ARABELLE ROSE (OG)

By __Ibyyy__

18.9K 1.7K 429

" Bapak kau suruh jadi perempuan simpanan untuk lelaki tua tu?" __ Ryan Nathaniel " Jangan sesekali masuk cam... More

๐ŸŒน Prolog.
๐ŸŒน BAB 1
๐ŸŒน BAB 2.
๐ŸŒนBAB 3
๐ŸŒน BAB 4
๐ŸŒนBAB 5
๐ŸŒนBAB 6
๐ŸŒน BAB 7
๐ŸŒนBAB 9
๐ŸŒน BAB 10
๐ŸŒน BAB 11
๐ŸŒน BAB 12
๐ŸŒน BAB 13
๐ŸŒน BAB 14
๐ŸŒน BAB 15
๐ŸŒน BAB 16
๐ŸŒน BAB 17
๐ŸŒน BAB 18
๐ŸŒน BAB 19
๐ŸŒน BAB 20
๐ŸŒน BAB 21
๐ŸŒน BAB 22
๐ŸŒน BAB 23
๐ŸŒน BAB 24
๐ŸŒนBAB 25
๐ŸŒน BAB 26
๐ŸŒน BAB 27
๐ŸŒน BAB 28
๐ŸŒน BAB 29
๐ŸŒน BAB 30
๐ŸŒน BAB 31
๐ŸŒน BAB 32
๐ŸŒน BAB 33
๐ŸŒน BAB 34
๐ŸŒน BAB 35
๐ŸŒน BAB 36
๐ŸŒน BAB 37
๐ŸŒนBAB 38
๐ŸŒน BAB 39
๐ŸŒน BAB 40
๐ŸŒน BAB 41

๐ŸŒนBAB 8

458 53 18
By __Ibyyy__


Kyra memandang wajah lelaki yang berada di depannya. Dia tidak percaya yang lelaki itu memintanya berbuat demikian.

" Encik serious ke?" Tanya Kyra inginkan kepastian.

Terjongket kening Ryan Nathaniel. Bibirnya tersenyum kacak.

" Why? Kau tak teringin ke nak pegang-pegang aku? Aku kan kacak. Mustahil kalau kau tak tergoda." Ujar Ryan Nathaniel bersama senyuman nakalnya.

Kyra mengurut dadanya perlahan. Dia terkesima melihat senyuman nakal Ryan Nathaniel. Sangat kacak. Gaya macam bad boy gituw. Rawrr.

" Tapi, Encik boleh je kan cari perempuan lain. Saya rasa saya tak sesuai untuk ke majlis Encik. Apa lagi kalau nak berkepit dengan Encik." Luah Kyra jujur. Itu yang bermain dalam fikirannya.

Selama Kyra bekerja menjadi 'perempuan simpanan', dia tidak pernah sekali di ajak oleh lelaki muda seperti Ryan Nathaniel. Semua lelaki yang Kyra pernah keluar berpangkat Dato dan sudah semestinya tua. Well, kawan ayah kan.

" Aku bukan saja-saja bawa kau. Aku boleh cari yang lebih baik dari kau such as model. Tapi aku nak kau lunaskan hutang kau sekarang." Cukup tegas nada Ryan Nathaniel ketika ini. Wajahnya kembali serious.

Kyra geram. Asyik-asyik sebut hutang. Memang mamat ni tidak menolongnya dengan ikhlas malam tu. Teringat kembali nasihat Ian untuk jauhkan diri dari lelaki dihadapannya.

" Boleh. Saya akan lunaskan hutang saya biar Encik tak sibuk nak ungkit-ungkit lagi. " Bidas Kyra masih menahan geram.

" Good to hear that."

" Tapi Encik kena janji. Bila saya dah selesai lunaskan hutang tu, Encik kena jauhkan diri dari saya." Jari telunjuk Kyra ditunding ke arah wajah Ryan Nathaniel. Geram punya pasal.

