Mr Annoying Vs Miss Beku

By Mademoiselle_Hawa

70.3K 2.8K 171

[COMPLETED✔] QAISARA ALYSHA - Seorang gadis yang pendiam, tak banyak bercakap, tidak suka bergaul dengan ora... More

Memperkenalkan Karya Baru
Bab 1 | Aku
Bab 2 | Pertemuan
Bab 3 | Bistro
Bab 5 | Mamat Annoying
Bab 6 | Qash Anaqi
Bab 7 | Dengki
Bab 8 | Sedondon
Bab 9 | Photoshoot
Bab 10 | Butterfly
Bab 11 | Cemburu
Bab 12 | Picnic
Bab 13 | Aquaphobia
Bab 14 | Kareoke
Bab 15 | Pulang
Bab 16 | Hadiah
Bab 17 | Mimpi
Bab 18 | Pengsan
Bab 19 | Panic Attack
Bab 20 | Surprise
Bab 21 | Tarawih
Bab 22 | Balik Kampung
Bab 23 | Takbir Raya
Bab 24 | Tetamu
Bab 25 | Rombongan
Bab 26 | Lamaran
Bab 27 | Ugut
Bab 28 | Keputusan
Bab 29 | Baju nikah
Bab 30 | Persiapan
Bab 31 | One Step Closer
Bab 32 | Dua Hati Bersatu
Bab 33 | Bidadari
Bab 34 | Winter Wonderland
Bab 35 | Keluarga
Bab 36 | Honeymoon
Bab 37 | Gayat
Bab 38 | Japanese Village
Bab 39 | Doa
Bab 40 | Penat
Bab 41 | Rahsia
Bab 42 | Pergi
Bab 43 | Tertekan
Bab 44 | Ego
Bab 45 | Penyesalan
Bab 46 | Pulang
Bab 47 | Patah
Bab 48 | Sedar
Bab 49 | Pinky Promise
Bab 50 | Kampung
Bab 51 | Sakit
Bab 52 | Maruah
Bab 53 | Hutan
Bab 54 | Cekak
Bab 55 | Pergi
Bab 56 | Termakbul
Bab 57 | Klinik
Bab 58 | Zuriat
Bab 59 | Mengidam
Bab 60 | New Life
Bab 61 | Happiness
Bab 62 | The End
Coffee Time with Hawa

Bab 4 | Kampung

1.4K 61 2
By Mademoiselle_Hawa

      "QAI."

    Terangkat kepala aku dari menghadap telefon. Fiya yang sedang berdiri di muka pintu bilikku dipandang.

    "Kau dah packing baju ke belum?"

    "Dah." jawabku ringkas. Mata aku kembali terarah kepada telefon pintar.

     Aku dan Fiya akan pulang ke kampung pada hari esok. Aku telah memaklumkan kepada Maktok yang aku bakal pulang. Bukan main seronok lagi Maktok. Siap cakap sorang-sorang nak masak apa nanti. Tapi yang aku rasa nak nangis tu, dia nak masak makanan kegemaran Fiya! Habis tu, aku cucu dia ni? Tak nak masak makanan kegemaran aku ke? Huh sedih betul hidup!

     Fiya melangkah masuk ke dalam bilik dan duduk di birai katil.

     Aku masih buat tak endah dengan Fiya. Kedudukan aku yang tadinya sedang berbaring kini aku duduk bersandar di kepala katil.

     "Kau tak cerita lagi dekat aku." Fiya bersuara tiba-tiba.

    Berkerut kening aku. Cerita apa pulak ni?

    "Cerita apa?"

     Fiya memutarkan bebola matanya ke atas. Eh eh, aku cucuk mata tu kang sia-sia je.

     "Macam mana kau boleh kenal dengan Qash tulah."

     Kini giliran aku pula memutarkan bebola mata ke atas. Tak ada soalan lain ke? Aku dengar nama mamat tu pun dah menyirap.

     Fiya mengetap bibir geram apabila aku
buat tidak tahu dengan soalannya. Bantal kecil Fiya baling ke kepala aku.

Bukk!

     Terpejam mata aku. Wahh melampau minah ni... Kang ada yang aku kerat buat jadi lauk kang.

