Mr Annoying Vs Miss Beku

By Mademoiselle_Hawa

70.4K 2.8K 171

[COMPLETEDโœ”] QAISARA ALYSHA - Seorang gadis yang pendiam, tak banyak bercakap, tidak suka bergaul dengan ora... More

Memperkenalkan Karya Baru
Bab 1 | Aku
Bab 2 | Pertemuan
Bab 3 | Bistro
Bab 4 | Kampung
Bab 5 | Mamat Annoying
Bab 6 | Qash Anaqi
Bab 7 | Dengki
Bab 8 | Sedondon
Bab 10 | Butterfly
Bab 11 | Cemburu
Bab 12 | Picnic
Bab 13 | Aquaphobia
Bab 14 | Kareoke
Bab 15 | Pulang
Bab 16 | Hadiah
Bab 17 | Mimpi
Bab 18 | Pengsan
Bab 19 | Panic Attack
Bab 20 | Surprise
Bab 21 | Tarawih
Bab 22 | Balik Kampung
Bab 23 | Takbir Raya
Bab 24 | Tetamu
Bab 25 | Rombongan
Bab 26 | Lamaran
Bab 27 | Ugut
Bab 28 | Keputusan
Bab 29 | Baju nikah
Bab 30 | Persiapan
Bab 31 | One Step Closer
Bab 32 | Dua Hati Bersatu
Bab 33 | Bidadari
Bab 34 | Winter Wonderland
Bab 35 | Keluarga
Bab 36 | Honeymoon
Bab 37 | Gayat
Bab 38 | Japanese Village
Bab 39 | Doa
Bab 40 | Penat
Bab 41 | Rahsia
Bab 42 | Pergi
Bab 43 | Tertekan
Bab 44 | Ego
Bab 45 | Penyesalan
Bab 46 | Pulang
Bab 47 | Patah
Bab 48 | Sedar
Bab 49 | Pinky Promise
Bab 50 | Kampung
Bab 51 | Sakit
Bab 52 | Maruah
Bab 53 | Hutan
Bab 54 | Cekak
Bab 55 | Pergi
Bab 56 | Termakbul
Bab 57 | Klinik
Bab 58 | Zuriat
Bab 59 | Mengidam
Bab 60 | New Life
Bab 61 | Happiness
Bab 62 | The End
Coffee Time with Hawa

Bab 9 | Photoshoot

1.1K 55 2
By Mademoiselle_Hawa

     "OKAY, perfect!" semua memberi tepukan gemuruh.

     "Good job Qai!" kata Adam sambil menepuk bahu aku.

     Aku tersenyum bangga. Alhamdulillah, photoshoot gambar khawin pada hari ini berjalan dengan lancar.

    Aku membelek gambar yang baru aku ambil tadi. Tersenyum lebar aku melihat hasil kerja aku sendiri.

     Lokasi yang dipilih untuk photoshoot ialah di Moroccan Pavilion yang terletak di Putrajaya.

      Sumpah aku cakap, lokasi kali ni memang cantik! Mata aku dari tadi tak puas tengok keadaan sekeliling tempat ni. Terpegun!

   "Qai?"

    Aku yang sedang leka membelek gambar-gambar di dalam kamera aku terus berpaling ke arah suara yang memanggil aku.

    Zura dengan busana pengantinnya datang menghampiri aku. Tanpa kata dia terus memeluk tubuh kecil aku.

    "Thank you so much Qai! I'm so happy today!" ucapnya teruja.

    Aku tersenyum nipis. Pelukan dileraikan.

   "I am very satisfied with your work. Gambar-gambar tu semua cantik sangat! I suka!" pujinya dengan nada teruja.

   Aku lihat wajahnya terpancar sinar bahagia. Orang kata ada seri pengantin.

    "Thank you Zura. And thank you so much for trusting us." balasku seraya senyum nipis.

    Zura membalas senyuman.

    Kenapa aku panggil dia Zura? Sebab dia muda dari aku. Umur 24 tahun. Kenapa tak panggil Puan? Zura tak bagi. Katanya rasa macam tua bila aku ber-puan dengan dia. Katanya lah. Aku ikutkan je.

    "So, lepas ni you ada photoshoot dekat mana pulak?" soalnya.

    "Untuk hari ni, tak ada. I balik studio terus lepas ni."

    Zura mengangguk faham.

    "Okay lah. I nak pergi dekat husband i. Thank you tau! Jumpa lagi." pamitnya. Dia melagakan pipi dengan aku.

