Mr Annoying Vs Miss Beku

By Mademoiselle_Hawa

70.2K 2.8K 171

[COMPLETED✔] QAISARA ALYSHA - Seorang gadis yang pendiam, tak banyak bercakap, tidak suka bergaul dengan ora... More

Memperkenalkan Karya Baru
Bab 1 | Aku
Bab 2 | Pertemuan
Bab 3 | Bistro
Bab 4 | Kampung
Bab 5 | Mamat Annoying
Bab 6 | Qash Anaqi
Bab 8 | Sedondon
Bab 9 | Photoshoot
Bab 10 | Butterfly
Bab 11 | Cemburu
Bab 12 | Picnic
Bab 13 | Aquaphobia
Bab 14 | Kareoke
Bab 15 | Pulang
Bab 16 | Hadiah
Bab 17 | Mimpi
Bab 18 | Pengsan
Bab 19 | Panic Attack
Bab 20 | Surprise
Bab 21 | Tarawih
Bab 22 | Balik Kampung
Bab 23 | Takbir Raya
Bab 24 | Tetamu
Bab 25 | Rombongan
Bab 26 | Lamaran
Bab 27 | Ugut
Bab 28 | Keputusan
Bab 29 | Baju nikah
Bab 30 | Persiapan
Bab 31 | One Step Closer
Bab 32 | Dua Hati Bersatu
Bab 33 | Bidadari
Bab 34 | Winter Wonderland
Bab 35 | Keluarga
Bab 36 | Honeymoon
Bab 37 | Gayat
Bab 38 | Japanese Village
Bab 39 | Doa
Bab 40 | Penat
Bab 41 | Rahsia
Bab 42 | Pergi
Bab 43 | Tertekan
Bab 44 | Ego
Bab 45 | Penyesalan
Bab 46 | Pulang
Bab 47 | Patah
Bab 48 | Sedar
Bab 49 | Pinky Promise
Bab 50 | Kampung
Bab 51 | Sakit
Bab 52 | Maruah
Bab 53 | Hutan
Bab 54 | Cekak
Bab 55 | Pergi
Bab 56 | Termakbul
Bab 57 | Klinik
Bab 58 | Zuriat
Bab 59 | Mengidam
Bab 60 | New Life
Bab 61 | Happiness
Bab 62 | The End
Coffee Time with Hawa

Bab 7 | Dengki

1.2K 63 4
By Mademoiselle_Hawa

     HARI ini seperti biasa, setiap kali selepas solat subuh, aku akan keluar pada pukul tujuh pagi untuk bersenam.

    Memang sejak dulu lagi, setiap kali dia pulang ke kampung, aku akan bersenam setiap pagi. Orang kata, ambil peluang hirup udara segar di kampung ini.

    Di Kuala Lumpur pun aku kerap bersenam. Tetapi bila tiba waktu cuti sahaja lah.

     Aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah setelah puas bersenam. Tak larat dah. Lutut ni rasa macam nak tercabut je rasa.

    Sebaik sahaja aku menjejakkan kaki di perkarangan rumah Maktok, aku berasa hairan.

    Kereta siapa pulak ni? Pagi-pagi dah datang.

    Otak aku cuba memproses. Aku seperti pernah nampak kereta ini. Tapi otaknya lambat proses.

Ting!

    Tiba-tiba muncul wajah seseorang yang aku anti. Ohh jangan cakap dia datang hari ni. Memang pembawa masalah!

     Masalah aku kian bertambah apabila ternampak kereta kepunyaan Pak Ngah dan Mak Ngah.

   Aku dah memicit dahi. Ni nanti ada lah ni drama waktu pagi macam ni. Tengok sudah lah.

     Kaki aku perlahan-lahan melangkah. Apabila hampir di hadapan pintu rumah, aku sudah dengar gelak tawa dari orang dalam.

    Okay Qai, kau buat macam biasa je okay? Relax. .