Bibir Ryan Nathaniel menggoyakkan senyuman sinis. Jari telunjuk Kyra segera di tangkapnya dan dijatuhkan ke bawah.

" Is that an order?" Soal Ryan Nathaniel bersama senyuman sinis.

"If so, I will listen to your order but make sure you don't owe me anything else." Tambah Ryan Nathaniel lagi.

" Encik jangan risau. Saya tak akan minta tolong dengan Encik lagi lepas ni. Encik bukannya ikhlas." Rungut Kyra perlahan di hujung bicara.

" Aku tak suka tolong orang. Get it?"

" Tak suka tapi tolong aku." Bidas Kyra perlahan.

" I hear, you." Pandangan tajam diberikan kepada Kyra. Menunduk saja gadis itu. Tau takut.

" Mana phone kau? Aku chat suruh kau ready untuk malam ni tapi kau tak on." Ujar Ryan Nathaniel kembali. Lengannya yang digigit nyamuk ketika berada di halaman rumah Kyra segera digaru. Gatal.

Kyra seakan ragu-ragu hendak menjawab pertanyaan Ryan Nathaniel.

" Err... Phone saya kena rampas semalam. Lagipun, saya takde nombor telefon Encik."

Entah mengapa Ryan Nathaniel tergelak. Geli hatinya mendengar butir bicara Kyra.

" Kena rampas? Kau bukan student lagi nak kena rampas phone bagai. Bagi aku alasan yang kukuh sikit kalau nak tipu." Perli Ryan Nathaniel.

Geram sebentar tadi belum hilang. Lelaki itu menambah lagi kegeramannya terhadap lelaki yang bermata hazel itu.

" Suka hati Encik lah nak percaya atau tak." Balas Kyra geram. Tidak di pandang wajah Ryan Nathaniel yang sedang memandang ke arahnya.

" Puan, Kyra. Nak sampai seminggu tau saya tolong Tuan cari nombor telefon Puan. Bila dapat je, terus Tuan chat. Tapi, bila Puan tak balas meroyan Tuan dekat pejabat." Sampuk Zen secara tiba-tiba.

" Shut up, Zen!" Marah Ryan Nathaniel. Dia memberikan jelingan maut kepada bodyguardnya.

" Maaf, Tuan."

Kyra tidak tau hendak percayakan cakap Zen atau tidak. Dia tidak mengenali mereka.

                       🌹🌹🌹

Kyra memandang ke hotel 5 bintang yang berdiri dengan megah di hadapannya. Ini adalah kali pertama dia akan menjejakkan kaki ke hotel yang mewah.

" Jom." Ajak Ryan Nathaniel. Tangannya dihulurkan ke arah Kyra tanda ingin jari jemari mereka bersatu.

Mahu tidak mahu, terpaksa juga Kyra hulurkan tangannya kepada Ryan Nathaniel. Demi membayar hutangnya.

Bagaikan terkena renjatan elektrik tubuh Kyra bila jemari mereka bertaut. Pandangan hangat Ryan Nathaniel jatuh ke arah Kyra.

" Buat biasa saja dalam tu. Buat macam pasangan kekasih yang lain." Ujar Ryan Nathaniel selamba.

Kyra sempat membuat muka sebelum menggangguk tanda patuh.

Bila saja kaki mereka melangkah ke red carpet, semua mata tertumpu ke arah mereka. Siapa je tak kenal dengan Ryan Nathaniel? Ceo RN company kot.

" Tetamu undangan kita sudah sampai. Sekarang mari kita persilahkan Tuan Ryan Nathaniel untuk memberikan sepatah dua kata untuk memulakan majlis malam ini." Tutur seorang lelaki itu selaku pengacara majlis.

Kyra terkebil-kebil memandang ke arah Ryan Nathaniel. Baru sampai dah kena suruh berucap? Memang majlis orang kaya ni pelik-pelik kan?