     Sejujurnya, aku agak kekok bila orang berbuat begitu pada aku. Entah lah. Dengan Maktok aku masih okay. Tapi bila dengan orang lain rasa macam.... Awkward? Ya tahu aku ni pelik. Tak payah cakap pun tak apa.

   Aku mencari kelibat Adam. Mana lah si sesumpah ni pergi? Aku dah lah nak balik ni. Perut aku lapar gila sekarang ni.

    Mana tak lapar? Tadi pagi sempat minum air milo kotak dan makan sebungkus roti je. Sekarang dah tengah hari. Memang perut 'bernyanyi' lah.

    Mask hitam aku sarungkan kembali menutupi separuh wajahku. Tadi aku terpaksa bukak sebab cuaca panas terik. Memang berbahang muka aku tadi.

    Aku dah garu kepala. Ish! Mana si jembalang ni?!

    Rasa nak mengamuk pun ada sekarang ni! Kau faham tak bila kau tengah lapar, tapi orang sengaja cari pasal dengan kau. Faham tak?

     Seketika itu, pandangan aku terhenti di satu sudut. Sebaik terpandang wajah yang sedang bergelak tawa di satu sudut dengan sekumpulan gadis. Dengan pantas kaki aku melangkah ke arah mereka.

     Wah wah! Patut lah lesap! Dekat sini rupanya dia. Pantang betul nampak perempuan cantik si Adam ni. Mula lah perangai buaya dia!

     Sebaik sahaja aku menghampiri kumpulan itu, Adam yang perasan dengan kehadiran aku pantas melambaikan tangan.

   "Qai!"

    Oh? Kau lambai tangan pulak? Kau tak tahu lengan kau akan berbirat kejap lagi.

    Wajah aku di seriuskan. Aku merenung Adam tajam.

    Empat orang gadis yang turut bersama Adam turut mengalihkan perhatian ke arah aku. Aku lihat mereka mula berbisik-bisik.

    "Dah habis dah sesi mengayat kau?" sindirku perlahan.

    Adam di situ tersengih.

   "Alah, relax lah Qai."

   Aku mendengus kasar.

   "Kawan you ke ni Adam?" soal salah seorang gadis di situ. Aku perasan dia asyik pandang aku dari tadi.

    Adam mengangguk.

    "Yup! Qai namanya."

    Gadis itu tiba-tiba mendekati aku. Dia menghulurkan tangannya.

   "Hi, my name is Hana. Nice to meet you Qai." katanya. Dia mengukir senyuman menggoda.

    Aku hanya memandang kosong pada huluran tangan perempuan yang bernama Hana itu. Hulurannya aku tidak sambut.

   Oh!

     Dia mesti tak tahu yang aku ni perempuan. Huh, boleh tahan bengap.

    Aku tersenyum sinis di sebalik mask. Perempuan zaman sekarang memang dah tak ada rasa malu dah eh?

   Aku hanya membiarkan Hana yang masih menghulurkan tangannya.

    "Adam, jom balik." ujarku dan aku terus berlalu meninggalkan Hana yang terpinga-pinga.

     Wajah Hana membahang menahan malu. Malu kerana hulurannya tidak disambut di hadapan rakannya.

    Adam pula sudah berlari mengejar langkah aku yang sudah jauh kedepan. Sebaik sahaja dia tiba di sebelah aku, tangan aku naik mencubit lengan Adam yang berlapik.

     "Aduh! Woi kau ni kenapa cubit aku? Sakit tahu tak!" marah Adam.

     Tangannya laju mengusap lengannya yang pedih. Bisa jugak tangan perempuan ni!

     "Balasan sebab kau hilang. Kau tahu tak aku tengah lapar gila sekarang ni?" bebelku.

     "Alah kau ni. Kalau ya pun lapar, jangan lah sampai cubit. Kang kalau berbirat ni, kurang duit hantaran aku, siapa nak jawab?" seloroh Adam.

    Serentak itu tangan aku memukul bahagian depan cap yang dipakai Adam.

PAP!

    Hah! Ambil kau!

    "Kau fikir kau perempuan ke?!" tempik aku.

     Cakap tak guna akal. Elok sedekah je dekat orang gila.

     "Ish aku gurau jelah. Kau ni, garang tak bertempat. Cuba berlembut sikit. Baru lah lulus nak jadi bini aku nanti."

   Erk

     Baldi mana baldi? Aku nak muntah sekarang.

     "Bagi free pun aku tak nak lah dekat kau. Kau tu buaya darat!" kutuk aku selamba.

