KU SIMPUL RAPI [ ON GOING ]

By kuWeldanRiri

571 1 0

Aku tidak pernah menyangka pertemuan singkat kami tanpa sebarang perasaan akhirnya telah mengikat kami dalam... More

PROLOG
1 [ DUNIA BARU ]
3 [ PERASAAN ]

2 [ ORANG ASING ]

25 0 0
By kuWeldanRiri


"Arghhh !!!"

"Sudah !! Hentikan semua nie !!"


Rayu Puan Roslinda meminta agar lelaki-lelaki itu semua berhenti menjatuhkan barang-barang yang ada di dalam rumahnya.

Habis berantakkan semua barang-barang di dalam rumah mereka gara-gara sengaja disepahkan oleh lelaki-lelaki berbaju hitam itu.

"Bila Kau nak bayar balik hutang Kau huh !!"

"Berapa lama lagi Kau nak Aku tunggu haa perempuan tua !!"

Bentak lelaki berbadan agak besar & wajahnya yang mempunyai kesan jahitan panjang di bahagian pipi kanannya.

Puan Roslinda menangis-nangis merayu agar 2 lagi anak buah lelaki itu berhenti menjatuhkan barang-barang dalam rumahnya.

"Kau dengan laki Kau yang cacat nie memang suka nak menyusahkan Aku lah !!"

Bentak lelaki bengis itu lagi lalu sengaja menolak kepala suami Puan Roslinda yang sedang duduk tidak mampu berbuat apa di atas kerusi roda.

"Tolonglah bagi masa pada kami lagi Encik .."

"Makcik akan bayar lagi duit bunga nya hujung minggu nie .."

"Makcik tak dapat nak buka gerai dalam 2-3 hari nie sebab Pakcik kamu nie demam jadi Makcik kena jaga Dia .."

Jelas Puan Roslinda menangis merayu kepada lelaki bengis itu.

"Arghhhh !!!"

"Kau ingat Aku peduli ker dengan semua tu !!"

"Aku tak kisah kalau suami Makcik nie sakit atau mampus sekalipun .."

"Yang penting duit hutang yang suami Makcik nie buat dibayar balik dengan segera !!"

"Time nak pinjam duit bukan main senang .. sekarang time nak bayar macam-macam alasan Kau bagi !!"

Bentak lelaki bengis itu sekali lagi.

Puan Roslinda masih tidak berhenti menangis merayu kepada lelaki itu agar menghentikan semua ini.

"Assalammualaikum ~~"

"IBUUUUU !!!"

Teriak Danish terkejut besar tatkala masuk ke dalam rumah lalu melihat keadaan rumahnya yang penuh bersepah di dalam.

Danish terus segera berlari ke arah Ibu & Ayahnya yang sedang duduk digertak oleh lelaki berparut jahitan diwajahnya.

"Jangan !!"

"Jangan dekat dengan mereka !!"

"Keluar korang semua dari rumah nie sekarang juga !!"

Marah Danish sambil mendepakan kedua tangannya cuba melindungi ibu & ayahnya yang sedang duduk di atas kerusi roda tidak mampu berbuat apa-apa.

Tergelak besar lelaki berparut itu melihat usaha keras Danish yang berusaha melindungi kedua orang tua nya daripada Dia.

"Cepat mana duit Aku !!"

Minta lelaki berparut itu sambil menghulurkan tangan kosongnya di hadapan Danish meminta duit.

Naik turun dada Danish menahan rasa bengangnya atas perbuatan lelaki berparut & 2 orang lagi anak buahnya yang sengaja cuba menghancurkan keharmonian keluarganya.

"Kenapa ?? Kau pun takde duit ker nak bayar hutang bapak Kau nie !!"

Ujar lelaki berparut itu sambil tersenyum sinis melihat ke arah Danish.

"Keluar dari rumah nie & berhenti ganggu keluarga Kami !!"

"Berapa kali Aku dah cakap yang kitaorang tak boleh nak bayar hutang Kau nie sekaligus terus !!"

Balas Danish bengang sambil kedua tangannya masih lagi didepakan melindungi kedua orang tuanya supaya tidak disentuh oleh anak-anak buah lelaki berparut itu.

Jawapan Danish itu betul-betul membangkitkan kemarahan besar lelaki berparut itu kerana kata-kata Danish yang melawan cakapnya.

"Apa Kau cakap tadi ??"

PUNCHHHHHH !!!!

Dengan kuat penumbuk lelaki berparut itu terus melayang mengenai wajah Danish sehingga berdarah celah bibirnya.

"DANISHHHH !!!!"

Teriak Puan Roslinda terkejut melihat wajah anaknya di tumbuk di depan matanya.

Encik Idris yang sedang duduk di kerusi rodanya juga sampai mahu terjatuh gara-gara mahu menyambut badan anaknya yang ditumbuk kuat oleh lelaki berparut itu.

Bengang rasa hati Encik Idris melihat anak lelakinya diperlakukan dengan kekerasan oleh orang jahat seperti lelaki berparut itu namun Dia sendiri tidak mampu berbuat apa-apa dengan keadaannya yang cukup tidak berkemampuan untuk bertindak.

"Kalau Kau dah tahu yang korang tak mampu nak bayar duit pinjaman tu semula .. habis tu kenapa meminjam .."

"Tapi tak apalah ... memandangkan rumah nie ada seorang gadis jelita .. jadi Aku akan halalkan sahaja semua hutang tu asalkan Kau serahkan adik perempuan Kau pada Aku .."

Ujar lelaki berparut itu sambil tersenyum sinis penuh makna pada Danish.

Makin mendidih darah Danish dengan kata-kata lelaki berparut itu yang mengungkitkan tentang adik perempuannya lagi.

Penumbuk Danish terasa ringan sahaja mahu melayang ke wajah lelaki berparut itu .. namun badannya di halang oleh Puan Roslinda supaya tidak mencari gara-gara.

"Kau marah ker ??"

"Kan senang kalau Kau serahkan adik perempuan Kau untuk dijadikan isteri Aku jer .. takdelah Aku dengan anak-anak buah Aku susah-susah nak datang sini buat semua nie .."

"Mudah bukan .. lagipun korang ada harta lain lagi ker yang boleh digunakan untuk bayar hutang tu ??"

Sekali lagi lelaki berparut itu berbicara sambil tersenyum sinis.

"Arghh ~~ Arghh ~~"

Tiba-tiba dada Encik Idris terasa sakit di serang serangan jantung apabila mendengar kata-kata lelaki berparut itu yang mahu menggunakan anak perempuannya pula sebagai bayaran hutangnya.

Encik Idris memegang dada nya yang terasa sakit lalu jatuh melutut dari kerusi rodanya cuba menahan rasa sakit.

"Ayahh !!!"

"Abang !!!"

Teriak Danish & Puan Roslinda terkejut melihat reaksi Encik Idris yang jatuh terkena serangan jantung.

Mereka berdua menjadi risau & cemas dengan keadaan Encik Idris yang kelihatan kritikal terkena serangan jantung.

"Keluar !!"

"Keluar dari rumah nie sekarang !!"

Teriak Danish bengang menghalau semua lelaki itu keluar dari rumahnya dengan segera.

"Kau dengar sini baik-baik .."

"Pastikan Kau dah sediakan duit bayaran Kau sampai hujung minggu nie kalau Kau tak nak Aku jadikan adik Kau sebagai bini baru Aku .."

"PAHAM !!!"

Gertak lelaki berparut itu semula lalu keluar dari rumah mereka bersama anak-anak buahnya yang lain.

Encik Idris sudah jatuh terbaring di atas riba isterinya sambil memegang dada kanannya yang terasa sakit dengan serangan jantungnya. Dengan pantas Danish terus pergi mengambil botol ubat untuk melegakan rasa sakit ayahnya.



..................................................................

"Huhhhhhhhhhhh !!!!!"


Terbangun duduk Aku dari tidurku.

Seluruh wajah & dahiku habis basah lecun dengan air peluh. Mimpi ngeri apakah yang Aku mimpikan ini sehingga membuatku rasa betul-betul sangat terkejut kerana terasa ianya seperti nyata.

Aku cuba menarik nafas panjang & menenangkan diriku dahulu. Kemudian Aku bangun dari katilku menuju terus ke dalam bilik air mengambil wuduk untuk menunaikan solat subuh.

Selesai solat subuh, Aku terus bersiap untuk pergi bekerja. Hari ini seperti biasa rutin harianku bekerja di restoran makanan segera KFC dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang.

Selepas shif kerjaku di KFC habis, Aku bersiap sedia untuk pulang & memulakan kerja keduaku di kedai serbaneka 7-Eleven pula sehingga pukul 10 malam.

Sewaktu Aku sedang dalam perjalanan menuju ke kedai serbaneka 7-Eleven yang tidak juga terlalu jauh dari tempat kerja pertamaku di KFC .. tiba-tiba langkahku terhenti & Aku segera menyembunyikan diri cepat-cepat disebalik dinding ketika Aku mahu melalui sebuah lorong kecil untuk jalan pintas menuju ke 7-Eleven tempatku bekerja.

Berdebar jantungku kerana terkejut tiba-tiba melihat ada 2 orang lelaki sedang memukul perut seorang lelaki sehingga lelaki itu jatuh terduduk di atas jalan tar.

Apalah malang nasib Aku hari ini .. kenapalah sejak kebelakangan ini Aku sering sahaja bertembung dengan
lelaki-lelaki pelik yang selalu membuatkan Aku terkejut.

Perlahan-lahan Aku cuba mengintip dari sebalik dinding untuk mengetahui tentang bagaimana keadaan lelaki yang dipukul oleh 2 orang lelaki itu.

Kesian bercampur takut Aku melihat lelaki itu dipukul bertalu-talu sehingga senak perutnya ditumbuk kuat. Selepas puas 2 orang lelaki itu menumbuknya, mereka berdua terus lari meninggalkan lelaki itu sendirian selepas mengambil duit dari dalam beg dompetnya.

Selepas memastikan 2 lelaki yang telah pergi membawa lari beg dompet lelaki itu .. Aku segera bergegas ke arah lelaki itu yang sedang duduk di atas jalan tar menahan rasa sakit senak pada perutnya yang ditumbuk tadi.

"Encikk ~~"

"Encik okey ker ??"

Tanya Aku cemas menghampiri lelaki itu.

"Arghhhhh !!!!!"

Teriak lelaki itu menahan rasa sakit senak pada perutnya.

Terdapat kesan luka pada sebelah bibir lelaki itu. Terkejut Aku melihat keadaannya menahan sakit seperti itu.

Ini mesti sebab Dia kena samun dengan 2 lelaki tadi yang membawa lari beg dompetnya & membelasahnya teruk sehingga berdarah sebelah bibirnya.

Aku segera membantu lelaki itu bangun untuk duduk kerana Dia masih menahan rasa sakit senak pada perutnya.

"Encik okey ker ??"

Tanya Aku risau sekali lagi selepas membantunya bangun duduk.

Entah mengapa tiba-tiba lelaki itu terus menolak Aku agak kasar & Dia melepaskan lengan tangannya yang Aku pegang semasa cuba membantunya duduk tadi.

"SANA !!!"

"Jangan sentuh Aku !!"

Ujar lelaki itu agak sedikit kasar & terus menarik tangannya yang Aku sedang pegang.

Terkejut Aku dengan kelakuan lelaki itu. Berlagak betul perangainya.

