✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎�...

By Drizellla

2.4M 113K 10.4K

| 2021| 18+ EXTENDED VERS COMINGSOON MELODRAMA 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐢, 𝐩𝐚𝐧𝐚𝐬 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐤𝐭𝐨𝐫, 𝐤𝐨�... More

⚠️ A M A R A N ⚠️
1 | OUR MARRIAGE
2 | THE INNOCENT DEFENDANT
3 | I AM THE COURT
4 | UNFAIR PENALTY
5 | LESUNG BATU
6 | POLICE REPORT
7 | HUJAN LEBAT
8 | SAVING THE ROSE
9 | HANSEN OR HAYDEN
10 | ARCHERY AND BOW
11| WASIAT GAMBINO
12 | ESCAPE FROM HEART
13 | MERABHA,ISTANBUL
14 | GAMBINO SCANDAL
15 | THE TAMRIK'S HOUSE
16 | ÇOK GÜZEL- BEAUTIFUL
17 | AMARAH CINTA
18 | JEJAK MAWAR
19 | HAYDEN'S CAGE
20 | 365 DAYS IN COURT
21 | DO YOU LOVE ME?
22 | SERANGAN PENCEROBOH
23 | THE LAST WARNING
24 | VICTORIAN-ERA NIGHT
25 | HAYDEN ' S GAME
26 | I CAN SMELL THE BLOOD
27 | YOU'VE CHANGED
28 | DNA STATEMENT
29 | RAHSIA MAWAR
30 | NONSENSE OFFER
31 | PENANGAN SI DAJJAL
32 | HALALKAN DEMI NATHAN
33 | AUDITORY HALLUCINATION
34 | KILL ME, HEAL ME
35 | HABEAS CORPUS
36 | GAMBINO PRIDE
37 | CHATEAU DE VOLLINI
38 | I'M A RAPIST
39 | NEGOTIATION TENDER
40 | LUKISAN NATHAN
41 | MACCHIATO SPLASH
43 | PECAHKAN PINTU
44 | MISS UR SCENTS
45 | GOD DAMN , LOVE
46 | DEATH OF US
47 | THE MYSTERY ZARRA
48 | PRE-MATURE ANGEL
49 | LITTLE HAKAN ARSALAN
50 | THE FAMILY DINNER
51 | ALLAH, I'M LOST IN MYSELF
52 | HANTU PUNGGUNG
53 | SURAT, BUKTI LAYANG
54 | MRS. RAJA HAYDEN
55 | DIGGING THE THRUTH
56 | THE WITNESS
57 | DIVORCE NOORA
58 | THE AFFIDAVIT
59 | I CAN'T FEEL ANYTHING
60 | OUR LAST JOURNEY
SEMI FINAL
FINAL | SATU

42 | FINDING MAWAR

35.9K 1.8K 124
By Drizellla

TERDENGAR desisan suara Datuk Omar membawa lamunan Hayden ke alam nyata semula. Tubuh yang masih menghadap pemandangan metropolis luar hospital swasta itu langsung dipusingkan ke arah siapa empunya suara.

"Are you okay, papa?"Bisik Hayden ke telinga Datuk Omar. Sambil itu, seluar hospital Datuk Omar diperiksa untuk memastikan tiada sebarang kebocoran pada pampers bapa mertuanya.

"Ma..war... "Bersama nafas yang kedengaran berantakan dalam alat bantuan pernafasan, Datuk Omar seru nama anak perempuannya beberapa kali.

Mawar? Memang tepat sekali, Mawar sering berkunjung ke sini untuk melihat keadaan Datuk Omar. Bunga ros putih di atas meja tidak jauh dari katil Datuk Omar dibelek beberapa kali.

"Mawar tak ada hari ni, papa."Ucap Hayden. Punggung dihenyakkan pada birai katil Datuk Omar.

"Cantik bunga ni. Harum semerbak. Tapi aku pelik juga sebab tak wad ni sangatlah privasi dan dikawal oleh orang-orang aku. Ada sesiapa masuk dalam wad papa selama ni sebelum Hayden tahu papa dah sedar dari koma?"

"Tell me, papa. Come on. Mawar dah lima bulan larikan diri dari Hayden." Hayden dekatkan telinga pada bibir Datuk Omar.

