Rania Ramanshah: Dikhianat Ke...

By KudinaKufazly

121K 1.2K 80

Rania Ramanshah Γ— Faliq Hanafi Shah Rania Ramanshah, dia bukanlah seorang wanita yang lemah ataupun mengharap... More

bab 70
bab 71
bab 72: Pembalasan
bab 73
bab 74
bab 75
bab 76
bab 77
bab 78
bab 80
bab 81
bab 82
bab 83
Epilog: Pengakhiran Segala-galanya

bab 79

860 74 4
By KudinaKufazly

PERLAHAN-lahan Rania membuka matanya. Rasa sakit mula terasa di bahagian kepalanya akibat kesan hentakan di bahagian kepala. Rania mula memandang keadaan sekeliling, ditambah pula dengan kepalanya terlalu sakit. Tangan dan kakinya yang diikat di kerusi membataskan pergerakan Rania. Rania beralih memandang Rihanna yang masih lagi tidak sedar, sama juga dengannya. Tangan dan kakinya di ikat.

"Rihanna..." panggil Rania perlahan. Perlahan-lahan Rihanna membuka matanya dan beralih memandang Rania.

"Kau okay?" soal Rania. Rihanna cuka mengangguk sahaja. Ikatan yang terlalu kuat menyukarkan Rania dan Rihanna untuk melepaskan diri. Begitu juga dengan, Rihanna.

"Rania, kau ada bawa apa-apa benda yang tajam tak?" soal Rihanna. Rania menggeleng. Kalau ada benda tajam, bolehlah diguna untuk memotong tali yang mengikat mereka.

"Rania, kau kuatkan? Bertahan sekejap." pesan Rihanna.

"Kau pun, Rihanna."

"Dah bangun dah?" soal satu suara. Rania dan Rihanma terus mengangkat muka memandang pemilik suara itu. Sara Jane dan Puan Aisha yang mengenakan pakaian serba hitam mendekati mereka.

"Apa yang kau nak, Sara?"

  Persoalan yang meluncur keluar daripada mulut Rania membuatkan Sara Jane tertawa besar. Sara Jane maju mendekati Rania, sanggul rambut Rania yang berbakut tudung dicengkam kuat sehinggakan Rania terdongak ke belakang.

"Aku nak kau mati. Takkan kau tak tahu?"

"Apa tujuan kau culik kitorang? Dah memang gian sangat ke nak bunuh orang? Tak rasa ke apa yang kau buat ni semuanya sia-sia. Macam hidup kau, sia-sia saja, baik mati." Sinis sahaja Rihanna berkata. Puan Aisha melangkah mendekati Rihanna.

"Kau cakap apa?"

"Lebih baik mati, sebab macam mana pun hidup asyik bawa bala. Korang berdua tak rasa ke hidup korang ni macam kena sumpah?"

Buk!

  Satu tumbukan daripada Puan Aisha mengena tepat di pipi Rihanna. Rihanna tersenyum sinis, darah mula mengalir keluar dari bibir Rihanna.

"Setakat tumbuk, culik macam ni aku pun boleh buat." Kali ini giliran Rania pula bersuara. Sara Jane, Puan Aisha dan Rihanna serentak memandang ke arahnya.

"Lebih baik kau bunuh aku saja. Ambil pistol, letak kat kepala. Sebab, aku dah hilang ahli keluarga aku. Baik aku teman diorang dekat sana. Tak payah nak buang masa layan manusia perangai mengalahkan syaitan macam kau berdua. Munafik!"

"Kau diamlah perempuan!"

Pang!

Buk!

  Satu tumbukan dan penampar singgah tepat di kedua-dua pipi Rania. Rania tersenyum sinis.

"Kenapa? Kau tercabar dengan apa yang aku cakap tadi?" sinis sahaja Rania menyoal. Lantas, Puan Aisha membawa keluar pisau Rambo dibawa keluar dan diberikan kepada Sara Jane. Pisau bertukar tangan.

"Sebelum aku nak bunuh kau, ada benda yang aku nak cakap dekat kau." Kerusi plastik yang berada di situ diambil dan di duduk. Pisau rambo yang berada di tangannya dipusing tidak henti.