    "Assalamualaikum." aku beri salam.

    Orang di dalam rumah menjawab salamku. Aku melangkah masuk, ketika itu semua berada di ruang tamu.

    Aku berjalan menuju ke arah Pak Ngah dan Mak Ngah untuk bersalam.

    Apabila aku menghulurkan tangan untuk salam, huluran aku tidak disambut. Dua orang tua di situ buat tak tahu seperti aku tidak wujud.

    Maktok dan Fiya yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati juga terkedu. Qash pula menayangkan riak hairan, hairan dengan layanan dua orang pasangan suami isteri itu terhadap Qaisara. Namun dia hanya mendiamkan diri.

     Aku yang sedar huluran aku tidak disambut perlahan-lahan menarik tangan aku semula. Tak apa Qai, macam kau tak biasa hadap benda macam ni.

    Aku duduk di sebelah Maktok.

     Maktok merenung Qaisara di sebelah. Dia tahu cucunya terasa hati. Tangannya naik membuka cap yang aku pakai, rambut aku yang diikat satu yang tadinya tersorok di sebalik cap terlerai akhirnya. Anak rambut aku basah dek kerana berpeluh. Tangan Maktok dengan lembut mengesat peluh yang meleleh di dahi dan muka aku.

     Aku yang sedikit terkejut dengan tindakan Maktok itu terasa sebak seketika. Kasih sayang Maktok terhadap aku tidak pernah berkurangan. Terasa amat dihargai.

    "Terima kasih Maktok." ucapku seraya senyum sedikit. Aku melentok kan kepala di bahu Maktok.

     Aku tiada tempat untuk bermanja melainkan dengan Maktok. Orang tua aku sudah lama tiada. Hanya pada Maktok aku menumpang kasih.

     Qash yang melihat adegan tersebut jadi tersentuh hati. Sejuk hatinya melihat keakraban antara Maktok dan Qaisara. Dia tahu, pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan Qaisara. Kejadian tadi nampak benar yang bapa dan ibu saudara Qaisara tidak suka pada gadis itu. Tiba-tiba timbul rasa ingin tahu.

     "Qash kerja apa sekarang?" soal Saleha iaitu mak ngah.

    "Saya ada restoran sendiri. Berniaga biasa je." jawab Qash sopan.

    Tiba-tiba wajah Saleha bertukar jadi teruja.

    "Ohh ada restoran sendiri? Bagus lah tu. Muda-muda lagi dah pandai berdikari. Senang lah bakal isteri Qash nanti." puji Saleha. Dia menjeling Wawa yang tersipu-sipu malu di sebelahnya.

    Qash hanya membalas dengan senyuman. Kekok la sikit. Niat di hati nak melawat Maktok, tiba-tiba bapa dan ibu saudara Qaisara turut ada sekali.

     Aku di sebelah Maktok hanya jadi pemerhati. Aku dah agak dah. Mesti akan ada drama pagi-pagi ni. Drama nak kenenkan anak dia dengan jejaka tampan. Aku pulak? Dilayan macam anak pungut.

    "Zaman sekarang ni kan Qash, kena pandai cari calon isteri. Anak dara zaman sekarang bukannya boleh harap. Ada yang tak pandai jaga diri, yang malas masuk dapur, yang berperangai macam orang lelaki pun ada." tambah Saleha.

    Matanya menjeling ke arah Qaisara yang sedari tadi hanya menunduk.

     "Cari lah yang sopan santun, pandai memasak, rajin, yang ada rupa perempuan sikit dan yang pandai jaga diri. Contoh macam anak mak ngah ni, Wawa."

     Kan aku dah cakap tadi? Dia mesti akan promote anak dia punya.

    Qash tersenyum janggal.

    "Leha, apa yang cakap macam tu?" tegur Maktok. Bukannya dia tak tahu, anak perempuannya itu menyindir Qaisara.