    "Kau ni kenapa? Dah nak sangat aku kerat kau 14 ke?" soalku bengang.

     "Kau lah! Soalan aku tak nak jawab. Padan muka kau!" kata Fiya geram. Eii rasa nak tekup muka beku dia pakai bantal!

    "Apa kau dah tak ada soalan lain ke nak tanya? Kenapa nama mamat tu jugak yang kau sebut?"

     "Eiii aku nak tahu lah kau kenal dia dekat mana. Kenapa kau benci sangat dengan dia? Dia buat apa dekat kau?" desak Fiya membuatkan aku rimas.

     Aku mula duduk bersila di hadapan Fiya. Mata merenung tajam kearahnya.

    "Okay fine! Aku jumpa dia dekat rumah client kita. Kak Sal tu. And dia adik kepada Kak Sal. Dah, puas?" soalku dengan nada geram.

     Fiya mengangguk perlahan. Wajahnya seperti sedang berfikir sesuatu.

     "Jadi, kenapa kau tak suka dia? Qash tu dah la handsome, berkejaya. Haishh ciri-ciri lelaki idaman aku tu!"

    Aku membuat muka jelik. Erk? Macam tu dikata handsome? Please lah!

     Err... tapi hari tu kau jugak yang cakap dia kacak, kan?

     Yes! Aku tak nafikan dia memang dalam kategori kacak. Tapi kalau rupa je ada, tapi perangai tu entah apa-apa, wajarkah aku gelarkan dia kacak? Oh no way!

     "Sebab dia suka kacau and paksa aku. Sejenis yang tak faham bahasa. Cakap lepas, dan terpaling kuat perasan!" kutukku geram.

     Fiya ketawa. "Serius lah dia macam tu? Hari tu tak ada pulak dia tunjuk ciri-ciri macam yang kau sebut ni."

     Aku dah memejam mata. Penat!

     "Boleh tak jangan tanya banyak sangat? Sekarang, dipersilakan keluar dari bilik aku. Esok kalau kau bangun lambat, kau jangan terkejut kenapa muka kau basah." sindirku geram.

     Fiya menjelirkan lidah serta membaling bantal kecil ke muka aku dan terus berlari keluar dari bilik.

    "Fiyaaa!!!"











     KERETA Myvi ku masuk perlahan-lahan ke dalam perkarangan rumah yang diperbuat daripada papan dan batu itu. Kereta aku parking di hadapan rumah tersebut.

     Aku membuka pintu bahagian pemandu dan meloloskan diri dari perut kereta. Wahh! Segarnya udara dekat sini.

     Bunyi burung berkicauan, ayam berkokok, dan keindahan sawah padi yang terbentang luas dihadapannya membuatkan diri berasa tenang.

     Aku menjengulkan kepala dalam kereta ingin melihat 'orang itu' yang sedang lena dibuai mimpi. Aku yang penat drive, dia boleh membuta je.

    "Woi, bangun." kejutku sambil menampar perlahan bahu Fiya.

     Fiya yang separuh sedar itu terpisat-pisat bangun dari baringan. Dia duduk tegak dan cuba menstabilkan diri. Keadaan masih mamai lagi.

    "Kenapa?" soalnya blur.

    Aku mengeluh. Itulah, tidur tak ingat dunia lagi.

   "Dah sampai."

  "Sampai mana?"

    Aku sudah menepuk dahi. Allahuakhbar... Titipkan lah kesabaran buat aku.

    "Dah. Sampai. Kampung. Cik. Safiya." satu persatu aku sebut.

     Terbuntang biji mata Fiya. Matanya lari melihat keadaan sekeliling. Dah sampai!

    Laju sahaja tangannya membuka pintu kereta. Dia keluar dan melihat suasana sekeliling. Wah! Amannya!

    Aku hanya mampu menggeleng. Macam-macam karenah kawannya yang seorang ini.

    Aku mengeluarkan beg pakaian aku dari dalam bonet. Fiya juga turut mengambil beg pakaiannya.

     "Assalamualaikum!" laungku.

     "Waalaikumussalam! Tunggu sat!" sambut seseorang dari dalam.