"Selama ini, apa yang terjadi dekat kau dengan Faliq. Aku yang rancang. Dari kemalangan yang sebabkan kematian Rayyan, kau bergaduh dengan Rihanna, kau gugur dan kemalangan dekat depan pejabat Rihanna semua aku yang rancang. Tapi aku suka bila tengok kau gugur, lagi-lagi waktu kau gugur depan aku. Puas hati."

"Biadap! Kau ni bukan manusia! Kau tu binatang!" Nafas Rania mula tidak teratur menahan amarah. Kalau tangan dan kaki dia tak di ikat, memang ada yang kena bunuh. Puan Aisha beralih memandang Rihanna.

"Dan fasal ayah kau mati kena tikam, untuk pengetahuan kau aku yang tikam dia, maaflah tapi aku terpaksa juga buat macam tu sebab dah kantoi dah yang aku kahwin dengan dia sebab nak balas dendam. Tapi aku buatlah cerita kononnya ada orang pecah masuk lepas tu tikam ayah kau, tapi sebenarnya aku yang rancang semua ni..."

  Puan Aisha berjeda seketika dan bangun dari duduknya. Puan Aisha melangkah mendekati Rania, wajahnya didekatkan sedikit ke telinga Rania.

"... Satu kepuasan bagi aku bila dia menjerit minta maaf. Tapi sayang, benda yang dah lepas kita tal boleh putar kembali. Jadi aku bunuhlah dia." Puan Aisha menjarakkan sedikit wajahnya dari telingan Rania, tangannya naik memegang wajah Rania.

"Kau memang betul-betul manusia paling jahat aku pernah jumpa. Aku bunuh kau dengan Sara! Kau tunggu!" jerit Rania sekuat hati. Puan Aisha cuma tertawa besar. Tangannya naik menampar perlahan pipi Rania.

"Jeritlah. Sebab lepas ni giliran kau pula."

.

.

MATA Rania dan Rihanna tidak lepas daripada memandang Sara Jane dan juga Puan Aisha yang sedang makan. Rihanna beralih memandang Rania.

"Rania." panggil Rihanna perlahan, tambahan pula kedudukan Sara Jane dan Puan Aisha agak jauh daripada mereka. Jadi agak mudah untuk mereka berbual dan merancang sesuatu.

"Apa?"

"Aku ada rancangan." tutur Rihanna.

"Rancangan apa?" soal Rania ingin tahu.

"Aku nak ajak Aisha pergi tandas. Aku tahulah nak buat apa nanti. Kau tunggu saja dekat sini dengan Sara." arah Rihanna. Rania cuma mengangguk tanda faham dan setuju.

"Woi!" laung Rihanna. Puan Aisha dan Sara Jane yang sedang berbual kosong terus beralih memandang mereka berdua. Puan Aisha bangun dari duduknya dan maju mendekati Rania dan Rihanna.

"Apa kau?"

"Aku nak terkencing. Kau bukalah sekejap tali ni. Kalau aku kencing dekat sini kau nak basuh ke?"

  Puan Aisha beralih memandang Sara Jane. Sara Jane mengangguk tanda membenarkan dia untuk membuka ikatan di tubuh Rihanna. Sambil berjalan menemani Rihanna ke tandas, tangan Puan Aisha mengenggam erat pergelangan tangan Rihanna.

"Masuk." arah Puan Aisha lalu membuka pintu tandas, Rihanna masuk ke dalam tandas. Pintu tersebut dikunci.

  Sementara itu di sisi lain pula, Sara Jane berjalan menuju ke arah Rania. Kerusi diambil dan Sara Jane duduk di hadapan Rania, kakinya diangkat dan diletakkan di atas peha Rania.

"Percayalah cakap aku, Faliq takkan datang dan selamatkan kau. Kau dengan aku kita senasib, dipergunakan atas nama cinta." tutur Sara Jane. Rania tertawa kecil.

"Mungkin ya mungkin tidak. Tapi antara kita berdua aku rasa kau yang paling beruntung. Sebab kau cinta pertama suami aku."

"Tapi kau dunia dia. Kau segala-galanya untuk Faliq." Sara Jane memandang lama Rania dihadapannya.

