Rania Ramanshah: Dikhianat Ke...

By KudinaKufazly

121K 1.2K 80

Rania Ramanshah × Faliq Hanafi Shah Rania Ramanshah, dia bukanlah seorang wanita yang lemah ataupun mengharap... More

bab 70
bab 71
bab 72: Pembalasan
bab 73
bab 74
bab 75
bab 76
bab 77
bab 78
bab 79
bab 80
bab 81
bab 82
Epilog: Pengakhiran Segala-galanya

bab 83

1.7K 100 8
By KudinaKufazly

TANGAN Rihanna naik memegang batu nisan. Perlahan lahan Rihanna tersenyum tipis, air matanya mula jatuh. Nama penuh Qayden yang terukir di batu nisan itu dibaca berulang kali. Air mata Rihanna semakin lebat dan tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti.

  Terketar-ketar tangan Rihanna turun menyentuh tanah yang masih lagi merah. Faliq dan Rania dibelakang cuma memandang saja Rihanna yang sedang menangis teresak-esak itu. Tangan Faliq naik mengesat air matanya yang jatuh.

Dia hilang kawan dia.

Dan Rihanna hilang cinta matinya.

"Assalamualaikum. Saya datang ni, awak macam mana? Terima kasih Qayden. Sebab awak korbankan nyawa awak untuk saya. Walaupun kita akhirnya tak dapat bersama, terima kasih untuk segala-galanya. Saya maafkan awak dan saya relakan pemergian awak. Anggap sajalah jodoh kita berdua dekat sana nanti." ujar Rihanna. Tangannya naik mengesat air matanya yang terus menerus jatuh.

"Jangan doakan supaya saya berjumpa pengganti awak. Tapi tolong doakan supaya saya sentiasa bahagia, itu cukup memadai bagi saya. Terima kasih Qayden, awak suruh saya hidup demi awak. Betul, mencintai tak semestinya memiliki. Dan awak buktikan dekat saya, tak semua kisah cinta berakhir dengan kebahagiaan..."

"... Nama awak, memori, kata-kata semangat yang awak berikan kepada saya sewaktu saya jatuh., saya tak ada semangat saya akan ingat sampai akhir nafas saya. Awak juga dah buktikan dekat saya yang lelaki tak semuanya sama, terima kasih atas pengorbanan yang awak lakukan untuk saya. Saya harap awak tenang di sana, doakan supaya kita dapat berjumpa dan berjodoh dekat sana."

  Kata-kata Rihanna terhenti. Tangan Rania naik memegang bahu Rihanna, Rihanna beralih memandang Rania dan bangun dari duduknya. Tubuh sahabatnya didakap lama. Air mata mula jatuh mengalir. Rania membalas dakapan Rihanna.

"Qayden dah tak ada." bisik Rihanna perlahan dan menguatkan lagi pelukannya di tubuh Rania. Rania mengangguk.

"Tak apa, kau ada aku. Aku ada kau." pujuk Rania, tangannya naik mengusap belakang tubuh Rihanna.

  Faliq duduk di sisi kubur Qayden. Tangannya naik mengusap perlahan batu nisan yang tertulis nama penuh Qayden. Air matanya yang semakin jatuh, dikesat perlahan. Faliq sedaya upaya menahan sebak yang kian bertandang di jiwanya.

"A... Aku minta maaf Qayden. Semua benda ni terjadi sebab salah aku sendiri, apa yang berlaku dekat Rania, Rihanna dengan Qayden semuanya salah aku. Sepatutnya aku yang berada di tempat kau. Terima kasih, sepanjang persahabatan kita ni kau banyak tolong aku dan kau juga sentiasa bagi aku semangat. Terima kasih banyak-banyak..."

"... Kalau nak ikutkan apa yang kau bagi dan tolong aku selama ni, tak cukup untuk aku berterima kasih. Aku harap kau tenang dekat sana, kalau kau jumpa anak-anak aku kau cakap dekat diorang yang aku sayang dan rindukan diorang. Tolong sampaikan dekat Rayyan dan anak-anak aku, aku minta maaf sangat. Disebabkan dosa aku, diorang yang kena tanggung akibatnya."