     Beberapa minit kemudian, muncul raut wajah yang sudah berbulan-bulan tidak bersemuka.

    "Ya Allah Sha! Dah sampai dah cucu kesayangan Maktok ni..." ucap Maktok dengan gembira.

    Aku senyum sebelum melangkah mendekati Maktok. Tangan tua itu aku salam penuh hormat. Tubuh Maktok aku peluk. Erat.

     Maktok membalas pelukan aku. Dia mencium kedua-dua belah pipi aku beberapa kali.

    "Rindunya Maktok dengan Sha." aku tersenyum manis.

    "Sha pun rindu Maktok."

     "Fiya ni Maktok tak rindu ke?" soal Fiya yang sudah muncung sedepa.

     Ceh! Kacau daun betul Fiya ni. Baru nak berjiwang karat sikit.

    "Alahai muncung dah dia. Mai sini Maktok nak peluk." pujuk Maktok.

     Laju sahaja Fiya masuk ke dalam pelukan Maktok. Macam tak nak renggang. Over tau Fiya ni.

     Tangan Maktok disalam dan dicium. Maktok membalas dengan mencium kedua-dua belah pipi Fiya. Dia memeluk Maktok sekali lagi.

    Okay bila nak habis drama jejak kasih ni?

    "Bila nak habis?" soalku dengan muka tiada perasaan.

     Fiya mencebik mengejek. "Eleh, jealous lah tu Maktok sayang aku lebih dari kau."

      Aku buat tidak tahu, kaki ku terus melangkah masuk ke dalam rumah. Mataku memerhati keadaan di dalam rumah. Masih sama seperti kali terakhir aku tinggalkan rumah ini. Terbayang memori waktu aku kecil.

     "Maktok masak apa hari ni?" soal Fiya yang sedang berjalan masuk ke dalam rumah. Tangannya memaut manja lengan Maktok.

     Aku yang melihat sudah menayangkan wajah menyampah. Tak boleh berenggang langsung!

    Aku melabuhkan punggung di atas sofa. Beg pakaian aku letak di tepi kaki.

     "Haaa Maktok ada masak makanan kegemaran Fiya dengan Sha. Nanti lepas dah bersihkan diri, kita makan sama-sama." kata Maktok. Dia dan Fiya turut duduk di sofa.

      "Oh, Sha punya pun ada jugak? Ingatkan Maktok lupa dah dekat cucu yang sini." kataku seperti berjauh hati. Padahal sengaja mengada-ngada!

     Maktok tergelak kecil mendengar kata-kata cucu kesayangan seperti merajuk.

     "Maktok tak lupa aih! Dua-dua orang cucu Maktok. Maktok sayang dua-dua."

    "Entah, kau ni. Sejak bila pandai merajuk ni?" soal Fiya hairan.

      Aku tayang muka 'beku'. Aku bangun dari duduk dan mencapai beg pakaian.

     "Sha masuk bilik dulu lah. Nak mandi."

     "Ha pi lah mandi dulu. Nanti kita makan sama-sama." balas Maktok.

     Aku terus berlalu ke bilik tidurku. Manakala Fiya menuju ke arah bilik tidurnya. Ha siap ada bilik sendiri tau!

     Sememangnya rumah Maktok ini besar dan mempunyai banyak bilik.

      Selesai membersihkan diri, aku keluar dari bilik menuju ke arah dapur. Hidungku terbau sesuatu yang enak. Automatik perut berbunyi minta di isi. Sememangnya tadi sewaktu bertolak ke sini, mereka tidak menjamah apa-apa.

     Aku menarik kerusi di meja makan dan duduk. Makanan sudah terhidang di atas meja. Tunggu untuk diserbu sahaja.

     "Fiya mana Sha?" soal Maktok apabila kelibat Fiya tidak kelihatan.

    "Ada tu, kejap lagi dia datang lah."

     Beberapa minit kemudian Fiya muncul. Dia duduk di sebelah aku.

     "Wah! Banyakknya lauk Maktok masak. Ni yang buat Fiya tak sabar nak makan ni!" kata Fiya teruja.

     Maktok tersenyum melihat telatah Fiya. Walaupun mereka tiada sebarang pertalian darah, namun Maktok tetap menganggap Fiya sebagai cucunya.

