ke Ejen Geetha? "

Ejen Geetha mengangguk mengiakan.

Manakala di belakang,  Boboiboy dan Fang saling berbalas isyarat.

"Err,  Ejen Geetha" panggil Boboiboy. Wanita itu menoleh.

"Saya  minta izin ke tandas sebentar, boleh? " pinta Fang dengan sopan santun lembut gemalai.

"Boleh,  kamu tahu kan arahnya? "

Fang mengangguk.  Setelah mengucapkan terima kasih,  husbu para Boyvers itu keluar dari briefing room.  Namun kakinya laju melangkah menuju arah yang bertentangan dari tempat yang dinyatakan.

Fang melangkah laju . Segala kamera keselamatan dielak dengan penuh berhati hati. Beberapa minit mengendap macam pencuri,  akhirnya Fang tiba di satu lorong yang agak tersembunyi tanpa kamera pengawas.

Dia bersandar pada dinding tersebut lalu menutup mata perlahan.Memusatkan perhatiannya pada dinding tempat dia bersandar.  Cermin matanya disentuh lembut menggantikan kanta mata itu dengan sebuah topeng bercorak unik.

"Kuasa penembus "bisiknya perlahan

Secara perlahan,  tubuhnya mula menjadi lut sinar. Badannya yang disandar pada dinding tenggelam ke dalam dinding itu menembus masuk. Cukup seluruh tubuhnya kini halimunan dan boleh menembusi apa apa sahaja di hadapannya.

Fang keluar dari tempat persembunyiannya,  berjalan tenang menuju ke arah satu bilik yang bertanda.

'BILIK KAWALAN'

papan tanda itu dipandang seketika,  sebelum dia melangkah menembusi pintu besi tersebut.  Satu bilik yang agak kelam dan dipenuhi papan papan panel menyambut kedatangannya.

Lancar sahaja Fang menghampiri salah satu panel board , mengeluarkan satu alat kecil dan melekatkannya di situ.  Alat itu bergerak gerak meng' synce'dengan panel itu sebelum menghalimunankan dirinya sendiri.  Dengan berhati hati dia keluar dari bilik tersebut untuk kembali join kumpulan Ejen Geetha.

Kuasa penembusannya sudah dinyahaktifkan . Topengnya juga sudah kembali menjadi cermin mata biasa.

"Fuh, nasib baik selamat" baru sahaja dia hendak beredar tiba tiba..

"Eh,  kau ni...budak baru tu kan? "  satu suara menegurnya dari belakang membuatkan Fang terkejung kaku. Alamak satu masalah datang!

"Yelah.  Tak silap aku nama dia Fang" satu lagi suara menyambung. Ah,  sudah!  Dua masalah!

Fang berpaling dan melihat dua orang ejen bersut merah melambai lambai ke arahnya.  Satu senyuman plastik ditampal di wajahnya dengan tangan melambai semula.

"Er.. Hai? "

Dua ejen tekno itu menghampirinya.
"Kau Fang kan?  Apa kau buat dekat sini?  Ejen muda tak dibenarkan merayau dekat kawasan ni" kata seorang yang pendek sikit dengan rambutnya yang terpacak.

"Oh,  yeke?  Aku cari tandas tadi,  tiba tiba sesat pulak.  Korang nii.. "

"Aku Khai lah.  Yang ni pulak Ali.  Kau tak ingat eh? " kata Khai yang berkaca mata.

Fang tergelak kekok " Ehehehe,  sorrylah aku tak ingat sangat"

"Eh,  kau kata cari tandas tadi kan?  Nak aku tunjukkan?" pelawa Ali.

"Boleh jugak.  Terima kasihlah"

"Alah takde apanya.  Jom ah!  Boleh jalan jalan sikit" balas Ali selamba sebelum mula melangkah bersama sama Khai. Fang yang masih dengan wajah plastiknya hanya membututi mereka berdua dari belakang.  Sempat dia menjeling ke pintu bilik kawalan sesaat sebelum mengukir satu senyuman kemenangan.