" Duduk diam-diam dekat meja tu. Nanti aku teman kau." Bisik Ryan Nathaniel di cuping telinga Kyra sebelum meninggalkannya.

Satu meja VVIP yang di maksudkan oleh Ryan Nathaniel menjadi sasaran untuk Kyra duduk.

Pantas dia memerhati langkah lelaki itu yang sedang berjalan menaiki pentas. Berjalan pun dah kacak apatah lagi senyum. Gugur iman.

" Saya nak ucapkan terima kasih sebab tuan-tuan dan puan-puan sudi hadir dalam majlis ni. Saya tak nak cakap banyak. Tapi saya harap agar kerjasama semua pihak dapat melancarkan lagi........"

" Hey, boleh saya duduk di sebelah awak?" Ujar satu suara yang menyebabkan Kyra kurang fokus dengan ucapan Ryan Nathaniel.

Kacaulah.

Diperhatikan lelaki itu yang masih berdiri di hadapan Kyra. Pada pandangan kasar Kyra memang lelaki ini orang berada. Pffff ni majlis orang kayalah. Memang semua tetamu kaya. Bukan macam kau, Kyra.

" Duduklah. Lagi pun ini bukan meja saya." Balas Kyra sopan.

Tersenyum lebar terus lelaki itu bila mendengar tutur kata Kyra yang lembut. Padan dengan wajahnya yang cantik. Digayakan lagi dengan dress labuh merah. Memang perggg!

Sekali lagi Kyra cuba fokus pada ucapan Ryan Nathaniel tapi suara lelaki disebelah Kyra masih menganggunya.

" Nama awak siapa? Kalau awak nak tau, nama saya---"

" Rayden? Lama tak jumpa." Celah satu suara maskulin. Siapa lagi kalau bukan Ryan Nathaniel.

Ehh jap. Bukan dia di atas pentas ke?

Pantas Kyra memandang ke arah Ryan Nathaniel. Mata hazel itu memandangnya tajam bagai memberi satu amaran.

Terus Kyra tunduk. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan jejaka mata hazel itu. Takut imannya goyah.

" Ehh Ryan. Cepat betul kau berucap. Aku baru nak kenal-kenal dengan awek cantik ni. Kalau kau nak kenal, kena tunggu giliran." Seloroh Rayden.

Ryan Nathaniel tertawa palsu. Sangat palsu pada pendengaran Kyra. Pandai berlakon.

" Sorry, dude. But she is mine." Cukup tegas nada Ryan Nathaniel.

Rayden tercenggang. Dia tidak percaya bahawa gadis sepolos Kyra mempunyai teman lelaki seperti Ryan Nathaniel. Siapa tidak kenal dengan lelaki itu? Dengan sisi gelapnya lagi.

" Really?" Ujar Rayden tidak puas hati. Dia memandang pula Kyra inginkan jawapan.

" Errr...ya. Saya partner Ryan Nathaniel untuk malam ni." Balas Kyra kekok. Sempat Kyra menjeling Ryan Nathaniel yang tersenyum nipis sebelum wajahnya kembali serious.

" Sorry for disturbing you guys." Di tepuk beberapa kali bahu Ryan Nathaniel sebelum lelaki itu melangkah pergi.

Pantas kerusi di sebelah Kyra menjadi singgahan punggung Ryan Nathaniel.

" Apa yang dia cakap dekat kau?" Soal Ryan Nathaniel tanpa riak.

" Entah. Saya tak layan pun dia. Saya fokus dengan ucapan Encik tadi." Kyra segera melarikan pandangan matanya ke arah lain bila mata hazel itu asyik memandangnya.

Terjongket kening Ryan Nathaniel ketika ini.

" Kau fokus dekat aku ke? Cuba kau cakap apa yang aku cakap depan tu tadi." Cabar Ryan Nathaniel. Saja dia nak uji gadis itu.

