[C] MRS. LORENZO

Galing kay thety_

272K 9.8K 201

'Je te veux tellement bébé' I want you so badly baby "Saya lebih rela mati daripada kahwin dengan awak."-Mia... Higit pa

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50

Bab 36

3.4K 122 3
Galing kay thety_

Panggilan ibu mertuanya dijawab.
"Ya ibu, ada apa?" soalnya.

"Zyaire, baba dah sedar. Ibu nak bagitahu Mia,tapi ibu call tak jawab pun."

"Mungkin dia tak perasan kut. Keadaan baba macam mana lepas sedar."

"Alhamdulillah baba kamu dalam keadaan baik tapi masih lemah. Bila kamu berdua nak datang sini?"

"Sekejap lagi Zyaire dan Mia sampai."

"Baiklah ibu tunggu ya."

Panggilan ditamatkan.

Melangkah keluar dari biliknya. "Emili, cancel semua appointment saya untuk hari ni."

"Baik Mr. Zyaire. Err Mr. Zyaire boleh saya tanya kenapa Mrs.Mia tak datang hari ni? Saya rindukan dia."

"Ouh dia kurang sihat hari ni. Saya pergi dulu."

Senyuman diberikan sambil menghantar pemergian Zyaire memasukki lift. "Kurang sihat? Mr. Zyaire nak dapat baby ke? Wahh mesti comelkan, Mr. Zyaire handsome dan Mia pula cantik bila bergabung mesti meletup." terujanya  seorang diri.

"Puan, ini makanan tengah hari." Mak Piah meletakkan talam berisi nasi putih bersama ayam masak merah.

"Wahh bau sedapnya, Mak Piah. Kalau masuk mulut ni mesti lagi sedapkan."

"Biasa-biasa je puan. Mari saya suapkan."

"Mak Piah, bukan ke saya suruh Mak Piah panggil Mia je, tak payah puan-puan bagai ni. Kalau tak saya tak nak makan."

"Baiklah Mia, buka mulut tu biar Mak Piah suapkan." hulur sudu berisi nasi tadi.

"Ehh tak payah susah-susah suapkan saya. Saya boleh makan sendiri. Malulah kalau Mak Piah nak suapkan." tolak Mia.

"Tapi tangan kamu diikat dan Mak Piah minta maaf sangat. Encik Zyaire tak benarkan Mak Piah untuk buka ikatan tu."

"Saya boleh makan sendiri dan Mak Piah tak perlu buka ikatan ni. Tapi Mak Piah kena biarkan saya makan sorang-sorang sebab saya tak nak Mak Piah tengok saya comot."

"Betul ni, kamu nak makan sendiri."

"Ya betul, Mak Piah boleh keluar dan rehatkan diri. Bila Mia dah selesai makan, Mia panggil."

"Mak Piah keluar dulu ya." pintanya berlalu pergi.

Sebaik saja pintu ditutup rapat, Mia membuka semula ikatan palsu buatannya. Sengaja berbuat demikian supaya tidak diketahui Mak Piah yang dia telah membuka ikatan tangannya. Setelah itu, makanan tengah harinya dinikmati dengan tenang tanpa sebarang gangguan.
Selesai saja makan, ikatan tadi dipasang semula dan  memanggil Mak Piah. Kuah ayam masak merah tadi sengaja dicalitkan dipipinya sebagai helahnya.

"Mia dah habis makan?" soal Mak Piah.

"Dah, terima kasih Mak Piah. Sedap sangat masakan ni."

"Haih sampai comot kamu makan, tu la tadi Mak Piah nak suapkan tak nak." ujarnya seraya membersihkan sisa sambal yang ada pada pipi gadis itu.

"Hehehe, sedap sangat sampai comot Mia makan. Err Mak Piah, tolong ketatkan ikatan ni. Dah longgar sebab Mia banyak bergerak tadi dan Mia tak nak Zyaire cakap yang Mak Piah buka ikatan ni." helahnya. Mia tak mahu Zyaire mensyakinya apa-apa kerana ikatannya tidak ketat seperti diawal pagi.