"Eehhh eehh Mamat nie .. berlagak pulak .."

"Orang nak tolong pun berlagak jugak ker ~~"

Bisik Aku sendiri di dalam hati ketika tanganku di tolak kasar oleh lelaki itu.

Lelaki itu memandangku seperti tidak berpuas hati sambil bernafas laju memegang luka disebelah bibirnya.

Timbul juga perasaan risau Aku melihat kecederaan lelaki itu walaupun Dia telah menolak bantuan ku tadi. Kesian Aku melihatnya kerana habis semua duitnya diambil oleh 2 lelaki tadi & Dia juga habis dibelasah.

"Encik cedera nie .. jom Saya bawak pergi klinik .."

Ujarku mahu membantu.

Namun sekali lagi lelaki itu menolak tangan yang ku hulur & duduk langsung tidak mahu memandang ke arahku.

Akhirnya Aku terus pergi meninggalkan lelaki itu yang masih lagi duduk bersandar pada dinding sambil memalingkan kepalanya ke tempat lain tidak mahu melihatku.

Mungkin lelaki itu berasa segan dengan Aku kerana keadaannya sekarang. Jadi lebih baik Aku tinggalkan sahaja Dia sendirian & Aku terus meneruskan perjalanan menuju ke kedai serbaneka 7-Eleven tempat Aku bekerja tidak jauh dari lorong itu.

Sampai sahaja di 7-Eleven, Aku terus menjalankan tugasku menjaga kedai serbaneka itu dengan menyusun barang-barang stok yang baru sahaja tiba.

Hari ini Aku kena bekerja seorang sahaja di 7-Eleven kerana Najwa akan masuk agak sedikit lewat kerana Dia ada ujian semester pada hari ini, jadi selepas ujiannya baru Najwa terus masuk shif bersamaku.

Ketika Aku sedang menyusun barang di dalam kaunter cashier .. tiba-tiba terdengar bunyi loceng pintu dibuka menandakan ada pelanggan yang masuk ke dalam kedai.

"Selamat Datang ke 7-Eleven 😊"

Ucapkan ku ceria saat ada pelanggan masuk.

Aku terus memaling tubuh dari belakang kaunter tempat Aku menyusun barang & terus berpaling ke hadapan untuk menyapa pelanggan yang baru sahaja masuk tadi.

Pelanggan lelaki itu masuk tanpa memandang ke arahku & Dia hanya memandang terus ke hadapan sambil memegang dagunya.

Tersentak Aku memandang pelanggan lelaki itu kerana tampaknya seperti pernah ku lihat sebelum ini.

"Ehh ~~ nie bukan Mamat yang kena tumbuk tadi tu ker ??"

Tanyaku sendiri di dalam hati sambil memandang hairan ke arah pelanggan lelaki itu.

Aku terus memandangnya masuk ke dalam kedai & kelihatan seperti Dia sedang mencari sesuatu di sana. Aku hanya diam berdiri melihatnya dari kaunter & tidak mahu menegurnya.

Tidak lama kemudian lelaki itu datang ke kaunter ku & membawa sebotol air mineral kecil ditangannya lalu Dia letakkan di atas meja kaunter.

Tanpa melihatku lagi, Dia memeriksa saku poket seluarnya di kiri & kanan lalu mengeluarkan beberapa keping duit syiling.

"Berapa ??"

Tanya nya singkat sambil mengira-ngira duit syilingnya.

"Seringgit lima puluh sen .."

Jawabku juga singkat.

Terhenti terus Dia mengira duit syilingnya lalu Dia mengambil semula botol air mineral itu dari atas meja kaunter.

"Hurmmmm Encik !!"

"Takpe .. air tu Saya belanja .."

Kataku tiba-tiba saat melihatnya mahu meletakkan kembali air botol mineral itu di tempatnya.

Aku tahu duit syilingnya tidak cukup lagi beberapa sen & Aku juga tahu duitnya baru sahaja di ambil oleh 2 lelaki tak guna tadi.

Terhenti terus langkah lelaki itu lalu Dia memaling tubuh melihatku di kaunter .. Perlahan-lahan Dia datang menghampiriku di kaunter lalu mengucapkan terima kasih kepadaku & terus berlalu keluar.

"Aikk ... Dia tak kenal Aku ker ??"

Tanyaku hairan sendiri sambil memandangnya keluar dari pintu kedai.

Lelaki itu berhenti di luar pintu kedai lalu perlahan-lahan meminum air mineral nya sambil menahan rasa sakit di bibirnya kerana terluka.

Sebelum Dia beransur pergi, Aku terus bergegas keluar membawakan beberapa pelekat luka kecil kepadanya.

"Encik .. Nah !! Ambil laa pelekat nie untuk letak kat luka Encik .."

"Saya harap Encik akan baik-baik sahaja 😊 .."

Ucapku sambil tersenyum menghulurkan pelekat luka kepadanya.

Dia menerimanya baik & tidak lama kemudian Dia terus beransur pergi entah kemana.

Sekitar pukul 7 malam baru Najwa datang masuk ke dalam kedai & mulai berkerja bersamaku.

"Hai Nad ~~"

"Macam mana exam kau tadi ?? Okey ??"

Tanya ku kepada Najwa ingin tahu.

"Alhamdullilah Esya .. soalan apa yang Kau ajar kat Aku semalam masuk pulak dalam exam Aku harinie .."

"Berkat Kau tolong ajar Aku semalam .. alhamdullilah harinie Aku dapat jawab exam Aku dengan baik .."

Ujar Najwa sangat senang.

Tersenyum senang Aku mendengar Najwa. Teruja Dia bercerita kepadaku tentang ujian semesternya tadi.

"Alhamdullilah .. bagus laa kalau macam tu .."

"Happy Aku dengar .."

Jawabku senang sambil tersenyum.

"Esya ~ Kau pandai .. Kau takde rasa nak sambung study ker ??"

Tanya Najwa kepadaku tiba-tiba.

Tersentak Aku dengan pertanyaannya. Kalau ikutkan hati memang Aku teringin sangat nak sambung pelajaran Aku ke peringkat yang lebih tinggi lagi, tapi apakan daya Aku.

"Hurmmm ... nanti-nanti laa Aku pikir soalan Kau tu .."

"HEHEHEHE 😄😄~~"

Jawabku cuba untuk mengelat.

Najwa mengecilkan matanya memandangku geram kerana sengaja mempermainkan pertanyaannya yang hanya membuatkan Aku tergelak melihat reaksinya.

"Kau memang sajer kan tak nak peduli kat Aku .."

Balas Najwa geram denganku.

Aku pula hanya mampu tergelak saja melihat reaksi geramnya terhadap Aku sambil menyusun stok barang di dalam rak.

"Owhh by the way Esya ~ tadi time Aku nak masuk kedai, Aku ada lalu kat depan sorang lelaki nie "

"Muka Dia nampak lebam & terluka kat tepi kedai kita nie .. Kau ada nampak tak Dia ??"

Tanya Najwa tiba-tiba.

"Huh !! Lelaki muka lebam ??"

"Dia pakai baju t-shirt warna hitam ker & ada luka kat tepi bibir Dia ??"

Tanya ku kembali ingin tahu.

"Aah betul .. Dia pakai baju hitam & Aku perasan jugak sebelah bibir Dia macam terluka .."

"Kau kenal Dia ker ??"

Jawab Najwa menjelaskan ciri-ciri lelaki itu.

Terkejut juga Aku dengan apa yang Najwa baru beritahu. Kalau tak silap, itu mungkin lelaki tadi yang kena belasah tu.

"Kau nampak Dia kat mana ??"

"Dia ada lagi ker ??"

Tanyaku ingin tahu lagi.

"Aku nampak time Aku nak masuk dalam nie laa tadi .."

"Tapi rasanya Dia dah pergi kowt lepas Dia nampak Aku dah masuk dalam nie .."

"Kau kenal ker lelaki tu Esya ??"

Jelas Najwa sekali lagi.

Aku tidak perasan pula lelaki itu ada agak lama juga berada di tepi kedai 7-Eleven tempatku bekerja kerana Aku ingatkan tadi selepas Dia keluar beli air, Dia terus beransur pergi entah kemana.

"Huh !! Entah laa .. Aku tak kenal pun .."

"Tadi Dia masuk beli air jer kat sini lepas tu keluar .. itu jer .."

Jawab ku ringkas.

Aku & Najwa sama-sama menyambung kembali pekerjaan kami menyusun stok barang & menjaga kaunter cashier sehingga habis shift kami pada pukul 10 malam.

Habis sahaja shif kami .. Aku & Najwa pulang bersama-sama dengan berjalan kaki lebih kurang 20 minit ke rumah sewa kami dari tempat kerja.



..................................................................

BEBERAPA HARI KEMUDIAN ~

Hari nie adalah hari cutiku & kebetulan pula Najwa juga tidak adalah kelas kuliah .. jadi kami berdua membuat rancangan untuk pergi berjalan-jalan di kotaraya meluang waktu terluang kami.

Aktiviti kami sama sahaja seperti gadis-gadis biasa seusia kami lakukan .. kami berdua pergi menonton wayang & mencuci mata di dalam Mall yang ada di dalam kotaraya Kuala Lumpur.

Kami berdua berjalan-jalan juga di sekitar Centrel Market & melihat banyak kraf tangan yang cantik-cantik dipamer & di jual sekitar situ.

Tiba-tiba mataku tertarik melihat beberapa lukisan pemandangan antaranya lukisan sebuah jambatan kecil di atas sebuah tasik yang dikelilingi dengan pepohon berdaun merah jambu seperti bunga sakura & tumbuhan lain yang berwarna-warni.

Lukisan pemandangan itu sangat cukup cantik dipandanganku kerana ianya seperti sebuah lukisan yang sangat nyata.

Kemudian ada pula lukisan sebuah rumah seperti rumah dalam cerita dongeng yang dikelilingi pemandangan yang tenang & tumbuhan berwarna-warni di sekitarnya membuatku jadi tertarik melihatnya.

"Waww ... tengok Nad ~ cantiknya lukisan nie kan 🤗🥰"

Ujarku sambil memanggil Najwa untuk menunjukkan lukisan-lukisan itu sambil Aku tersenyum senang melihat lukisan tersebut.

Mataku tidak puas melihat keindahan lukisan-lukisan itu sambil menunggu jawapan Najwa tentang lukisan yang Aku tunjukkan kepadanya.


"Cantik ker lukisan tu ??"

"You suka ??"


Tiba-tiba terdengar suara itu menanyaku dari arah belakang.

Akhirnya menyahut juga si Najwa nie dari tadi .. tapi kenapa suaranya lain macam pula.

Dengan pantas Aku terus menoleh melihat kebelakang nak tahu kenapa suara Najwa tiba-tiba jadi lain macam.

Terkejut Aku melihat bukan Najwa yang berada di belakangku tapi seorang lelaki lain.

Tersentak kuat Aku dibuatnya begitu juga lelaki itu yang juga terkejut melihatku terkejut.


"Are you okey Miss ??"


Tanya lelaki itu terkejut melihatku terkejut.

Aku terus memegang dadaku yang tiba-tiba berdebar kencang kerana terkejut & Aku cuma menenangkan diri kembali.

Selepas kembali tenang, Aku melihat wajah lelaki itu kembali. Tiba-tiba lelaki itu buat Aku teringat akan seseorang beberapa hari yang lalu.