    "Baca doa Sha." arah Maktok.

     Aku tanpa banyak kata hanya menurut. Selepas habis membaca, mereka mula menjamah. Serbu!

     Sedang mereka enak menjamah hidangan, ada satu suara menyapa dari pintu dapur.

    "Assalamualaikum..."

     Tiga pasang mata terarah pada pintu dapur. Terjengul wajah Wawa dengan berbaju kurung. Dia melangkah ke dalam dan bersalam dengan Maktok.

     Aku tidak memandang, sebaliknya aku fokus menjamah nasi.

    "Bila sampai?" soal Wawa hanya sekadar berbasi-basi.

    "Pukul 10 pagi tadi. Hang dah makan ka? Mai duduk makan sekali." pelawa Maktok.

     Wawa duduk di sebelah Maktok. Matanya menjeling ke arah seseorang yang sedang kusyuk menjamah nasi.

     "Wawa dah makan tadi. Ni, mak suruh bagi pengat pisang ni." kata Wawa sambil menunjukkan bekas yang berisi pengat pisang.

     Aku hanya diam sambil mendengar perbualan mereka. Tangan aku ligat menyuap nasi ke dalam mulut. Ssdap tak terkata!

     Fiya juga hanya mendiamkan diri. Dia kenal dengan Wawa. Dan dia sudah sedia maklum tentang keluarga Wawa yang tidak berapa suka dengan Qaisara.

      "Tahu pulak hang balik sini. Ingatkan dah tak ingat jalan balik." sindir Wawa.

     Berdesing telinga aku mendengar sindiran sepupunya. Aku mengangkat kepala memandang Wawa. Ada yang rindu nak makan penampar ke macam mana?

    "Wawa! Jaga mulut tu!" marah Maktok. Tidak suka dengan kata-kata Wawa. Ada saja yang hendak dicari masalah.

     Wawa tayang muka meluat. Sayang sangat dengan cucu sorang ni!

     Aku yang susah selesai makan terus bangun dan menuju ke singki.

    "Sekejap ja makan Sha?" tegur Maktok.

     Aku menoleh setelah siap memcuci pinggan.

    "Kenyang dah Maktok. Sedap Maktok masak. Nanti Sha sambung makan. Sha masuk bilik dulu." kataku meminta diri.

     Sebenarnya aku malas nak hadap si Wawa tu lama-lama. Menyakitkan hati. Ada saja perkara yang dia tidak puas hati.

     Wawa ni muda dua tahun dari aku. Anak Pak Ngah dengan Mak ngah. Tapi itu lah. Macam yang aku pernah cakap, diorang bukannya suka aku. Entah apa salah aku dekat diorang. Malas nak ambil kisah!

<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Don't forget to vote okay!

#ToBeContinue

Update: 26 July 2021

Continue Reading

You'll Also Like

8.5K 501 29
Nur Airis Inara. Anak yatim piatu sejak berumur 10 tahun dan kini tinggal bersama keluarganya. Namun kehadirannya selalu tidak disenangi oleh ibu sau...
70.6K 1K 5
[ 𝐏𝐈𝐄𝐓𝐑𝐎 𝐌𝐀𝐗𝐈𝐌𝐎𝐅𝐅 𝐱 𝐎𝐂 ] ❝ 𝘪 𝘬𝘯𝘰𝘸 𝘪 𝘤𝘢𝘯 𝘣𝘦 𝘢 𝘫𝘦𝘳𝘬, 𝘣𝘶𝘵 ... 𝘪 𝘱𝘳𝘰𝘮𝘪𝘴𝘦 𝘵𝘩𝘢𝘵 𝘪 𝘥𝘰 𝘳𝘦𝘢𝘭𝘭𝘺 𝘤𝘢𝘳...
3.5K 258 31
Nawira Wareesha X Hafiy Qays 🦋 Bercinta hampir 5 tahun dan di umur 17 tahun keluarga keduanya setuju untuk mengikat mereka dalam tali pertunangan. R...
4.3M 282K 60
"Why the fuck you let him touch you!!!"he growled while punching the wall behind me 'I am so scared right now what if he hit me like my father did to...