Mr Annoying Vs Miss Beku

By Mademoiselle_Hawa

62.2K 2.7K 165

[COMPLETED✔] QAISARA ALYSHA - Seorang gadis yang pendiam, tak banyak bercakap, tidak suka bergaul dengan ora... More

Memperkenalkan Karya Baru
Bab 1 | Aku
Bab 2 | Pertemuan
Bab 3 | Bistro
Bab 4 | Kampung
Bab 5 | Mamat Annoying
Bab 6 | Qash Anaqi
Bab 7 | Dengki
Bab 8 | Sedondon
Bab 9 | Photoshoot
Bab 11 | Cemburu
Bab 12 | Picnic
Bab 13 | Aquaphobia
Bab 14 | Kareoke
Bab 15 | Pulang
Bab 16 | Hadiah
Bab 17 | Mimpi
Bab 18 | Pengsan
Bab 19 | Panic Attack
Bab 20 | Surprise
Bab 21 | Tarawih
Bab 22 | Balik Kampung
Bab 23 | Takbir Raya
Bab 24 | Tetamu
Bab 25 | Rombongan
Bab 26 | Lamaran
Bab 27 | Ugut
Bab 28 | Keputusan
Bab 29 | Baju nikah
Bab 30 | Persiapan
Bab 31 | One Step Closer
Bab 32 | Dua Hati Bersatu
Bab 33 | Bidadari
Bab 34 | Winter Wonderland
Bab 35 | Keluarga
Bab 36 | Honeymoon
Bab 37 | Gayat
Bab 38 | Japanese Village
Bab 39 | Doa
Bab 40 | Penat
Bab 41 | Rahsia
Bab 42 | Pergi
Bab 43 | Tertekan
Bab 44 | Ego
Bab 45 | Penyesalan
Bab 46 | Pulang
Bab 47 | Patah
Bab 48 | Sedar
Bab 49 | Pinky Promise
Bab 50 | Kampung
Bab 51 | Sakit
Bab 52 | Maruah
Bab 53 | Hutan
Bab 54 | Cekak
Bab 55 | Pergi
Bab 56 | Termakbul
Bab 57 | Klinik
Bab 58 | Zuriat
Bab 59 | Mengidam
Bab 60 | New Life
Bab 61 | Happiness
Bab 62 | The End
Coffee Time with Hawa

Bab 10 | Butterfly

1K 50 2
By Mademoiselle_Hawa

    "HAI Qaisara!" sapa manusia di hadapan aku sambil tersengih dan tangannya membuat simbol 'peace'.

    Aku mencerlung ke arahnya.

    "Kau buat apa dekat sini hah?" soalku dengan nada tegas. Namun masih perlahan. Tak nak kawan-kawan aku dengar.

    "Nak jumpa kau lah." jawabnya selamba. Tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.

   "Kau nak apa jumpa aku?" soal aku lagi.

   "Jom keluar?" ajak Qash.

    Aku sudah memicit dahi. Allahuakhbar... Aku ingatkan dia dah give up.

   "Kau faham tak bila aku cakap, aku tak nak?"

   "Sebab?"

    Aku mengeluh berat. Ya Allah, titipkan kesabaran buatku.

   "Aku. Sibuk. Kerja."

   Tu kalau tak faham lagi tu tak tahu lah.

   "Alah aku tunggu kau habis kerja lah. Aku bosan ni." pujuk Qash.

   "Kau ni tak ada kerja ke?" tahap kesabaran aku dah tipis.

   Qash menggeleng.

   "Aku malas nak lepak bistro hari ni."

    Aku menggaru belakang tengkuk aku. Apa aku nak buat sekarang ni?

    Tiba-tiba dahi aku berkerut. Aku memandangnya dengan wajah serius.

   "Mana kau tahu aku kerja dekat sini?"

    Qash tidak menjawab. Tangannya menyeluk kocek seluarnya dan mengeluarkan satu kad kecil. Kad itu ditunjukkan ke arah aku.

   Aku amati betul-betul kad itu. Itu macam business card aku? Mana dia dapat?

Oh!

     Lupa, kakak dia pernah berurusan dengan aku. Mesti dia mintak dekat Kak Sal ni. Urgh!

    "Balik lah Qash. Aku penat lah. Aku ada banyak kerja nak buat. Kau ajak lah girlfriend kau ke kawan kau ke apa."

     Aku mula berpusing ingin masuk ke dalam. Namun di tahan oleh Qash.

    Ya Tuhan! Aku rasa nak lempang muka dia sekarang ni!

   "Kau nak apa lagi ni?!" marah aku.

   "Kau ni asal jual mahal sangat hah? Susah betul nak ajak kau keluar." rungut Qash. Wajahnya jelas menayangkan riak tidak puas hati.