•••••

Masa.  :  9:02 p.m

Boboiboy pov

Krekkk...

"Oi,  lobak!  Lambat betul keluar.  Pakai bedak sejuk ke apa? "

"Dey,  dia mana pakai bedak sejuk.  Dia pakai Qu Puteh Qu Puteh barulah hitam!"

Kedua dua beruk tu pecah ketawa sampai ketuk ketuk kerusi.

Aku menjeling perlahan.  Keluar keluar je dah kena sound. Menyampah betul aku dengan landak ngan gorila dua ekor ni!

"Ehhhh,  better aku pakai Qu Puteh daripada korang pakai ClearWhite pun hitam jugak! " balas aku sinis . Fang dan Gopal yang sedang makan biskut oreo tersedak.

"Dah, berhenti.  Kita kena serius sekarang ni" ujar Yaya tegas menghentikan gelak sakan dua makhluk tadi.  Mereka kembali memasang wajah yang acacah serius kembali pada misi.

Ying menangguk puas hati. Sebaik sahaja Boboiboy mengambil tempat,  gadis cina itu melirikan matanya pada Fang.

"Settle kerja lu? "

Fang tersengeh sinis.  Tangannya lancar mengangkat sebuah tablet yang terpapar beberapa maklumat di atasnya.

"Bagus,Fang. Btw...." Ying beralih pada jejaka berbaju biru di sebelah Gopal.

"..Taufan,  mana yang lain? " pertanyaan  Ying mengundang sengihan bersalah daripada Taufan.  Yes!  Yang keluar dari bilik tu dulu ialah Taufan.

"Er.. Gempa tengah uruskan diorang sekejap.  Satgi diorang keluarlah tu. " balas Taufan sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.  Sengihan kelatnya masih tertampal di wajah,  meremang bulu roma mengingatkan kejadian di dalam bilik tadi.

"Biar aku teka.  Si bendul dengan budak api tu buat hal kan? " teka Gopal.

"Kauu.... Thorn dengar kau cakap gitu,  kene makan dengan pokok karnivor dia tu jugak kau ni!" balas Taufan dengan pandangan jelek.

"Diorang satu hal.  Tapi kali ni duo cahaya tu" sambungnya lagi.

Krekkk...

Bunyi pintu dikuak menarik perhatian mereka di ruang tamu. Kelihatan beberapa jejaka dengan baju berlainan warna keluar seorang demi seorang.

"Sorry lambat korang.  Ada hal sikit tadi" Gempa yang pertama keluar segera memohon maaf.  Di tangannya pula, seekor polar bear yang sedang tidur sambil memeluk plushie paus elok tergantung di bimbitan Gempa.  Manakala Halilintar dan Solar keluar dengan satu benjolan di kepala masing masing menjeling tak puas hati antara satu sama lain.

Kali ni Boboiboy pecah lima. Trio Ori, Solar dan Ice.

"Nah,  Ying.  As your wish" kata Gempa kepada Ying.  Tangannya elok mengangkat menunjukkan Ice yang sedikit pun tidak terganggu dengan cara Gempa membawanya.

"Ouh,  thanks Gempa" balas Ying gembira.  Pada awalnya,  Boboiboy hanya mahu pecah tiga,  tetapi Ying me request kan si Ice Polar Bear ni,  jadi dia pun pecah lima.

Gempa wajib ada untuk megawal keadaan,  Solar pun aset penting dalam perbincangan ni,  Hali pun ada gunanya juga otak dia tu walau tak sehebat Solar,  Ice request dari Ying manakal Taufan..

Me : Upan my Baby boii~ aku nak dia weyy sumpah aku meroyan bila tengok teori pasal kehilangan dia weyyyyyyyy!!!  Aku tanakkkkk Upannnnnnn~

"Ok,  kita bahagikan tugas sekarang! "

"Fang dan Solar,  korang settlekan pasal maklumat kita dalam MATA.  Kenal pasti apa maksud Janeral pak misai tu.  Pastu editlah sikit apa apa yang patut.  Macam aku paling hensem antara kita ke enn? "

Fang menjeling jengkel.  Tak sangka Gempa pun boleh buat lawak camni.