"Ehh .. Awak nie bukan lelaki yang haritu ker ??"


Tanyaku terkejut sambil cuba mengingat kembali wajah lelaki yang di tumbuk wajahnya kelmarin.

Kemudian Aku melihat lagi ke arah sebelah bibirnya yang terdapat bekas lebam seperti pernah dibelasah sebelumnya.

Lelaki itu juga melihatku sambil mengecilkan matanya cuba mengingatku semula.


"Owhh ... You nie Cik yang haritu yer .."


Ujar lelaki itu kembali tersenyum melihatku.

Hairan Aku dibuatnya dengan jawapan lelaki itu.


"Aikk ~~ Awak kenal dengan Saya ker ??"


Tanyaku hairan.

Iyalah ~ mana tidaknya, haritu Dia macam tak kenal jer dengan Aku & buat tak tahu jer .. tapi tiba-tiba harinie Dia nampak macam kenal dengan Aku pulak.


"Maaf tentang tempoh hari .."

"I tak sepatutnya berkasar dengan You .."

"Sepatutnya I kena berterima kasih dengan You sebab nak tolong I .."

"Owhh by the way kejap .."

"Nahh !! I pulang balik duit air mineral yang You belikan haritu .."


Jelasnya lalu menghulurkan duit RM2 kepadanya.

Terkejut Aku tiba-tiba dihulur duit RM2 begitu .. Aku tak sangka pulak lelaki nie agak gentlemen jugak perangainya tak seperti awal-awal waktu Aku bertemunya tempoh hari.


"Ehhh ... tak perlulah bayar .."

"Saya ikhlas belanja Awak air haritu .. lagipun itu perkara kecik jer .."

"Hurmm ~~ luka Awak dah okey ker ?? Nampak macam masih ada kesan lebam jer .."


Ujarku menolak duit RM2 yang Dia hulurkan.

Kesan lebam di sebelah bibirnya masih dapat ku lih

at tapi sudah hampir membaik berbanding waktu kelmarin semasa Dia baru lepas ditumbuk.


"Owhh .. dah okey dah .. cuma ada sikit jer lebam .."

"Semua sebab berkat pertolongan You tempoh hari .."


"You buat apa kat sini ?? Tengah nak cari lukisan ker ??"


Tanya nya sambil tersenyum.

Tersenyum Aku tiba-tiba saat melihat ada lekuk lesung pipit dalam di sebelah pipi kanannya .. nampak comel sangat lesung pipitnya saat lelaki itu tersenyum.


"Huh !! Ehh takde laa .."

"Saya tengah jalan-jalan dengan kawan Saya kat sini tadi .. lepastu tiba-tiba ternampak lukisan nie .."

"Nampak lawa sangat .. pandai pelukis Dia nie melukiskan .."


Ujarku saat baru tersentak dari lamunanku melihat lekuk lesung pipitnya tadi.

Aku terus berkata mengenai lukisan tersebut kepadanya agar Dia tidak perasan dengan pandanganku yang terpana dengan kecomelan pada lesung pipitnya yang dalam tadi.

Makin ketara lekuk lesung pipitnya saat Dia tersenyum lagi kerana pujianku terhadap lukisan itu.


"You nak ker lukisan nie ??"

"Kalau nak .. You ambik laa ~"


Tanya nya tiba-tiba.

Terkedu Aku tiba-tiba ditanya & disuruh ambil begitu.


"Eehh .. mana ada .."

"Saya cuma tengok-tengok jer .."

"Hurmmm .. Saya mintak diri dulu laa yer .. kawan Saya dah tunggu kat sana tu .. Assalammualaikum ~"


Ujarku menolak lalu segera meminta diri.

Namun tiba-tiba ~~


"Ehh Cik tunggu dulu .."

"Cik taknak ker lukisan nie ??"


Panggilnya & menanyakan Aku kembali tentang lukisan itu.

Aku menoleh melihatnya kembali tapi Aku hanya tersenyum membisu kepadanya lalu terus berjalan meninggalkan Dia disitu tanpa menjawab pertanyaannya.

Aku terus berjalan di dalam kesesakkan orang-orang yang sedang berjalan-jalan di dalam Centrel Market itu & tidak lama kemudian Aku berjumpa semula dengan Najwa yang sedang sibuk mencariku juga.


"Esyaa !! Kau pergi mana huh tiba-tiba hilang ??"


Tanya Najwa geram.

Aku hanya tergelak kecil melihat reaksi muka geram Najwa kepadaku. Kami kemudiannya berjalan keluar dari Centrel Market itu.

Tidak tahu mengapa Aku sempat lagi menoleh semula ke belakang untuk melihat lelaki berlesung pipit comel tadi masih ada lagikah di belakang, namun Aku sudah tidak nampak kelibatnya.


..................................................................


Panas mentari yang sudah tinggi di atas kepala cukup dirasakan teriknya di siang hari. Danish terus berjalan menuju ke sebuah gerai yang menjual aneka jenis kuih di hadapannya.


"Assalammualaikum Ibu ~~"


Ucap Danish tatkala menghampiri gerai kuih di tepi simpang jalan itu.

Tangan ibunya terus di salam lembut lalu Danish membuka topi pakaian seragam sekuriti nya dari kepala.


"Dah habis ker kerja Kamu kat sekolah ??"


Tanya ibunya.


"Dah habis ibu ~"

"Ibu dah nak balik ker ?? Macam mana jualan kuih Ibu hari nie ??"


Tanya Danish sambil melihat-lihat banyak bekas tempat kuih-muih Ibunya sudah kosong.


"Alhamdullilah harinie jualan kuih Ibu semua dah habis .."

"Ibu nak kena kemas cepat nie supaya boleh cepat balik tengok Ayah Kamu kat rumah tu macam mana .."


Jawab Ibunya sambil tangannya lincah mengemas bekas kosong yang berisi kuih tadi masuk ke dalam beg plastik besar.


"Kalau macam tu mari Danish tolong sekali .. boleh kita balik cepat tengok Ayah .."


Ujar Danish lalu segera mengemas barang-barang niaga Ibunya.

Sampai saja di rumah .. Pak Idris menyambut mereka berdua di ruang tamu dengan kerusi roda yang Dia duduki.

"Awal balik hari nie .."

Tegur Pak Idris saat melihat isteri & anaknya masuk ke dalam rumah dengan membawa plastik beg besar berisi bekas kuih yang kosong.

"Alhamdullilah hari nie barang jualan kita habis cepat Bang ~~"

"Kebetulan pulak Danish singgah gerai lepas balik dari kerja Dia kat sekolah, jadi kami balik bersama .."

Jawab Puan Roslinda sambil tersenyum.

Selepas meletakkan beg barang-barang niaga tadi di dalam dapur, Danish segera ke biliknya untuk menukar pakaiannya.

Pada petang itu, Danish keluar dari rumahnya menaiki motorsikal menuju ke rumah Faiz iaitu kawannya di hujung kampung.

"Assalammualaikum ~~"

Laung seseorang memberi salam di luar rumah.

"Waalaikumsalam ~~"

"Eeehhh Fizah .. marilah masuk .. Ada apa Fizah datang nie ?"

Tanya Puan Roslinda menyambut kedatangan Fizah yang datang memberi salam di luar rumah.

"Aunty Ros ~~ nie Fizah ada bawak kan sikit lauk Ayam masak lemak .."

"Mak yang suruh bagi tadi .."

Ujar Fizah lalu menghulurkan sebuah beg plastik berisi bekas tempat lauk kepada Puan Roslinda.

Tersenyum senang Puan Roslinda menerima bekas lauk yang dihulur Fizah kepadanya.

"Terima kasih Fizah .. nanti sampaikan ucapan terima kasih Aunty pada Mak Fizah yer .."

"Marilah masuk dalam dulu Fizah .."

"Tapi Danish takde kat rumah, Dia baru jer keluar tadi .."

Ujar Puan Roslinda mempelawa Fizah & sengaja menyakat Fizah dengan menyebut nama Danish.

Terus merona merah wajah cerah Fizah disakat dengan Puan Roslinda .. tiba-tiba pula Dia jadi tak keruan disakat begitu.

"Eehh apa Aunty nie .. kenapa tiba-tiba Danish pulak .."

"Fizah datang cuma nak bagi lauk yang Mak Fizah masak nie jer kat Aunty Ros .. bukan nak cari Abang Danish pun .."

Jawab Fizah tersentak dengan usikkan Puan Roslinda.

Tersipu malu Dia dibuatnya sampai makin berona merah mukanya yang berkulit cerah itu. Tergelak kecil Puan Roslinda melihat reaksi Fizah yang dari tadi asyik menyelit-nyelitkan rambut tepinya ke belakang telinga.

"Fizah balik dulu lah yer Aunty Ros .. takut Mak Fizah cari pulak .."

"Kirim salam kat Uncle yer .. Assalammualaikum ~"

Ujar Fizah meminta diri & menyalam tangan Puan Roslinda cepat.

"Waalaikumsalam ~ Iyer lah, nanti Aunty Ros kirimkan salam Fizah dekat Uncle dengan Danish yer .. HEHEHE ~~"

Jawab Puan Roslinda sempat menyakat lagi.

Laju sahaja Fizah beransur pergi dari perkarangan rumah Puan Roslinda kerana berasa malu dengan Puan Roslinda yang dari tadi lagi suka menyakatnya.

Tergeleng-geleng kepala Puan Roslinda sambil tergelak kecil melihat telatah Fizah yang mencuit hatinya.

***********

Sampai sahaja di luar perkarangan rumah Faiz .. Danish terus menghentikan motornya & menunggu Faiz datang menemuinya disitu.

Tidak lama kemudian, muncul Faiz yang baru sahaja menyarungkan baju t-shirt biru gelapnya sambil membawa joran & sebuah kotak ais menuju ke arah Danish yang sedang menunggunya di luar rumah.

"Semua dah ada ker Bro ??"

Tanya Danish ingin tahu saat Faiz menghampirinya dengan set memancing yang lengkap.

"Dahh ~ semua Aku dah sediakan dalam kotak ais nie .."

Jawab Faiz sambil menunjukkan ke arah kotak ais yang dibawanya kepada Danish.

"Owhh sebelum tu .. waktu Kau ke sini tadi, Kau ada terserempak tak dengan adik Aku kat tengah jalan ??"

Tanya Faiz tiba-tiba.

"Huh !! Adik Kau ??"

"Takdelah .. Aku tak nampak pun Dia kat mana-mana .."

"Kenapa ??"

Tanya Danish pula ingin tahu.

"Owhh ~~ Aku ingatkan Kau ada terserempak .. sebab tadi Dia kata nak ke rumah Kau hantar lauk .."

"Kau tahu ~ beriya Dia masak lauk tu tadi sorang-sorang sampai Aku nak rasa sikit pun tak boleh .. Habis 1 rumah dengar Dia melenting kat Aku .."

"Geram betul Aku dengan makcik sorang tu .. Eshhh !!"

Jelas Faiz sambil menunjukkan rasa geram yang Dia simpan dari tadi.

Tergelak Danish melihat wajah Faiz yang geram membebel tentang adiknya tadi kepada Dia.

"Laaa ~~ Iyer ker ?? Aku tak terserempak laa pulak dengan Fizah tadi .."

"Tapi mungkin Dia dah jumpa dengan Ibu Aku lah tu kat rumah .."

Jawab Danish sambil tergelak melihat Faiz membebel geram tentang adiknya.