   Kisah pulak aku?

    "Eh suka hati aku lah nak jual mahal ke nak jual murah ke, yang kau gelabah sangat ni dah kenapa?" bentak aku.

    "Dah pandai loyar buruk eh sekarang?" soalnya ketawa kecil.

Eh eh?

Dia gelak?

Celah mana lawaknya?

    Aku menjeling menyampah. Sumpah aku cakap, aku boleh gila layan perangai dia.

   "Qai?" panggil Fiya yang baru muncul dari belakang.

    Aku menoleh ke arahnya. Begitu juga dengan Qash.

   "Eh? Qash? Lah awak ke... Bila sampai?" sapa Fiya mesra. Dia menghampiri aku dan Qash.

    Qash menghadiahkan senyuman kacak ke arah Fiya.

   "Baru je sampai."

    "Ada apa datang sini?" soal Fiya.

    "Oh! Saya datang nak jumpa Qaisara. Nak ajak dia keluar." jawab Qash.

    Aku memeluk tubuh. Aku perasan Fiya sempat menjeling aku. Aku hanya buat tak tahu.

   "Oh? Lepas tu?"

   "Dia tak nak ikut."

   Terus aku mencerlung ke arahnya. Eyy mamat ni tak cari pasal ke apa?

   Fiya memandang aku.

   "Asal kau tak nak ikut?"

   "Kau nampak kan aku tengah buat apa tadi?" soalku geram.

   "Oh! Lah, itu aku pun boleh tolong settle kan. Pergi jelah keluar dengan Qash." balas Fiya membuatkan mata aku terbeliak.

    Alahai Fiya... Kenapa kau jawab macam tu? Kau faham tak aku tak nak keluar dengan dia? Faham tak?!

   Qash sudah tersengih kemenangan.

   Aku pula rasa nak cekik dia. Grrr!











    AKU sedari tadi hanya diam di dalam kereta. Sepatah perkataan pun tak keluar dari mulut aku. Ya! Aku nak tunjuk protes!

     Iya lah, mana aku tak bengang? Fiya paksa aku keluar dengan mamat 'pinggan' sebelah aku ni!

    Qash pula dari tadi asyik tersenyum sahaja. Geli hatinya melihat wajah Qaisara yang sedang marah. Comel kau tahu tak comel?

    Qash berdehem perlahan.

   "Diam je? Marah aku lagi ke?"

     Aku hanya buat tak dengar. Ha ya! Aku tengah marah sekarang ni!

    Qash yang melihat tiada respon daripada Qaisara mengambil keputusan untuk diamkan diri sahaja. Marah lagi lah tu!

     Qash membelok ke kiri memasuki perkarangan stesen minyak.

    "Buat apa berhenti sini?" soalku.

    Qash merenung ke arah aku. Kemudian dia melihat sekeliling pula.

    "Kau nampak kita dekat stesen minyak kan? Buat apa lagi? Takkan main bola pulak." balasnya selamba dan terus keluar dari kereta.

Erk?

    Err... Okay agak bodoh soalan aku tadi. Tangan aku naik menepuk dahi berkali-kali.

    Sedang aku menunggu Qash di dalam kereta, tiba-tiba mata aku terlihat ada seekor kucing yang sedang berjalan terhincut-hincut tidak jauh dari aku. Pantas aku mencari tote bag aku. Tangan aku meraba-raba isi dalam bag. Setelah menjumpai sepeket kecil makan kucing dan minyak gamat, aku terus keluar dari kereta. Kaki aku laju melangkah ke arah kucing yang sedar terhidu-hidu sesuatu di rumput.

    Qash yang baru melangkah keluar dari pintu stesen minyak itu ternampak kelibat Qaisara yang baru keluar dari keretanya.

    "Nak ke mana pulak mak nenek tu?" soal Qash hairan.

    Qash melangkah menuju ke keretanya. Matanya tidak lepas dari memandang tingkah laku gadis itu.

    Sebaik sahaja aku tiba di hadapan kucing itu, aku mencangkung di hadapannya.

    "Hey, awak lapar eh?" kata aku.

     Kucing itu memandang aku dengan mata bundarnya. Dia menghampiri aku dan menggeselkan badannya di kaki aku.

    "Alahai manjanya dia. Alaa kesiannya, siapa buat kaki awak ni?"

    Aku mengusap kepala kucing itu. Lagi seronok dia bergesel dengan tangan aku. Tergeleng-geleng kepala aku.

    Kenapa lah manusia sekarang ni tak berperikemanusiaan langsung? Dah langgar kucing, sepatutnya hantar lah pergi klinik haiwan, ni biar je. Takkan tak ada rasa bersalah langsung?

