My Princess

By Nuru1_1man

478K 13.7K 335

Putri Aisyah- Namanya cantik sama seperti embun badannya. Aisyah yang berumur 23 tahun. Perangai Aisyah yang... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
hai ๐Ÿ‘‹
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61 ( SPECIAL PART )
BAB 62 ( SPECIAL PART )
BAB 63 ( SPECIAL PART )
BAB 64 ( SPECIAL PART )
BAB 65 ( SPECIAL PART )
NEW STORYโ€ผ๏ธ

BAB 32

6.6K 202 14
By Nuru1_1man

Luth Zafran termenung jauh memandang ombak pantai. Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 11 malam tapi matanya masih tidak dapat di lelapkan. Staf yang lain juga sudah tertidur selepas makan malam. Masing-masing masuk ke dalam khemah. Penat kut.

"kenapa tak tidur lagi?" tiba-tiba terasa bahunya di sentuh menyebabkan Luth Zafran berpaling sebelum tersenyum kecil.

"tak mengantuk lagi" jawabnya. Suraya menangguk. Punggungnya di labuhkan bersebelahan kayu di tempat duduk Luth Zafran. Dia juga turut memandang ke arah pantai. Hanya di temani oleh bunyi ombak saja.

"fikirkan Aisyah ke?" suara Suraya memecahkan kesunyian mereka. Luth Zafran berpaling sekilas sebelum tersenyum.

"tak lah.. " jawabnya ego. Walhal memang itulah yang bermain di fikiran tika ini. Entah selamat kah mereka? Sudah sampai kah mereka? Bermacam-macam soalan di dalam fikirannya.

"tak payah nak tipulah.. " Kata Suraya. Bukannya dia tidak tahu apa yang sedang bermain di fikiran lelaki itu. Kalau Luth Zafran tidak dapat tidur kerana memikirkan Aisyah, dia juga begitu. Matanya sukar mau di lelapkan walaupun dia sudah mengantuk.

"entah. Saya rasa bersalah" perlahan Luth Zafran berkata. Sejak kejadian dia mana Aisyah meminta cerai dengannya dia rasa kehilangan apatah lagi Aisyah benar-benar tiada di hadapan matanya. Jiwanya rasa kosong.

"awak sayang kan dia ke?" tanya Suraya.

"saya pun tak tahu.. " Luth Zafran mengeleng kepalanya. Dia sendiri buntu. Siapa yang dia sayang sebenarnya ni? Aisyah atau Suraya.

"kalau dah sayang tu mengaku je lah.. " kata Suraya. Luth Zafran mengeluh.

"saya minta maaf. Saya langsung tam ada niat nak mainkan perasaan awak. Hati saya keliru. Bila awak tak ada saya rasa kecewa. Tapi bila Aisyah tak ada juga saya rasa sunyi." luahnya.

"tu maksudhnya awak dah mula sayangkan dia.. " Suraya tersenyum kecil.

"tak apa dari awal lagi saya tau di penghujung ceritanya awak akan setia pilih Aisyah.. " nada Suraya bertukar sebak.

"terima kasih sudi maafkan saya. Saya rasa mungkin kita akhiri hubungan kita setakat ni je. Saya rasa berdosa sangat buat Aisyah kecewa. Saya rasa tak guna bila saya menyebabkan rumah tangga orang kucar kacir. Pujuklah Aisyah balik.. " pesannya. Baru saja dia mahu berdiri tubuhnya di tarik lasar ke dalam pelukan.

"pleasee..sayang.. Jangan macam ni" pujuk Luth Zafran.

"let me go Luth.. Isteri awak lebih perlukan awak" ujarnya sambil sedaya upaya cuba menolak dada Luth Zafran.

" i can't.. " bisiknya lembut.

"i love you so muchh.. " sekali lagi dia berbisik. Suraya berhenti meronta. Tipulah kalau dia tidak gembira dengan ucapan itu tapi di sebalik kegembiraanya juga turut terasa bersalah tatkala mengenangkan Aisyah.

"Aisyah macam mana?" tanyanya setelah sudah lama berdiam diri dalam pelukan Luth Zafran.

"saya akan ceraikan dia.." mudah dia berkata seolah-olah cerai itu ada permaian. Walhal baru tadi dia mengakui dia terasa sunyi kehilangan Aisyah. Tapi jika di beri pilihan dia lagi sanggup melepaskan Aisyah demi Suraya.

'betul  ke apa kau buat ni Luth' bisik hatinya.