  Faliq menunduk sedikit, tangannya naik menekup mulutnya supaya tidak mengeluarkan sebarang esakan. Rania di belakang, memegang bahu Faliq dan menepuk sedikit. Faliq beralih memandang Rania. Manakala Rihanna pula sudah merah mukanya kerana terlalu menangis.

"Dah. Tak elok menangis depan kubur, benda dah jadi. Apa yang boleh kita buat sekarang ini, redha dan terima kenyataan yang akan datang." tutur Rania. Faliq mengangguk perlahan dan bangun dari duduknya. Rihanna dan Rania mengatur langkah keluar daripada kawasan kubur.

  Kereta yang diparkir di tempat yang disediakan dituju, sampai sahaja di hadapan kereta Rihanna, Rania dan Rihanna berhenti sekejap. Rania memeluk erat tubuh Rihanna, serentak dengan itu Rihanna menghamburkan tangisannya.

"Jangan risau Rihanna. Apa-apa terjsdi sekalipun aku ada dengan kau. Kau boleh saja telefon aku bila-bila masa, aku sentiasa ada di belakang kau. Kau kena ingat, kau hilang Qayden itu tak bermakna dia bawa sekali dengan jasad dan semangat kau, Rihanna. Kau kena kuat, jadi seorang yang kuat. Lepas ini, kau ada aku dan aku ada kau..."

"... Jangan risau Rihanna, aku sentiasa sokong kau. Cinta akan manusia, tak akan kekal. Bila kau menaruhkan rasa cinta terhadap manusia, pastikan hati kau bersiap-sedia untuk menghadapi rasa kehilangan. Boleh jadi Qayden hilang diambil Allah ataupun jodoh kau dengan Qayden tak panjang. Cinta akan manusia tak akan kekal, cintakan Allah, Allah sentiasa ada sisi kau."

  Rihanna semakin memeluk erat tubuh Rania. Air matanya semakin laju mengalir, begitu juga dengan Rania. Air mata dikesat perlahan.

"Ni semua salah aku, Rania. Sakit... aku nampak sendiri macam mana Qayden pergi, dia pergi dalam tangan aku. Aku yang peluk dia sebelum Qayden pergi. Sepatutnya, aku cepat-cepat kena bawa Qayden pergi hospital tapi aku tak bawa. Aku ikut cakap Qayden... Rania." panggil Rihanna, Rania cuma diam.

"Apa?"

"... Qayden dah janji dengan aku yang dia nak kahwin dengan aku. Tapi kenapa dia mungkir janji? Aku ada buat salah apa-apa dekat Qayden ke sampai dia buat aku macam ni? Dosa apa yang aku dah buat sampai Allah hukum aku macam ini, Rania?"

  Rihanna meleraikan pelukan di antara dia dan Rania. Rania menggeleng perlahan sebelum tangannya naik mengesat perlahan air mata Rihanna.

"Kadang-kadang, Allah hukum kita disebabkan dosa lampau kita. Dan pada masa yang sama juga, Allah nak kita balik kepada dia. Kau anggaplah, Allah ambil Qayden supaya kau tidak lupakan cinta yang hakiki..."

"... Kerana cinta terhadap manusia tidak kekal."

.

.

PINTU kafe dibuka, Rania melangkah mendekati Faliq yang sedang menunggunya. Borang perceraian digenggam erat dan diletakkan di atas meja. Rania duduk di hadapan Faliq, kaca mata hitamnya dibuka.

"Semua dah berakhir. Dendam saya terhadap Sara Jane dan Puan Aisha pun dah berbalas. Sekarang ini, dah sampai waktunya untuk kita berbincang tentang hala tuju hubungan kita berdua." Rania memulakan bicara, borang perceraian yang berada di atas meja dibiar tidak berusik.

"Kenapa tiba-tiba awak bahasakan diri awak sebagai 'saya'? Bukan ke dulu awak bahasakan sebagai 'aku'?" soal Faliq ingin tahu, Rania tersenyum tipis.

