KOMA (Bakal Terbit)

By TheFnlini

3.9K 408 291

⚠️AMARAN⚠️: cerita ini mengandungi pengkhianatan, kematian, pengorbanan, penderitaan dan kesengsaraan karakte... More

Social Media
Deskripsi
Bahagian I
01 | kosong
02 | bercelaru
03 | andai bukan kita, siapa lagi?
04 | operasi bermula
05 | dia sang syuhada'
Bahagian II
07 | menuju ke Kampung
08 | mimpi dan Haikal
09 | kewujudan dunia berbeza
10 | kenapa kita perlukan Tuhan?
11 | Perang Mujahidin
12 | sengsara
13 | Syafiq

06 | kembali

109 23 24
By TheFnlini

Ayman... balik dengan selamat ya?

Matanya dibuka perlahan, menyesuaikan diri dengan cahaya yang menyerbu retina sebaik sahaja kesedarannya kembali. Dia memandang sekeliling, melihat keadaan tempat barunya.

Tangan kanan diangkat separa mata memandang, mendedahkan wayar yang tertanam di sana. Tangan kira pula dipandang. Sedikit berbalut dengan kain kasa. Dia cuba bangun. Walaupun sakit, tetap ditahannya agar mampu menukar ke posisi duduk.

Keadaan sekeliling diperhati lagi. Dia sedang duduk di atas sebuah katil yang sekelilingnya ditemani pelbagai alatan canggih. Barulah dia sedar, dia sedang berada di sebuah hospital.

"Ayman?" Satu suara menyapanya dari arah pintu masuk wad. Ayman berpaling, melihat gerangan yang menegur.

"Umi?"

Mutiara jernih kelihatan bermain-main di tubir mata wanita 50-an itu. Tangannya yang memegang beg plastik berisi barangan belian terketar-ketar. Bibirnya yang turut sama menggigil mengukir senyum gembira. Beg plastik tidak mampu ditampung lagi, lantas terlepas dari genggaman.

Puan Farah berlari mendapatkan anaknya. Satu pelukan erat dihadiahkan kepada remaja yang baru sahaja sedar dari komanya itu. Ayman sedikit terkejut, kerana semua ini pernah dilaluinya dahulu.

Nanti... adakah dia sudah kembali?

Bagaimana dengan Luth? Syafiq?

Tersedar akan hal itu, Ayman lantas melepaskan pelukan. Wajahnya yang cemas memandang tepat wajah ibundanya. Dapat dilihat saki-baki air mata tersisa di pipi wanita separuh abad itu.

"Umi, Luth mana? Macam mana pula dengan Syafiq? Dia hidup lagi, bukan?" Soal Ayman bertubi-tubi. Namun apa yang dia dapat hanyalah pandangan hairan dari Puan Farah.

"Luth? Syafiq? Siapa tu?" Puan Farah pula melontar soalan.

Ayman menjadi hairan. Terus dia memeriksa tubuhnya. Dia mencari balutan yang melindungi tempat dia ditembak. Namun tiada. Tiada balutan, bermakna tiada kesan tembakan. Tiada kesan tembakan bermakna...

"Umi, kenapa Ayman dekat hospital?"

Puan Farah yang tadinya sudah reda kembali sebak mendengar soalan itu. Masih tersisa sedihnya mengingatkan nasib anak bongsunya itu.

"Kamu terlibat dalam satu kemalangan, sayang. Masa kamu nak ambil result, ada kereta langgar kamu dan..." kata-kata itu tidak dapat dihabiskan. Puan Farah kembali menangis. Suaranya juga bergetar.

Ayman tidak menunggu lama. Lantas dia memeluk tubuh wanita kesayangannya itu.

"Tak apa, umi. Tak apa. Ayman dah sedar, bukan?" Ujarnya bersama pelukan erat yang diberikan.

Andai dia berada di hospital kerana kemalangan dan bukan ditembak, adakah itu membawa maksud dia benar-benar sudah kembali? Jadi semua yang dia lalui sebentar tadi, Luth dan Syafiq... kesemuanya hanyalah satu mimpi yang dialami ketika koma?