"Kalau aku dunia dia, itu bermakna yang dia akan selamatkan aku. Betul tak?" soal Rania. Sara Jane diam tidak mengangguk.

"Ni, sampai bila kau nak ikat, seksa aku dengan Rihanna? Lebih baik kau bunuh saja kami berdua. Kau ingat kau culik aku, aku akan merayu melutut dan menangis dekat kau supaya kau lepaskan aku? Never. In your dream!" dingin sahaja nada Rania berkata-kata.

"Eh perempuan, aku ni taklah bodoh macam yang kau sangkakan. Aku culik kau sebab aku nak tengok Faliq datang cari kau ke tidak. Kau jangan berlagak sangatlah, kau ingat kau seorang saja kuat? Eh aku pun lebih kuranglah nasib macam kau. Tapi kau ni kesianlah sikit, sebab dendam kau tak terbalas lagi..." Sara Jane berjeda, kakinya dibawa turun.

"... Dendam aku dah terbalas."

"Maksud kau?" soal Rania tidak faham. Apa yang Sara Jane maksudkan?

"Kematian abang dan kakak ipar kau, aku yang rancang. Ataupun lebih tepat, aku yang bunuh. Tapi sayang jugalah sebab asalnya aku nak Rayyan pun ada sekali tapi takpalah. Aku bunuh Rayyan dengan adik dia."

Rania tergamam.

"Manusia ni Rania, dia boleh berubah dalam sekelip mata. Tapi bodohnya aku,  sebab aku berubah disebabkan cinta dan juga kepercayaan aku yang dikhianat. Macam kau jugalah, dulu bukan main percaya dekat aku tapi tak tahu yang aku akan hancurkan apa yang kau ada. Macam itu juga aku dengan Faliq, aku dulu tak macam ni tau Rania. Aku dulu, baik. Tapi lepas apa yang terjadi dekat aku, aku berubah."

"Manusia boleh berubah menjadi suci seperti malaikat ataupun menjadi kotor seperti syaitan sekelip mata. Bezanya jalan apa yang dia pilih, dan aku pilih menjadi seorang yang kotor. Ini saja cara aku nak balas dendam."

.

.

PINTU tandas dikunci dengan selamat. Telefon yang diselit di belakang seluar dibawa keluar. Buka sahaja telefon, Rihanna memperlahankan suara sehabis baik. Aplikasi WhatsApp dibuka, nama Qayden ditekan. Location yang dia dan Rania berada sekarang dihantar. Telefon ditutup dan diselit di belakang seluar kembali. Pintu tandas dibuka.

"Dah habis dah." Rihanna keluar daripada tandas. Puan Aisha memegang kembali kedua-dua pergelangan tangan Rihanna, sampai sahaja di hadapan. Rihanna duduk kembali di atas kerusi, tangan dan kakinya di ikat seperti tadi. Rihanna beralih memandang Rania, begitu juga dengan Rania.

Kening diangkat, Rania tersenyum tipis. Mindanya mula teringat kembali apa yang Sara Jane katakan kepadanya sebentar tadi, apa yang boleh dia simpulkan cuma satu saja.

'Mempercayai orang sekeliling adalah kesalahan terbesar.'

Continue Reading

You'll Also Like

9.3K 242 59
πŸ““ 1 β€’ Gadis sepi yang bernama Luthfiya Amanda~ Masih kuat walau dibenci oleh papanya sendiri. Sering dibuli tapi dia tidak dapat dibuli kerana keber...
261K 9.3K 59
[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah ap...
200K 6.2K 81
β„Œπ”žπ”©π”²π”°π”¦π”«π”žπ”°π”¦ π”œπ”žπ”«π”€ π”‡π”¦π”±π”žπ”¨π”‘π”¦π”―π”¨π”žπ”« π”…π”’π”―π”°π”žπ”ͺπ”ž, π”…π”¦π”‘π”žπ”‘π”žπ”―π”¦ π”–π”Άπ”²π”―π”€π”ž. "Hidup kau takkan pernah tenang, Iris Natasha. Aku...
355K 13.2K 79
Pernah tak kau nak tinggalkan seseorang, tetapi sebenarnya kau sendiri tak nak berpisah. Dan kedua-duanya masih sayang. Namun keadaanlah memaksa kau...