โœ…๐“๐‡๐„ ๐‡๐€๐˜๐ƒ๐„๐'๐’ ๐‚๐Ž๏ฟฝ...

De Drizellla

2.4M 113K 10.4K

| 2021| 18+ EXTENDED VERS COMINGSOON MELODRAMA ๐Ž๐›๐ฌ๐ž๐ฌ๐ข, ๐ฉ๐š๐ง๐š๐ฌ ๐›๐š๐ซ๐š๐ง, ๐๐ข๐ญ๐š๐ค๐ญ๐จ๐ซ, ๐ค๐จ๏ฟฝ... Mai multe

โš ๏ธ A M A R A N โš ๏ธ
1 | OUR MARRIAGE
2 | THE INNOCENT DEFENDANT
3 | I AM THE COURT
4 | UNFAIR PENALTY
5 | LESUNG BATU
6 | POLICE REPORT
7 | HUJAN LEBAT
8 | SAVING THE ROSE
9 | HANSEN OR HAYDEN
10 | ARCHERY AND BOW
11| WASIAT GAMBINO
12 | ESCAPE FROM HEART
13 | MERABHA,ISTANBUL
14 | GAMBINO SCANDAL
15 | THE TAMRIK'S HOUSE
16 | ร‡OK GรœZEL- BEAUTIFUL
17 | AMARAH CINTA
18 | JEJAK MAWAR
19 | HAYDEN'S CAGE
20 | 365 DAYS IN COURT
21 | DO YOU LOVE ME?
22 | SERANGAN PENCEROBOH
23 | THE LAST WARNING
24 | VICTORIAN-ERA NIGHT
25 | HAYDEN ' S GAME
26 | I CAN SMELL THE BLOOD
27 | YOU'VE CHANGED
28 | DNA STATEMENT
29 | RAHSIA MAWAR
30 | NONSENSE OFFER
31 | PENANGAN SI DAJJAL
32 | HALALKAN DEMI NATHAN
33 | AUDITORY HALLUCINATION
34 | KILL ME, HEAL ME
35 | HABEAS CORPUS
36 | GAMBINO PRIDE
37 | CHATEAU DE VOLLINI
38 | I'M A RAPIST
39 | NEGOTIATION TENDER
41 | MACCHIATO SPLASH
42 | FINDING MAWAR
43 | PECAHKAN PINTU
44 | MISS UR SCENTS
45 | GOD DAMN , LOVE
46 | DEATH OF US
47 | THE MYSTERY ZARRA
48 | PRE-MATURE ANGEL
49 | LITTLE HAKAN ARSALAN
50 | THE FAMILY DINNER
51 | ALLAH, I'M LOST IN MYSELF
52 | HANTU PUNGGUNG
53 | SURAT, BUKTI LAYANG
54 | MRS. RAJA HAYDEN
55 | DIGGING THE THRUTH
56 | THE WITNESS
57 | DIVORCE NOORA
58 | THE AFFIDAVIT
59 | I CAN'T FEEL ANYTHING
60 | OUR LAST JOURNEY
SEMI FINAL
FINAL | SATU

40 | LUKISAN NATHAN

30K 1.9K 183
De Drizellla

"KAMI balik dulu, Encik Hayden. Once again, congratulations."Datuk Zakaria sua sekali lagi tangannya pada Hayden. Salaman buat kali yang terakhir sebelum dia berkira-kira ingin meninggalkan dewan itu.

"Thankyou. Have a nice day." Angguk Hayden faham.

Melihat Mawar yang cuma sekadar melekukkan senyuman di bibir dan sedikit tergesa meninggalkan ruangan itu bersama Datuk Zakaria, pantas nama 'Sophieya' dilaungkan buat wanita tersebut.

"Assalamualaikum, Madam Sophieya. Take care." Ucap Hayden. Sengaja memerahkan wajah Mawar. Biar panas sikit.

Mawar berpaling semula. Melangkah perlahan menujui Hayden yang sedang memakukan diri di belakang mereka. Ada sedikit debu pada kot hitam Hayden, lekas dibersihkan dengan tiga kali tepisan.

"Walaikumsalam, Hayden Raja Behzad. Baju awak kotor. Lain kali, perhati baju dulu jangan dok asyik perhati perempuan, ya?"Mawar membalas dengan jungkitan bulu kening.

"Tak nak salam abang ke, hmm? Ala, tak salah pun nak perhati bini sendiri. Becareful, Sophieya. Ada orang tengah gilakan kau tengah perhati-"Bungkam ayat jelek bila Mawar mengejeknya dengan bunyi 'cicak'.

"Saya bukan isteri awak. Awak bukan suami saya. Saya tak kenal awak. Kita baru aje kenal dalam majlis ni. Jadi, buang sikit sikap pathetic awak tu. Malu sikit kalau orang dengar. Faham?"Bisik Mawar. Lalu, Hayden ditinggalkan sendirian disitu dengan jelingan tajam. Masuk ke dalam badan sebuah kereta mewah yang telah diparkirkan di depan lobi.