"Meh sini Mak Piah ketatkan, tapi tak boleh ketat-ketat sangat nanti sakit pula tangan kamu." kata lantas mengikat kain tadi dengan lebih ketat berbanding tadi.

"Terima kasih." ucap Mia tersenyum manis.

"Rasanya Encik Zyaire dah balik.Tu dengar kereta dia. Mak Piah keluar dulu ya."

"Ya, terima kasih sekali lagi,Mak Piah." ucapnya masih tersenyum manis.

Wanita lingkungan 50-an itu beredar keluar membawa talam bersama.

"Hai, my sweetie. Happy nampak." sapa Zyaire sambil melonggarkan tali lehernya.

Wajahnya terus berubah tidak tersenyum lagi selepas kehadiran Zyaire. Pandangannya dilemparkan keluar tingkap."Kenapa awal sangat balik? Saya baru nak berasa tenang."

"Aku balik sebab nak pergi hospital. Baba dah sedar. Tadi-"

"Baba dah sedar?! Betul ke?!" terujanya tersenyum kembali memandang Zyaire yang duduk dibirai katil.

"Baba dah sedar tapi masih lemah. Ibu dah ada dekat sana dan aku cakap aku nak pergi. So kau nak kirim apa-apa tak nak bagi dekat baba."

"Kenapa nak kena kirim dekat awak? Saya pun nak melawat baba juga."

"Aku takkan bawa kau dengan tangan terikat ni lah, Mia."

"So buka je lah. Apa yang susah sangat."

"Aku dah cakap yang aku takkan buka selagi kau tak terima syarat aku. Aku pergi dulu." balasnya hendak bangun.

"Okay fine! Saya terima syarat awak. Saya takkan minta awak untuk lepaskan saya jadi tolong buka ikatan ni. Saya nak jumpa baba." pantas Mia berkata sebelum Zyaire pergi.

Mia tahu taktik Zyaire dan Zyaire tahu kelemahan Mia. Dia sanggup berkorban demi kedua orang tuanya tanpa memikirkan kesannya kelak.

Zyaire tersenyum saat mendengar keputusan gadis itu lantas kembali ke birai katil dan membuka ikatan pada tangan gadis itu. "Good wife." ucapnya lau mengucup bibir munggil gadis itu.

"Ermm Zyaire!" Dengan pantas menolak dada Zyaire dan menekup bibirnya.

"Sweet as honey." usiknya nakal.

"Ish jom lah pergi lawat baba. Saya rindukan dia."

"Siap cepat, aku tunggu dekat bawah."berlalu pergi.

'Kau takkan dapat lari daripada aku,Mia. You're forever mine.'

🖤🖤

"Assalamualaikum, baba ibu." sapa Mia teruja sebaik saja memasuki bilik yang menempatkan babanya. Tangannya erat menggenggam tangan baba.

Zyaire yang turut datang sekali melangkah menyalam kedua mertuanya dan berdiri melihat Mia yang tidak henti-henti mencium tangan babanya. Buah tangan yang dibawa bersama diletakkan diatas meja.

"Waalaikumsalam, anak baba dah datang."

"Mia rindu sangat-sangat dengan baba. Kenapa baba tidur lama sangat." tangisannya mula mengalir.

"Jangan menangis, baba dah sihat la sayang. Baba dah kuat." pujuk Encik Mikael mengusap pipi anak gadisnya.

"Baba janji jangan buat Mia macam ni lagi. Mia tak nak baba tidur lama macam ni, penat tahu tak Mia tunggu baba." tangisan masih lagi mengalir laju.

"Mia, sudah-sudah lah tu. Kalau Mia menangis macam ni, ibu pun nak turut serta tahu tak." kata Puan Leila menahan tangisan sambil membelai Mia.