Dia bersyukur... namun begitu dia turut sama bersedih.

Apa agaknya yang terjadi selepas dia ditembak tadi? Adakah Luth berjaya memenangi perjuangan tersebut? Bagaimana pula keadaan Syafiq?

Semua soalan tersebut bermain di minda, tanpa ada siapa pun yang mampu menjawab...

***

Walaupun dia yakin ini adalah dunia sebenar, namun rasa ragu-ragunya masih ada. Apatah lagi apa yang berlaku di dunia ini sama seperti yang dilaluinya di dunia satu lagi.

Sebaik sahaja dia keluar hospital, terus dia memandang ke arah tiang yang sepatutnya disandari Luth. Namun ianya kosong... tiada sesiapa yang berdiri di sana. Tiada sesiapa yang memerhatikannya.

"Ayman? Kenapa?" Ustaz Amin menegur, menarik Ayman kembali ke dunia nyata.

"Ah, tak ada apa-apa." Ujarnya sebelum mengukir senyum.

Setibanya di rumah, perkara yang sama berulang lagi. Tepat pukul lapan malam, dia turun bersama tongkatnya lantas duduk di meja bersama-sama keluarganya. Makanan yang dihidangkan juga berasaskan daging.

Ayman ragu-ragu. Dia masih berfikir sama ada patut makan atau tidak. Garfu yang dipegang diguna untuk mencucuk-cucuk daging itu sementara dia termenung.

Perbuatannya telah menimbulkan perasaan hairan seisi keluarga.

"Ayman, kamu tak nak makan ke?" Puan Farah menyoal prihatin. Wajahnya berkerut risau, takut-takut Ayman hilang selera melihat hidangan ini.

"Bukan tak nak makan, cuma... ni daging apa?"

Ketiga-tiga ahli keluarganya berpandangan sesama sendiri. Hairan dengan soalan yang diajukan seorang Ayman Mikael.

"Daging lembu."

Ayman melepaskan nafas lega. Pun begitu, dia masih tidak punya selera untuk memakannya. Bagaimana rasa daging khinzir yang memasuki mulutnya tempoh hari masih terngiang-ngiang di fikiran. Selepas kejadian yang dialami ketika koma, besar kemungkinan dia tidak akan memakan daging lagi.

Gelas berisi air dicapai. Belum sempat gelas itu menyentuh bibir, ia diletakkan ke bawah kembali. Air di dalam gelas itu diperhati, lama.

Sekali lagi, dia ragu-ragu. Air ini warnanya tidak tumpah seperti arak yang ibunya sediakan di dalam koma. Ianya sama. Teramat sama.

"Itu jus, sayang." Puan Farah bersuara apabila menyedari perbuatan anaknya. Ayman sekadar tersengih.

"Umi, abi... Ayman rasa tak sedap badanlah. Ayman naik dulu, ya?"

Akhirnya, Ayman menaiki tangga ke bilik tanpa mengisi perut dengan apa-apa juadah.

***

Malam itu, dia tersedar. Sama seperti mimpi ketika koma. Dia bangun. Akibat rasa panas yang amat, dia akhirnya menuruni anak tangga untuk ke dapur.

Gelas dicapai, air diisi lantas ia diteguk dengan penuh dahaga. Selesai sahaja minum, dia berjalan ingin ke bilik semula. Namun satu suara yang sedang tergelak kecil menghentikan perbuatannya.

Dia menjenguk kepala ke ruang tamu. Bersama jantung yang berdegup kencang, dia memerhati.

Seperti yang dijangka. Kakaknya Alya berada di sana.

"Kak?" Panggilnya.

"Eh, Ayman?" Alya berpaling dari sofa.

"Apa kau buat malam-malam tak tidur lagi?" Soal Ayman lantas mendekati Alya. Dia memandang sekeliling gadis itu.