     Aku tahu mak ngah tujukan semua ciri-ciri buruk itu kepada aku. Sudah terbiasa. Nak rasa sedih? Sakit hati? Dah tak ada gunanya.

    "Maktok, Sha masuk bilik dulu lah. Nak mandi." kataku meminta diri.

   Maktok memandang aku dengan pandangan sayu. Dia tahu cucunya itu terasa hati. Memang tidak patut Saleha berkata seperti itu di hadapan tetamu.

   "Sat lagi pi makan nah? Maktok dah siap masak nasi lemak." pesan Maktok.

   Aku angguk dan terus berlalu ke bilik.

   Selepas setengah jam aku bersiap-siap, kakiku berlalu keluar dari bilik. Camera DSLR Canon aku capai. Aku tidak ke dapur. Sebaliknya ke pintu rumah.

   "Sha nak pi mana tu sayang?" soal Maktok terpinga-pinga.

   Aku menoleh ke arah Maktok lalu tersenyum.

   "Nak pi pondok dekat bendang tu sat. Nak ambil angin."

   "Tak mau makan ka?" soal Maktok lagi. Risau melihat kelakuan cucunya. Dia tahu apa yang Qaisara rasa tika itu.

   Aku senyum lagi. "Nanti balik Sha makan."

   "Qai, kau nak aku temankan tak?" soal Fiya prihatin. Dia tahu sahabatnya itu 'tidak okay'.

   Aku menggeleng. "Aku pergi kejap je."

   Sebaik sahaja habis ayat ku itu, aku terus melangkah keluar dari rumah.

   Qash pula hanya memerhati pemergian Qaisara.











   PEMANDANGAN hijau yang terbentang luas di hadapanku kini melegakan hati aku yang terluka sejak tadi.

   Bukan aku tidak biasa dengan mulut mak ngah. Tetapi sesekali itu, aku terasa juga, seperti aku bukan darah daging mereka. Layanan mereka terhadap aku jauh berbeza.

   Dengan kata-kata pedas dari mak ngah tadi membuatkan aku berasa sedikit kecewa. Aku? Tak pandai jaga diri? Nak kata aku dah rosak ke apa? Haih...

   Soal aku berperwatakan seperti lelaki pula, bukan aku tidak mahu jadi seperti anak gadis yang lain. Tetapi, aku lebih selesa jadi seperti sekarang.

   Lagipun, dari cara pemakaian aku, tidak lah seperti lelaki seratus peratus. Cuma aku lebih gemar memakai hoodie, baju kemeja atau t-shirt bersama seluar jeans atau seluar track dan memakai topi. Lebih selesa.

   Dan tidak pernah terlintas di fikiran aku untuk mengubah ciptaan Tuhan. Aku tetap seorang wanita. Insan yang lemah.

   Tanpa sedar, air mata aku mengalir perlahan-lahan di pipi. Ibu... Abah... Qai rindu ibu dengan abah... Rindu sangat.

   Angin yang bertiup lembut menenangkan hati aku yang berduka.

   Tiba-tiba ada satu tangan menghulurkan sapu tangan berwarna biru cair. Spontan aku mendongak.

   Qash aku lihat sedang berdiri di hadapan aku dan merenungku dengan pandangan... simpati?

   "Lap air mata kau tu."

   Kini baru aku tersedar yang aku menangis. Cepat-cepat aku tundukkan pandangan. Alah Qai, dah terlambat dah kau nak sorok air mata kau tu.

   Qash melabuhkan punggung di sebelah aku. Tangannya masih menghulurkan sapu tangan tersebut kepdaku. Teragak-agak aku ingin menyambut.

   "Ambil lah... Lap air mata kau tu. Kau tahu tak muka kau bertambah buruk bila kau menangis?" kata Qash selamba.

   Terlopong mulut aku mendengar ayat selamba Qash. Ini datang nak pujuk aku ke atau nak cari pasal?

   Aku diam dan mengambil sapu tangan tersebut. Air mata aku seka dengan sapu tangan tersebut.