"Ini adalah pertemuan terakhir kita sebagai suami isteri. Jadi saya nak untuk kali terakhir ini, setiap saat bermakna untuk saya."

"Awak memang dah tekad ke, Rania? Yakin dengan keputusan awak yang awak nak bercerai dengan saya? Kalau itu keputusan awak, okay baik. Saya terima, tapi saya nak untuk kali ini awak jawab soalan saya dengan hati yang jujur dan ikhlas. Pandang mata saya Rania. Betul awak bercerai dengan saya?" soal Faliq. Mata Rania memandang lama mata Faliq, begitu juga dengan Faliq yang turut memandang Rania.

Rania mengangguk perlahan.

"Saya tekad dengan keputusan saya kali ini, saya nak bercerai. Muktamad." balas Rania tegas. Wajah Faliq serta merta berubah menjadi keruh dan sedih.

"Awak dah tak sayangkan saya ke Rania?"

"Saya sayangkan awak, Faliq. Rasa cinta saya dekat awak tak pernah pudar, tapi awak faham tak lepas apa yang awak buat dekat saya, anak-anak saya dan keluarga saya, awak ingat mudah kr untuk saya lupakan semua tu? Saya manusia biasa Faliq, saya sedih. Sedih sangat-sangat bila suami yang saya sanjung, cinta dan agungkan rupa-rupanya pembunuh keluarga saya."

"Saya tak bunuh awak walaupun hakikatnya saya boleh saja bunuh awak. Tapi saya nak awak anggap perceraian kita berdua sebagai peluang untuk awak berubah dan bertaubat. Saya taknak saya hidup dengan awak tapi hakikatnya saya benci awak sangat-sangat. Sia-sia saja perkahwinan kita."

"Awak mohon maaf, saya mungkin boleh maafkan awak. Tapi untuk terima awak kembali dalam hidup saya, mungkin itu satu benda bodoh yang saya takkan buat. Bodohnya saya sebab percayakan orang sekeliling saya secara membuta tuli. Saya sedih Faliq sebab awak pilih untuk rahsiakan benda ni."

  Air mata yang jatuh dikesat perlahan, Rania cuba mengawal nada suaranya supaya tidak mengganggu pelanggan yang lain. Faliq cuma diam.

"Rania, saya tahu sepanjang perkahwinan kita. Awak yang banyak terluka, tapi satu saja nak awak sentiasa ingat. Bercerai tidak bermakna yang saya akan berhenti mencintai awak. Dan saya harap awak boleh cari lelaki lain dan jauh lebih baik daripada saya."

"Terima kasih sebab awak bagi peluang untuk saya rasa macam mana rasanya dicintai, walaupun rasa itu sekejap. Tapi saya tetap sayangkan awak, terima kasih juga awak sanggup jadi mak kepada arwah Rayyan. Saya hargai jasa awak."

"Terima kasih juga kepada awak, Faliq. Kalau bukan awak, saya takkan berjumpa dengan arwah ayah..." Rania berhenti seketika

"Dan terima kasih sebab dah cintakan saya dan jaga saya sepanjang perkahwinan kita. "

"Thank you for everything, Faliq."

Continue Reading

You'll Also Like

36.6K 1.5K 22
CAHAYA INARA X AHNAF HADI • short love story • WAIT A MINUTE?! Aku tengah bermimpi ke?? 4 tahun sudah berlalu seperti semalaman sahaja aku ketiduran...
5.6M 95.1K 38
"Excuse me. Can I help?" "Apa yang kau boleh tolong?" "Boleh cakap Melayu ke?" "Dah tu ada nampak aku cakap bahasa alien?" Andi dan Nasya. Pertemua...
671K 27.8K 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat se...
204K 10.1K 48
MY GREY GUY ( NEW VERSION ) -everyone can't touch you, or death will overtake them- ... LUTH AELDEN EVRARD seorang lelaki yang mampu membuatkan gadi...