Alhamdulillah. Tiada figura lain selain kakaknya.

"Aku tak boleh tidur. Jadi, aku tengok drama sajalah." Balas Alya dalam nada yang mendatar. Matanya kembali menatap skrin televisyen yang sedang terpasang.

Tidak lama kemudian, Alya tergelak lagi melihat gelagat karakter yang mencuti hati. Langsung tidak dihiraukan keberadaan adiknya ketika itu. Ayman tersenyum lega.

Dia benar-benar sudah kembali, dan apa yang dialaminya sebelum ini hanyalah mimpi semata-mata. Tidak lebih dan tidak kurang.

Apabila berpuas hati dengan situasi ini, barulah Ayman mengorak langkah ingin kembali ke biliknya. Belum sempat kakinya menyentuh tangga, dia terdengar satu suara memanggilnya.

"Ayman..."

Dia lantas berpaling ke belakang. Mencari gerangan yang menyebut namanya itu. Namun, tiada sesiapa. Dia bersendirian di hadapan tangga ini. Ayman berfikir sejenak. Beberapa saat dia menunggu, namun tidak ada lagi suara yang memanggil.

"Imaginasi aku saja kut." Dia membuat spekulasi, sebelum menaiki tangga dan kembali semual ke bilik tidurnya.

***

Beberapa hari selepas itu...

"Macam mana Ayman? Dah tahu nak ambil course apa?" Soal Ustaz Amin seraya memasuki bilik anak lelakinya. Mug berisi air coklat panas itu diletakkan ke atas meja.

"Belum lagi, abi. Tengah fikir lagi ni." Skrin yang terpapar borang permohonan UPU masih ditatapnya. Kosong. Langsung tidak terisi dengan apa-apa perkara melainkan nama dan nombor kad pengenalan.

"Tak apa, ambil masa kamu. Orang dapat 10A memang susah nak buat pilihan. Yalah, semua course boleh ambil, bukan..." sakat Ustaz Amin membuatkan Ayman tergelak kecil.

"Okey-lah. Kalau ada apa-apa, panggil saja abi, okey?"

Ayman tidak memandang. Sekadar mengangkat ibu jarinya ke udara tanda setuju. Ustaz Amin tergelak kecil sebelum keluar dan menutup pintu bilik.

Pada awalnya, Ayman ingin mengambil kos psikologi. Namun selepas apa yang dilaluinya ketika koma, dia mula terfikir akan sesuatu. Ilmunya masih kurang, dan dia juga terfikir, adakah ia mencukupi untuk melakukan dakwah yang dia inginkan?

Dakwah boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Hatta hanya dengan melakukan kebaikan di hadapan orang juga sebenarnya satu dakwah. Pun begitu... itu adalah dakwah yang semua orang boleh lakukan.

Dia mahu perbezaan. Dia mahu pergi lebih jauh dari itu. Dakwah tidak boleh terhenti, dan dia akan pastikan ia tidak berlaku. Atas sebab itulah...

Kursor digerakkan. Mengikut ke mana sahaja tetikus membawanya, sebelum ia terhenti pada kolum yang terisi bidang pengajian yang ditawarkan. Kursor ditatal ke atas. Lebihan bidang yang tidak tertunjuk mula menzahirkan diri. Matanya fokus agar bidang yang dicari tidak terlepas.

Tiba pada satu kolum, kursor berhenti. Ia dibawa tepat menindih kolum itu. Nama bidang tersebut dibaca dengan penuh teliti.

'Kos Usuluddin'.

Dengan penuh bangganya, kolum itu ditekan lantas mengisi kekosongan pada tempat bidang. Ayman tersenyum sebelum menyandarkan tubuh pada kerusi. Air coklat yang berada di sebelahnya diambil lantas dicicip sedikit isinya. Dia sudah membuat keputusan, dan dia puas dengan keputusan tersebut.

Dia ingin lebih kenal Islam agar dia mampu berceramah tanpa rasa ragu. Dia ingin meneruskan dakwah dan memberi semangat kepada muslimin lain untuk melakukan perkara yang sama.