    "Eh, aku ni sikit punya handsome kot. Takkan sikit pun kau tak tergoda tengok aku ni?" soal Adam dengan senyuman menggoda.

   Aku buat muka jelik.

   Tolong lah, sesiapa kutip dia.

   Aku tak kenal dia.

    "Tu, kau nampak tak tong sampah tu?" soalku. Aku menunjukkan tong sampah yang berhampiran.

    Adam mencari kelibat tong sampah yang berhampiran, kemudian dia mengangguk.

   "Kenapa?"

    "Hah, kau dengan tong sampah tu tak ada beza." kataku lalu terus melajukan langkah menuju ke kereta.

   Terbeliak biji mata Adam.

   Dia... samakan aku dengan... TONG SAMPAH?!

   Kurang asam keping punya kawan!













     DI sebuah gerai makan, aku dan Adam sedang menikmati makan tengah hari. Lauk pauk di sini juga boleh tahan sedap dan banyak pilihan.

     Aku orang yang paling excited sekali. Rambang mata terus nak pilih lauk. Adam pula siap membebel kata aku lambat lah apa lah.

     Selepas Adam membaca doa makan, aku mula makan dengan penuh selera.

    Sewaktu aku sedang leka makan, tiba-tiba telefon pintar aku berdering. Aku mendengus geram.

     Ish! Jembalang tanah mana pulak kacau fokus aku tengah makan ni? Nak makan pun tak aman!

    Aku melihat skrin telefon. Nombor yang tidak dikenali tertera di skrin. Berkerut dahi aku.

    Siapa pulak ni? Siang-siang hari pun nak kacau orang ke?

    Aku meletakkan telefon aku di atas meja setelah ia berhenti berbunyi. Aku mula sambung makan.

     "Siapa call?" soal Adam.

     Aku menjongketkan bahu.

   Seketika kemudian, telefon aku kembali berdering lagi. Aku mengeluh berat. Siapa yang tak kenal erti putus asa ni?

    Aku lihat di skrin nombor yang sama menelefon. Pantas aku menjawab panggilan tersebut.

   "Hello?" kedengaran suara garau di hujung talian.

    "Yes?" balasku. Sengaja aku ubah sedikit suara.

    "Boleh saya bercakap dengan Qaisara Alysha?" soal orang di sana.

   "Who is speaking?" soalku dengan wajah serius. Adam dari tadi hanya memerhati.

    "Uish speaking omputih eh?" sindir orang disana sambil ketawa.

Aik?

    Jembalang ni nak main-main ke apa?

   "Look bro, seriously. I don't have time for this. Again, who is speaking?" soalku tegas.

   Kau nak main-main? Jangan terkejut kalau aku carut kau.

   "Well, your future husband."

    Kepala otak dia! Dia ni memang dah lama hidup gamaknya.

    Kedengaran suara orang ketawa di hujung talian. Wah sukanya kau!

    "Kau siapa setan?"

   Haa kau! Dah keluar dah tanduk aku.

    Adam juga kelihatan terkejut mendengar aku mengeluarkan kata kesat.

    Lagi kuat orang tu ketawa.

   "Ish ni aku lah Qash. Kau tak kenal suara aku dah ke?"

      Sebaik sahaja dengar nama itu, automatik aku rasa menyampah.

    Memang dasar jembalang tanah lah mamat ni!

    Eh? Kejap.

    "Mana kau dapat nombor telefon aku?" soalku hairan. Setahu aku, aku tak pernah bagi pun.

    "From Maktok."

    Huwaa Maktok! Kenapa kasi nombor Sha dekat mamat annoying ni!

    "Siapa suruh kau mintak?"

    "Eh suka hati aku lah."

    Eeee menggelegak betul darah aku dengan mamat ni!

    "Kau nak apa?" soalku dingin.

    "Jom keluar petang ni. Aku bosan lah." ajaknya.

   Eh eh? Wah, senangnya dia ajak?

   "Tak nak."

   "Kenapa?"

   "Aku sibuk." jawabku memberi alasan.

   "Sibuk apa?"

   "Kerja lah!" bentak aku.

    Qash diam sejenak.

   "Pukul berapa kau habis kerja?"

   "Yang kau sibuk nak tahu tu kenapa?" balasku kasar.

   "Ish boleh tak kau jawab je soalan aku?" soal Qash bengang.

    Aku dah rasa nak hantuk kepala di meja.  Kenapa lah aku kena jumpa dengan orang macam ni?

   "Wajib ke aku jawab soalan kau?"