Diam tidak berkutik selama beberapa saat bibir Hayden. Memerhatikan kereta mewah hitam yang sedang membawa 'Sophieya' itu dengan tajam. Oksigen ditarik dalam sejurus telefon pintar di dalam poket tidak berhenti berteriak minta diangkat.

"Hello, Tuan Hayden,"

"Hmm, ada apa James?"Hayden susun kaki ke arah tempat parkir VIP. Alarm Bugatti Chiron di depan segera ditekan, sebelum tubuhnya dilanyak masuk ke dalam sportcar tersebut.

"Tuan, Datuk Omar dah sedarkan diri sejak semalam. Tapi, ada benda yang musykil sikit. Ada seorang perempuan masuk tanpa kebenaran ke dalam wad semalam dengan meletakkan sejambak bunga ros atas meja,"

"Aku tengah dalam perjalanan. Tak apa, kau perhatikan saja Datuk Omar. Ingat, jangan berganjak ke mana-mana. Biarkan perempuan tu masuk dan ikut kemana dia pergi. Dekat mana dia tinggal sekarang ni."Gumam Hayden tenang.

Melekuk senyuman bibirnya. Tak lain tak bukan , siapa lagi kalau bukan Mawar yang masuk ke dalam Datuk Omar? Aku tak bodohlah, Mawar.

Bagi dia, masa ini tak perlu menggunakan cara keras untuk membawa Mawar pulang selagi boleh menggunakan cara lembut cumanya, dia ingin tahu dekat mana isterinya itu menyorokkan diri selama ini.

"21 WEEKS, 22 WEEKS—"Hayden rehatkan sikit belakang pada badan kerusi kulit. Maksudnya, usia kandungan Mawar tepat bilamasa Mawar pergi meninggal dia 5 bulan yang lepas. Mulutnya tidak habis-habis mengukir senyuman bahagia. Nampaknya, perkara yang terjadi pada hari peristiwa hitam itu sebenarnya membawa 'tuah' buat dia dan organisasi Gambino.

Bunyi aplikasi Whatsapp mencelik kelopak mata Hayden semula. Skrin telefon segera disentuh. Tertera nama James menghantar satu foto kepadanya. Gambar Mawar yang sedang membancuh kopi di dalam sebuah kedai kopi dibelek satu-persatu. Bukankah semalam Mawar berkerja dengan Datuk Zakaria?

Handphone dihempas atas meja. Kening dipicit beberapa saat. Dalam tarikan nafasnya. Menahan gelodak amarah yang tengah bergelora.

"Mawar, Mawar—"

"Apa benda kau buat ni, Mawar? Heret perut kehulu-hilir tak kisah langsung keselamatan anak aku." Desis Hayden sendiri. Mawar benar-benar degil dan agak melampau. Kalau ada apa-apa terjadi pada kandungan itu, dia tidak akan memaafkan lagi kedegilan perempuan itu.

"James, kedai tu dekat mana? Bagi aku alamat."Arah Hayden setelah lama meneleku membelek gambar Mawar. Melampiaskan rasa rindu terhadap wajah indah Mawar dan membayangkan dia dapat mengusap serta mencium kandungan Mawar.

"Woody Espresso, sir. Nanti saya hantar gambar dan lokasi. Berkaitan dengan maklumat Tuan Hades kami sedang berkerjasama dengan penyiasat lain. Kami nak tuan beri kami masa dua minggu lagi,"Gumam James di dalam corong telefon.

"Ya, aku nak jawapan secepat yang mungkin. Jangan lengahkan masa."

"Baik, tuan. Saya letak panggilan tuan. Saya harap tuan berpuas hati dengan maklumat baru Puan Mawar."

"My pleasure,"Getus Hayden seraya memutuskan taliannya dengan James.

"PAPAAAA!"Pintu bilik kerja diterjah tiba-tiba mengalihkan perhatian Hayden. Kelihatan Nathan berlari laju ke arahnya sambil membawa sehelai lukisan.

"Papa, i have something for you. You want to see it?"Tanya Nathan sambil mengambil tempat duduk di riba Hayden.

"Okey. Apa dia?"

"Tadaaa!"Nathan mempersembahkan lukisan kebudak-budakannya.

"Wow, beautiful! Siapa ni? Ini siapa? Ini siapa? Ini siapa? Dan, ini siapa?  Kenapa ada sayap macam angel?"Soal Hayden mahu tengok lukisan yang menyimpan Nathan kelihatan sedang menyimpan seribu persoalan dan seribu makna.

"Papa, Mama Mawar,  baby dan ini Nathan. Hehe—"Ucap Nathan bersama sengihan pada mukanya.