   Kemudian suasana antara mereka kembali sepi. Aku lebih gemar memerhati sawah padi yang menghijau di hadapan aku.

   Qash pula, kejap pandang depan kejap pandang orang sebelah.

   "Kau okay?" soal Qash setelah agak lama mendiamkan diri.

   Aku hanya memandangnya sekilas kemudian mengangguk. Satu keluhan dilepaskan.

   "Tak baik mengeluh tau." sekali lagi Qash bersuara.

   "Kau buat apa dekat sini?" soalku tanpa memandangnya.

   Qash mengangkat bahu. "Saja. Nak tengok kau."

   Sebenarnya dia mahu lari dari disoal berlebihan dengan makcik Saleha. Bukan apa, dari pemerhatiannya, wanita itu asyik cuba untuk kenenkan anak perempuannya. Dia jadi tak selesa. Selebihnya, dia memang ingin melihat keadaan Qaisara.

   Berkerut dahi aku memandang Qash.

    "Tengok aku buat apa?"

   Qash mula duduk bersila menghadap Qaisara. Kemudian dia menongkat dagu dan merenung Qaisara. Dia tiba-tiba senyum.

   "Nak tengok kau lah... Tak boleh ke?" soalnya seraya tersengih.

   Aku dah mengesot ke belakang sedikit. Aii mamat ni apahal?

   "Kau jangan macam-macam Qash, aku tendang kau karang." ugut aku.

   Cuak lah jugak dengan mamat ni. Dah la dekat sini tak ada siapa-siapa.

   Terus tergelak besar Qash. Geli hatinya melihat wajah Qaisara berubah cuak.

   "Aduh kau kena tengok muka kau tadi. Sumpah kelakar!"

   Aku menjeling geram. Kang ada yang aku tendang masuk dalam bendang ni kang!

   Qash berhenti ketawa apabila melihat aku tidak terhibur dengan lawak bodohnya.

   "Ala kau ni... Cuba senyum sikit, baru ada orang nak dekat kau. Ni muka beku 24 jam." kutuknya selamba.

   "Eh, muka aku kan? Suka hati aku lah! Yang kau risau sangat apa pasal?" marahku.

   "Tak ada lah risau. Aku tak nak lah kau membujang sampai ke tua." jawabnya tenang.

   Berkerut kening aku. Dia ni melalut apa ni?

   Aku malas nak ambil pusing jadi aku diam. Malas nak gaduh dengan mamat annoying ni. Menyakitkan hati je.

   Aku mencapai kamera di sebelah aku. Lensa kamera aku hala ke arah sawah padi yang menghijau itu.

Klik!

   Kemudian, aku halakan ke arah sekawan kerbau yang jauh sedikit dari pondok. Lensa kamera aku zoom kan ke arah situ.

Klik!

   Aku tersenyum melihat hasil daripada kerjaku. Cantik!

   Qash yang dari tadi hanya memerhati tingkah laku gadis itu. Dari sisi wajah Qaisara, dia mempunyai hidung yang cantik. Rambutnya yang tidak diikat melepasi bahu itu berterbangan ditiup angin pagi. Oh ya, dia baru perasan bahawa Qaisara tidak memakai topi. Terserlah kecantikan asli yang selama ini disoroknya.

   Aku yang rasa seperti diperhatikan pantas menoleh. Qash seperti termenung tetapi mata itu terarah kepadaku.

   Aku memetik jari beberapa kali di hadapan matanya.

   "Oit! Asal kau tengok aku macam nak tembus ni hah?"

   Qash seperti tersedar dari lamunan. Namun dia cuba menayangkan muka selamba.

   "Perasan lah kau ni. Aku tengok lembu tu lah. Tak ada maknanya nak tengok muka kau." dalihnya.

   Terangkat sebelah kening aku. Lembu?

