TITLE MRS. UNTUK DELAILA [COM...

็”ฑ ainqalbi

190K 11.7K 2.8K

Segalanya bertitik tolak daripada kerja paling gila aku pernah buat. Melamar Diff, kawan sendiri sebagai suam... ๆ›ดๅคš

ATTENTION !!
P R O L O G
BAB 1 ๐ŸŒธ
BAB 2 ๐ŸŒธ
BAB 3 ๐ŸŒธ
BAB 4 ๐ŸŒธ
BAB 5 ๐ŸŒธ
BAB 6 ๐ŸŒธ
BAB 7 ๐ŸŒธ
BAB 8 ๐ŸŒธ
BAB 9 ๐ŸŒธ
BAB 10 ๐ŸŒธ
BAB 11 ๐ŸŒธ
BAB 12 ๐ŸŒธ
BAB 13 ๐ŸŒธ
BAB 14 ๐ŸŒธ
BAB 15 ๐ŸŒธ
BAB 16 ๐ŸŒธ
BAB 17 ๐ŸŒธ
BAB 18 ๐ŸŒธ
BAB 19 ๐ŸŒธ
BAB 20 ๐ŸŒธ
BAB 21 ๐ŸŒธ
BAB 22 ๐ŸŒธ
BAB 23 ๐ŸŒธ
BAB 24 ๐ŸŒธ
BAB 25 ๐ŸŒธ
BAB 26 ๐ŸŒธ
BAB 27 ๐ŸŒธ
BAB 28 ๐ŸŒธ
BAB 29 ๐ŸŒธ
BAB 30 ๐ŸŒธ
BAB 31 ๐ŸŒธ
BAB 32 ๐ŸŒธ
BAB 33 ๐ŸŒธ
BAB 34 ๐ŸŒธ
BAB 35 ๐ŸŒธ
BAB 36 ๐ŸŒธ
BAB 37 ๐ŸŒธ
BAB 38 ๐ŸŒธ
BAB 39 ๐ŸŒธ
BAB 40 ๐ŸŒธ
E P I L O G
Q&A w/ READERS๐Ÿ’•
Sequel: Hikayat Hero Heroin

Special Chapter : Raya Tak PKP Edition

1.8K 117 30
็”ฑ ainqalbi

Laungan takbir raya kedengaran tanda kemenangan setelah sebulan berpuasa. Malam raya macam ni, ahli keluargaku masing-masing sibuk dengan persiapan raya esok. Nak kena pasang pelita, rebus ketupat, kacau dodol, bakar lemang... banyak lagilah!

"Kak Je, beras tu jangan masukkan penuh-penuh. Agak-agak dalam separuh sarung cukuplah," pesan ibu ketika aku sedang ralit isi beras dalam sarung ketupat.

"Okey bu. Rendang special ibu dah siap belum tu?" Semalam punyalah semangat ibu nak buatkan rendang ayam untuk menantu bongsu dia. Siapa lagi yang berani minta macam-macam kalau bukan Muz.

"Dah nak siap dah. Ibu nak tunggu dia kering sikit. Baru sedap." Ibu tersenyum lebar sambil matanya tak lepas memerhatikan rendang dalam kuali. Seronok agaknya dapat penuhi permintaan anak menantu.

Kak Tim pula datang bersama bekas kuih penuh di tangan. Biasanya kerja-kerja mengisi kuih ni memang Kak Tim la yang handle. Yalah, sambil masukkan kuih dalam bekas dia masukkan kuih dalam mulut juga. Hahaha!

"Seronok betul dapat balik raya ramai-ramai macam ni. Cuma tulah, kau tak boleh selalu. Tahun depan giliran belah Muz pula kan?" Suara Kak Tim meraih perhatianku.

"Nak buat macam mana Kak Tim, memang kena bergilir. Tapi tak apa, sekurang-kurangnya ibu dan ayah tak sunyi sebab still dapat raya dengan Kak Tim." Aku senyum. Abang Zul anak yatim piatu. Jadi setiap kali raya memang rumah ayah dan ibu jelah pilihan utama.

"Ayahanda dan bonda Muz raya berdua je kali ni. Tak apa ke?" Ibu pandang aku sekilas sebelum matikan api dapur.