Ini adalah perjuangannya. Tidak, ini adalah perjuangan yang dibawa oleh seluruh umat Muhammad dalam memperjuangkan dan mengekalkan kemuliaan Islam di mata dunia.

Atas sebab itulah, dakwah mesti diteruskan...

dan dia akan pastikan dia berjaya.

***

4 bulan kemudian...

"Ayman, cepatlah! Kita dah lambat ni." Laungan Ustaz Amin bergema di setiap sudut tangga hotel yang mereka duduki itu. Jam di tangan dipandang silih berganti.

Selepas mengisi borang UPU empat bulan lalu, Ayman telah menerima tawaran untuk datang interview kemasukan pelajar baru di universiti pilihannya. Buat beberapa hari, mereka telah menetap di hotel bertaraf sederhana ini sambil menunggu hari interview tiba.

Ya, hari ini adalah harinya. Walaupun hari ini merupakan hari yang penting, entah kenapa Ayman boleh terlajak tidur menyebabkannya bangun lewat. Sekarang, mulalah dia kalut hingga semua benda tidak sempat dibuat.

Tambahan pula hotel ini tidak menyediakan lif, menambahkan lagi kekalutannya.

"Kejap! Kejap!"

Dengan berpakaiaan formal dan segak, Ayman menuruni setiap satu anak tangga dengan pantas sekali. Sambil melangkah, matanya tertumpu pada tangannya yang kini sedang bertungkus-lumus memakai jam tangan. Langkah-langkah yang diambil, langsung tidak diperhati.

"Woah!" Kecuaiaan datang menerpa diri. Kasut Ayman tergelincir pada salah satu anak tangga yang dituruni, membuatkan dirinya hilang keseimbangan lantas jatuh berguling ke bawah.

Baki anak tangga yang tinggal agak banyak, dan salah satu daripadanya telah menghantuk kuat kepala Ayman.

Apabila sampai ke bawah, Ayman telahpun terbaring bersama pandangan yang berpinar-pinar. Kepalanya terasa berpusing dan berdenyut. Matanya tidak dapat dibuka lagi.

Panggilan abinya kedengaran samar-samar. Pandangannya perlahan-lahan menjadi gelap, sebelum ia tertutup serapat-rapatnya.

Pada saat-saat akhir kesedarannya, suara yang sama menegurnya hari itu hadir menyapa pendengaran.

"Maafkan aku, Ayman. Tugas kau masih belum selesai."

***

⊰᯽⊱┈──╌❊ 08.09.21 ❊╌──┈⊰᯽⊱

⊰᯽⊱┈──╌❊ 08.09.21 ❊╌──┈⊰᯽⊱

A/N: maka.... tamatlah Bahagian 1. How was it? Is it great? Apa pula yang berlaku kepada Ayman? Haa... yang tu kena tunggu di Bahagian 2 pula. Stay tuned!

Anyway, thank you for reading. Feel free to hit the vote button and drop some comment to motivate me! ^^

Continue Reading

You'll Also Like

4.7K 902 18
2021 : Leal Sequel "Dunia tak layak buat kami, si pendosa." [Sudut pandang Muhammad Astar, si hina yang bercita-cita untuk mengumpul cebisan bahagia...
12.4K 549 36
Kisah yang menceritakan mengenai Detektif Arsyad dan pembantunya, Si Koperal, dalam menyelesaikan kes jenayah yang dilakukan oleh seorang penjenayah...
2.4K 191 38
Takdir mempertemukan mereka,Fariz seseorang jejaka yang dingin dan amat tidak menyukai mana-mana wanita.Manakala Khadeejah Haura seorang wanita yang...
7.2K 1.1K 20
Notes : Kalau malas nak layan ads wattpad. Boleh pm saya untuk e-book version okay ✨ Disclaimer: Cerita ini hanya fiksyen (rekaan) semata-mata. Buka...