Rania Ramanshah: Dikhianat Ke...

By KudinaKufazly

121K 1.2K 80

Rania Ramanshah × Faliq Hanafi Shah Rania Ramanshah, dia bukanlah seorang wanita yang lemah ataupun mengharap... More

bab 70
bab 71
bab 72: Pembalasan
bab 73
bab 74
bab 75
bab 76
bab 78
bab 79
bab 80
bab 81
bab 82
bab 83
Epilog: Pengakhiran Segala-galanya

bab 77

862 71 15
By KudinaKufazly

ALAT kawalan jauh televisyen diambil, aplikasi Netflix dibuka. Rania beralih memandang Rihanna disebelahnya. Peliklah juga, sejak Rihanna balik dari berjumpa dengan Qayden dua hari yang lepas mukanya langsung tidak senyum. Masam sahaja, dia bergaduh dengan Qayden kah?

"Kau kenapa?" soal Rania. Rihanna yang sedang menunduk terus mengangkat mukanya memandang Rania. Nafas berat dilepaskan.

"Qayden... Dia nak bercinta balik dengan aku."

"Lepas tu? Kalau kau masih lagi sayangkan Qayden tu apa salahnya kalau kau bagi peluang kedua dekat dia? Lagipun masalah antara aku dengan Faliq Qayden tak ada kena mengena pun. Tak bercampur langsung dengan korang." balas Rania. Kusyen yang dipeluk dilempar ke arah Rania.

"Aku bukannya apa, walaupun Qayden tak ada kena mengena tapi aku tak faham kenapa dia tak berterus terang dengan aku? Padahal boleh saja kan?" Rania terus beralih memandang Rihanna, kusyen diambil dan ditepek ke muka Rihanna.

"Sakitlah!" jerit Rihanna. Kusyen tersebut diletakkan di sebelahnya. Rania memandang Rihanna lama.

"Kalau aku jadi Qayden aku pun tak cakap. Sebab kau tu kawan dengan aku, tak mustahillah kalau dia dah bocor rahsia tu kau akan cakap dekat aku. Kau kena bersyukur tau Qayden tu nak dekat kau. Kau bukannya lawa mana pun, kalau muka Uyaina Arshad takpalah juga. Ini muka macam Mimi Peri."

  Rania mencapai alat kawalan jauh televisyen. Rihanna disebelah sudah masam mencuka. Dia cakap muka aku macam Mimi Peri? Wah, biadap betul perempuan ni.

"Habis, kalau aku ni Mimi Peri kau tu apa?"

"Makcik Mila! Puas hati kau?" nada Rania sudah naik seoktah.

"Ni, kau dengan Faliq ni macam mana?" soal Rihanna selamba. Rania cuma mengangkat kedua-dua bahunya saja. Malas nak menjawab bila ianya melibatkan Faliq.

"Kau tu pula, bila nak berbaik dengan Qayden?" Kali ini giliran Rania pula menyoal Rihanna. Sama juga, Rihanna turut mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Aku bukannya apa, tapi kadang-kadang tu aku rasa yang aku ni tak cukup layak untuk dia kau tahu tak? Kau bayangkan, sebelum ni kalau kami gaduh, selalunya aku yang mulakan dulu. Tapi yang beria-ria minta maaf siapa? Qayden."

"Perempuan mana pernah salah."

"Memanglah perempuan tak pernah salah..." Tangan kanan Rihanna naik menampar Rania.

"... Tapi kadang-kadang tu adalah juga aku rasa yang aku ni tak layak untuk Qayden. Terus terang aku cakap Qayden tu terlalu baik untuk aku kau tahu tak?"  Tambah Rihanna. Lain pula bagi Rania, jelas di wajahnya sudah mulai pelik. Apa ni? Katanya Qayden terrlalu baik untuk dia? Biar betul Rihanna ni

"Qayden baik sangat pun kau tak nak, apa complicated sangat hidup kau ni? Habis kalau Qayden tu baik, kau nak kahwin siapa sekarang ni? Perompak? Donald Trump? Ke kau nak kahwin dengan tentera Israel?" sinis sahaja nada Rania menyoal Rihanna. Rihanna mencebik sedikit.