"Tak ada apalah. Ibu jangan risau, lagipun Muz kata nanti raya pertama ayahanda dengan bonda nak datang beraya sini juga," balasku.

"Heh, nak lepas rindu dekat Faqih la tu. Cucu kesayangan katakan..." Kak Tim buat gaya jengkel. Aku gelak je. Faqih selalu sangat usik Mommy Tim dia, itu yang buat kakak aku dengki.

Sedang kami rancak berborak, kelibat ayah muncul di pintu dapur yang bersambung dengan bahagian belakang. Dahi tua ayah jelas berkerut resah.

"Kak Je, pergi tengok Si Muz dekat belakang tu. Ayah suruh dia bakar lemang, bukan bakar tangan. Macam mana entah tangan boleh terkena bara. Ish, cuai betul budak ni." Pelipis kepalanya pula dipicit dengan jari.

Ibu dan Kak Tim dah bantai gelak kuat-kuat dengan kata ayah. Aku je yang tak tahu nak rasa apa. Risau ada, rasa nak gelak ada, rasa nak marah pun ada. Kalut aku jadinya mencari peti kecemasan di dalam laci dapur.

"Habis, dia orait tak orait tu yah? Orang risau noh, takut esok kita raya kat hospital ja ni."

"Aih, tanya ayah buat apa? Pi tanya suami hang la. Aduh, macam-macam hal menantu aku sorang ni. Stres!" Kali ni ayah tarik-tarik rambut pula. Makin galak tawa ibu dan Kak Tim.

Langkahku bergegas ke luar mendapatkan Muz. Dari jauh boleh nampak Muz tengah duduk dekat pangkin sambil menunduk. Macam tengah tahan sakit je tu.

"Abang! Macam mana tangan boleh kena bara ni?" Sampai-sampai je aku terus tarik dan belek tangan Muz. Lantaklah berkerut berapa lapis pun dahi aku sekarang.

"Aduh! Sayang jangan pegang situ. Sakitlah," dengus Muz. Laju tangannya dibawa jauh dariku. Terkejut aku jadinya.

"Eh, sorry sorry! Aaa... sinilah bagi Lela tengok. Malam-malam ni mana nak nampak," balasku. Sekadar berbekalkan lampu pangkin ayah yang tak berapa nak terang ni, alahai... semut jalan pun boleh sesat.

Lambat-lambat Muz hulurkan tangan. Aku buka peti kecemasan, keluarkan minyak gamat.

"Ni abang dah alirkan bawah air paip belum?" Aku tanya sambil tunjuk tangan dia. Muz sekadar mengangguk. Selepas itu, barulah aku sapukan minyak gamat dekat kawasan lecur.

"Sakit lagi?" soalku dengan nada lembut. Muz geleng.

"Nope! Tak sakit dah."

"Cuba cerita, macam mana boleh kena tangan? Abang tak pakai sarung tangan ke?"

"Mula-mula tu pakai. Tapi lama-lama tangan abang berpeluh la. Tak selesa, sebab tu abang cabut. Hehehe." Dia sengih menampakkan lesung pipitnya yang jelas ketara.

Aku gelengkan kepala. Hmm... dah agak dah. Muzaffar Shah memang begini gayanya. Buat seketika, aku jeling Muz dari ekor mata.

"Sebenarnya kan, Lela perhati je lesung pipit abang tu. Dalam betul! Abang tak nak sedekah satu dekat Lela ke? Satu je," pintaku. Jemari nakalku dah bergerak cucuk-cucuk lesung pipit Muz.

"Nak bagi Lela buat apa? Lela tak ada lesung pipit pun dah cantik," puji Muz. Bibirku mencebik.

"Amboi, beli jiwa nampak! Abang ada nak apa-apa ke ni? Baik jujur dengan Lela." Kelopak mataku automatik mengecil memandangnya.

Muz ketawa mendengarkan ulahku. Pipiku dicubit kuat.

"Memandangkan Lela pun dah tanya, so abang jawab jelah ek?"

Aku angkat kening. Lain macam je ni.

"Hmm... tiba-tiba abang rasa nak kiss oranglah."

Tak sempat otak aku nak bertindak balas, tiba-tiba rasa ciuman hangat singgah dekat pipi. Semua itu berlaku sepantas kilat. Muka aku tak payah cakaplah, terus menyala jadi lampu isyarat warna merah.

