My Princess

By Nuru1_1man

474K 13.7K 335

Putri Aisyah- Namanya cantik sama seperti embun badannya. Aisyah yang berumur 23 tahun. Perangai Aisyah yang... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
hai ๐Ÿ‘‹
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61 ( SPECIAL PART )
BAB 62 ( SPECIAL PART )
BAB 63 ( SPECIAL PART )
BAB 64 ( SPECIAL PART )
BAB 65 ( SPECIAL PART )
NEW STORYโ€ผ๏ธ

BAB 33

6.5K 229 3
By Nuru1_1man

Aisyah tersedar tatkala bunyi jamnya kedengaran. Dengan susah payah dia membuka matanya yang masih memberat tangannya meraba-raba meja di sisi cuba menghentikan bunyi jam itu seketika mulutnya ditutup saat dia menguap besar .

Perlahan-lahan dia membuka matanya lama dia Merenung di sebelahnya selalunya masa begini Luth Zafran masih lagi tidur disisinya sambil memeluk pinggangnya tapi Kini hanya dia seorang sahaja dengan gaya malas dia bangun dari pembaringan terus saja dia masuk ke kamar mandi untuk membersihkan diri dan mengambil wuduk untuk menunaikan solat subuh.

Setelah mengambil masa 20 minit Aisyah pun keluar dari kamar mandi tubuhnya sudah sarung baju. Dia mengambil telekungnya yang berada di almari sejadah dilemparkan ke arah kiblat. Takbir diangkat dah solat ditunaikan.

    Selesai mengaminkan doanya dia duduk sebentar di atas sejadah fikirannya melayang memikirkan tentang Luth Zafran air matanya kembali menitis sungguh dia merindukan wajah suaminya biarpun baru sehari tidak berjumpa namun rindunya sudah pun membuak-buak.

Dengan sisa kudrat yang ada dia bangun melipat kembali telekung dan sejadah dan diletakkan di tempat asalnya. Kepalanya yang masih terasa pening memaksa dirinya untuk kembali tidur. Perlahan dia menuju ke kantil semula dan dalam tidak sedar akhirnya dia tertidur juga.


  Aisyah yang terlena itu terganggu dek bunyi telefonnya dalam keterpaksaan dia mengambil telefonnya yang berada di sisinya butang merah ditekan tidak lama kemudian kedengaran suara irish di hujung talian.

" Helo Aisyah So macam mana" tanya Irish teruja.

Serta merta mata Aisyah terbuka besar. Rambutnya yang menutupi dahi di selit ke belakang telinga. Terukir senyumam di bibirnya.

"helo.. "

"ye..ye.. Aku dengarlah" sahutnya bersama gelakan kecil.

"ingat dah bisu tadi." usik Irish..

"kau buat apa ni?"

"baru bangun tidur.. "jawab Aisyah sambil mengigit perlahan bibirnya.

"lambatnya kau bangun. Dah masuk jam 11 ni. Kau buat apa semalam. Penat sangat tu. Tak pernah-pernah lagi kau bangun selewat ni" bebel Irish sedikit terkejut dengan jawapan Aisyah. Yalah mana pernah lagi Aisyah ni bangun lewat.

"aku sakit kepalalah tadi. Lepas solat subuh je terus aku tertidur. Ni pun nasib lah kau call aku.. Kalau tak sampai ke petanglah aku tak bangun" ujarnya.

"kau okey ke kat sana?" tanya Irish menukar topik perbualan.

"maksud kau apa?" berkerut dahi Aisyah. Nampak sangat dia tak faham.

"kau ni hilang ingatan ke? Kan kau ikut along.. " serta merta wajah Aisyah yang tadi ceria kembali muram. Lama dia mendiam diri. Air matanya kembali bertakung. Entahlah kenapa dia sensitif sangat bila mengingatkan Luth Zafran.

"Aisyah.. Kau okey tak ni" gelabah Irish bertanya.

"ehmm.. Aku dah balik semalam.. " beritahunya.

"awalnya korang balik" ujar Irish hairan. Kata seminggu tapi ni baru sehari pun tak sampai dah balik.

"aku seorang je balik.. " katanya lagi. Tanpa dapat di tahan air matanya kembali jatuh membasahi pipi. Kuat tangannya mengenggam selimut cuba mengawal esakan yang kian mengasak jiwanya.

"kau okey tak ni?" sekali lagi Irish bertanya. Risau akan keadaan diri Aisyah.

"ehmm.. " hanya itu yang mampu dia kata. Suaranya bagaikan tersekat di kerongkongnya.

"kejap lagi aku pergi sana. Kau kat rumah along kan?"

"haah.. "

"okey.. Kejap lagi aku datang. Tunggu aku tau.. Bye" pantas talian termati. Aisyah meyembamkan wajahnya di lulut. Irish memang kawan yang memahami. Esakannya kian mengila.








🌹🌹🌹🌹🌹
















"Aisyah... " jeritan Irish mengejutkan Aisyah yang sedang termenung di ruang tamu itu. Pantas dia berlari ke arah pintu. Tatkala pintu terbuka terus tubuh Irish di peluk erat. Tangisannya di hamburakan. Irish yang terkejut hanya mampu mengusap belakang tubuh Aisyah. Di biarkan tubuh sahabatnya itu menangis teresak-esak di bahunya.

"Aisyah.. Jom kita masuk dulu" ujar Irish setelah sudah hampir seminit mereka berkeadaan begitu.