"Bukan macam tu, tapi aku rasa tak selesalah. Dengan aku dia baik macam malaikat, risau kadang-kadang."

"Malaslah aku nak layan kau. Dah dapat boyfriend yang boleh sayang kau, kau tu pula nak sangat putus. Ikut suka hati kaulah. Sebelum aku terlupa esok aku nak jumpa dengan Faliq."

"Eh, esok pun aku ada rancang nak berjumpa dengan Qayden. Kau nak pergi satu kereta ke asing?" soal Rihanna ingin tahu. Kalau dia tahu, bolehlah dia atur jadual dia esok. Tak adalah kelam-kabut sangat.

"Asing kereta. Sebab sebelum jumpa Faliq aku ada nak singgah Mall sekejap, beli barang."

"Nak ikut boleh tak, Rania?"

"Tak payah nak mengadalah kau."

.

.

MANGKUK yang berisikan maggi diletak di atas meja. Sudu dan garfu diambil, dengan bacaan bismillah Qayden menjamah maggi yang dimasak olehnya.

"Kau ni memang tak ada rumah eh? Asyik-asyik datang rumah aku, lepas tu habiskan stok makanan aku. Kau ingat aku beli makanan semua ni untuk kau ke?" tutur Faliq. Air masak diambil dan diteguk.

"Diamlah kau. Aku bukannya apa, bosan duduk rumah sengsorang. Kau ni, takkan tak bosan kot?" soal Qayden. Faliq mengangguk. Takkanla tak bosan, bosan kot. Bayangkan dulu balik rumah isteri sambut sekarang ni balik rumah tak ada siapa pun yang sambut. Ada rezeki hantu yang sambut.

"Bosanlah. Takkan tak bosan, tapi sekurang-kurangnya aku ni takdalah nak menempel dekat rumah orang macam aku ni takda rumah."

"Kau kalau sehari mulut tu tak memuaka memang kau mati eh? Tak boleh nak hidup? Dahlah muka kau tu macam biawak. "  balas Qayden. Sakit hati juga dia dengan mulut Faliq.

"Ni, kau dengan Rihanna macam mana?" soal Faliq ingin tahu.  Dia ada perasan juga lepas Qayden balik dari jumpa dengan Rihanna muka dia muram saja. Tak lain dan tak bukan mesti gaduh. Biasalah budak bawahan baru nak bercinta.

"Aku pun tak tahulah. Kadang-kadang aku rasa macam aku yang terlalu berharap dekat Rihanna. Tambahan pula lepas apa yang terjadi dekat kau dengan Rania, Rihanna macam nak tak nak saja dengan aku."

Faliq mengangguk. Tangan kanannya naik menepuk perlahan bahu Qayden.

"Kalau aku jadi Rihanna pun akan buat benda yang sama. Kau bayangkan, dahlah boyfriend muka macam biawak lepas tu berahsia dengan dia pula. Siapa saja yang tak marah."

  Garfu dilepaskan secara kasar di dalam mangkuk. Qayden beralih memandang Faliq, dalam hatinya sudah menyumpah seranah Faliq. Faliq cuma tersenyum sambil membuat 'peace'.

"Kau ingat kau buat macam tu elok ke? Aku rasa macam nak termuntah tahu tak. Lagi satu, aku kesian dekat Rania. Dahlah dapat suami tapi perangai mengalahkan binatang, lepas tu tak hensem. Dahlah tak hensem, suka perasan macam dia yang paling segak dalam dunia ni. Kesian Rania, apalah malang sangat nasib dia."

  Kali ini, giliran Qayden pula membalas dengan kata-kata pedas. Tak apa, dah biasa dah lawan menganjing. Faliq cuma diam tidak mengangguk mahupun menggeleng. Cawan yang berisi air masak diteguk.

"Tapikan, cakap fasal Rania. Aku rindulah dekat dia."

"Itulah, bila kau buka cerita tanya fasal Rihanna aku pun rindu dekat dia." Faliq beralih memandang Qayden, begitu juga dengan Qayden. Perasan yang Faliq memandangnya lama, Qayden membuat muka comel dan mengelipkan matanya berkali-kali.