"Eee... apa cium-cium orang ni? Habis bau lemang dah pipi Lela," rungutku. Dia ni kan... suka sangat buat benda-benda seram macam tu. Nasib baik aku tak mati terkejut tadi.

"Eh eh, kita pula kena. Lela yang suruh jujur tadi kan. Abang tengah jujur la ni." Muz gelak lagi. Cis, main kotor dia ni.

"Kiss tu tanda terima kasih la sayang. Biasa orang cakap terima kasih, tapi abang lain. Abang tak cakap, abang ungkapkan dengan perbuatan. Baru special untuk Lela ingat." Muz senyum nakal sambil angkat-angkat kening.

Eee... miang, miang! Tangan aku dah tolak muka Muz jauh-jauh. Muka nakal dia tu... aisy! Suka sangat mengusik Si Muz ni sampaikan aku pun tak tahu nak pandang mana sekarang. Susah betul ya dapat suami dah hilang rasa malu ni. Alahai...

**********

"Faqih, mana baju raya awak? Kenapa pakai tuala lagi ni?" Pelik jadinya bila tengok anak sulung aku sibuk ke hulu ke hilir tak berbaju. Selamba je dia keluar masuk dapur melantak kuih raya yang baru isi semalam.

"Eh, bonda! Terkejut Faqih. Bonda nak rasa sikit?" Faqih dah hulurkan sebekas kuih semperit di tangannya. Kononnya nak suruh aku rasa. Aku buat-buat tak berminat. Heh, ni cara baru tak nak bagi bonda dia melenting ke apa?

"Tak apa, nanti bonda rasa. Ni baju raya Faqih mana? Kenapa tak pakai? Nanti nak ikut tok ayah dengan ayahanda pergi solat dekat masjid, kan?" soalku lagi. Mengulang pertanyaan yang sama.

Faqih sengih. Lama jugalah dia macam tu sampaikan kening aku pun turut sama ternaik. Rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Naluri si ibu jangan pernah dibuat main. Kebarangkalian untuk betul adalah 99.99 peratus.

"Err... sebenarnya Faqih tak nak pakai lagi baju tu. Faqih nak tunggu semua dah siap, baru Faqih pakai. Kalau Faqih pakai dulu nanti takut ronyok. Kesianlah bonda nak kena gosok lagi," terang Faqih panjang lebar.

Aku terdiam jugalah selepas mendengar penjelasan daripada budak berumur enam tahun ni. Perlahan-lahan aku tundukkan badan supaya setentang dengan Faqih. Bahunya kupegang.

"Faqih... dengar sini bonda nak cakap. Kalau tak nak pakai baju raya dulu boleh. Tapi sekurang-kurangnya pakailah baju T-shirt awak. Jangan pakai tuala macam ni. Tak elok, malu kalau orang nampak, " pesanku sambil betulkan kedudukan tuala dia yang macam nak terlondeh.

"Oh, boleh ke bonda? Faqih fikir bonda tak bagi tadi. Okeylah, Faqih nak pakai baju T-shirt dulu." Bekas kuih semperit tu dia letak dekat tangan aku.

"Hah, bonda rasalah kuih ni! Sedap tau! Kuih ni Faqih, Abang Ahmad dengan Abang Aya yang buat. Bonda kena rasa!" Tak sempat nak balas apa-apa, Faqih dah suapkan mulut aku dengan kuih semperit buatannya. Hmm... bolehlah. Ada rasa kuih.

Faqih dah pergi tinggalkan ruang dapur. Aku geleng-gelengkan kepala memerhati kelibatnya. Memang genetik Muz melekat kuat dekat Si Faqih ni ha!

"Sayang, baju abang mana?" Itu benda pertama yang aku dengar sebaik saja kaki mencecah lantai bilik. Nafas yang tertahan dihembuskan perlahan-lahan. Tadi anak, sekarang bapaknya pula.

"Ada je dekat almari tu. Cuba abang cari betul-betul," balasku. Sempat lagi aku betulkan semula lilitan shawl depan cermin. Banyak sangat bergerak sampai senget jadinya.

"Abang dah cari dah. Tak ada pun. Penatlah macam ni." Muz dah terduduk atas katil di sisi Medina. Sekali-sekala anak kecil itu diagah.