   Kepala aku menoleh mencari kelibat 'lembu' yang dikatakan oleh Qash. Apabila terlihat sekawan 'lembu' tidak jauh dari mereka, terus aku meletuskan tawa dengan kuat.

   "Weh! Kau ni lembu dengan kerbau pun tak reti beza ke? Hahahaha!"

   Halah kelakar lah mamat bandar ni! Confident je kata tu lembu.

   Qash termalu sendiri apabila menyedari kesilapannya. Dia mengusap belakang tengkuknya perlahan.

   Tetapi ada sesuatu yang menarik perhatian Qash sekarang.

   Qaisara.... Ketawa?

   Selama perkenalan mereka, dia tidak pernah melihat gadis itu ketawa seperti ini di hadapannya.

   Dia nampak... cantik bila ketawa macam tu. Dan ada lagi satu yang ada pada gadis itu yang dia baru perasan. Dia mempunyai lesung pipit!

   Aku yang terperasan Qash merenung aku tidak berkelip mula terhenti ketawa.

   Eh? Kejap.

   Aku.... ketawa depan dia?

   Oh tidak... Macam mana boleh terlepas ni?

   Aku berdehem kecil. Rambut aku yang terbang ditiup angin aku selit di celah telinga. Rasa janggal sekejap.

   Qash pula memandang ke arah lain. Jantungnya tiba-tiba berdebar hebat. Dan dia tidak pasti apakah perasaan yang dirasakan waktu ini.

   Matanya mengerling ke arah kamera canon milik Qaisara yang berada di sebelah gadis itu. Dengan selamba dia mengambil.

   Aku yang melihat hanya membiarkan. Malas nak bersuara, nanti mesti perang mulut.

   Qash memerhati rumput di sekitar pondok kecil itu. Matanya tertancap pada bunga kecil berwarna putih yang berada di celah rumput. Tangannya memetik bunga tersebut.

   "Qai, pandang sini jap." pintanya.

   Spontan aku memandang ke arahnya. Dengan tiba-tiba Qash menyelitkan bunga kecil itu di celah telinga aku. Aku? Terkaku tak bergerak!

   Qash kemudian menghalakan kamera ke arah Qaisara dan....

Klik! Klik!

   Tergelak kecil Qash melihat riak wajah Qaisara yang blur itu. Dia melihat gambar yang baru diambilnya. Wajah spontan yang Qaisara tayangkan kepadanya amat mencuit hati. Muka blur dengan mata hitamnya yang bundar. Sweet!

   Aku terkedu dengan apa yang telah berlaku. Kenapa aku jadi lembab sangat hari ni? Kau biar je apa yang dia buat Qai?

   Aku sendiri pun tidak tahu. Apa yang aku rasa sekarang ini, satu perasaan yang aneh. Aku tidak pasti perasaan apakah ini.

   "Perfect! Pandai jugak aku tangkap. Comel je muka kau." pujinya tanpa sedar.

   Erk?

   Dia... puji aku ke tadi?

   Ke... aku salah dengar?

   Tapi tak mungkin aku salah dengar. Jelas kot aku dengar dia puji tadi. Tiba-tiba terasa berbahang pipi. Oh tidak jangan macam ni Qai... Oksigen! Oksigen!

   Aku hanya diam sejak tadi. Bunga yang terselit di celah telinga aku biarkan. Keadaan mereka kembali sunyi.

   Qash teragak-agak ingin bersuara. Dia ingin bertanya sesuatu kepada gadis itu tetapi dia rasa gementar pula. Takut mood dia kembali sedih.

   Aku lihat Qash seperti serba tidak kena. Seperti ada sesuatu ingin diperkatakan.

   "Kau nak cakap apa cakap jelah."

   Terkejut Qash mendengar Qaisara berkata demikian. Uish! Macam mana dia tahu aku nak cakap sesuatu ni?

   "Err... Aku just nak tanya. Err... Apa sebenarnya yang jadi dengan hubungan antara kau dengan mak saudara kau?" akhirnya terkeluar juga apa yang terbuku di hati.

