His Eternal Love

By irenicmia

5.5M 301K 77.1K

[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shoppin... More

₊❏❜⛓⋮I N A R A ⌒⌒
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Epilog
irenics
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3
Special Chapter 4

Bab 31

85.1K 4.3K 825
By irenicmia

"ISH Nara ni! Kak Min dah cakap tinggal je pinggan mangkuk ni. Kau pergi lah layan laki kau!"  Bebel Amina sambil bercekak pinggang. Macamlah dia tak tahu anak majikan dia ni mengelak tidak mahu naik ke bilik. Sekarang sudah hampir pukul 10 malam, tetapi Inara masih tercongok di dapur.

"Alah! Nara tak biasa lah.." Keluh Inara perlahan.

"Nara.. Tak baik buat suami tertunggu-tunggu. Apa Inara ingat semua lelaki tu gelojoh ke? Ada juga aku hempuk dengan senduk ni karang!" Senduk di tangannya diangkat tinggi mahu memukul kepala anak majikannya itu.

"Nara malu lah." Sekali lagi mulut Inara tercebik malu. Dia merungut untuk sekian kalinya.

"Aik? Tak naik atas lagi?"  Tanya Puan Sri Frida yang baru sahaja menapak masuk ke ruangan dapur.

"Dia cakap dia malu, Puan Sri.." Amina tolong menjawab bagi pihak Inara.

Terhambur gelak tawa Puan Sri Frida. Ada-ada je lah anak dia yang sorang ni!

"Selama ni mengorat Adrian kat pasaraya tak malu pula?" Sengaja dia mahu mengungkit peristiwa dimana saraf malu Inara tidak bersambung.

Dah kahwin baru nak malu anak perempuan dia yang sorang ni...

"Haa okay lah! Nara naik dulu.. Doakan Nara tau? Fuhhhhh!" Nafas dihembus kuat lalu kakinya mengorak langkah naik ke tingkat atas. Takut!

Hilang sahaja kelibat, Puan Sri Frida cuba untuk membuka topik perbualan baharu dengan Amina.

"Mina, awak tahu tak pasal ustaz ebit lew dengan caprice tu?"

"Huwaaaa!! Mengantuk lah pula Puan Sri.. Saya masuk bilik dulu, ye? Esok kita sambung bergosip." Pamit Amina sambil menguap besar. Dia malas sebenarnya.. Malas mahu melayan majikannya yang kaki gosip tu!

"Potong gaji baru tau.." Gumam Puan Sri Frida geram. Orang tak boleh tidur kut? Haih! Tak ada ke orang nak teman dia bergosip sampai pagi?




DENGAN perlahan-lahan pintu bilik miliknya dibuka. Kepala dijenguk masuk. Fuh! Gelap! Maksudnya, Adrian dah tidur..

Bibir bawahnya digigit perlahan dek kerana rasa bersalah. Perasaan bersalah mula bersarang dalam hati kerana membiarkan suaminya tidur sendiri tanpa dia disisi. Belum apa-apa dah jadi isteri derhaka. Ish ish ish...

Kaki mula menapak masuk ke dalam bilik lalu pintu ditutup dengan perlahan-lahan tidak mahu menghasilkan sebarang bunyi yang akan menganggu lena si suami.

Langkahnya dibawa ke arah meja lalu laci dibuka. Sebiji ubat tidur diambil lalu ditelan lalu badannya direbahkan di atas katil secara perlahan. Selimut ditarik sehingga ke paras dada lalu dia tidur mengiring membelakangi tubuh Adrian..

Baru beberapa saat dia menutup mata cuba untuk tidur, terasa lingkaran disekeliling pinggangnya. Tubuh Inara menggigil. Alamak! Malunya...

Tilam bergerak menandakan ada pergerakan daripada belakang. Adrian merapat tubuhnya ke arah Inara sambil tangannya tidak lepas memeluk pinggang si isteri.

Kepalanya direhatkan di belakang leher Inara sambil menghidu wangian rambut Inara. Inara gugup. Dapat dirasakan setiap hembusan nafas Adrian di lehernya..

"Sayang.." Adrian bersuara dalam nada suaranya yang serak menggamit perhatian Inara.

"Hm?" Gumam Inara perlahan.

"You masih ambil ubat tu?"  Inara memalingkan badan menghadap tubuh Adrian. Dapat dilihat dari biasan cahaya bahawa mata Adrian masih segar menandakan lelaki itu belum mengantuk lagi.

"Ubat?"

"Ubat tidur.." Perlahan-lahan Inara menganggukkan kepala. Dia tidak boleh jika tidak mengambil ubat tidur. Setiap kali dia menutup mata, bayangan lelaki pada malam itu senyiasa menghantui tidurnya.

Adrian bangun dari pembaringannya lalu lampu katil dibuka. Wajah Inara yang masih dalam keadaan berbaring dipandang.

Bahu Inara dipegang dan ditarik supaya wanita itu duduk menghadapnya.

"You masih ingat pasal tu?" Inara menganggukkan kepalanya. Tipulah kalau dia tidak ingat. Dia masih takut...

"From now on, you need to depend on me and only me. You don't need those pills to forget those nightmares. I tak nak tengok you ambil ubat tu lagi.. Kalau you tak boleh tidur, I pun tak akan tidur. You understand, my love?"

Inara tersenyum tipis lalu kepala dianggukan perlahan. Rambut Inara yang menutupi hampir separuh wajah itu diselitkan dibelakang telinga.

Selimut ditarik dan dengan perlahan dia menyelimut tubuh Inara yang kembali berbaring di atas katil tersebut.