Mereka berdua menaiki motor yang di tunggang Danish menuju ke hujung kampung untuk mereka memancing ikan bersama.

"Adik Kau macam mana sekarang Bro ??"

"Ada khabar berita dari Dia ??"

Tanya Faiz sambil tangannya sibuk mempersiapkan jorannya untuk mulai memancing.

"Entah lah Faiz .. Aku harap Esya baik-baik jer kat KL tu sebab kali terakhir Dia call Aku masa Dia baru dapat kerja kat sana .."

"Masa tu Aku sendiri yang pesan kat Dia supaya jangan selalu call kat sini & jangan risaukan kami .."

"Aku risau kalau orang-orang tu dapat cari tahu di mana Esya berada sekarang .."

"Aku cuma harapkan agar adik Aku baik-baik saja di sana sebab Aku yakin Esya boleh jaga diri Dia sendiri dengan baik .."

Jawab Faiz sayu.

Jauh disudut hati Faiz, Dia terlalu merisaukan bagaimana keadaan adik perempuannya yang merantau pergi ke bandar seorang diri .. tapi dengan keyakinan yang Dia ada pada Esya .. Danish yakin bahawa adiknya pasti dalam keadaan baik.

"Sabar yer Bro .."

"Aku yakin Esya akan baik-baik kat sana .. jangan risau .."

Ujar Faiz sambil menepuk lembut bahu Danish memberi semangat kepada sahabatnya.

Mereka berdua meluang masa bersama memancing ikan sehingga hampir waktu senja.



..................................................................

Pagi itu sekitar pukul 7 pagi Aku baru pulang ke rumah selepas selesai shif kerjaku di kedai serbaneka 7-Eleven. Aku berasa sangat cukup penat & mengantuk kerana seharian Aku masih belum tidur.

Semasa Aku baru masuk membuka pintu rumah utama ku, tiba-tiba Aku jadi sangat terkejut apabila muncul seorang lelaki yang tidak memakai baju & hanya memakai seluar pendek di dalam rumahku.

"Arghhhhh !!!!"

Jerit Aku kuat sampai mata lelaki yang sedang berjalan mamai itu terus terbeliak terkejut melihat Aku menjerit kuat di hadapannya.

Aku terus menggelabah cuba mencari sesuatu yang keras untuk dijadikan senjata untuk memukul lelaki itu supaya tidak datang mendekatiku.

Mati-mati Aku berfikir mungkin Aku tersalah masuk rumah orang lain kerana keadaan Aku yang betul-betul mengantuk & penat mahu tidur.

Tapi tiba-tiba muncul Kak Suzy iaitu housemate ku yang menyewa di bilik master keluar bergegas dari biliknya cuba menenangkan Aku supaya berhenti menjerit.

"Esyaaa ~~ berhenti !!"

Pinta Kak Suzy sambil menahan payung panjang yang Aku gunakan untuk memukul lelaki separuh bogel di hadapanku.

Aku jadi menggelupur ketakutan kerana melihat tiba-tiba ada lelaki asing yang separuh bogel muncul dihadapanku saat Aku membuka pintu rumah.

Kak Suzy menghentikan Aku untuk memukul lelaki itu & cuba menenangkan Aku supaya berhenti menjerit kuat di awal pagi buta begitu kerana bimbang jiran sebelah akan dengar.

"Esyaa ~ maafkan Akak .."

"Ini tunang Kak Suzy .. Dia bermalam kat sini semalam .."

"Akak ingatkan Esya ada dalam bilik sekarang nie .. tak sangka pulak Esya baru balik kerja & terserempak macam nie dengan Dia .."

Ujar Kak Suzy menjelaskan apa yang berlaku.

Terkejut besar betul Aku dibuatnya dengan penjelasan Kak Suzy itu .. bagaimana mungkin Kak Suzy boleh membawa seorang lelaki asing & bukan muhrim masuk tidur di dalam rumah semalaman.

Aku jadi semakin takut & risau kerana Kak Suzy boleh membawa lelaki asing seperti itu masuk ke dalam rumah sewa perempuan.

Tanpa mendengarkan lagi penjelasan lanjut Kak Suzy, Aku terus berlari keluar seperti lipas kudung meninggalkan Kak Suzy dengan lelaki separuh bogel itu sendirian di dalam rumah.

Aku berasa sangat takut untuk berada di dalam rumah itu selagi lelaki tadi masih lagi berada di dalam rumah.

Aku turun dari apartment & Aku jadi kehilangan arah untuk dituju .. badanku masih menggigil ketakutan kerana masih terkejut dengan kejadian tadi.

Dalam fikiranku berfikir mungkin Kak Suzy berani melakukan ini kerana Dia tahu bahawa Aku & Najwa tiada di rumah seharian semalam.

Kebetulan pula sejak dari kelmarin Najwa pulang bermalam beberapa hari ke rumah Mak saudaranya di Rawang, jadi tinggal Aku & Kak Suzy saja yang ada di rumah.

Aku jadi tidak keruan & bingung hendak pergi kemana pada waktu pagi sebegitu kerna Aku masih berasa takut bila mengingat kembali keadaan lelaki itu tadi.

Aku terus berjalan & terus berjalan mengikut langkah kaki ku yang membawaku entah kemana. Sambil Aku berjalan, Aku cuba untuk menenangkan diriku yang masih lagi menggigil ketakutan.

Akhirnya langkahku terberhenti disebuah taman permainan kanak-kanak berhampiran dengan sebuah taman perumahan apartment.

Aku terduduk lemah diatas kerusi batu yang ada ditaman itu sambil cuba menenangkan diriku. Terasa mahu saja Aku menangis kerana berasa takut dengan kejadian tadi.

Tiba-tiba Aku jadi teringat semula dengan kejadian yang membuatku lari membawa diri jauh ke sini. Aku terus cuba & cuba untuk menenangkan perasaan takutku lagi supaya segera melupakan kejadian itu.

Kemudian tiba-tiba Aku disapa oleh seseorang yang berdiri melindungi cahaya matahari pagi yang mulai naik di hadapanku.

"Aikk .. You nie bukan perempuan yang haritu ker ??"

Sapa seseorang yang kurang jelas Aku lihat wajahnya dihadapanku kerana wajahnya melindungi cahaya matahari yang terbit.

Aku mengecilkan mata cuba untuk melihat dengan jelas siapa orang yang tiba-tiba menyapa Aku itu.

"Awak siapa yer ??"

Tanyaku ingin tahu kerana Aku kurang jelas untuk mengingat kembali.

Lelaki itu terus beralih berdiri disebelahku pula supaya cahaya sinar matahari memancarkan cahaya kewajahnya dengan lebih jelas.

"You tak ingat I ker ??"

"Kita baru jer jumpa kat Centrel Market haritu .. You dah lupa ker ??"

Jelas lelaki itu cuba mengingatkan Aku kembali.

Saat cahaya mentari memancarkan cahaya kewajahnya .. baru Aku jadi teringat akan lelaki itu.

"Owhh Awak ker .."

"Baru Saya ingat .. Awak buat apa kat sini ??"

Tanya ku pula tertanya-tanya.

"I rasa I yang patut tanya benda tu pada You .. sebab I tinggal dekat apartment sini .."

"You pun tinggal kat area sini ker ??"

Jelasnya lalu menanyaku kembali.

Aku pula jadi terkedu kerana Aku sendiri tidak menyangka bahawa Aku berjalan punya berjalan sampai kat taman perumahan yang Aku sendiri tidak tahu di mana.

Mataku jadi berkebil-kebil melihat keadaan sekeliling. Orang-orang sudah banyak keluar untuk keluar bekerja pada masa itu tapi Aku pula masih dalam keadaan buntu & tidak tahu Aku sedang berada di mana.

"Huftttt ~~ Saya kat mana nie ??"

Keluh ku berat sambil memegang kepalaku kerana bingung Aku berada dimana sekarang.

"Are you okey ??"

Tanya lelaki itu risau lalu duduk di sebelah ku.

Aku memicit kepalaku yang berdenyut & cuba menenangkan fikiranku semula.

"You okey ker ??"

"Nampak macam tak sihat jer .."

Tegur lelaki itu lagi.

Wajahnya kelihatan risau melihat keadaanku yang sedang duduk memicit kepalaku yang berdenyut.

"Saya okey jer .."

"Awak nak pergi kerja ker ??"

"Awak pergi lah .."

Jawabku lemah.

Aku melihat lelaki itu membawa sebuah beg kain yang agak sedikit besar dibahunya. Jadi Aku berfikir tentu Dia mahu pergi keluar bekerja.

"You okey ker ??"

"Muka You nampak pucat .. You tak sihat ker ??"

Tanya lelaki itu risau sekali lagi.

Naik rimas betul Aku dengan pertanyaan lelaki itu yang balik-balik menanyakan benda yang sama sahaja kepadaku.

"Encik .. apa kata Encik berangkat pergi bekerja jer sekarang .."

"Saya okey jer & Saya nak bersendirian, jadi tolong jangan ganggu Saya !!"

Pintaku geram.

Terkejut lelaki itu dengan arahan Aku yang kedengaran agak geram padanya.

Lelaki itu segera bangun dari duduknya disebelahku lalu beransur pergi dengan segera meninggalkan Aku yang masih lagi duduk memicit kepalaku yang berdenyut.

Lelaki itu bangun & berjalan perlahan-lahan meninggalkan Aku. Tapi tidak tahu mengapa Dia memaling melihatku kembali yang sedang duduk di belakang.

Perlahan-lahan lelaki itu memerhatikan ku dari jauh kerana entah mengapa Dia berasa Dia berasa risau melihat keadaanku.

Setelah beberapa ketika duduk di situ & keadaan mentari pun sudah semakin terik membuatku makin berasa panas.

Aku bangun dari dudukku & mulai berjalan tidak tahu harus ke mana kerana Aku tidak tahu selok belok tempat itu.

Aku berjalan & terus berjalan mengikuti langkah kaki ku yang terasa semakin lemah tahu mahu melangkah ke mana .. tiba-tiba entah mengapa pandanganku jadi berpinar-pinar & kabur.

"Cik !!!"

"Cik okey ker ??"

Tanya lelaki itu yang terus menahan badanku dari jatuh rebah di atas jalan.

Dari tadi lagi lelaki itu memerhatikan Aku dari jauh & mengekoriku dari belakang. Nasib baik Dia terus menyambut badanku yang terjatuh lemah.

Aku masih dapat melihat wajah lelaki itu & mendengarkan suaranya memanggilku saat Dia menyambut badanku yang mahu jatuh rebah .. tapi makin lama pandanganku semakin kelam.



**********

Mataku perlahan-lahan dibuka membuatkan pandanganku menjadi silau kerana sinaran lampu di atasku. Aku menoleh kepala ke arah kanan & melihat ada seorang jururawat di sebelah sedang melihatku.

"Cik dah bangun ??"

"Cik okey ker ??"

Tanya jururawat itu lalu membantuku untuk bangun.

Hairan Aku memikirkan Aku sedang ada di mana .. bagaimana Aku boleh berada di sini ??

"Saya ada kat mana nie ??"

Tanyaku hairan sambil memegang kepalaku.

Mataku melilau melihat sekeliling ingin tahu Aku ada dimana, kemudian tiba-tiba kain langsir dibuka dari luar.

Muncul seorang lelaki yang wajahnya seperti Aku kenal dari balik tirai langsir itu.