"Okay Mia berhenti." Air matanya diseka.

"Bagus anak baba. Baiklah baba janji baba akan sentiasa sihat dan kuat demi anak baba sorang ni." belai Encik Mikael.

"Ibu, doktor ada cakap pasal baba? Bila baba boleh keluar hospital?" soal Zyaire.

"Kata doktor, mungkin dalam seminggu lagi. Lepas baba kamu keluar hospital, dia tak boleh nak buat kerja yang berat dan memerlukan masa rehat yang cukup." jelas ibu mertuanya.

"Zyaire akan sediakan doktor dan jururawat peribadi untuk jaga kesihatan baba dan ibu.Ibu baba terima ya"

"Tapi upah mereka mahal,Zyaire. Tak mengapa kami boleh jaga diri kami sendiri dan Zyaire tak perlu risau."

"Pasal tu ibu dan baba tak perlu risau. Zyaire ikhlas buat semua ni. Zyaire nak kesihatan ibu dan baba terjaga rapi."

"Terima kasih, Zyaire. Ibu hargai sangat pemberian kamu."

"Terima kasih baba ucapkan." ucap Encik Mikael.

"Minta maaf,Luthfi jawab call...... client." pintanya setelah memasuki bilik itu. Kehadiran Mia dan Zyaire membuatkan dia sedikit terkejut namun cepat-cepat dikawal.

"Luthfi buat apa dekat sini,bu?" soal Mia. Hatinya akan resah setiap kali Zyaire dan Luthfi bersemuka. Entah mengapa secara automatik suasana akan bertukar mendung saat mereka berdua bertemu.

"Luthfi yang bawa ibu ke sini sebab tadi dia datang melawat ibu dekat rumah. Tiba-tiba pihak hospital call bagi tahu pasal baba kamu, tu la yang terus datang sini dengan Luthfi." jelas ibunya.

Mia semakin resah saat Luthfi melangkah berdiri disebelah Zyaire dan bersalaman. Bahu mereka hampir bertemu dan pandangan mata mereka tetap bertaut.

'Zyaire jangan buat hal dengan sini.' kata hatinya.

"Syarikat kamu dan Luthfi dah hubungan kerjasama kan, jadi eloklah berjumpa dekat sini. Boleh juga berbual pasal kerja." cadang Puan Leila.

"Ya betul, company Zyaire bekerjasama dengan company Luthfi untuk projek baru kali ni." balas Zyaire masih tajam memandang Luthfi.

'Apa yang kau cuba buat lagi? Apa lagi taktik kau untuk dapatkan Mia?' matanya seakan membawa kata hatinya.

"Zyaire bijak orangnya, sebab tu lah Luthfi dan rakan pilih Zyaire untuk bekerjasama, auntie." ujar Luthfi kepada Puan Leila namun matanya masih membalas pandangan tajam lelaki disebelahnya.

"Kenapa dengan kamu berdua ni? Macam bergaduh je." celah Encik Mikael setelah menyedari sikap mereka berdua.

"Err diorang memang macam ni, baba. Setiap kali berjumpa, Zyaire cakap dia suka tengok mata Luthfi dan Luthfi pun suka tengok mata Zyaire." bohong Mia supaya babanya tidak curiga.

"Ehemm.." dehem mereka serentak memandang Mia.

"Err baba nak buah tak biar Mia potongkan." kalut Mia setelah menerima pandangan tajam daripada dua lelaki tadi. Buah epal merah dalam bakul tadi dibasuh lalu dipotong dan dihidangkan kepada baba dan ibunya.

Tiba-tiba nada dering telefon Zyaire berbunyi lantas keluar untuk menjawab panggilan itu.

"Mia, ibu baru teringat yang nurse suruh ambil ubat jam 3. Boleh kamu tolong ambilkan dekat kaunter ubat?" pinta ibunya.

"Boleh ibu. Mia pergi dulu ya." lantas melangkah keluar.