"Hehe.. Terbaik! "

Gempa beralih pada duo Neuro. 

"Ying, Gopal dan Hali.  Korang bertiga bincang strategi kita nak survive selama 2 minggu ni.  Dan macam mana kita nak keluar dari masalah ni tanpa sesiapa hilang kepala atau jari."

Ying mengangguk manakala Gopal terkejut.

"Ehhhh!  Kenapa aku pun kena juga?? " tanyanya tak setuju. Gempa menggulingkan matanya.

"Kau kan teras neuro.  Teras paling bijak dalam MATA ni.  Lagipun sekali sekala kau kenalah jugak pakai otak nanti berkarat pulak lama sangat tak guna" balas Gempa selamba.

"Ouuhh.. Ok fahamm... Kejap... Kau nak cakap selama ni aku tak pernah guna otak ke?!! " Gopal menjerit geram bila dah sedar maksud sebenar Gempa.  Gempa tertawa kecil cuba menenangkan Gopal.

"Alahh,  gurau je.  Kau kan antara yang paling BIJAK dalam kumpulan kita.  Boleh tolong,  wahai Gopal anak lelaki Kumaran yang paling kacak dan bijak di seleuruh galaxyy~?" puji Gempa melambung lambung membuatkan Gopal kita tersengeh sengeh sampai kembang lubang hidung.

"Gempa.. Aku rasa aku ada idea-" kata kata Halilintar dipotong pantas oleh Gempa.

"Kalau idea kau melibatkan serangan ke atas MATA dan guna kuasa kita ugut diorang bagi kita lepas dan rahsiakan perkara ni.. A BIG NO! " Gempa memotong tegas membuatkan abang pikachu kita terduduk balik sambil buat muka cemberut. Gempa menggeleng kecil sambil tersenyum.

"Err.. Gem!  Ni budak ni nak buat apa? " tiba tiba Taufan menyampuk menunjukkan ke arah Ice yang masih tidur dengan nyenyak macam esok tiada lagi.  Plushie paus biru bersaiz gergasi dia tu pun tak tahu datang dari mana.

"Beruang kutub seko ni, Ying minta supaya  ajar dia memanah.  Ice kan pakar memanah" balas Gempa mendapat anggukkan daripada Ying dan Ouhh dari Taufan.

"Yaya,  Taufan. Korang berdua tolong aku kat dapur.  Kita buat supper" ajak Gempa kepada dua manusia tu.

"Semua dah sedia?  Bertindak segera!"

Lol hahahahahaa...

Bersambung...

Ohayoouuu minna pottato!  Sori ah doe sumpah chap ni bosan.   Aku agak kekeringan idea untuk sambung dalam chap ni jugak. Sebab aku rasa macam tak sesuai sangat.  So aku masukkan dalam chapter seterusnya ok?

Btw vote🌟 and comment📝   amatlah dihargai.  Arigatougozaimas!

Continue Reading

You'll Also Like

89.6K 6.2K 41
Ali adalah anak dari peneraju Cyberaya dan Boboiboy anak dari duta besar dimana mereka masing-masing masuk ke organisasi. Suatu saat, masing-masing d...
41.7K 2.3K 46
Selepas kejadian Galaxy Cosmos, Bbb dan kawan2 nya diberi misi baru. Tetapi, semasa menjalankan misi Bbb tiba2 hilang selepas suatu kejadian tak didu...
29.4K 1.6K 50
Mengisahkan Alicia yg merupakan seorang anak yatim piatu. Dia tlh kehilangan G. Rama dn uncle2nya disbbkan terkorban dlm satu misi. Sjk dripd hri itu...
1.3M 96.3K 54
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...