Rania Ramanshah: Dikhianat Ke...

By KudinaKufazly

121K 1.2K 80

Rania Ramanshah × Faliq Hanafi Shah Rania Ramanshah, dia bukanlah seorang wanita yang lemah ataupun mengharap... More

bab 70
bab 71
bab 72: Pembalasan
bab 73
bab 74
bab 75
bab 76
bab 77
bab 78
bab 79
bab 80
bab 81
bab 82
bab 83

Epilog: Pengakhiran Segala-galanya

3K 127 24
By KudinaKufazly

ENJIN kereta dimatikan, Rania dan Rihanna melangkah keluar daripada kereta. Rania mengenakan pakaian serba hitam, fail yang berisi borang perceraian di genggam kuat sebelum dia dan Rihanna masuk ke dalam ruang mahkamah untuk sesi perceraian diantara dia dan Faliq.

  Sementara itu, Faliq turut melangkah keluar daripada keretanya. Songkok berwarna hitam diletakkan di atas kepalanya, dengan hati yang berat dia mula melangkah memasuki ruang mahkamah. Sebelum masuk, figura Rania dan Rihanna menyapa pemandangannya. Tanpa segan silu, Faliq mendekati Rania.

"Rania. " panggil Faliq. Rania terus beralih memandang Faliq, satu senyuman tipis dihadiahkan kepada Faliq.

"Ya?"

"Walaupun selepas ni, kita akan keluar daripada mahkamah ni bukan lagi sebagai suami isteri tapi saya harap kita masih lagi boleh berjumpa dan berkawan macam dulu. Saya harap, perceraian kita bukanlah satu penghalang untuk kita berbaik." tutur Faliq. Rania cuma mengangguk.

"Tapi, selepas ni saya nak ke luar negara untuk 2 ke 3 bulan. Dan rumah yang awak beli sempena perkahwinan kita tu, awak ambillah balik. Saya tak nak rumah tu. Lagipun kenangan kita berdua banyak sangat. Kalau saya duduk dan asyik sedih saja buat apa." ujar Rania sambil memandang wajah Faliq, begitu juga dengan Faliq.

"Saya masuk dulu." tutur Rania sebelum melangkah masuk ke dalam ruangan mahkamah, Faliq memandang lama figura Rania sebelum dia masuk ke dalam mahkamah.

  Rania dan Faliq berdiri memandang antara satu sama lain di dalam mahkamah. Dalam diam, Rania cuba menahan tangisannya sehabis baik. Malah Faliq pula, terketar-ketar mulutnya ingin melafazkan perceraian di antara dia dan Rania.

"Rania..." panggil Faliq perlahan. Rania yang sedang menunduk terus mengangkat mukanya memandang Faliq. Air mata yang mula jatuh dikesat perlahan.

"Rania Ramanshah Binti Azhar, aku ceraikan kau dengan talak satu."

  Faliq menunduk, tangannya naik mengesat air matanya yang semakin jatuh. Rania cuma diam. Matanya naik memandang lama figura Faliq dihadapannya. Perlahan-lahan, Rania tersenyum tipis.

  Faliq Hanafi Shah. Nama ini yang pernah dia cinta dan sayang sebelum ini. Dan, nama ini jugalah yang berjaya menghancurkan harapannya. Yang berjaya merobekkan hatinya sehingga menjadi cebisan-cebisan kecil yang tak mampu untuk dia camtumkan lagi. Dan, nama ini jugalah yang berjaya membuatkan dia tidak tidur malam kerana dilamun cinta.

  Rania akur, yang dia masih lagi sayang dan cintakan Faliq. Tapi dalam masa yang sama juga raaa benci mula membuak-buak dalam jiwanya. Untuk apa dia pilih untuk bersama dengan Faliq? Tiada guna sebuah perkahwinan jika isinya cuma benci, dendam dan sifat yang negatif. Dan keputusannya untuk bercerai adalah satu pilihan yang tepat, Rania yakin dengan keputusannya

Terima kasih Faliq. Terima kasih atas segala rasa kebahagiaan dan juga penderitaan yang pernah dia alami sepanjang perkahwinan dia dan Faliq.

.

.