Kyra rasa nak je tampar mulut sendiri. Fokus dekat mamat tu konon.

" Er... encik cakap terima kasih dekat semua tetamu yang datang."

" Lagi?"

" Encik tak nak cakap banyak."

" Lagi?" Makin seronok pula Ryan Nathaniel mengusik Kyra yang sedang memerah otaknya untuk berfikir.

" Encik nak kerjasama semua pihak."

" Lagi?"

Kyra mendengus geram. Jujur hanya part itu saja yang dia dengar. Yang lain masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Semua salah si Rayden tu.

" Saya tak ingat." Perlahan saja nada Kyra ketika ini.

" Kata fokus." Ejek Ryan Nathaniel.

Sedang mereka menikmati persembahan tarian dari gadis-gadis muda, perut Kyra berbunyi dengan kuat tanda lapar. Memang Kyra tidak menjamah sebutir nasi dari pagi.

Perlahan-lahan Kyra memandang ke arah Ryan Nathaniel yang juga turut memerhatikannya.

Malu.

Itu yang Kyra rasakan. Kalau boleh, nak je dia jadi lipas dan keluar terus dari majlis ni. Ibu... Kyra malu.

Ryan Nathaniel menyentuh perlahan bahu Kyra dan menunjukkan ke arah makanan yang masih tertutup dengan plastik lutsinar.

"Makan."

" Saya masih boleh tahan. Nanti saya makan bila acara jamuan mula." Balas Kyra sambil menahan malu. Perutnya yang berbunyi sebentar tadi sempat di pukul perlahan. Geram.

" Lama lagi kalau kau nak tunggu. Makan je lah." Bidas Ryan Nathaniel.

" Malulah dekat orang. Belum tiba masa makan saya dah melantak sensorang." Bebel Kyra.

Ryan Nathaniel sempat menjeling Kyra. Laju saja tangannya membuka plastik lutsinar yang menutup lauk itu dan dicedok ke pinggannya. Dengan selamba, Ryan Nathaniel menjamah makanannya.

"Dah makan. "

Kyra sempat memandang sekelilingnya. Memang banyak mata memandang ke arah mereka. Bila Ryan Nathaniel selaku tetamu VVIP dah makan, baik dia ikut sama.

Lauk yang berada di depan Kyra amatlah sedap. Semua lauk itu membuatkan dia kecur liur. Tambahan pula, memang dia tengah lapar.

" Makan ni buat tambah selera kau sikit." Ujar Ryan Nathaniel seraya memberi Kyra seketul ayam.

Macam tau-tau je yang Kyra suka makan ayam untuk lebih berselera. Kebetulan kot.

" Thanks." Balas Kyra perlahan.

Janggal.

Hanya mereka berdua saja yang menikmati hidangan di atas meja. Tetamu yang lain sibuk bergosip sesama sendiri.

Eleh, mengata orang lah tu. Kalau nak makan, makan je lah.

Sedang mereka menjamu selera, terdengar satu jeritan di luar hotel bergema dengan kuat.

Pintu di tendang dengan kasarnya. Terjenggul 3 wajah lelaki bertopeng dengan senjata di tangan masing-masing.

Bangg!

Satu das tembakan di halakan di atas lampu kaca yang menyinari hotel itu.
Semua tetamu menjerit ketakutan termasuklah Kyra.

Dengan pantasnya, Ryan Nathaniel menarik lengan Kyra untuk tunduk dan bersembunyi di bawah meja.

" Stay! Jangan gerak." Arah Ryan Nathaniel tegas. Wajahnya kelihatan bengis. Auranya ketika ini sangat lain.
Kejam.

Terbeliak mata Kyra bila melihat Ryan Nathaniel mengeluarkan pistol di belakang pinggangnya. Lelaki itu membawa senjata selama ini.

Bangg!

Bangg!

Bangg!

Bunyi tembakan dilepaskan. Kyra menunduk. Telinganya di tutup dengan rapat. Dia takut. Dia tidak berani hendak melihat kejadian itu.