   "Wajib!"

   Aku merengus geram. Eeee lama-lama layan mamat ni boleh sakit jiwa aku.

    "Look, aku tak tahu kau nak apa dari aku but i just wanna tell you something. Aku sekarang tengah makan. Jadi, aku mintak jasa baik kau jangan call aku lagi dan jangan ganggu hidup aku lagi. Aku nak makan dengan aman. Assalamualaikum!" terus aku mematikan panggilan.

     Huh! Spoilkan mood aku betul mamat tak faham bahasa tu.

    "Apahal Qai? Siapa tadi tu?" soal Adam ingin tahu.

     Aku diam seketika. Nasi aku suapkan ke dalam mulut.

    "Entah lah jembalang tanah mana yang tak faham bahasa."

    Berkerut kening Adam. Jembalang tanah?

    "Makan cepat, aku nak balik studio." kataku dingin.

    Adam dah membuat muka menyampah. Dah datang dah mood beku dia.











      MATA aku masih fokus pada skrin laptop. Tangan aku laju menggerakkan tetikus. Aku sedang meng-edit gambar pasangan pengantin yang aku ambil pagi tadi.

    Oh! Tentang kejadian tengah hari tadi di gerai makan. Sebaik sahaja aku meletakkan panggilan telefon dari Qash, dia tidak lagi cuba menghubungi aku.

    Bagus lah. Aku pun hampir sakit jiwa dengan Qash tu. Tak tahu lah. Bila bercakap dengan dia, asyik nak menyakitkan hati aku je. Aku pun dah naik menyampah dengan dia.

    "Hai Qai, buat apa tu?" sapa Fiya. Dia duduk di kerusi yang terdapat di hadapan meja kerja aku.

    "Tengah masak nasi."

    Terus muncung Fiya. "Kau ni memang tak reti jawab elok-elok ke?"

    "Dah kau pun tanya soalan bengap kenapa? Tak nampak ke aku tengah buat kerja?" soalku dingin.

     Fiya memutarkan bebola matanya. Malas nak bertekak.

   "Eh beb! Tadi aku tengok kau balik dari photoshoot, muka kau macam tempoyak basi je. Kenapa?" soal Fiya.

     Aku menjeling tajam ke arah Fiya. Tempoyak basi dia panggil aku?

    Aku malas mahu jawab. Aku mengabaikan pertanyaan Fiya.

    "Oit!"

    "Hmm,"

    "Aku tanya ni..."

    "Tak ada apa lah."

    Fiya tayang muka tidak percaya.

   "Macam tipu je..." Fiya mengecilkan matanya.

   "Suka hati kau lah." jawabku malas.

   Fiya merengus geram. Benci!

   "Err... Qai?" panggil Zamrul yang muncul dari depan.

   Aku mengangkat kepala memandangnya. Keningku dijongketkan.

   "Ada orang nak jumpa kau."

   "Siapa?"

   Zamrul menjongket bahunya.

   "Entah. Dia tak bagi tahu nama pun."

    Berkerut kening aku. Siapa pulak dah? Client ke?

   Aku bangun dan menuju ke bahagian depan di mana tempat pelanggan berbincang. Di situ terdapat satu meja kecil.

     Aku lihat ada satu susuk tubuh yang sedang duduk membelakangi aku.

    Hmm... Dari belakang, macam kenal. Tapi siapa? Tiba-tiba rasa berdebar pulak.

    Sebaik sahaja aku tiba betul-betul di belakang lelaki tersebut, aku bersuara.

    "Encik?"

    Lelaki itu mula bangun dan memalingkan tubuhnya menghadap aku.

    Apabila terlihat wajah itu, aku terkejut beruk.

    "Hai Qaisara!"

<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Aku pulak yang rasa penat dengan si Qash ni.

BTW JANGAN LUPA VOTE TAU!

#ToBeContinue

Update : 31 July 2021

Continue Reading

You'll Also Like

463K 21K 32
*Watty Awards 2015 Winner* Ever since Candice Sinclair started college, her life has consisted of books, studying and classes. She's never had time f...
41.1M 1.1M 42
When Arianna marries billionaire Zach Price to save her family, she doesn't expect to fall in love with a man who'd always consider her a second choi...
6.7K 247 38
SINOPSIS AINUL MARDHIAH- Seindah nama diberi. Tapi, hidupnya benar-benar indahkah? Di anak tirikan oleh keluarga sendiri. Di buli dan dihina oleh adi...
533K 17.8K 126
Read and find out...