Kelihatan Datuk Omar mengebilkan kelopak matanya beberapa kali seperti masih mencerna ayat menantunya itu. Apa dah jadi pada Mawar? Kenapa Mawar melarikan diri? Tidak bahagiakah Mawar?

"Ma.. War..."Datuk Omar menjawab perlahan-lahan.

Jelas nama itu menjadi sebutan Datuk Omar,  Hayden hembus keluhan ke udara. Tubuh kembali diangkat ke tepi dinding lutsinar hospital. Dipejamkan beberapa saat mata untuk mencari ketenangan di dalam keheningan dalam bilik wad itu.

"Aku tahu dia selalu datang sini. Semua ni salah Hayden. Mawar hamil dan cuba rahsiakan identiti sendiri untuk kaburkan mata aku. Hayden minta maaf sebab tak jaga anak-anak perempuan papa dengan baik."

"Rossa dan Mawar adalah dua beradik kandung yang pernah hadir dalam hidup aku. Papa tahu macam mana Hayden sayangkan dan cintakan Rossa. Dan,  papa mesti tahu begitulah rasa benci dan dendam Hayden pada Mawar. Aku tak pernah cintakan Mawar."

"Sampai satu saat semua terbongkar dengan sendirinya. And , Looks like  you're already knew everything about this.

Kedengaran, suara nafas Datuk Omar semakin kasar. Berharap Hayden tidak pernah tahu rahsia sulit yang telah terjadi di antara Hades dan Rossa sebelum kematian Rossa.

"Late Rossa was a unfaithful wife and Nathan is not my biological son, papa...." Tutur Hayden dalam. Berubah mencerlung anak matanya memandang luar hospital.

"Why?" Hayden bertukar bengis. Katil Datuk Omar didekati semula. Walang hatinya kerana telah ditipu hidup-hidup selama ini. Sepertinya, Datuk Omar telah bersengkongkol dengan Hades untuk menikam pisau di belakangnya.

Datuk Omar geleng kepala sambil menggali kudratnya yang masih aktif untuk mencari butang kecemasan. Kesakitan dan rasa takut semakin datang bertimp-timpa apabila matanya yang kabur dapat menangkap wajah merah padam Hayden.

"Kau ingat aku ni bodoh ke? Semudah tu korang peralatkan aku macam kambing hitam. Aku cintakan Rossa. Aku sayangkan Rossa. Alih-alih kau jual anak kau dekat Hades semata-mata nak harta,  Datuk Omar."

Hayden leraikan gelak sinis.

"Oh, aku lupa. Mungkin kau ingat aku ni mandul sebab gagal hamilkan Rossa. Kami dah nikah empat tahun tapi tetap tak ada zuriat sebelum Rossa disahkan hamil. Kau jangan risau, Datuk Omar. Aku tak mandul. Keputusan doktor yang pernah sahkan aku mandul tak betul sama sekali. Aku tak percaya kuasa doktor tapi aku percaya rezeki Allah."

"I love your daughters, Mr Omar."

"But why,? Why did you do this to me?"

Hayden genggam kuat palang besi katil Datuk Omar. Dipandang dalam wajah Datuk Omar yang sedang diruntun kegerunan dan tidak dapat mengeluarkan satu patah suara untuk menjawab soalan-soalannya.

"Jawablah, Datuk Omar! Kenapa kau buat semua ni dekat aku?! Apa dosa aku dekat kau? Kenapa kau rahsiakan benda ni bertahun-tahun dekat aku?!"Jerkah Hayden kuat di dalam wad. Bam! Katil Datuk Omar tempat Datuk Omar terbaring lesu disepak geram.

Selepas katil tersebut diterajang kuat, bunyi penggera kecemasan dalam bilik itu tidak semena-mena automatik aktif dengan bingar sekali. Dua orang jururawat dan seorang doktor masih berkot putih menerjah pintu dengan muka gawat.

"Encik Hayden, sila keluar dulu. Kami nak check keadaan Datuk Omar."Arah doktor bertag nama 'Khalid' itu di depan Hayden. Datuk Omar yang sedang susah untuk menarik oksigen serta sakit dada cuba diselamatkan dengan tergesa-gesa.

Setelah arahan diberikan, Hayden dayung keluar langkahnya keluar wad tanpa menoleh ke belakang lagi. Tak kira apa jua, dia harus tahu dimana Mawar tinggal waktu ini.