     Tangan aku masih membelai kucing itu. Comel sangat aku tengok dia. Nak angkut bawak balik rumah, si Fiya tu ada alahan dengan bulu kucing. Paket makanan kucing aku buka, dan aku tuangkan di hadapannya. Laju sahaja kucing itu makan. Lapar sangat dah tu.

    "Kesian dia, lapar eh? Makan kenyang-kenyang tau." kata ku seolah-olah kucing tu boleh membalas kata-kata aku.

    Orang yang tengok ni mesti ingat aku gila. Arh, kisah apa aku? Pecinta haiwan je faham bila kita cakap sorang-sorang ni.

   Sambil-sambil kucing tu tengah makan, tangan aku mula membuka penutup botol minyak gamat, dan aku sapukan pada kaki kanan kucing itu. Luka tak nampak, barangkali patah bahagian dalam.

    Maktok pernah cakap, minyak gamat ni boleh sembuhkan kalau-kalau kaki kucing tu patah bahagian dalam. Dan aku juga pernah lakukannya sebelum ini pada seekor kucing yang sering kali datang ke rumah aku. Tiap-tiap hari aku akan sapukan minyak gamat di kakinya, lama kelamaan luka dalamannya sembuh dan boleh berjalan seperti biasa. Tetapi kalau dah sampai berdarah luka tu, aku sarankan bawa sahaja ke klinik. Takut lukanya terkena jangkitan kuman.

    Aku mula bangun dan berpatah balik menuju ke kereta Qash. Sempat juga aku mengusap kepala kucing itu buat kali yang terakhir. Aku lihat Qash sudah berada di dalam kereta.

    Pintu kereta bahagian penumpang aku buka dan aku masuk ke dalam. Tali pinggang keledar aku pakai. Nanti membebel mamat sebelah tu!

    Qash hanya memerhati tingkah laku Qaisara. Apa yang dia rasa ketika itu? Entahlah. Yang dia tahu, hatinya terasa sejuk melihat keprihatinan Qaisara terhadap kucing tadi. Sedingin-dingin Qaisara, terselit sifat kelembutan dalam diri gadis itu. Sekali lagi hadir satu perasaan aneh di hatinya.

    Aku yang terasa diri diperhatikan terus memandang ke arah Qash.

    "Apa pandang-pandang?"

    Terus Qash mengalihkan perhatiannya. Enjin kereta dihidupkan dan kereta mula bergerak.

   "Kau ni memang selalu perasan kan? Bila masa aku pandang kau?" dalih Qash.

    Aku memutarkan bebola mata. Apa dia ingat aku bodoh ke tak nampak dia pandang aku?

    "Jangan nak perasan lah. Aku pandang awek dekat sebelah sana tu tadi. Tak ada maknanya aku nak pandang kau. Bukan cantik pun." kutuk Qash.

    Terjegil mata aku memandang Qash di sebelah. Dia tayang riak selamba je!

    Wah wah... Sesedap rasa perencah adabi dia je kata aku tak cantik. Memang nak kena smackdown mamat ni!

    Aku mendengus kasar. Sakit hati!

   "Qaisara."

   Aku buat tak dengar.

   Qash memandang aku sekilas apabila aku tidak memberi sebarang respon.

   "Qaisara Alysha." seru Qash. Kali ni dia panggil nama panjang terus.

   Aku mengeluh.

  "Hmm."

  "Aku nak tanya sikit ni."

  "Hmm."

   Qash memandang Qaisara sekilas.

   "Dalam mulut kau tu ada emas ke apa?" soalnya geram.

    Aku dah menggaru kepala yang ditutupi snow cap. Habis senget snow cap tu aku buat. Eiii penatnya ya Allah!

   "Kau nak apa..." soalku lemah.

   "Kau memang selalu sediakan makanan kucing dalam bag kau ke?" soalnya.

   Aku mengangguk. "Hmm."

    "Oh? Memang kau bawak kemana-mana jelah makanan kucing tu?" soal Qash lagi.

     "Hmm."

     Qash berdecit.

    "Cuba kau jawab elok-elok Qaisara..." tegurnya lembut.

    Aku mengeluh. "Iyaa... Memang aku akan sediakan makanan kucing dalam bag aku. Senang. Jumpa, bagi je makan. Maktok aku selalu pesan, jangan lupa kongsi rezeki dengan orang lain. Bukan orang je, malah dengan haiwan pun sama. Sebab rezeki ni datang dari amalan baik yang kita buat."

    Qash tekun mendengar. Dia rasa kagum dengan gadis itu. Dibesarkan dengan didikan yang baik.

   "Kau memang rapat eh dengan Maktok?"

    Aku mengangguk perlahan.