"Cik ~~ You dah okey ker ??"

Tanya nya tiba-tiba menghampiriku.

Aku melihatnya dengan penuh tanda tanya. Mengapa pula lelaki ini ada disitu juga ??

"Apa yang Awak buat kat sini ??"

"Saya ada kat mana nie ??"

Tanya ku masih tertanya-tanya sambil memicit kepalaku yang makin sakit pula kerana pening memikirkan apa sebenarnya yang sedang berlaku.

"Tadi You pengsan .. Jadi I bawak You ke klinik nie .."

Jawab lelaki itu menjelaskan apa yang berlaku.

Kemudian datang pula seorang doktor wanita menghampiri katil tempat Aku terbaring tadi.

"Cik dah rasa okey ker sekarang .."

"Tadi Cik pengsan & this gentlemen yang angkat bawa Cik ke sini .."

"Cik jangan risau .. Cik cuma stress & kepenatan jer nie .."

"Nanti Saya bagi ubat & Cik balik rumah makan yer .. hari nie Saya bagi surat MC untuk Cik supaya boleh berehat di rumah"

Jelas Doktor itu.

Terperanjat betul Aku dengan penjelasan Doktor itu .. Huh !! Lelaki tu angkat Aku yang pengsan nie pergi klinik Dia kata ??

Oh No !!! Biar betul Mamat nie angkat Aku .. terasa malu pula rasanya tiba-tiba. Bagaimanalah Aku boleh pula jatuh pengsan sampai kena angkat masuk klinik .. buat malu jer laa ..

Aku hanya mampu tersengeh-sengeh malu mahu melihat lelaki itu. Tak terbayang bagaimana Dia mengangkat Aku yang pengsan tadi ke klinik.

Tidak lama selepas itu Aku turun dari katil rawatan & keluar bersama dengan lelaki itu dari bilik rawatan doktor menunggu ubat yang mahu diberi oleh Doktor tadi.

Ketika namaku dipanggil untuk mengambil ubat & membuat pembayaran di kaunter .. lelaki itu terus bergegas lalu mengeluarkan dompet dari poket belakangnya.

"Eehh Encik .. tak perlu bayarkan .. Saya ada duit nak bayar sendiri .."

Kataku menghalangnya untuk mengeluarkan wangnya untuk membayar kos perubatanku.

"Takpe Cik .. I ikhlas nak tolong You .."

"Cik duduk lah dulu .. biar I selesaikan semua nie .."

Jawabnya menolak permintaanku.

Berulang kali Aku cuba menghalangnya namun tetap Dia berdegil menolak permintaanku, akhirnya Aku mengalah & Dia yang membayarkan kos perubatanku.

Serba salah Aku dibuatnya. Selepas selesai semua urusan, Dia membawaku keluar dari klinik untuk pulang.

"Cik tinggal kat mana ??"

"Nak I tolong hantarkan ??"

Tanya nya tiba-tiba.

"Ehh takpe .. Saya boleh balik sendiri .."

"Terima kasih atas pertolongan Awak harinie .."

"Nahh ~~ ini Saya pulang balik duit ubat Saya tadi .."

Ucapku lalu menghulurkan duit RM50 kepadanya.

"Ehh tak perlu Cik .. I ikhlas tolong You tadi .."

"Lagipun haritu You dah tolong I time kena belasah dengan lelaki tak guna tu .. so hari nie biar I balas balik pertolongan You .."

Ujarnya sambil tersenyum sampai ternampak lagi lekungan dalam lesung pipit di pipi kanannya.

Tergelak kecil Aku dibuatnya. Baiklah Aku menerima alasannya itu walaupun Aku rasa pertolongan Dia lagi besar dari pertolongan Aku pada Dia tempoh hari.

Tidak lama kemudian ada teksi yang berhenti, jadi Aku terus masuk ke dalam teksi tersebut lalu meninggalkan Dia sendirian di hadapan klinik tadi.

Nasib baiklah Aku jumpa orang yang baik macam lelaki tadi walaupun tak pasal-pasal Dia kena angkat Aku pergi ke klinik tadi.

Bila sampai di bawah blok apartment .. Aku mulai jadi takut semula untuk naik ke atas rumah sewaku .. Aku takut jika lelaki pagi tadi masih ada di dalam rumah.

Aku harus menggagahkan diri untuk naik semula ke atas rumah. Sampai sahaja diluar pintu, Aku membuka kunci pintu & membukanya perlahan-lahan takut jika lelaki itu masih ada di dalam rumah.

Bila dah buka pintu rumah & melihat keadaan ruang tamu yang kosong tiada orang, Aku terus mengambil payung besar yang ada di tepi pintu itu sebagai senjata untukku berjaga-jaga.

Sambil memegang kuat batang payung di tanganku, Aku berjalan perlahan-lahan dengan sangat berwaspada menuju ke arah bilikku.

Lega rasa hati Aku bila dah masuk dalam bilik & dengan pantas Aku terus mengunci tombol pintu cepat-cepat supaya tiada siapa boleh masuk.

Nampaknya Kak Suzy dengan tunangannya sudah keluar & tiada sesiapa yang berada di dalam rumah saat itu.

Lepas Aku mengunci pintu rapat, Aku terus merebahkan badanku di atas katil & melepaskan lelahku seharian.

Saat Aku berbaring, tiba-tiba Aku terpikir .. apa nama lelaki berlesung pipit tu haa ?? Dah beberapa kali juga Aku bertemu dengannya tapi sampai sekarang tak tahu nama. Macam mana jugalah Aku berjalan sampai ke kawasan perumahannya tadi tanpa sedar.

Aku tergelak sendiri lagi pada diriku .. apalah nasib Aku hari nie .. ada-ada saja hal yang berlaku .. kalau bukan disebabkan tunang Kak Suzy yang buat Aku lari ketakutan tadi, tentu hal memalukan tadi tak berlaku.

Tidak lama kemudian mataku jadi terlelap kerana berasa sangat lelah hari ini & kepalaku juga mulai berdenyut kembali.



..................................................................

Beberapa hari sudah berlalu sejak kejadian itu & Aku dengan Kak Suzy juga tidak saling bertegur sapa mungkin kerana Dia bengang dengan kelakuanku tempoh hari yang terkejut melihat tunangannya ada di dalam rumah.

Jadi Aku pun tidak mahu mengambil peduli tentang hal itu kerana Aku berasa orang yang patut meminta maaf adalah Dia & bukannya Aku.

Kami masing-masing hanya membuat hal kami sendiri sahaja. Mujur saja ada Najwa yang menyebelahi ku kerana Najwa juga tidak suka dengan sikap Kak Suzy yang sesuka hati membawa lelaki walaupun lelaki itu adalah tunangannya.

Aku cuma berharap agar peristiwa itu tidak berulang lagi kembali.

Sewaktu Aku sedang sibuk menyusun stok barang di dalam 7-Eleven .. tiba-tiba ada seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan 8 tahun masuk ke dalam kedai lalu memberikan Aku segulung kertas.

Selepas memberikan ku, kanak-kanak itu terus bergegas keluar semula dari kedai sebelum sempat Aku mahu menanyakannya.

Kertas yang diberi kanak-kanak tadi Aku terus buka kerana tertanya-tanya itu kertas apa.

Mataku jadi terpana sehingga Aku tersenyum sampai ke telinga melihat gulungan kertas bersaiz A2 itu.

"Ini bukan lukisan haritu ker ??"

Tanyaku sendiri sambil tersenyum senang terpana melihat lukisan sebuah jambatan di atas tasik yang dikelilingi dengan pepohon berwarna-warni disekelilingnya.

Aku tertanya bagaimana lukisan itu boleh ada pada budak lelaki tadi & Dia berikan itu padaku .. dari mana kanak-kanak itu mendapatnya ??

Dengan pantas Aku berlari keluar kedai untuk cuba mengejar kanak-kanak lelaki tadi untuk menanyakan dari mana datangnya lukisan itu, namun malangnya budak itu sudah hilang entah kemana.

Aku masih lagi tertanya-tanya dari mana lukisan itu datang kerana Aku sangat yakin bahawa itu adalah lukisan yang sama Aku lihat di Centrel Market tempoh hari.

"Kau buat apa tercegat kat luar nie ? Kau cari apa ??"

Tanya Najwa saat melihatku sedang tercari-cari diluar kedai.

Najwa kemudian melihat lukisan yang ada ditanganku & Dia juga jadi terpengun melihat keindahan lukisan itu.

"Waww Esya ~~ cantiknya lukisan nie .."

"Kau dapat kat mana ??"

Tanya Najwa lagi lalu mengambil lukisan itu dari tanganku untuk Dia lihat dengan lebih jelas.

"Entah lah Nad .. Aku sendiri pun pelik sebab tadi ada sorang budak lelaki nie yang bagi Aku kat dalam kedai .."

"Bila Aku keluar nak tanya budak tu .. tiba-tiba Dia dah hilang .."

Jawab Aku menjelaskan kepada Najwa.

Mata Najwa juga tidak berkedip melihat keindahan lukisan itu. Dia juga akui bahawa lukisan itu sangat cantik.

"Ada orang bagi kat Kau ker Esya ??"

Tanya Najwa lagi tapi matanya masih terpana melihat lukisan itu.

"Sebab tula Aku nak tanya budak tadi tu Dia dapat dari mana lukisan nie .. tapi budak tu pulak takde .."

Jawabku lagi.

"Entah-entah ada orang crash dengan Kau .."

"Waw boleh tahan Kau sekarang Esya .. dah ada crash dahh ... HEHEHEEE🤭 ~~"

Usik Najwa sengaja menyakatku.

Terkedu Aku dengan usikkan Najwa. Sejak bila pulak lah ada orang nak crash dengan orang macam Aku nie.

"Eh eh Kau .. mana adalah .."

"Ada-ada jer lah Kau nie .. bak sini balik lukisan nie .."

Ujar Aku terasa malu pula disakat begitu dengan Najwa.

Aku terus mengambil kembali lukisan itu dari tangan Najwa lalu masuk semula ke dalam kedai.

Tergelak kecil Najwa dengan reaksi Aku lalu Dia pun mengikutiku masuk semula ke dalam kedai.

"Esya ceritalah .. Kau ada crash ker ??"

Tanya Najwa mendesakku.

Esya :

"Eshhh ~~ apa Kau nie Nad .. mana adalah .."

Najwa :

"Habis tu macam mana pulak ada orang bagi Kau lukisan nie tiba-tiba .."

"Tentu Kau pernah jumpa orang tu kan .."

Esya :

"Jumpa orang tu 🤔🤔????"

Ujarku tertanya sendiri dengan apa yang baru Najwa katakan.

Aku cuba berfikir & mengingat kembali apa-apa yang berkemungkinan. Kemudian tiba-tiba Aku jadi teringat pula dengan lelaki sama yang Aku jumpa di Centrel Market itu ketika Aku melihat lukisan tersebut.

Takkan lah lelaki tu yang bagi Aku lukisan nie .. Aku berfikir semula, tidak mungkin Dia yang memberiku lukisan ini kerana lukisan ini kelihatan agak mahal untuk Dia belikan untukku.

Tapi kalau iya pun lelaki itu membelikan untuk ku, untuk motif apa ?? Kerana kami sudah tidak ada hutang apa-apa lagi.

Tapi kalau bukan lelaki itu, lalu siapa pula yang memberiku lukisan ini & apa motifnya. Buntu Aku dibuatnya.