"AKAK, esok akak turun kerja lagi ke?"Yasmin letak mangkuk tempoyak dan mangkuk sup ayam di atas meja makan.

"Ah, ya. Mestilah. Nanti siapa nak beli barang keperluan makcik kan. Takkan asyik nak harapkan Abang Awang aje."

"Tapi Yasmin kesian lah dengan akak. Balik kerja asyik mengadu sakit pinggang dan sakit kaki. Akak kan tengah pregnant tu. Lagipun, Abang Awang boleh aje tampung keperluan mak."Nasihat gadis berumur 16 tahun itu.

"Tak bolehlah, Yasmin. Akak kesian dengan Abang Awang kerja keras siang malam semata-mata nak tengok kita makan sedap hari-hari. Kadang-kadang tak sempat nak balik rumah. Akak kena tolong dia sikit. Tak lama lagi makcik nak buat pembedahan buah pinggang. Semua tu perlukan belanja."

Yasmin mengeluh lembut. Nasi disuap sedikit ke dalam mulut. Bertemankan lampu pelita, wajah Mawar yang sedang dilanda keletihan dipanah dengan rasa bersalah. Kata Mawar, wanita itu bercita-cita ingin membeli enjin api elektrik untuk mereka sekeluarga kerana kawasan setinggan tersebut tiada bekalan elektrik dan bekalan air bersih dari pihak kerajaan.

"Akak kan nak beli enjin elektrik nanti bolehlah kita beli tv. Tengok drama korea dekat sini sebab tu lah akak kena kerja keras." Sambung Mawar tika Yasmin masih terkebil-kebil polos meneroka wajahnya.

"Akak—"Yasmin genggam tangan Mawar lembut.

"Kenapa, Yasmin?"

"Sebenarnya Yasmin takutlah tinggal seorang diri dekat rumah sebab Yasmin nampak ada orang tak dikenali selalu perhatikan rumah kita. Mereka pakai kereta besar dan gelap. Yasmin rasa mereka bukan orang sini. Yasmin takutlah, akak."

Mawar berhenti menyuap makanan ke dalam mulut setelah kenyataan itu keluar mulut Yasmin. Orang tak dikenali? Pakai kereta besar dan gelap?

"Berapa kali dah Yasmin tengok mereka berlegar-legar depan rumah kita?"

"Sebelum ni ada tapi tak lama. Lepas tu, semalam Yasmin tengok mereka datang lagi. Kali ni mereka lebih lama. Macam tunggu seseorang tapi Yasmin tak tahulah mereka tengah tunggu siapa."

Mawar kerunyut dahi. Rasanya selama ini tak ada individu yang musykil di kampung setinggan itu lagi-lagi Yasmin memberitahu bahwa orang-orang itu memakai kereta mewah besar.

Mustahil Awang terlibat dengan along atau—Mawar usir perasaan negatifnya jauh-jauh. Hayden tak akan tahu dimana dia bersembunyi dan berteduh sekarang ni.

"Okey, akak nak nasihatkan sikit untuk Yasmin. Kalau orang tu datang lagi, tutup pintu rapat-rapat. Tutup jendela. Jangan buat bising sampai akak dengan Abang Awang sampai."

"Tapi orang siapa sebenarnya, kak?"

"Akak pun tak tahulah, Yasmin. Kalau mereka kacau rumah, call polis cepat-cepat. Kalau mereka tak kacau kita ,tak apa biarkan. Yang penting jangan tegur mereka. Kalau mereka tanya, jangan berikan apa-apa maklumat. Faham?"Nasihat Mawar sungguh-sungguh.

"Ya lah, akak. Yasmin faham."Akur Yasmin. Wajah ditekur lama pada longgokan nasi. Tak ada selera pula nak makan.

"Yasmin tak sabarlah nak tengok Abang Awang dengan akak nikah. Abang Awang cakap, korang nikah akhir tahun ni lepas akak lahirkan baby dan tunggu keputusan cerai dari suami akak."Ucap Yasmin bernada berderet-deret.

Membulat besar biji mata Mawar. Air yang baru saja diteguk masuk kerongkong tiba-tiba ingin tersembur keluar. Tergopoh-gapah wanita itu bangkit dari kerusi lalu memuntahkan semula air dalam mulutnya ke dalam sinki.