KELUAR sahaja daripada mahkamah, Rania dan Rihanna berjalan menuju ke arah kereta. Sementara itu, Faliq pula berlari anak menuju ke arah Rania. Rihanna yang sedar akan kehadiran Faliq terus menyuruh Rania beralih memandang ke belakang.

"Rania!" laung Faliq kuat. Mujurlah tidak ramai orang di mahkamah sekarang ini. Rania terus beralih memandang ke belakang.

"Rania." panggil Faliq sekali lagi. Rania maju beberapa tapak mendekati Faliq, begitu juga dengan Faliq yang turut maju beberapa langkah mendekati Rania.

"Buat kali yang terakhir saya nak cakap, terima kasih atas segala-galanya. Terima kasih, Rania. Jasa awak saya takkan boleh balas. Saya harap selepas ni awak dapat cari lelaki yang boleh jaga, sayang dan cintakan awak lebih daripada saya. Jangan risau Rania, saya akan sentkasa cinta dan sayangkan awak walaupun di antara kita berdua dah tak ada apa-apa hubungan yang sah."

"Saya tak boleh cari wanita yang macam awak dekat luar sana. Awak dah ajar saya yang mencintai tak semestinya memiliki. Saya tahu sepanjang perkahwinan kita, awak yang banyak pendam rasa. Saya minta maaf. Walaupun kata-kata maaf saya takkan boleh hidupkan keluarga dan anak-anak awak balik tapi saya harap yang awak boleh maafkan saya. Saya taknak hidup dibelengu dengan rasa bersalah."

"Saya minta maaf sebab saya tak bagi pengakhiran yang terindah untuk perkahwinan kita. Maaf atas segala-galanya Rania." tambah Faliq untuk kesekian kalinya. Rania cuma mengangguk, air matanya yang kian jatuh dikesat.

"Anggaplah perceraian kita ni sebagai permulaan buku baru untuk kita berdua. Saya tutup cerita cinta kita, lagipun apa gunanya berkahwin kalau isinya cuma perasaan yang negatif? Dan sekali lagi, saya mohon maaf dekat awak kalau ada yang awak terasa hati dengan saya. Halalkan makan minum saya, terima kasih atas segala-galanya."

  Faliq mengangguk perlahan. Matanya memandang lama wajah bekas isterinya. Bibir Faliq mula mengukirkan senyuman tipis. Dalam keadaan ini, dia perlu memberi peluang kepada Rania untuk bahagia.

  Memori-memori bahagia dan Rania mula berputar di kepalanya, daripada permulaan pertama mereka di medan selera, di hilang selama 2 bulan, mereka berjumpa kembali di hadapan butik Rania, dia berjumpa dengan arwah Tuan Azhar, mereka berkahwin. Dan bermulalah balas dendam Sara Jane kepada Rania.

  Kerana dia jugalah, Rania menderita dan hilang anak-anaknya. Disebabkan dosa lampau dia, Rania juga turut hilang ayahnya dan dijadikan mangsa balas dendam oleh Sara Jane. Faliq sendiri akur yang dalam rumah tangga mereka Ranialah yang banyak makan hati kerana dirinya.

  Mungkin apa yang terjadi kepada dia sekarang ini adalah kifarah yang Allah berikan kepadanya. Dia hilang Rayyan, Qayden dan sekarang ini rumah tangganya hancur akibat masa lampau dan dirinya sendiri. Tak apa, Rania berhak untuk bahagia. Walaupun tidak bersama dengannya tapi dia sentiasa sayang dan lindungi Rania walaupun dari jauh.

  Dan, sekarang ini. Falia tutup kisah cinta dia dan Rania. Benarlah kata mereka, cinta akan manusia kita perlu bersiap sedia untuk mengalami perpisahan. Sama ada maut yang memisahkan ataupun jodoh setakat itu saja. Hari ini juga, Faliq sedar yang mencintai tak semestinya memiliki.

  Rania berhak untuk bahagia. Tapi tidak dengannya. Faliq Hanafi Shah mungkin sekadar persinggahan kepada Rania Ramanshah. Ada yang lebih baik sedang menanti Rania. Faliq sudah bersyukur apabila Rania memilih untuk memberi peluang kepadanya untuk berubah, walaupun dia perlu berpisah dengan Rania.