"Papa, Mama Mawar , baby. Wait, kenapa Nathan jadi angel?  Kenapa Nathan macam terbang di atas langit macam angel?"

"Sebab Nathan tak lama lagi jadi angel. I want to be an angel—"Bisik Nathan gembira sekali. Semalam dia telah bermimpi bermain di sebuah taman yang dipenuhi dengan arnab dan rama-rama. Bunga-bunga mewangi di sekitarnya manakala ramai kawan-kawan sebayanya bermain di sekitar itu sambil menyanyi riang. Suatu hari nanti, dia pasti akan pergi lagi ke taman indah tersebut.

"No, jangan jadi angel. Jangan jadi apa-apa. Jadi Nathan aje, okey? Jangan terbang atas langit. Jangan tinggalkan papa. Jangan pergi mana-mana. Tak lama Nathan akan jumpa baby. Nak tengok gambar Mama Mawar, tak?"Hayden kucup kening Nathan sekilas. Telefon pintar dikeluarkan dari poket.

"What's inside mama's stomach?"

"Ermmm—"Nathan jeling atas seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Baby!"Jerit Nathan bingar.

"Are you happy, lion?"

"Yeah, i'm so happy papa. Thankyou."

"Come, kiss me. Papa dah berjaya."

"Congrats ,papa. I love you!"Cup! Pipi Hayden dicium. Menimbulkan gelak sakan dua beranak itu.

BUNYI penggera di depan pintu masuk Woody Espresso mengejutkan Cherry yang sedang menunggu pelanggan untuk dilayan. Disitu, matanya mulai mengecil apabila menangkap figura seorang lelaki tinggi lampai berjaket hitam sedang mengambil tempat duduk paling hujung sekali.

"Aaaa, Mawar! Tidakk! Ya, Allah, kau tengok tu! Ya Allah, handsomenya! Kau pergi layan sebelum si Debra tu layan! Cepatlah!"Tanpa buang masa, Cherry bergegas masuk ke dalam pantri,  menarik segera tangan Mawar ke luar pantri untuk melihat siapa pelanggan itu. Terpinga-pinga bodoh Mawar disebabkan tingkah Cherry seperti rasuk hantu ikan keli.

"Ish, awak ni dah kenapa? Awak pergilah layan. Apasal saya pulak? Saya masih ada customer ni!"Bisik Mawar bernada gertakan. Rimas tak puas hati.

"Ah, aku tak kira. Aku nak kau jugak layan. Dah, aku buat coffee untuk customer kau tu. Cepatlah, pergi!"Asak Cherry. Bahu Mawar ditunjal dengan kipas amoi miliknya. Lembab punya perempuan! Rugi aje lepaskan customer handsome macam tu.

"Cherry—"

"Kau pergi ajelah. Mana tau dia artis ke, model ke, anak datuk ke, anak tan sri ke, anak sultan ke! Kut-kut dia berkenan dengan kau! Sambil-sambil tu, hang langgarlah dia supaya coffee dia tumpah dekat baju dia macam dalam drama tu ah gitchew! So sweet!" Tangan Mawar direntap supaya mendekati jejaka tidak dikenali itu.

"Ah, yelah-yelah! Haprak punya ikan keli jantan,"Gerutu Mawar lantas mencapai buku katalog di depan kaunter. Memuncung bibirnya tika melihat Cherry tersenyum-senyum di tepi dinding. Gembira kerana dapat menyaksikan drama tidak berbayar ini nanti.

"Good morning, sir. Coffee?" Soal Mawar, bersedia menulis pesanan di dalam buku pesanan.

Pemuda itu kelihatan menurunkan surat khabar yang menutupi mukanya sebentar tadi. Terhias senyuman nipis di tepi bibirnya.

"Macchiato, Madam Sophieya."

Mawar terenjat sedikit. Automatik kepalanya dihala pada wajah lelaki itu. Madam Sophieya?

****
12.07.2021
—Drz🖤

Continuฤƒ lectura

O sฤƒ-ศ›i placฤƒ ศ™i

2.9M 264K 89
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
4.4K 147 1
Ku Qhaliq Izzraa~~ Seorang jejaka yang digelar sebagai duda ketika berusia 30 tahun sangat mencabar jiwa dan raganya. Sikapnya yang dingin, panas bar...
1.7K 86 19
I will kill who broke your heart, my babywife (Slow update)
1M 67.7K 35
๐‘จ๐’…๐’‚๐’Ž ๐‘ซ๐’“๐’š๐’‚๐’ ~ ๐‘จ๐’š๐’‚๐’๐’‚ ๐‘ซ๐’‚๐’‰๐’๐’Š๐’‚ " Watch your eyes dude. " Adam Dryan Adam Dryan . Dingin . Garang . Aura yang ada pada dirinya...