Bila terasa bahunya di tarik, terbuka luas matanya untuk melihat gerangan yang menariknya.

Kyra menarik nafas lega bila melihat wajah Ryan Nathaniel. Di pandang seketika bahu lelaki itu yang mengeluarkan cecair merah. Darah.

" Encik berdarah." Di tunding ke arah bahu Ryan Nathaniel yang cedera.

" Sikit je. Dah lari!" Di tarik dengan kuat lengan Kyra untuk mengikutinya lari keluar dari hotel tersebut.

" Tuan! " Panggil Zen dengan kuat bila melihat Ryan Nathaniel sedang meluru ke arahnya.

" Tuan cedera!" Cemas Zen bila melihat bahu lelaki itu.

" Go home!" Arah Ryan Nathaniel tegas.

                       🌹🌹🌹


" Kenapa Encik tak pergi hospital? Balut macam ni tak sembuh." Ujar Kyra risau bila melihat Zen yang leka membalut bahu Ryan Nathaniel.

" Tuan tak nak kes ni jadi kes polis." Terang Zen pada Kyra.

" Kenapa pula? Biarlah polis tolong settl---"

" Shhh, no more talking, Rose." Potong Ryan Nathaniel.

Kyra hanya mencebik. Matanya kini meliar-liar memandang dekorasi rumah Ryan Nathaniel yang seperti istana. Sangat besar. Kena sangat dengan gelaran Ceo.

Pandangan mata Kyra kini tertumpu pada satu bingkai gambar yang elok tergantung di dinding. Perlahan-lahan Kyra bangkit dari tempat duduknya dan menuju ke arah bingkai itu.

Belum sempat Kyra hendak melihat dengan jelas, gambar itu sudah diambil oleh Ryan Nathaniel.

" Mana adab kau? Don't you dare to touch my things." Marah Ryan Nathaniel. Dia paling pantang jika barang dalam rumahnya disentuh oleh orang luar.

" Encik dah kahwin?" Tanya Kyra spontan. Sebab dalam gambar itu sangat ketara bahawa itu gambar perkahwinan. Namun, Kyra tidak dapat menlihat dengan jelas wajah tersebut.

Di pandang pula jari manis lelaki itu. Sah memang lelaki itu sudah kahwin. Terdapat satu cincin yang elok tersarung di jari manisnya.

" Dah." Balas Ryan Nathaniel pendek.

" Habistu, mana isteri Encik? Dia tak marah ke saya di sini?" Risau saja Kyra ketika ini. Dia takut jika dirinya diserang secara tiba-tiba oleh isteri mamat mata hazel.

" Kau tak payah risau boleh tak? Dia takde kat sini."

" Habistu isteri Encik dekat mana?"

" Overseas." Sampuk Zen.







To be continued....

Next teaser :

" Encik kenal saya ke?"

" Yes. Why?"

Jangan lupa untuk vote dan comment yer💞💞💞

Continue Reading

You'll Also Like

71.8K 2.4K 45
[KARYA PERTAMA] [COMPLETE] [FANTASY + THRILLER] [PROSES MENGEDIT SEMULA] โ€ผ๏ธWARNING โ€ผ๏ธ (rajinkan diri anda untuk membaca) ๐Ÿ“ขSinopsis ada di dalam. ๐Ÿ“ข...
205K 6.3K 68
Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass window. You have no rights to judge me...
204 36 40
NANIA ANAIS, selepas kematian ibunya, dia menjadi gadis yang sedikit 'liar' tetapi masih seorang gadis yang lembut dan rapuh di pelosok hati. Apabila...
343K 13.2K 61
๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ "Sanggup ke Cik Maya bercinta dengan lelaki biasa macam Faris tu? Dia siapa? Anggota polis biasa, Cik Maya pula? Satu Malaysia kenal Cik Ma...