Faliq redha.

Dan dia terima semua takdir ini.

"Assalamualaikum." tutur Rania sebelum masuk ke dalam keretanya. Enjin kereta dihidupkan, Rihanna memandu keluar daripada perkarangan mahkamah. Sepanjang perjalanan, Rania cuma diam sambil memandang ke arah luar, perlahan-lahan Rania memejamkan matanya.

  Sakit. Sakit sangat-sangat bila berpisah tapi hakikatnya masih lagi sayang. Itulah yang Rania rasa sekarang ini. Selepas apa yang terjadi dalam rumah tangga dia dan Faliq, lebih baik setakat ini sahaja hubungan mereka berdua.

  Momen-momen bahagia dia dan Faliq mula terpapar di mindanya. Rania tersenyum tipis. Rihanna di sebelah cuma memandang sekilas Rania di sebelah.

"Dulu akupun macam kau, tapi kadang-kadang bercerai adalah solusi yang terbaik. Macam kau cakap, untuk apa kau pilih untuk bersama tapi hakikatnya hati kau sakit dan benci? Sia-sia." tutur Rihanna. Rania cuma diam sahaja.

  Mencintai, tak semestinya memiliki. Dan, tak semua kisah cinta akan berakhir dengan pengakhiran yang terindah. Apa yang pasti, cinta akan manusia akan berpisah jua sama ada cepat atau lambat. Tetapi, jika cinta akan sang pencipta. Tiada erti perpisahan.

Dengan lafaz bismillah,

Hari ini,

Rania Ramanshah menutup kisah cinta dia dan Faliq Hanafi Shah.

-Tamat-

- "Mempercayai orang sekeliling  adalah kesalahan terbesar."
-Rania Ramanshah

-"I'm sorry I can't give you a happy ending."

-Faliq Hanafi Shah.

Tidak semua kisah cinta berakhir dengan pengakhiran terindah.

"Terima kasih kerana sudi membaca, dan menghayati kisah cinta kami berdua!"

- Rania Ramanshah dan Faliq Hanafi Shah.

"Andaikata ada salah silap sepanjang penulisan saya dalam story Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam, dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki saya memohon maaf. Dengan lafaz bismillah maka tamatlah story Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam


Kita ke bahagian soalan pula. Mohon jawab ya!

1. Daripada 1-10, berapa yang awak nak bagi rate untuk story ni?

2. Pendapat awak tentang story ni?

3. Dalam banyak-banyak watak, watak mana yang paling seronok?

4. Watak yang paling awak meluat?

5. Plot twist yang memang awak tak sangka, ada tak?

6. Tentang plot cerita ni awak puas hati ataupun tidak?

7. Puas hati dengan ending tak? Hehehe

8. Any komen about story ni and maybe fasal tatabahasa? Don't worry komen saja sebab saya nak tahu pendapat awak HAHAHAAH. Saya okay and at the same time boleh perbaiki lagi skill penulisan.

9. Watak yang paling sedih, siapa?

10. Not an question but I just wanna say thank you! Thank you kepada yang sudi membaca story saya yang agak agak cliche ni dari mula sampai habis! And thank you sebab always vote, komen and to my silent reader jangan risau, saya pun hargai awak. Thank you sebab sudi bawa story saya!


11. Yakin ke yang Qayden mati?



Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 62.2K 133
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu...
6.3K 933 1
Coming soon
4.3K 402 60
Lima tahun lalu Ayunina terlibat dengan sebuah kemalangan yang menyebabkan dia hilang ingatan. Ayunina memilih untuk tidak terlampau menekankan diri...
31.4K 2.4K 83
𝐒𝐲𝐚𝐟 𝐈𝐧𝐚𝐬 | 𝐀𝐧𝐚𝐧 𝐍𝐮𝐫𝐟𝐢𝐳𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐫𝐢𝐳 𝐔𝐦𝐚𝐢𝐫 | 𝐅𝐢𝐞𝐧𝐚 𝐀𝐫𝐢𝐬𝐲𝐚 Manis bicara sang perjaka. Tutur janji untuk menjaga...