"Akak okey ke? Kenapa dengan akak?"

"Uhuk! Uwak! Uwak!"Mawar tak tahan. Segala isi perut tadi keluar hampir separuh. Tersedak air punya fasal!

"Yas! Yas! Buka pintu untuk abang,  Yas!"Tok! Tok! Tok! Gemaan suara garau di depan pintu rumah setinggan mereka menyebabkan Yasmin terjeda dari mengusap belakang Mawar.

"Akak, Abang Mawar dah sampai!"  Berlarian anak Yasmin menuju pintu rumah mereka. Terjengul wajah Awang sambil menjijit beberapa plastik dari pasaraya.

"Awang—uwak!"Mawar muntah lagi ke dalam sinki saat terpanah wajah belum mandi Awang.

"Kenapa dengan Kak Mawar?"Awang bergegas meletakkan beg plastik atas meja makan. Muka Mawar dipandang penuh prihatin sambil tangan kasarnya mengusap lembut bahu Mawar.

"Entahlah. Akak tiba-tiba muntah bila Yasmin cakap abang nak kahwin dengan Kak Mawar. Ala, Yasmin gurau ajelah. Tak sangka pula baby dia kuat cerewet punya orang."

"Apa benda kau merepek ni? Dah kau merepek bukan-bukan, muntah hijau lah orang. Dah-dah! Ambil air satu gelas untuk Kak Mawar!" Bebel Awang.

Kuat fitnah punya adik. Tiada sebesar zarah hatinya ingin mengambil kesempatan pada Mawar. Awang sedar diri. Dia dengan Mawar ibarat pipit dengan seekor enggang. Lagi-lagi
dengan status Mawar yang tidak pernah mengizinkan untuk dia mendekati Mawar dengan lebih jauh lagi.

"Nah, air untuk Kak Mawar. Ala, abang... Yasmin tak sengaja lah bang."

"Dah, kau tengokkan mak dulu. Tak payah semak." Awang usir Yasmin supaya berambus pergi dari situ.

"Ish, abang ni! Tak sukalah!"Bentak Yasmin stress setelah diusir oleh Awang. Lalu, tubuhnya dibawa hilangkan dari ke dalam kamar tidur Mak Salbiah.

"Tak apa. Saya okey." Tolak Mawar sopan bila Awang cuba menyokong tubuhnya yang ingin rebah.

"Esok kau tak payah kerja lah. Nanti aku tolong bagitau Cherry untuk sampaikan pada supervisor kau. Kau dah berapa kali mengadu sakit pinggang ni."Tutur Awang serius.

"Sikit aje."

"Tak bolehlah, Mawar. Kandungan kau dah masuk lima bulan. Nanti bertambah sakit lagi kaki dan pinggang kau tu sebab dalam kedai kau kena berdiri lama. Hujung bulan ni kau berhenti ajelah partime dekat kedai tu."

Mawar serba salah. Serba salah dengan setiap tindakan dan perhatian lelaki sebaik Awang. Sungguh, dia terlalu banyak terhutang budi dengan Awang.

"Awak mandi dulu. Lepas tu, saya nak ada benda nak cakap sikit dengan awak."Ucap Mawar sambil merebahkan sedikit belakang pada kerusi.

Awang menggangguk setelah berdiam diri. Tuala mandi tersidai di pada penyangkut baju di tepi tingkap direntap.

"Okey, aku pun ada benda nak cakap dengan kau."Ujar Awang. Kemudian, tubuhnya menghilang di sebalik bilik air.

Mawar hembus nafas. Ya Tuhan, dia berharap sangat orang-orang tidak dikenali itu bukan orang-orang yang sedang mencari jejaknya. Minta dijauhkanlah dia dari jejak Raja Hayden Behzad!

****
21.07.2021
—Drz🖤

Continue Reading

You'll Also Like

2.6K 280 18
Start : 13 Januari 2024 End : -
1.7K 86 19
I will kill who broke your heart, my babywife (Slow update)
2M 87.2K 57
[COMPLETED] 1st story Song: Dirgahayu by Faizal Tahir & Siti Nurhaliza Sudah 13 tahun berlalu. Jarak yang memisahkan mereka buatkan dia bahagia dan...
245K 7.9K 30
Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel, Dato Zakery. Namun, ia terperangkap d...