   Aku senyum senget. Dah agak dah mesti Qash akan tanya soalan ni...

   "Kenapa kau nak tahu?" soalku.

   Qash mengangkat bahu. "Just curious."

   Aku menarik nafas panjang. Kemudian aku memandang jejaka di hadapannya.

   "Mak ngah tu anak Maktok. Pak ngah pulak menantu Maktok. Ibu aku pula, menantu Maktok. Maktok dengan Tokba aku sayang ibu aku. Maktok dengan Tokba tak pernah anggap dia sebagai menantu, malah mereka anggap ibu aku seperti anak mereka sendiri." aku mulakan cerita.

   "Tapi sayang Maktok dengan Tokba pada anak-anak lain tak berkurangan. Semua dilayan sama rata. Tapi, Mak Ngah Leha. Dia cemburu. Sebab dia rasa Maktok dengan Tokba aku layan ibu aku lebih dari dia. Dia tak puas hati. Sama juga dengan pak ngah. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab diorang rasa tak adil."

   Qash kusyuk mendengar Qaisara bercerita. Dia memandang raut wajah gadis itu semasa bercerita. Terpancar riak sedih di wajah itu.

   Dan tanpa aku sedar, aku bercakap lebih lama dari biasa dengan orang yang baru aku kenal.

   "Sampai lah aku lahir. Maktok dengan Tokba aku seronok sambut kehadiran aku. Iyalah cucu pertama kan? Tapi tidak bagi pak ngah dan mak ngah. Masa aku umur 4 tahun, Tokba hadiahkan aku rantai emas. Rantai tu ditempah khas untuk aku. Ada singkatan nama aku dekat rantai tu iaitu 'QA'. Dan pada Wawa, Maktok hadiahkan gelang emas. Tapi mak ngah tak puas hati. Katanya, sepatutnya anak dia yang dapat rantai tu. Dia marah, dia kata Tokba tak adil."

   Aku terhenti seketika untuk melihat reaksi Qash di sebelah. Sesekali berkerut keningnya.

   "Jadi, disebabkan hal tu sahaja. Diorang tak suka pada aku, ibu dengan abah aku. Aku pun tak faham. Pasal hal kecil macam tu je sampai nak berdendam." habis ayatku itu, aku mengeluh.

   Qash mengangguk perlahan. Macam tu punya orang pun ada eh?

   "Jadi.... Tokba kau kat mana sekarang?"

   Aku tersenyum nipis. "Dia dah tak ada."

   Qash yang mendengar terkedu seketika. Dia menayangkan riak wajah serba salah.

   "Sorry..."

   "It's okay... Benda dah lama." balasku pendek.

   "Err... Ibu dengan abah kau....?" soalnya teragak-agak.

   Aku diam sebentar. "Diorang dah meninggal akibat kemalangan jalan raya masa aku umur sepuluh tahun." jawabku tenang.

   Bertambah terkejut Qash. Sepuluh tahun? Bukan mudah untuk kanak-kanak sekecil itu untuk menerima hakikat. Besar sungguh ujian gadis di hadapannya ini.

   "Aku minta maaf sebab buat kau sedih." kata Qash serba salah. Rasa simpati terhadap Qaisara semakin kuat.

   Aku menggelengkan kepala. "Nah, it's okay. I'm okay."

   Qash terdiam seketika. Dia merenung gadis di hadapannya.

   "Qaisara, aku nak cakap yang walau apa pun terjadi. Aku nak kau ingat. Allah takkan uji hambanya kalau hambanya tak mampu untuk menghadapinya. Allah uji kau sebab dia tahu kau mampu hadapi semua ni. Kau mampu teruskan hidup walaupun kau dah hilang orang yang paling kau sayang. Jujur aku cakap, kalau aku di tempat kau. Aku tak jamin yang aku mampu jadi kuat macam kau. Jadi, apa-apa pun. Terima dengan hati yang terbuka. Ingat, semua yang terjadi di atas muka bumi ni mesti ada hikmah. Doalah untuk mereka yang telah tiada, supaya ditempatkan di kalangan orang yang beriman." nasihat Qash lembut.