🌹🌹🌹🌹🌹










"terima kasih.. " ucap Aisyah. Afif tersenyum.

"Aisyah okey ke tinggal seorang kat sini?" tanya Afif entah kali yang ke berapa.

"okeylah.. " jawab Aisyah sambil tergelak kecil. Sedari tadi hanya itu yang Afif tanya.

"kalau ada apa-apa.. Call je abang. " pesannya. Aisyah mengangguk.

"okey.. Abang balik dulu. Tak baik kita duduk berdua. Tengah malam pula tu" Kata Afif. Alisyah mengangguk lagi  dia juga bersetuju. Sudahlah tiada orang selain mereka. Kang timbul fitnah pula.

"masuklah dulu. Baru abang gerak" arahnya. Tanpa berkata apa-apa dia terus masuk ke dalam.

Hilang saja kelibatan Aisyah. Afif segera masuk ke dalam keretanya semula. Badannya pun sudah letih.

Sebak Aisyah memandang sekeliling rumah Luth Zafran ini. Dia berjalan perlahan naik je bilik mereka. Sengaja dia tidak mahu menggunkan lif. Dia lebih selesa menaik tangga.

"ehmmm... " Aisyah tersenyum tatkala pintu bilik ith terbuka dan dapat di hidu bau badan Luth Zafran.

"rindunya... " bisiknya perlahan sebelun melabuhkan punggunya di kantil embuk itu. Dia membuka tudungnya. Rambut hitam yang panjang separas pinggan itu di biarkan. Matanya terasa mengantuk. Buat pertama kalinya dia menjadi isteri orang dia tidur tanpa suaminya di sisi.

Almari di buka. Di ambil sehelai baju kemeja milik Luth Zafran sebelum di hidu dan di peluk erat. Di bawa tubunnya kembali baring ke kantil. Tanpa sedar air matanya mula mengalir. Sungguh dia cintakan lelaki itu sepenuh jiwanya.

















🌹🌹🌹🌹🌹










Luth Zafran berpusing ke sebelah kanan pula. Sekejap ke kiri. Terasa tidurnya tidak lena. Memandang Afif juga mengiku Aisyah balik jadi hanya dia saja di dalam khemah itu.

Dia duduk sebelum meraup wajahnya kasar. Entah kenapa dirinya tidak dapat menutup mata. Di baringkan semula tubuhnya tatkala sudah penat duduk. Tangan di bawakan ke belakang kepala sebagai alas tidurnya. Terkebik-kebil dia memandang ke atas.

"kau rindu dia ke Luth?" tanya sendirian. Jujur kehilangan Aisyah biar pun baru berapa jam sudah mampu membuatkan dia hilang arah.

"taklah.. "jawabnya sendiri. Dia bertanya dia juga yang menjawab. Berperang dengan perasaannya.

"habis tu kenapa kau asyik ingat dia je?" tanyanya lagi. Luth Zafran mengeleng.

"tidur Luth... " bisiknya perlahan. Mata di pejam memaksa untuk tidur biar pun wajah Aisyah masih melekat di fikirannya.

Luth Zafran membetulkan pembaringannya. Selimut di tubuhnta di betulkan. Akhir dengan usahanya dapat juga dia tidur walaupun masih terasa ada yang kurang. Yalah selama 5 bulan tempoh perkawinan mereka. Mana pernah lagi dia tidur tak peluk tubuh Aisyah. Isterinya itu sentiasa ada dalam dakapannya. Menjadi bantal peluknya sepanjang hari-hari malam. Bantal peluk yang mungkin tidak akan dapat di peluk lagi selepas ini.

















Sorry kalau bab ni sedikit hambar 😅..
Mungkin best jugalah. Harap korang suka 😊

Jangan lupa vote ye guys ❤




Continue Reading

You'll Also Like

32.7K 1.1K 58
Harris Mรฉrieux, seorang pewaris mafia Perancis dipertemukan dengan Alisa Areena, seorang gadis yang hanya mempunyai hidup normal. Siapa sangka gadis...
5.4K 408 20
ยฐ3 RD BORNยฐ Siti Azalea Binti Darius merupakan seorang anak tunggal yang dibesarkan oleh ibunya, Puan Sakinah tanpa suami di sisi. Sehinggalah suatu...
489K 20.2K 76
ยฐ1 ST BORNยฐ TUAN HARED WAZIR TUAN SAIFULLAH Nama itu memang sudah tertera di surat beranaknya sejak lahir lagi. Tuan Hared. Bukanlah lelaki hebat sep...