Sosok tubuh Zyaire kelihatan berdiri dihujung tingkap sambil menjawab panggilannya. Tidak dihiraukan dan berlalu menuju ke lift untuk turun ke kaunter mengambil ubat. Setibanya di tingkat 4, kakinya melangkah ke kaunter lalu mengambil ubat-ubat yang disedia untuk ibunya.

"Terima kasih." ucapnya kembali ke menunggu lift namun pintu lift tidak dibuka kerana masih ditingkat 12.

"Lamanya, baik aku guna tangga lagipun bilik baba dekat tingkat 6 je. Exercise sikit boleh bakar lemak." gumamnya seorang diri menuju ke tangga. Anak tangga dinaik satu persatu.

"Wah sikit lagi." dia berada di tingkat 5 bangunan itu. Hendak saja ingin melangkah ke anak tangga seterusnya, tiba-tiba tangannya ditarik oleh seseorang dari belakang.

"Ahhh!" jeritnya.

"Shuuu...Mia, ni saya lah."

"Luthfi, terkejut saya ingatkan orang jahat. Kenapa awak dekat sini? Awak ikut saya ke?" soal Mia.

"Ya, saya ikut awak sebab saya ada benda nak tanya kepada awak, betul ke uncle kena heart attack sebabkan kisah lama uncle."

"Mana awak tahu? Ada sesiapa bagi tahu awak ke pasal ni?" Mia hairan dari mana lelaki itu tentang punca babanya jatuh sakit.

"Saya minta maaf, saya terdengar perbualan auntie dengan uncle."

"Ya betul. Sebelum baba kena heart attack, ibu dan baba bergaduh sebabkan benda tu. Ada someone hantar satu dokumen yang terkandung kerja baba dulu dekat rumah baba dan ibu orang pertama yang buka sampul itu dan baca isi kandungan dokumen tu."

"Awak syak siapa?"

"Zyaire. Saya yakin dia yang hantar sebab dia je yang simpan semua dokumen tu tapi dia tak mengaku walaupun berkali-kali saya tanya. Dia tetap dengan jawapan yang sama."

"Firasat saya pun mengatakan Zyaire punca semua ni tapi kita kena siasat dulu."

"Saya pun nak siasat tapi belum sempat buat apa-apa lagi."

"Awak nak saya siasatkan? Saya ikhlas nak bantu awak." ujar Luthfi.

"Betul ni? Terima kasih sangat-sangat sebab awak sentiasa ada waktu saya susah."

"Saya akan sentiasa ada untuk awak,Mia." ujarnya memandang tepat pada mata gadis itu.

Laju dia melarikan mata daripada memandang lelaki itu."Err tapi awak kena hati-hati jangan sampai kantoi. Saya takut Zyaire apa-apakan awak."

"Ya,saya akan berhati-hati. Awak pun berhati-hati sebab saya takut Zyaire akan sakiti awak jikalau benda ni terkantoi. "

"Saya akan sentiasa berhati-hati.Saya pergi dulu, nanti ibu cari." pinta Mia lantas meneruskan langkahnya mendaki anak tangga ke tingkat 6.

'Kenapa kau kena lukakan hati Mia lagi. Zyaire? Kalau kau dah tak bosan dengan dia, kau boleh lepaskan dia. Aku sentiasa ada untuk Mia.'


Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

726K 39K 49
"Because that evil man.. got a bitch, as a Queen. . . TOLONG BACA BUKU IKUT TURUTAN NOMBOR DKT TAJUK TU TAU
219K 8.6K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
75.4K 2.2K 37
I am his doll, and he was my darkest fairytale. Realiti lebih menyakitkan. Dan perkara itu terbukti apabila Kyra Qairina dipaksa untuk hidup sebagai...
153K 8.5K 55
PEMBACA MATANG 15+ Bagaimana rasanya apabila berumur 17 tahun tapi sudah berkahwin? tetapi perkahwinan mereka bukan lah seperti orang lain yang indah...