Mendengarkan kata-kata Muz, aku pergi dekat almari lalu keluarkan baju Melayu merah dia yang aku gosok semalam. Elok je ha aku cari. Buka almari, depan mata terus jumpa. Kadang-kadang aku terfikir, apa masalah kaum lelaki sebenarnya?

"Lelaki memang kalau cari barang tak jumpa eh? Ni apa cik abang?" Baju Melayu tu aku angkat betul-betul depan mata Muz. Dia sengih tak bersalah sebelum baju bertukar tangan.

"Peliknya... macam mana Lela boleh jumpa? Abang dah cari betul-betul tau tadi. Semua laci abang buka, setiap inci sudut tu abang tengok tapi tetap tak jumpa."

"Abang buka almari mana ni?" Aku tanya dia balik.

"Almari putih tu la. Ada almari lain ke?"

Ya Allah... aku tepuk dahi. Berapa lama dah dia kahwin dengan aku ni? Takkan tak pernah perasan dekat hujung almari putih tu ada satu lagi almari kecil warna hitam?

"Abang tersilap almari ni. Lela letak baju raya semua dalam almari hitam, bukan putih. Kalau tempat dah salah, cari sampai raya tahun depan pun belum tentu jumpa, bang." Muka aku dah sehabis pasrah menghadap Muz.

"Lah ya ke? Kenapa tak cakap? Kesian tau dekat abang, baru lepas mandi dah berpeluh balik sebab cari baju raya tak jumpa-jumpa." Hmm... mula dah drama dia. Aku sambung betulkan lilitan shawl yang tergendala tadi.

Kedengaran tombol pintu dipulas dari luar. Kepala Faqih terjengul di muka pintu sebelum kakinya melangkah masuk. Sebaik terpandangkan Muz, mata Faqih automatik membulat.

"Eee... kenapa ayahanda tak pakai baju lagi ni? Kenapa pakai tuala? Tak eloklah pakai tuala je. Ayahanda tak malu ke depan bonda? Tak malu bonda tengok?" Bibir kecil milik Faqih tak berhenti berceloteh.

Aku jeling Muz. Lah... tak pakai baju lagi bapak budak ni? Faqih pun dah pakai baju Melayu dia. Hah, dah jadi satu hal nak jawab apa dekat Faqih. Macam tak tahu, budak tu level bijak dia lain macam!

"Hah? Err... ayahanda... ayahanda nak pakailah ni." Muz berikan isyarat mata kepadaku. Minta talian hayat. Aku buat-buat tak nampak. Hah, jawablah sendiri.

"Aha! Ayahanda tunggu bonda pakaikan baju sebenarnya. Tapi Faqih tengoklah bonda tu, dia sibuk pula betulkan tudung."

Mendengarkan kata Muz, kelopak mataku terbuntang luas.What? Apahal pula aku yang kena ni? Aku tak bersalah kot.

Faqih geleng-geleng kepala. Anak matanya beralih pula ke arahku.

"Apalah bonda ni. Pakaikanlah ayahanda baju cepat. Bonda juga yang cakap tadi kan, tak elok pakai tuala je. Tengok adik Dina, kesian dia malu tengok ayahanda tak pakai baju." Jari telunjuk Faqih lurus menunjuk ke arah si adik, Medina yang terbaring elok di atas katil.

Ah, sudah! Aku pula mati kutu. Nampak gaya macam dah termakan dengan kata-kata sendiri je ni. Aku jeling Muz. Dia dah senyum-senyum tanda kemenangan. Ceh!

"Yalah, yalah... Bonda pakaikan ayahanda baju. Faqih tunggu dekat luar dululah. Nanti nak pergi masjid kan." Akhirnya aku mengalah juga. Faqih angguk sebelum keluar menutup pintu bilik.

"Uuu... kenapa suruh Faqih keluar? Nak privasi eh?" soal Muz separa berbisik. Senyuman nakalnya mulai terbit di hujung bibir.

"Privasi amendenya? Tak nampak Medina atas katil tu?" Baju Melayu di tangan Muz kurampas kasar. Bengang je rasa. Tak suka betul la buat kerja kena paksa ni.