"Hurmmm ... entah lah Nad .. Aku sendiri tak faham & buntu nak fikir siapa yang bagi .."

"Kalau Kau nak lukisan tu .. Kau ambik jer laa "

Ujarku lalu meletakkan lukisan itu di dalam stor & Aku keluar balik menyusun stok barang diluar sambil menjaga kedai. Malas Aku nak pikir pasal lukisan tu.



..................................................................

DI SEKOLAH ~~

Habis sahaja sesi petang persekolahan murid-murid sekolah rendah & mereka semua sudah habis pulang kerumah masing-masing .. Danish menutup pagar sekolah dengan kunci mangga.

Danish menunggang motorsikal nya untuk pulang ke rumah. Semasa dalam perjalanan, tiba-tiba Danish ternampak ada sebuah kereta yang kelihatannya rosak di tepi jalan.

Danish kemudian menghentikan motornya ditepi jalan untuk turun melihat apa yang terjadi. Namun tiba-tiba ~~

"Ehh Fizah ??"

"Ada apa nie ?? Kenapa dengan kereta Fizah nie ??"

Tanya Danish terkejut melihat rupa-rupanya kereta yang rosak ditepi jalan itu adalah kereta milik Fizah.

"Ehh Abang Danish ~~"

"Entahlah Bang .. tiba-tiba jer kereta nie mati & dah tak boleh start enjin .. Fizah pun tak tahu kenapa .."

Jawab Fizah menjelaskan situasinya.

Fizah juga terkejut kerana tidak menyangka bahawa Danish yang singgah membantunya di tepi jalan.

"Laa iyer ker ??"

"Kalau macam tu cuba Fizah buka botnet depan kereta .. biar Abang tengokkan kenapa .."

Ujar Danish mahu cuba membantu Fizah.

Botnet depan kereta Myvi putih Fizah dibuka lalu Danish segera membukanya.

Habis berasap enjin saat botnet depan kereta Fizah dibuka luas.

"Teruk dah nie kereta Fizah .. rasanya temperature kereta Fizah naik nie .."

"Kena mintak orang bengkel datang tarik sebab macam ada masalah lain lagi nie selain masalah temperature .."

Jelas Danish sambil melihat-lihat kerosakkan lain pada botnet depan kereta Fizah.

Terkejut Fizah melihat keadaan botnet depan keretanya yang habis berasap seperti mahu terbakar.

"Alamak .. buka lagi ker bengkel kereta time petang-petang macam nie ??"

Tanya Fizah risau memikirkan keadaan kereta Myvi kesayangan itu bagaimana.

"Hurmmm ~~ yang itu Fizah tak perlu risau .. nanti Abang Danish uruskan untuk Fizah .."

"Sekarang nie Fizah balik rumah dulu lah yer .. takpe tinggalkan jer kereta nie kat sini .."

Ujar Danish menyuruh Fizah agar pulang dahulu.

"Huh balik ?? Tapi macam mana Fizah nak balik kalau kereta Fizah ada kat sini .."

Soal Fizah tiba-tiba.

Iya tak iya jugak kan .. Danish sampai tidak terfikir pula tentang itu. Tiba-tiba Danish terfikir untuk menghubungi Faiz supaya datang menjemput adiknya disitu pulang ke rumah, namun tiba-tiba ~~

"Hurmm ~~ tapi rasanya Abang Faiz takde kat rumah sekarang .. sebab sebelum Fizah pergi kerja tadi Dia bagitahu kat Fizah yang petang nie Dia nak keluar jumpa kawan Dia & jangan ganggu Dia .."

Ujar Fizah menjelaskan tentang Faiz yang mahu dihubungi Danish.

Jadi buntu Danish memikirkan cara bagaimana Fizah mahu pulang ke rumah dengan keadaan itu kerana tiada teksi atau apa-apa kenderaan yang lalu di jalan itu, lebih-lebih lagi hari sudah mahu senja.

"Kalau macam tu biar Abang hantar Fizah balik laa .. sebab hari pun dah nak senja nie .. tak baik anak dara balik waktu senja .."

"Tapi naik motor Abang laa kalau Fizah tak kisah .."

Ujar Danish terpaksa mempelawa Fizah untuk Dia hantar menaiki motorsikalnya.

Walaupun Danish berasa serba salah untuk membonceng Fizah pulang, namun Dia lagi risau jika meninggalkan Fizah sendirian di tepi jalan itu pada waktu senja menunggu sehingga temperature keretanya turun.

"Huh !! Naik motor nie ??"

Ujar Fizah sengaja buat-buat terkejut & jual mahal.

"Kenapa ?? Fizah takut ker ??"

"Okey kalau macam tu biar Abang cuba call Faiz lagi semula .."

Kata Danish makin serba salah dengan pelawaannya tadi .. Jadi Dia segera mahu menghubungi Faiz semula kerana Dia risau jika Fizah malu menaiki motor dengannya.

Namun belum sempat Danish mahu mengeluarkan telefon bimbitnya dari saku untuk cuba menghubungi Faiz .. tiba-tiba tangannya dihalang dengan Fizah ..

"Ehh tak perlu Bang !!"

"Takpe, biar Abang Danish yang hantarkan Fizah balik boleh ?? "

Ujar Fizah menghalang Danish dari menghubungi Faiz & meminta agar Danish yang menghantarnya pulang.

Danish terus menghidupkan enjin motornya kemudian Fizah pun turut naik duduk menyamping macam perempuan melayu terakhir dengan kain baju kurungnya di belakang Danish.

Motor Danish meluncur jalan menuju ke arah rumah Fizah. Saat motor berjalan, Fizah duduk agak sedikit jauh dari badan Danish yang memboncengnya pulang kerana rasa segan .. tapi saat Danish membawa motornya sedikit laju Fizah terus memeluk erat pinggang Danish dari belakang tanda Dia sedar kerana risau jika Dia akan terjatuh dari motor.

Berdebar terus detak jantung mereka berdua diatas motor yang berjalan itu. Tidak lama kemudian sebelum senja mereka sampai juga di perkarangan rumah Fizah.

Saat baru sampai diperkarangan rumah Fizah, dari jauh mereka sudah nampak Faiz sedang sibuk membersihkan motorsikalnya di luar rumah.

Terkejut juga Faiz melihat adiknya pulang kerumah dibonceng naik motor dengan lelaki.

"Aikk Fizah .. mana kereta ??"

"Apasal tiba-tiba balik naik motor dengan Kau nie Danish ?"

Tanya Faiz terkejut & tertanya-tanya.

Dengan pantas Fizah segera turun dari motor di belakang Danish.

"Owh Kau dah balik rumah ker Bro ??"

"Tadi Aku nak call Kau untuk mintak tolong ambik Fizah sebab kereta Dia mati kat tepi jalan .. tapi Fizah kata Kau takde kat rumah .."

"Jadi Aku hantarlah Dia balik naik motor .."

Jawab Danish menjelaskan keadaan sebenar kepada Faiz.

Tiba-tiba Faiz jadi agak sedikit terkejut dengan penjelasan itu yang menyatakan Dia tiada dirumah padahal seharian panjang Dia hanya duduk dirumah tidak tahu apa yang harus Di lakukan seharian.

"Huh takde kat rumah ??"

"Aku ada jerrrr ......"

Ujar Faiz.

Tapi melihat isyarat rupa yang di beri Fizah kepada Faiz itu sangat cukup membuatkan Faiz memahaminya.

"Aah Aku takde kat rumah .. nie pun Aku baru jer balik dari luar .. HEHEHE 😅~~"

Jawab Faiz sekali lagi memahami isyarat wajah yang diberi oleh Fizah dari belakang Danish.

Tergelak Faiz dengan reaksi & memek muka adiknya supaya membantunya jangan pecah rahsia. Dia faham sangat adiknya itu yang ada hati dengan Danish.

Fizah terus masuk ke dalam rumah selepas turun dari motor Danish meninggalkan mereka berdua di luar perkarangan rumah.

Selepas memastikan Fizah masuk ke dalam rumah.

"Bro ~ Kau suka dengan adik Aku ker ??"

Tanya Faiz tiba-tiba.

Terkedu Danish dengan soalan Faiz yang tiba-tiba menanyakan hal cepumas kepadanya.

"Apa Kau tanya nie Bro .."

"Aku cuma kebetulan jer lalu masa balik dari sekolah, lepastu ternampak kereta Fizah tersadai kat tepi jalan .."

"Jadi Aku cuma tolong hantarkan Dia balik jer sebab tak kan lah nak tinggal Dia sorang-sorang kat tepi jalan waktu senja macam nie .."

Jawab Danish cuma menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya.

"Tapi Kau takde hati dengan adik Aku ker ??"

Tanya Faiz lagi ingin tahu.

Sekali lagi Danish jadi diam terkedu dengan pertanyaan Faiz itu.

"Siapalah Aku nie Bro .."

"Aku hanya seorang sekuriti jer kat sekolah .. sedangkan adik Kau adalah guru dalam sekolah tu .."

"Tinggi langit & bumi Bro antara Aku dengan Fizah .."

"Nanti apalah kata orang-orang kampung bila tengok seorang guru sekolah tu bercinta dengan seorang sekuriti seperti Aku nie .."

Jawab Danish merendah diri.

Danish sedar akan diri & kedudukkan Dia dengan Fizah .. jadi Dia memilih untuk hanya menganggap Fizah sebagai adik kepada sahabat karibnya sahaja.

Dari jendela kamar, Fizah dapat mendengar apa yang dikatakan Danish kepada Faiz tentangnya. Entah mengapa hati Fizah terasa dengan kata-kata Danish itu.

Sejak keluarga Danish berpindah ke kampung, Fizah sudah mulai menyimpan hati terhadap Danish sejak Dia mulai berteman dengan adiknya iaitu Esya. Selain itu abangnya juga iaitu Faiz berkawan baik dengan Danish, jadi mereka 2 beradik memang saling berkawan rapat.

Tapi sehingga sekarang tiada sesiapa diantara Fizah mahupun Danish yang mahu meluahkan rasa hati mereka masing-masing.

Malam itu ketika dirumah Danish .. selesai makan malam bersama, Danish duduk menemani ayahnya di ruang tamu sambil menonton TV.

Tidak lama kemudian, ibunya iaitu Puan Roslinda membawa sebuah dulang berisi air teh hangat ke ruang tamu & menghidangkannya kepada Pak Idris & Danish.

"Danish dari mana tadi balik lambat ??"

Tanya Pak Idris tiba-tiba.

"Owhh ~ tadi Danish singgah hantar Fizah balik rumah Dia dulu sebab kereta Dia rosak kat tepi jalan masa balik dari sekolah tadi .."

Jawab Danish lalu menenguk air teh hangat yang baru dihidangkan oleh ibunya di atas meja.

"Danish hantar Fizah balik naik motor Danish ker ??"

Tanya ibunya pula tiba-tiba.

"Macam tulah ceritanya Ibu .."

"Tak kan Danish nak tinggalkan Fizah sorang-sorang kat tepi jalan waktu senja macam tu .."

Jawab Danish semula menjelaskan.

Puan Roslinda & Pak Idris saling berpandangan dengan senyuman tersirat seakan memberi isyarat antara mereka.

"Hurmmm ~~ Danish takde hati ker dengan Fizah ??"

Tanya ibunya tiba-tiba.