   "Maktok je yang aku ada Qash. Aku dah tak ada sesiapa dekat dunia ni. Dia je yang tempat aku tumpang kasih. Dia je boleh sayang aku macam mana arwah ibu dengan abah aku sayang aku. Orang lain semua benci aku. Kau tengok je lah ibu dengan bapa saudara aku. Mana pernah suka aku." bibirku tersenyum hambar.

    "Kawan pun, berapa kerat je ada. Tu dekat studio tu, diorang jelah kawan yang aku ada. Baik susah tak pun senang, diorang tetap sokong aku dari belakang. Cukup lah diorang dengan Maktok ada dengan aku, aku dah bersyukur."

     Qash merenung Qaisara dengan rasa simpati. Dia tahu, ujian gadis itu berat. Macam-macam dugaan yang dia hadapi. Tetapi gadis itu kelihatan masih tabah.

     "Aku rasa kagum dengan kau. Kau kuat hadapi semua ni. Ujian kau berat, hilang orang yang kau paling sayang, dan dipulaukan oleh ibu dan bapa saudara sendiri. Kalau aku? Tak tahu lah aku boleh hadap ke tak..." balas Qash.

    Aku tersenyum nipis.

   "Aku kuat sebab aku masih ada Maktok dan kawan-kawan aku Qash. Kalau diorang tak ada, aku pun tak tahu apa akan jadi pada aku. Entah kuat ke tidak."

   Kemudian suasana di dalam kereta mula menyepi.

    "Qaisara..." panggil Qash lembut.

    Aku memandangnya di sebelah. Qash masih menumpukan perhatian terhadap memandu.

    Kenapa... Aku rasa sesuatu eh bila dia panggil macam tu? Rasa... Tenang?

     "Kau kena ingat, semua orang akan pergi. Dan kalau perkara tu terjadi, kau jangan ingat kau dah tak ada sesiapa. Ingat, kau masih ada Allah. Allah yang mencipta kita. Hati kita, Allah yang pegang. Mengadu lah kepada-NYA. Allah tu maha mendengar dan maha mengetahui. Semua yang berlaku, pasti ada hikmahnya." kata Qash lembut.

     Aku terdiam mendengar kata-kata Qash. Ada betulnya apa yang dia kata. Terasa lapang sedikit dada aku.

    "Thanks." ucap aku.

    "Sebab?"

   "Sebab sedarkan aku."

    Qash mengukir senyuman manis.

    Oh tolong jangan cair Qai!

   "You're welcome butterfly." balas Qash lalu tersenyum mengusik.

   Terpusing terus kepala aku.

   Apa dia panggil aku tadi?

   Butterfly?

   Dia dah biul ke apa?

   "Apasal kau panggil aku macam tu?" soalku dingin.

    Qash senyum lagi.

   "Saja. Rasa macam kena dengan kau."

   Erk?

    Tiba-tiba muka aku terasa berbahang. Eeee apa dah jadi dengan aku ni?

    "Jangan nak merepek eh? Geli aku dengar."

   "Biarlah! Yang penting, aku suka."

   "Kau dah kenapa? Mabuk ke siang-siang hari ni?" marah aku.

    Qash ketawa besar.

    "Kenapa? Cute apa nama tu. Kau tak suka ke aku panggil kau macam tu? Bukan senang tahu orang handsome macam aku ni nak panggil perempuan macam tu."

    Aku buat muka jelik.

   "Handsome apa kejadahnya? Aku tengok muka kau dengan bontot kuali tak ada beza pun." kutuk aku.

    "Eleh! Sekarang boleh lah kau kata macam-macam. Entah-entah nanti, dengan muka yang macam bontot kuali ni lah kau tergila-gilakan nanti." kata Qash tak mahu kalah.

    Aku dah buat muka loya.

    Kapak mana kapak? Meh aku nak belah kepala mamat annoying ni!

   "Huh! Tak hingin aku. Dasar buaya!" cemuh aku.



<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Kapak mana kapak? Aku pun rasa nak tetak si Qash ni.

#ToBeContinue

Update: 1 August 2021

Continue Reading

You'll Also Like

2.5K 97 10
//Jiminjeong Fanfic// One-Shot Collection. Short Stories/Scenes.
3.3K 108 13
"Asal minah tu selalu pakai rantai tu eh? Buruk plus takde rupa" "Kan! Orang zaman sekarang takdenye pakai rantai macam tu. Tak pandai berfesyen lang...
2.6M 150K 48
"You all must have heard that a ray of light is definitely visible in the darkness which takes us towards light. But what if instead of light the dev...
40.7M 1.1M 42
When Arianna marries billionaire Zach Price to save her family, she doesn't expect to fall in love with a man who'd always consider her a second choi...