"sorry.. " kata Aisyah perlahan. Dia melepaskan pelukan. Air matanya di lap lembut sebelum menarik tangan Irish masuk ke dalam.

"kau tunggu kat sini kejap aku buatkan kau air" arah Aisyah. Irish menahan tangan Aisyah.

"tak apa. Sekarang ni aku nak dengar cerita kau.. " ujarnya seraya mengeleng perlahan. Aisyah mengetap bibirnya. Air matanya yang tadi sudah mahu mengering kembali bergenang.

"duduk sini" perlahan dia melabuhkan punggung di sebelah kanan Irish. Matanya merenung jari-jemari. Meramas sesama sendiri.

"luahkan.. " lembut Irish berkata sambil mengusap bahu Aisyah.

"ka.. Kak su ada ikut sekali.. " ujarnya sedikit tergagap. Irish hanya diam walaupun hatinya bukan main panas lagi mendengar nama suraya itu. Dia berdiam diri cuba memberi ruang kepada Aisyah untuk meluahkan dan cuba menjadi seorang pendengar yang terbaik.

"aku tak sengaja simbah kak su dengan air. Aku cemburu sangat. Sampai aku maki dia. Pukul dia. Aku hilang sabar sangat masa tu" beritahunya dengan nada sebak. Irish mengangguk. Sedikit terkejut dia dengan cerita Aisyah. Dia sudah dapat mengagak apa akan jadi selepas itu.

"lepas tu... Abang Luth tampar pipi aku.. " aduhnya manja. Suara tangisan kembali berlagu.

"lepas tu kau buat apa?" tanya Irish. Dah macam mama pujuk anak pula bila tengo perangai mereka.

"aku.. A..ku minta cerai" terbeliak mata Irish mendengar. Wajah Aisyah di pandang bagaikan tidak percaya.

"kau biar betul??" suara semakin meninggi. Terkejut bukan kepalangan lagi. Aisyah mengangguk mengiyakan pertanyaan itu.

"tak kan kau semudah itu berputus asa. Kau kenalah kuat. Kau tak boleh lemah macam ni." kata Irish meniup semangat kepada sahabatnya itu.

"aku give up dengan semua ni rish. Aku penat sangat nak menagih cinta kat orang yang tak sudi ni. Sakit sangat" luahnya.

"habis tu kau betul-betul nak cerailah dengan Along?" soal Irish. Dengan pantas Aisyah mengangguk. Dia sudah fikir masak-masak. Keputusannya kali ini muktamat.

"ini jalan yang terbaik. Aku tengo dia bahagia sangat dengan suraya. Dia senyum bila dengan suraya. Tapi dengan aku..aku tau dia terpaksa. Aku tak nak menjadi penghalang cinta mereka. Biarlah dorang hidup bahagia semula. Mungkin aku tak ada jodoh sangat dengan dia. Biarlah tuhan yang tentukan jodoh aku nanti. Insya allah suatu hari nanti aku dapatlah" panjang lebar dia berkata.

"aku okey je kalau itu keputusan kau. Aku tak boleh halang" kata Irish sambil tersenyum kecil.

"terima kasih sebab percaya aku" sungguu dia terharu dengan Irish. Suka duka mereka semua terkongsi dengan sahabatnya itu. Begitu juga Irish. Bila dia bersedih dia akan mengaduh dengan Aisyah.

"so lepas ni apa kau nak buat?" sengaja Irish menukar topik perbualan.

"kau ingat lagi tak aku dapat tawaran sambung belajat kat amsterdam?" irish mengangguk.

"kau jangan cakap.. " kali ini Aisyah pula mengangguk sebelum sempat Irish berkata. Dia tahu apa yang Irish mahu katakan.

"seriusly?" jeritnya tidak percaya.

"betullah. Aku rasa nak sambung belajarlah. Sayang pulakan kalau aku tak terima tawaran tu" katanya.

"mama, papa kau dah tahu?"

"ehmm.. Nanti aku balik sanalah. Bagitau dorang. Aku yakin dorang akan setuju." yakin Aisyah berkata.

"berapa lama kau kat sana?" tanya Irish lagi. Wajah sudah bertukar muram. Sedihlah tu tak dapat nak jumpa Aisyah lagi.

"maybe 3 tahun" jawab Aisyah.

"hurmm.. " Irish hanya mengumam.

"alololo kau janganlah sedih. Tak lama pun. Pejam celik, pejam celik dah 3 tahun" pujuk Aisyah.

"bila kau nak pergi?"

"kalau boleh aku nak pergi sebelum abang Luth balik" balasnya.

"kau take care tau kat sana. Jangan lupa call aku pula" ujarnya sebelum memeluk tubuh Aisyah.

"i will.. " bisik Aisyah.














Nampaknya Aisyah dah nak pergi guys 😭

Ada siapa2 yang sedih tak? 😒..

Macam biasalah kerja anda haruslah tekan vote 😅

Thank you 🌹
Lob you ❤

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 53.4K 64
Changed Everything can be changed. Heart? Feeling? Fate? Past life? For 'this person' all that can be changed even if all it was a bit painful. Start...
355K 13K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
194K 2.9K 62
Ayis liyana seorang yang dingin sombong berlagak dan kurang ajar baginya harta adalah segalahnya sampai sanggup membuat apa sahaja demi kemewahan yan...
5.9K 135 37
He set fire to the world around him but never let a flame touch her... ๐Ÿ‘‘ Mikael ร— Emilia๐ŸŒน .. {WARNING NO COPY}โŒ {IDEA DAN REKAAN SENDIRI}โœ”๏ธ {M...