Mahu tersembur air teh hangat Danish dari mulutnya gara-gara pertanyaan cepumas ibunya tiba-tiba.

Masuk kali ini .. ini sudah 2 kali orang menanyakan soalan yang sama kepadanya tentang Fizah. Dalam fikiran Danish terfikir pelik sangat ker Dia menghantar Fizah pulang tadi sampai dah 2 orang tanya soalan sama kepadanya hari ini.

Puan Roslinda & Pak Idris juga jadi terkejut dengan reaksi Danish yang hampir tersembur air yang diminumnya. Dengan pantas Puan Roslinda terus memberikan kertas tisu di atas meja buat Danish.

"Apa Ibu nie ~~"

"Kenapa tanya soalan macam tu pada Danish ??"

Ujar Danish geram bercampur malu dengan pertanyaan cepumas ibunya sambil Dia mengelap air teh yang hampir tersembur di celah-celah bibirnya dengan kertas tisu.

Tergelak kedua orang tuanya melihat reaksi Danish yang kelihatan malu ditanyakan soalan itu kepadanya.

"Bukan apa .. Fizah tu baik budaknya, sopan-santun, lemah lembut, cantik & pandai memasak .."

"Ramai pemuda kampung yang berkenan dengan Dia .."

"Danish tak berkenan ker dengan Dia jugak ??"

Jelas Puan Roslinda memuji akan kelebihan yang ada pada Fizah.

"Macam manalah orang macam Danish nie nak berkenan dengan perempuan sebaik Fizah tu .."

"Danish nie bukan sesiapa pun Ibu .. hanya seorang sekuriti di sekolah rendah jer, sedangkan Fizah tu seorang guru kat sekolah tu & anak ketua kampung ini.."

"Tinggi langit & bumi kitaorang berdua .."

"Lagipun ini bukan masanya untuk Danish nak pikirkan pasal siapa pasangan hidup Danish .."

"Banyak lagi benda yang Danish kena uruskan selain daripada itu .."

"Danish kesian macam mana dengan nasib Esya kat KL tu .. Danish cuma harapkan agar Esya selamat kat sana .."

Jelas Danish.

Siang malam mereka sekeluarga tidak pernah berhenti memikirkan tentang bagaimana keadaan Esya di rantauan sana.

Jika bukan disebabkan masalah keluarga, mereka tidak akan memaksa Esya untuk lari membawa diri ke tempat lain.

Mereka sekeluarga cuma berharap agar masalah mereka cepat selesai & mereka boleh membawa Esya pulang kembali bersama mereka sebelum ini.



..................................................................

DI SEBUAH TAMAN TASIK ~~

Petang itu Aku sengaja keluar berjalan-jalan mengambil angin sambil menghirup udara segar di Taman Tasik Titiwangsa seorang diri kerana bosan cuti duduk sendirian di rumah.

Banyak orang yang beriadah & ada juga yang bersenam seperti berjoging bersama kawan-kawan & keluarga pada petang itu.

Aku duduk sendirian di kerusi batu yang menghadap ke arah tasik semulajadi itu sambil melihat pemandangan indah tasik itu yang mempunyai kemudahan rekriasi seperti sampan kayuh & kayak di tengah tasik.

Angin tasik yang sepoi-sepoi bahasa meniup lembut rambut panjangku yang sengajaku lepaskan jatuh berjurai di bahu.

Aku tersenyum sendiri melihat gelagat orang-orang sekelilingku yang melakukan aktiviti petang mereka baik dengan pasangan mahupun keluarga masing-masing.

Tiba-tiba Aku jadi teringat dengan kedua orang tua & Abangku satu-satunya yang Aku tinggalkan dikampung. Bagaimana agaknya khabar mereka semua di kampung.

Airmataku tiba-tiba menitis ke pipi saat terkenangkan mereka bertiga. Aku selalu berdoa disetiap solat & doaku agar mereka sentiasa berada dalam keadaan baik & tidak merisaukan keadaanku di sini.

Sedang Aku melayan perasaan, tiba-tiba bahu ku di cuit daripada belakang. Aku menoleh kebelakang & tiba-tiba ada seorang anak kecil lelaki dalam usia sekitar 7 tahun sedang tersenyum kepadaku.

"Kakak ~ Nah !!"

"Ada orang bagi .."

Ujar anak kecil itu lalu menghulurkan segulung kertas kepadaku.

Selepas Aku menerima gulungan kertas itu, dengan pantas anak kecil itu terus berlari sebelum Aku sempat menanyakan dari mana Dia mendapatkan kertas itu.

Dengan penuh tertanya-tanya lagi , Aku terus membuka gulungan kertas itu tadi & kali ini Aku memang benar-benar terkejut besar dengan lukisan pada kertas itu.

Lukisan itu tertera wajah Aku yang sedang tersenyum menikmati pemandangan tasik dihadapanku dengan rambut paras bahuku yang sengaja Aku lepaskan ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.

Dengan pantas Aku terbangun dari duduk ku di bangku batu itu lalu berpusing-pusing cuba memerhatikan orang sekelilingku yang mungkin adalah orang yang memberikan ku lukisan itu.

Ini adalah lukisan kedua yang Aku dapat sejak pertama kali Aku menerima lukisan pemandangan jambatan tasik yang juga dihantar oleh seorang kanak-kanak semasa Aku sedang bekerja di 7-Eleven.

Aku betul-betul tertanya-tanya siapa pengirim lukisan itu sebenarnya. Bagaimana mungkin kali ini Dia melukis wajahku sekarang & meminta seorang lagi kanak-kanak memberinya kepadaku.

Siapa orang itu & apa motif sebenarnya. Aku sangat yakin pasti pelukis itu ada di sekelilingku kerana Dia telah melukis wajahku yang sedang tersenyum melihat pemandangan tasik sekarang.

Aku terus berjalan mencari & terus mencari di sekeliling tasik itu sesiapa yang kelihatan sedang melukis atau membawa barang lukisan, namun tidak ku temui.

Siapalah si pelukis lukisan itu ?? Aku juga sangat yakin bahawa kedua-dua lukisan itu adalah dari orang yang sama.

Aku sangat berharap agar Aku dapat menemui siapa pelukis sebenarnya kerana Aku mahu menanya nya apa motif Dia memberi lukisan itu kepadaku.

Tiba-tiba Aku jadi teringat akan lelaki tempoh hari .. adakah mungkin si pelukis itu adalah Dia ?? Jadi tanpa berfikir panjang, Aku terus bergegas menuju ke arah apartment tempat Dia tinggal kerana Aku pernah tersesat jalan sampai ke sana tempoh hari.

Sampai sahaja di kawasan apartment nya, Aku hanya duduk di kerusi taman permainan yang berhampiran dengan kawasan apartment itu menunggunya sehingga muncul kerana Aku tidak tahu apa-apa sangat tentang lelaki itu.

Aku tunggu punya tunggu sampailah keadaan sudah mulai menggelap namun lelaki itu masih tidak muncul-muncul. Puas Aku duduk bangun melihat-lihat jika ternampaknya disekitar apartment itu, namun masih tidak ku lihat.

Makin banyak pulak nyamuk yang menggigit badanku ketika Aku sedang menunggunya di taman permainan yang hanya diterangi dengan lampu jalan sahaja.

Masa di jam tanganku menunjukkan waktu pukul 8.30 malam & lelaki itu masih lagi tidak muncul-muncul. Jadi akhirnya Aku mengambil keputusan untuk pulang sahaja dari situ & berhenti menunggunya muncul entah bila.

Aku beransur pergi dari taman permainan itu & tiba-tiba saat Aku sedang berjalan menuju ke arah jalanraya, tiba-tiba lelaki itu muncul terserempak jalan dihadapanku.

Terus terhenti langkahku tatkala terserempak dengan lelaki itu dihadapanku.

"Eeh .. You nie bukan perempuan yang haritu pengsan ker ??"

"You buat apa kat sini??"

Tegur lelaki itu mula-mula.

Tiba-tiba Aku mulai berasa segan pulak bila Dia menyebut tentang Aku yang pernah pengsan tempoh hari. Rasa nak jer sorok muka Aku tu kembali, tapi Aku kena buat muka tebal kat depan Dia untuk menanyakan tentang lukisan itu kepadanya.

"Hurmmm ~~ sebenarnya Saya nak tanya pasal lukisan nie pada Awak .."

"Ini dari Awak ker ??"

"Awak ker yang lukis gambar nie untuk Saya ??"

Tanya ku lalu menunjukkan gambar lukisan wajahku yang sedang tersenyum senang kepadanya.

Lelaki itu menerima kertas lukisan yang Aku hulurkan kepadanya lalu perlahan-lahan Dia buka gulungan kertas lukisan itu.

"Waw ~~ cantiknya lukisan wajah nie .."

"Ini muka You ker ?? Hurmmm ~ not bad, boleh tahan lawa juga lukisan nie .."

Ujarnya sambil meneliti dengan lebih baik lukisan wajah itu.

Berkerut dahi Aku cuba memahami akan maksud & reaksi yang dia tunjukkan. Mustahil Dia tidak tahu lukisan itu kalau benar Dia yang melukisnya sendiri.

"Awak kan yang bagi lukisan tu pada Saya tadi ??"

Tanyaku sekali lagi benar-benar ingin kepastian.

Tergelak lelaki itu dengan kata-kataku membuatkan Aku juga tidak mengerti mengapa.

"HAHAHAA ~~ Copp !! Jadi You ada kat sini sebab nak tanya pasal lukisan nie ker pada I ??"

"Jangan cakap You tengah tunggu I sampai malam macam nie semata-mata sebab lukisan nie ??"

Kata lelaki itu seperti geli hati dengan apa yang Aku buat.

Bengang pulak Aku tengok Dia gelakkan Aku macam tu padahal dari petang tadi sehingga dah gelap malam macam nie Aku tunggu Dia muncul.

Kalau Aku tahu Dia hanya akan menggelakkan Aku macam nie, lebih baik Aku tak payah jadi macam orang bodoh menunggunya muncul sampai gatal di gigit nyamuk.

Aku terus merampas semula lukisan wajahku dari tangannya lalu mahu segera pergi dari situ kerana bengang dengan sikapnya yang hanya menggelak-gelakkan Aku sahaja.

"Dah lah bak sini balik lukisan nie .."

"Percuma tanya orang macam Awak .. buang masa Saya jer !!"

Ujarku merajuk lalu merampas semula kertas lukisan itu dari tangannya.

Aku terus berjalan bengang ke hadapan namun lelaki itu terus menahan semula lenganku supaya berhenti.

"Ehh Cik tunggu dulu !!"

"Alaa~ You marah dengan I ker ??"

"Sorry sorry ~ I mintak maaf okey ~ I takde niat pun nak buat You naik marah macam nie .."

"I'm sorry okey .. now You bagitahu I balik ada apa You buat kat sini ??"

Ujarnya cuba memujuk & meredakan kemarahanku.

Aku sebenarnya memang betul-betul bengang dengan sikapnya namun Aku masih mahu mencari tahu tentang lukisan itu juga. Jadi Aku harus cuba untuk meredakan kemarahanku.

"Saya tanya Awak sekali lagi .. lukisan nie dari Awak ker ??"

Tanya Aku buat kesekian kalinya.

Lukisan itu diambil balik semula oleh lelaki itu & Dia lihat kembali lukisan wajah Aku sambil tersenyum.

"Let me see back .."