   Aku terdiam mendengar kata-kata Qash. Betul, aku harus kuat untuk harungi semua ni.

   Tetapi aku rasa aneh sedikit. Qash tidak seperti yang aku kenal sebelum ni. Tak ada dah ayat yang menyakitkan hati keluar dari mulut dia.

   "Aku tahulah aku ni handsome, tapi tak payah lah tengok aku sampai macam tu." perli Qash.

   Erk

   Aku buat muka ingin muntah. Yaks! Kacak kepala lutut dia! Sawah padi ni lagi cantik lah dari muka kau!

   "Eleh! Tak nak mengaku pulak. Mengaku jelah yang kau dah tergoda dengan aku." tambahnya.

   Okay sekarang aku betul-betul rasa nak muntah darah. Baru puji dia tadi, dah keluar ayat menyakitkan hati.

   "Cermin. Muka. Kau. Tu. Dulu." kata ku satu persatu. Bagi sedar diri sikit.

   Qash ketawa melihat wajah Qaisara yang sudah mencuka.

   "Eh aku lupa nak tanya kau." tiba-tiba Qash bersuara.

   Aku angkat kening mengisyaratkan 'tanya apa?'

   "Apa nama panjang kau eh?" soalnya.

   Aku diam seketika.

   "Qaisara Alysha."

   Qash mengangguk.

   "Kita ni memang berjodoh eh?"

   Aik?

   "Apa yang kau mengarut ni?" salku dengan wajah serius.

   "Ialah. Huruf nama kita yang depan sama. Kau Qaisara Alysha dan aku Qash Anaqi. Kan berjodoh tu." kata Qash dengan teruja.

   Aku membuat muka jelik. Eee mana mamat ni dapat confident level dia? Beli dekat shopee ke?

   "Jangan nak berangan." balasku dingin.

   Aku mula bangun dari duduk. Seluar track yang aku pakai, aku betulkan. Kamera aku, aku capai dan aku sangkutkan di leher.

   "Dah lah, aku nak balik." kataku seraya mulakan langkah. Qash mengikuti dari belakang.

   "Itu lah. Aku pun dah lapar ni." balas Qash.

   Terhenti langkah aku. Aku menoleh ke belakang memandang Qash.

   "Kau bukan dah makan dengan diorang ke tadi?" soalku hairan.

   Qash menggelengkan kepala menidakkan. Dia berjalan ke hadapan terlebih dahulu.

   "Aku nak makan dengan kau sekali." jawabnya dan terus meninggalkan aku yang terkaku di belakang.

   Apa dia cakap tadi? Dia nak makan dengan aku sekali? Aku tengah mimpi ke ni? Pipi aku dicubit kali.

   Sakit.

   Okay, aku tak mimpi. Dia... sanggup tunggu aku?


<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Aku pulak yang tersengih sorang-sorang huehuehue
Jangan lupa vote!

#ToBeContinue

Update: 29 July 2021

Continue Reading

You'll Also Like

4.4K 219 13
You keep seeing him in your dreams, imaginations, thoughts.... ,but you don't know him He doesn't show you himself and whenever you see him ,you can...
7.6K 320 46
{UNDER CONSTRUCTION 🚧} Hud Haydar ♡ Nayla Adeena Not worth to read... Too much error and boring
3.5K 258 31
Nawira Wareesha X Hafiy Qays 🦋 Bercinta hampir 5 tahun dan di umur 17 tahun keluarga keduanya setuju untuk mengikat mereka dalam tali pertunangan. R...
4.3M 281K 60
"Why the fuck you let him touch you!!!"he growled while punching the wall behind me 'I am so scared right now what if he hit me like my father did to...