"I will not touch you if you don't want me to. Don't worry and take your time.." Kata Adrian sambil mengusap pipi wanita yang dicintai itu.

"Sleep tight, love." Sebuah ciuman dihadiahkan di pipi Inara lalu matanya juga turut dipejam bersedia untuk berlabuh ke alam mimpi.

Tidak sampai beberapa minit, terasa sebuah pelukan dan rangkulan di pinggangnya.

"I love you, Adrian.." Inara menyandarkan kepalanya ke dada bidang milik Adrian lalu matanya dipejam sambil tersenyum. Dia sayangkan Adrian..

"Me too, love.."



TANGAN Inara sibuk menyusun pinggan mangkuk di atas meja. Dia baru sahaja siap memasak di dapur dan sekarang dia mahu menghidangkan sarapan mereka.

"Pergi panggil Adrian turun sarapan.." Inara menganggukkan kepala lalu langkah dibawa naik ke atas.

Biliknya dituju lalu tombol pintu dipulas perlahan. Kelihatan Adrian yang masih nyenyak tidur berselimut. Sejuk barang kali. Sebelum menunaikan solat subuh secara berjemaah tadi, Adrian sudah mandi membersihkan diri. Itu yang bertambah sejuk..

Wajah Adrian yang masih nyenyak diulit mimpi itu ditilik olehnya dengan keagungan. Boleh percaya tak, bila dulu kau tergila-gilakan lelaki ni dan sekarang dia sudah sah jadi suami kau?

Senyuman terukir dibibir Inara dan tanpa sedar jari runcingnya naik mengukir di wajah Adrian mula daripada kening sehingga bibir merah delima lelaki itu. Adrian sangat sempurna dimatanya.

"Like what you see?" Suara husky milik Adrian kedengaran membuatkan Inara tersentak.

"Love it.." Jawab Inara yakin. Dengar sahaja jawapan itu daripada bibir Inara, terus ciuman diberikan di pipi wanita itu. Geram!

"Hey.. Tak malu!" Inara menolak dada bidang Adrian yang makin mendekat dengannya.

"That's your morning kiss, my lady.." Jawab Adrian sambil tersenyum manis memandang wajah Inara.

"Now.. Where is mine?" Sebelah kening Adrian diangkat sengaja mahu mengusik Inara dipagi hari..

"Mengada! Jom turun makan." Tangan Adrian dicapai lalu ditarik untuk turun ke bawah bersama-sama..

Baru sahaja Inara hendak memulas tombol pintu biliknya, Adrian lebih pantas menarik lengannya membuatkan tubuh rampingnya itu selamat didalam dakapan Adrian.

"Uh-oh.. Where is my morning kiss, my lady?" Mukanya didekatkan ke wajah Inara.

Inara menayang wajah menyampah. Mengada betul laki dia ni..

Dengan cepat bibirnya dihala ke arah pipi kanan milik Adrian, namun Adrian lebih pantas melakukan kerja. Dia mengalihkan pipi dan sejurus itu ciuman Inara tersasar terus ke bibirnya.

Mata Inara terbuntang. Oh no?? Malunya.. Aaaah!

Wajah Inara yang membahang merah itu ditatap oleh Adrian dengan senyuman bangga. Comelnya bini aku ni..

"Well, that's my morning kiss.." Adrian mengenyit matanya lalu pintu bilik dibuka lantas tangan Inara ditarik menuju ke arah meja makan.

Inara? Memang kaku macam patung cendana, hanya mengikut sahaja langkah Adrian.

"Haa.. Inara? Kenapa senyap je ni?" Tan Sri Irshad bertanya apabila perasan anak perempuannya itu hanya membisu di meja makan. Kalau tidak, memang tidak habis mulut Inara itu mahu bercakap dan bercerita.

"Dia terkejut.."

"Terkejut sebab apa?" Laju Adrian membisikkan sesuatu di telinga ayah mertuanya. Tan Sri Irshad tersenyum geli hati.

"Ish dia ni!" Perut Adrian dicubit oleh Inara. Malu lah!

Terhambur ketawa Tan Sri Irshad melihat telatah anak perempuannya itu.

"Bila Adrian masuk kerja semula?" Tanya Tan Sri Irshad kepada menantunya selepas menghabiskan sarapan.

"Lagi beberapa hari Ad masuk.. Tak boleh tinggal lama-lama. Nanti tak ada orang nak uruskan." Tan Sri Irshad menganggukkan kepalanya faham.

"Kamu berdua ni tak ada plan nak pergi bercuti ke?" Puan Sri Frida menyampuk perbualan mereka.

"Belum lagi. Inara tak rasa nak pergi bercuti lagi." Kata Inara sambil memandang Adrian.

"Ha elok sangatlah tu. Uruskan dan selesaikan apa yang patut dahulu. Bercuti itu semua kemudian hari. Bila dah selesai semua urusan kat sini, daddy belanja korang berdua pergi berbulan madu."

"Aww thank you daddy!" Lebar senyuman Inara.

Adrian tersenyum melihat telatah Inara. Makanan dihadapannya kini sudah tidak menggamit seleranya. Boleh tak kalau dia nak terkam Inara sekarang juga?

Sabar Adrian..

Continue Reading

You'll Also Like

14.9K 745 11
2021 "I'm stronger than all of you." [Lovedestroyer.co, syarikat yang menyediakan khidmat memusnahkan hubungan. Keahliannya dirahsiakan dan kesemuany...
23.5K 2.8K 124
Dibuka untuk cuci mata sahaja.
841K 84.8K 72
⚠️Beware⚠️ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...
108K 10K 50
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...