"Hurmm ~ rasanya ini bukan lukisan I .. sebab I tak tahu melukis .."

Jawab lelaki itu sambil melihat ke arah lukisan wajahku.

Dengan bengang Aku terus merampas kembali lukisan itu kerana Aku berasa sia-sia sahaja Aku menunggu & menahan rasa geram terhadap sikap lelaki itu.

"Dah lah bak sini balik lukisan tu .."

"Saya cuma nak tahu tu jer .. Saya balik dulu !!"

Ujarku dingin.

Aku segera mengambil semula lukisan itu & terus berjalan geram meninggalkan lelaki itu. Geram betul Aku dibuatnya.

"Ehh Cik ~~"

"Cik dah nak balik dah ker ??"

"Mari I hantar You balik .."

Ujar lelaki itu mengejarku dari belakang lalu menawar diri untuk menghantarku pulang.

"Tak perlu !! Saya boleh balik sendiri !!"

Jawabku menolak dengan geram & tidak mahu memandangnya.

"Cik jangan lah marah .."

"Marilah I hantar Cik balik .. lagipun tak baik Cik balik sorang-sorang malam-malam macam nie .. I risau sebab kat kawasan nie ada banyak mat-mat rempet yang melepak time macam nie .."

Ujarnya lagi mengekoriku dari belakang.

Namun Aku tetap tidak mahu memperdulikannya kerana betul-betul geram dengan sikapnya.

Agak jauh juga Dia mengekoriku & memanggilku dari belakang tapi tetap tidak mahu Aku pedulikan .. sehingga pada akhirnya Dia berhenti mengekoriku dari belakang

Aku perasan juga lelaki itu sudah tiada di belakangku & berhenti mengekoriku .. jadi Aku terus berjalan mahu mencari dimana arah jalan menuju ke jalan besar dari kawasan apartment itu untuk mencari teksi.

Tiba-tiba ketika Aku sedang jalan sendiri, ada beberapa motor Mat-mat rempet jalanan yang memperlahankan motor mereka mengganggu & mengekori Aku yang sedang berjalan sendirian di jalan itu.

Aku jadi sangat takut kerana Aku ada dalam 2-3 buah motor yang ditunggangi oleh Mat Rempet jalanan sedang jalan mengelilingiku.

"Haii Cik Adik .. jalan sorang-sorang jer ker ??"

"Jomlah naik dengan Abang .."

"Biar Abang hantar balik rumah .. HAHAHAAA ~~"

Kata lelaki-lelaki bermotor itu yang sengaja mengusikku sedang jalan sendirian.

Aku betul-betul berasa takut kerana disekelilingku ada lelaki-lelaki yang Aku tidak kenali cuba mengganggu ku & bila-bila masa sahaja lelaki-lelaki itu boleh melakukan sesuatu yang buruk kepadaku kerana Aku yang berjalan sendirian.

Buntu Aku harus berbuat apa kerana lelaki-lelaki itu masih mengikutiku tanpa henti. Terasa mahu sahaja Aku menangis ketakutan disitu.

"Oiiii !!!!"

Tiba-tiba ada suara orang menjerit marah dari belakang.

Motor lelaki-lelaki itu berhenti & mereka menoleh kebelakang begitu juga dengan Aku.

Aku melihat lelaki tadi yang rupanya memanggil dari belakang & wajahnya kelihatan sangat tegang seperti mahu marah.

Tanpa berfikir panjang, Aku terus berlari semula ke belakang menuju ke arah lelaki itu kerana ketakutan dengan Mat-mat rempet yang mengganggu ku itu.

"Kau siapa huh !!!!"

Tanya salah seorang Mat Rempet itu agak kerek.

"Kau boyfriend Dia ker ??"

Tanya seorang lagi Mat Rempet itu sambil tergelak sinis.

Aku bersembunyi ketakutan di belakang lelaki itu berharap agar Dia melindungiku dari Mat-mat rempet bermotor itu.

"Kalau dah tahu kenapa tanya lagi !!"

"BLAHHH LAHH !!!!"

Jawab lelaki itu marah.

"Chill laa Bro .."

"Kitaorang cuma nak berkenalan jer .. Jom chaoo !!"

Balas salah seorang dari mereka lalu mengajak geng nya untuk beransur pergi dari situ.

Alangkah lega rasa hatiku saat Mat-mat rempet itu semua sudah berlalu pergi dari situ. Betul-betul Aku terasa mahu menangis & Aku jadi menggigil ketakutan gara-gara Mat rempet tadi. Terasa mahu gugur jantungku dibuatnya.

"Cik okey ??"

Tanya lelaki itu risau.

Mukaku kelihatan pucat & jantungku juga berdetak laju kerana masih berasa ketakutan diganggu orang seperti itu.

"Huh !! Saya okey .."

"Terima kasih dah tolong Saya .."

Ucapku lega.

"Kan I dah kata tadi biar I tolong hantar You balik sebab kat sini banyak Mat-mat rempet, tapi You degil tak nak dengar cakap .."

"Kan sekarang dah kena ganggu baru nak takut .."

Bebelnya pula.

Mengalahkan perempuan betul mulutnya membebel Aku. Geram pula rasanya, tapi Aku harus menahannya kerana jika bukan pertolongannya tadi, sudah pasti Aku akan terus di ganggu oleh orang-orang tadi.

Aku merenungnya tajam sambil berkaca mataku menahan rasa mahu menangis tambah geram dengan sikap lelaki itu yang menjadi punca Aku begitu.

"Ehh ~ You nak nangis ker ??"

"Janganlah menangis .. nanti apa pulak kata orang yang tengok .."

"Tak pasal-pasal orang cop I lelaki dayus pulak .."

"Dah jom I teman You balik rumah sekarang .."

Kata lelaki itu cuba mahu menenangkan Aku.

Nak tak nak, Aku menerima pelawaannya juga untuk mahu menemaniku pulang kerana Aku takut jika kejadian sama seperti tadi terjadi lagi.

Aku berjalan bersamanya seiring menuju ke arah jalan besar dari kawasan perumahan apartment tempatnya untuk menahan teksi.

"Hurmmmm ~~ You masih marah lagi ker pada I ??"

"I nak mintak maaf kalau buat You marah .."

Pinta lelaki itu serba salah sambil jalan seiring denganku.

"Takde lah .. Saya tak marah pun dengan Awak .."

"Lagipun itu bukan salah Awak pun .."

Jawabku juga berasa serba salah dengannya kerana tiba-tiba nak beremosi dengan Dia.

"Kalau boleh I tahu .. kenapa You nak cari pelukis lukisan tu ??"

"Lukisan tu tak cantik ker ??"

Tanya lelaki itu tertanya-tanya.

"Sajer !! Sebab Saya nak tahu .. kenapa Dia lukis lukisan wajah Saya & berikan lukisan nie pada Saya .."

"Saya cuma nak tahu apa motif Dia .. itu jer ~"

Jawabku menjelaskan sebab utamaku mencari pelukis lukisan itu.

Tersenyum kecil lelaki itu dengan penjelasanku. Aku memandangnya hairan kerana berfikir kelakar sangat ker jawapan Aku sehingga membuatnya tersenyum seperti menyindirku sahaja rasanya.

"Sebab tu jer ??"

"Mungkin pelukis tu bagi lukisan tu pada You sebab itu wajah You & You jer yang layak untuk mendapatkan lukisan."

Jawab lelaki itu tenang.

Bila difikir kembali, memang ada betulnya juga kata-kata lelaki itu tapi Aku masih ingin tahu motif sebenarnya.

"Iyalah tapi Saya cuma nak tahu kenapa & siapa orang tu ??"

Jawabku agak sedikit geram.

"Kalau macam tu lebih baik kalau kita saling tahu siapa diri kita & berkenalan .."

"Iyalah ~~ rasanya kita dah beberapa kali berjumpa sebelum nie tapi tak tahu nama .."

"Jadi apa kata kita perkenalkan diri .. Hai nama I Asyraf .. nama You apa ??"

Ujarnya lalu menghulurkan tangan memperkenalkan diri.

Yess !!! Akhirnya Aku tahu juga apa nama lelaki berlesung pipit nie .. Aku cuma memandang ke arah tangan yang Dia hulur padaku dengan sengaja membuat muka jual mahal.

Perlu ker Aku bagitahu namaku juga kepada Dia ?? Tapi tentu tak adil kalau Dia dah kenalkan nama Dia tapi Aku pulak tak nak.

"Cik ?? Tak nak bagitahu nama You ker pada I ??"

"Mana aci kalau I jer bagitahu nama I.."

Katanya tidak berpuas hati.

Tangannya masih lagi Dia hulur untuk Aku sambut & perkenalkan diriku juga.

"Hurmmmm ~~ Iyalah .. Hai nama Saya Mawar Dalesya .."

"Boleh panggil Saya Esya .."

Jawabku memperkenalkan diri lalu menyambut tangannya.

"Mawar Dalesya ?? Waw ~ sedap nama You .."

"Salam perkenalan dari I 😊"

Ujarnya sambil tersenyum menampakkan lesung pipit dalamnya.

Aku juga jadi tersenyum dibuatnya saat Dia menunjukkan lesung pipit dalamnya kepada Aku.

"Mari I teman You sampai rumah .."

Katanya menawarkan diri mahu menemaniku pulang.

Sampai sahaja di simpang jalan, Asyraf menahan sebuah teksi untukku .. saat teksi itu berhenti, Dia membukakan pintu belakang teksi untukku.

"Hurmmm ~~ sampai sini jer lah Awak hantar Saya .."

"Saya boleh balik sendiri dahh .. terima kasih atas pertolongan tadi .. sampai berjumpa lagi .."

Ucapku lalu terus masuk ke pintu belakang teksi & terus menutup rapat pintu.

Terkedu Asyraf saat Aku menutup pintu teksi & tidak membenarkan Dia masuk ke dalam teksi untuk menemaniku pulang sampai ke rumah.

"Huh !!! Tapi takpe ker You balik sendiri ??"

Tanya nya risau di luar tingkap pintu belakang teksi.

Tergelak kecil Aku melihat wajahnya yang kelihatan risau denganku.

"Saya okey jer laa .. lagipun teksi nie akan bawak Saya terus balik rumah .."

"Okey lah bye .. sampai bertemu lagi, Assalammualaikum ~~"

Ucapku lalu meminta pemandu teksi tersebut segera jalan meninggalkan Asyraf sendirian di tepi jalan.

Di dalam teksi, Aku jadi tersenyum senang kembali kerna mengingat kembali apa yang berlaku di antara kami berdua tadi.

Gulungan kertas lukisan yang tertera lukisan wajahku Aku buka kembali & Aku melihat dalam lukisan itu sambil tersenyum.

Aku jadi terfikir, walaupun lukisan itu mungkin bukan dari Asyraf & ianya dari orang lain .. Aku jadi tidak kisah kerana gara-gara lukisan itu, hari ini Aku dapat tahu namanya & tahu serba sedikit tentang Dia.

Aku tak sangka pula yang Dia adalah seorang lelaki yang agak gentlement juga kerana banyak membantuku walaupun semasa awal pertemuan kami Dia kelihatan seperti seorang yang sangat dingin & angkuh.





Bersambung .........

Continue Reading

You'll Also Like

40.7M 1.1M 42
When Arianna marries billionaire Zach Price to save her family, she doesn't expect to fall in love with a man who'd always consider her a second choi...