Pfft!

"Kurang ajar punya kawan." Tangan Qayden naik mengelap air yang disembur oleh Faliq sebentar tadi.

"Kau ingat kau comel ke nak buat muka macam tu?"

"Haah, aku memang comel pun."

The confident, mengalahkan Oli London.


.

.

PUAN Aisha mengangkat mukanya memandang Sara Jane yang sedang menulis sesuatu di dalam buku notanya, niat di hati mahu menyoal apa yang ditulis, tapi bila mengenangkan yang Sara Jane terlalu fokus. Malaslah nak tegur.

"Aisha." panggil Sara Jane dan memandang Puan Aisha yang sedang duduk dihadapannya.

"Apa?"

"Haritu kau cakap dekat aku yang kau berjumpa dengan Rania. Betul tak?" soal Sara Jane. Puan Aisha mengangguk.

"Haah, hari tu aku ada berjumpa dengan dia. Tapi dia cakap dia nak datang melawat kau, tapi aku tak bagi. Aku bagi amaran dekat dia. Dan dia pun ada bagi amaran kat kita."

"Amaran apa?"

"Cepat atau lambat, dia dengan Faliq akan balas juga dendam. " Puan Aisha memandang Sara Jane dihadapannya.

"Faliq nak balas dendam? Wah, dia memang tak sedar diri betul."

"Maksud kau? Kenapa kau cakap macam tu?" soal Puan Aisha tidak faham. Sara Jane cuma tersenyuk tipis, riak wajahnya cuba dikawal supaya tidak nampak sedih.

"Untuk  pengetahuan kau, semua benda ni terjadi sebab Faliq. Faliq yang mulakan dulu benda ni, dialah punca kenapa aku berdendam. Tapi tak sangkalah pula yang Faliq pun ada berdendam juga dengan aku..."

"... Tapi okay apa? Dendam aku akhirnya terbalas juga."

"Dendam kau dah terbalas? Maksud kau? Apa yang kau cakap ni, Sara?" soal Puan Aisha tidak faham. Ada apa-apa lagi kah yang dia tak tahu lagi fasal Sara?

"Kau kenalkan Rayyan? Ayah dan juga mak Rayyan yang kononnya Faliq cakap meninggal sebab kemalangan. Tapi bukanya sebab kemalangan, tapi mati kena bunuh. Dan itu juga ada dalam rancangan balas dendam aku untuk Faliq. Dan sekarang ni, Rayyan dah mati. Giliran Rania dengan Faliq pula untuk mati."

  Kata-kata yang dilontarkan oleh Sara Jane membuatkan Puan Aisha terdiam buat seketika waktu. Jadi selama ini kematian abang dan kakak ipar Rania rupa-rupanya dirancang? Wah, betul-betul diluar jangkaan.

"Fasal benda yang kau rancang tu, kau nak mulakan bila?" soal Puan Aisha, air kosong diambil dan diteguk perlahan.

"Memandangkan Rania dengan Faliq pun macan dah tak sabar, siap bagi amaran lagi dekat kita berdua. Aku nak mulakan esok."

Continue Reading

You'll Also Like

327K 269 5
[Pattenson Family vol. 2] [Versi 2 Tengku Khairan's Kristal] Parti, arak, kelab malam. Ianya terlalu bebas, itulah cara Kristal mengisi rasa kosong d...
36.6K 1.5K 22
CAHAYA INARA X AHNAF HADI • short love story • WAIT A MINUTE?! Aku tengah bermimpi ke?? 4 tahun sudah berlalu seperti semalaman sahaja aku ketiduran...
671K 27.8K 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat se...
52.6K 1.3K 45
[𝗞𝗮𝗿𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗡𝗶𝗻𝗶𝗲𝘆] >𝙴𝚍𝚎𝚊𝚗 𝙽𝚊𝚍𝚑𝚒𝚏 X 𝙽𝚒𝚗𝚒 𝙴𝚛𝚕𝚎𝚎𝚜𝚊< Siapa sangka,gadis yang polos dan ceria itu berani meneg...