"Kepala tu tunduk sikit! Itulah, makan lagi sayur waktu kecil. Kan dah tinggi melangit macam KLCC. Dahlah tinggi, sombong pula tu. Cubalah bertimbang rasa sikit dekat golongan cilik ni. Asyik-asyik kita je yang kena suruh dia tunduk. Common sense mana?" Bila hati tak rela, mulut pun dah membebel tak tentu hala.

Muz turutkan je kataku. Dia tundukkan badan, selepas itu baru aku sarungkan baju Melayu cekak musang dekat badan dia. Dah pakai baju, timbul lagi satu hal pula. Butang baju mana?

"Tunggu sini kejap. Lela ambil butang baju dalam beg." Mendatar saja nadaku memberi arahan. Geram tak habis lagi ni.

Aku datang semula dengan bekas butang di tangan. Butang yang serona warna dengan baju Melayu itu dipasangkan satu persatu di tempatnya. Masuk butang terakhir yang paling atas, tak sampai pula.

"Tunduk sikit," pintaku. Muz tunduk lagi. Ketika aku bergelut nak masukkan butang dalam lubang, anak mata Muz menikam tepat ke wajahku.

"Lela marah ke?"

"Ya! Tengah marah ni. Geram semua ada. Kenapa lubang butang baju abang ni kecil sangat? Buat masukkan semut ke apa? Ish, abang pasang sendirilah." Aku dah give up. Penatnya! Habis berpeluh badan padahal tak sampai separuh hari pun lagi pakai baju raya ni.

Muz gelak. Dia melangkah ke cermin, cuba untuk pasang sendiri. Sedang elok pula butang tu masuk dengan sekali cubaan. Ceh, pilih kasih ke ni? Apa-apa jelah.

Selepas lengkap pakai sampin semua, Muz datang mendekat ke arahku. Dia hulurkan tangan untuk bersalam. Aku angkat kening.

"Salam? Tak batal ke wuduk abang nanti? Kan nak pergi solat raya," ujarku. Mana tahu dia lupa.

"Ala... tak apa. Wuduk abang boleh ambil semula dekat masjid nanti. Abang nak sejukkan dulu hati Lela yang tengah marah ni." Muz senyum. Aku pula yang rasa serba salah mendengarnya. Lambat-lambat, aku capai juga tangan dia.

"Selamat hari raya, abang." Spontan ucapan itu terkeluar daripada mulut sendiri.

Muz gosok kepala aku yang beralas tudung seraya membalas, "Selamat hari raya juga, sayang. Love you. I'm sorry, okay?"

Aku anggukkan kepala. Tiba-tiba rasa sebak bertandang di hati. Tahu-tahu je aku dah membalas pandangan Muz dengan mata berkaca.

"Lela pun nak minta maaf dekat abang. Maafkan Lela, pagi-pagi raya dah protes depan abang. Sorry, love you too," ucapku. Tak tunggu lama, aku terus membawa diri ke dalam pelukan hangat Muz.

Semoga lebaran kali ini menjadi lebih bemakna dengan kemaafan yang tak putus antara kita, abang. Amin Ya Rabb. Pintaku dalam hati.

A/N:

Cukup tak ni? Hahahaha btw chapter ni 2000++ tau! Special untuk korang lepas rindu 😆

Sorry kalau ending macam tergantung sksksk. Sorry juga kalau ada mana-mana part yang kureng/ tiber. Apapun, selamat hari raya aidil(fitri/adha) semua! ✨🌼

็นผ็บŒ้–ฑ่ฎ€

You'll Also Like

90.5K 8.7K 45
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
747K 42K 76
Hidupnya tak seperti orang lain. Memegang status sebagai anak kepada isteri nombor dua ayahnya yang sudah tiada membuatkan banyak dugaan yang harus d...
194K 9.7K 69
[KARYA PERTAMA] [Completed] Known as: Cinta Untuk Kamu Lagi Tengku Ayie Idlan - Seorang lelaki yang membenci kaum wanita. Sifat benci tersebut munc...
461K 8.8K 64
[ ๐œ๐จ๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐ž๐ญ๐ž ] ~ Nur Kyra Airyna menyangka dia akan hidup bahagia dengan pilihan hatinya, Harif Hakim. Namun, kekasih hatinya hilang tanpa khab...