Sajak, Puisi, Pantun, Syair

By faz05zul00

327 4 0

Puisi umum untuk peghayatan dan pengajaran kepada pelbagai generasi. Nukilan sendiri dan rakan-rakan. Table o... More

Bangsa Yang Semakin Lemah
Kehidupan Manusia
Sajak Senior MML 2017
Peralihan Keusahawanan Kepada E-Dagang
Nasihat Manusiawi
Bacalah Untuk Berjaya

Pantun Dari Surat Lama

28 0 0
By faz05zul00

Didalam surat kiriman Zainida Abd. Ghani, tahun 1986

Kasihan sungguh kucing ku sayang,
Kakinya sakit akibat tersepit.
Hidup di dunia banyaklah sembahyang,
Kerana kubur tempat yang sempit

Dari mana hendak kemana,
Tinggi rumput dari padi.
Tahun mana musim mana
Dapat kita bertemu lagi.

Surat kiriman bertarikh 10.10.83 daripada Has:

Anggaplah kelmarin telah berlalu,
Hari ini dalam perjalanan.
Esok dalam penantian.
Oleh itu berwaspadalah untuk menghadapi hari esok.

Berdoa tanpa berusaha adalah sia-sia
Tapi
Berusaha tanpa berdoa adalah sombong.

Kenali erti penderitaan agar bisa kita kenali erti kebahagiaan.

Fungsi hidup yang sebenar bukan hanya untuk Wujud, tapi untuk hidup dengan realiti.

Ku tunggu deringan talipon dari mu. Mengertilah, sesungguhnya penantian itu satu seksaan.

Surat kiriman bertarikh 15.01.84:

Tanpa kegagalan hidup seseorang tidak sempurna,
Usahlah kau kesali apa yang sudah terjadi,
Kerana kita meratapi sebuah kekecewaan,
Yang didahului oleh usaha dan ketekunan.

Disiplin memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan sesuatu perkembangan.
Runtuh disiplin, Punahlah kesempurnaan.

Harapan orang tuamu ingin melihat kau berjaya sehingga keperingkat yang tinggi. Mereka akan gembira bila melihat kau pulang bersama segulung 'Ijazah' yang besar ertinya. Oleh itu jangan sekali-kali kau hampakan harapan mereka. Turutilah segala pesanan mereka, nescaya kau akan bahagia dunia dan akhirat.
Ingatlah:
"Allah sentiasa disisi orang-orang yang jujur dan setia"
Janganlah kau mengejar cinta, selagi cita-cita kau belum terlaksana, pelajaran anggaplah sebagai pelita yang akan menerangi hidupkau, dalam kegelapan. Cinta ibaratkan sebagai api yang akan membakar dirimu sendiri. Oleh itu berwaspadalah terhadap "Cinta".

Surat Ahmad Bukri Ibrahim, 1 Syawal 140:

Lambaian Afghanistan........

Dalam keriangan kita di hari raya,
Ingatlah pada pejuang-pejuang Afghanistan,
Yang membayar nyawa mereka untuk menebus tanah air tercinta,
Yang menempah nama-nama mereka di syurga
demi menegakkan kalimah Allah,

Ingatlah pada pelarian-pelarian Afghanistan,

Yang ditindas, diusir dan dihina,
Yang disiksa dan dikeji
kerana mengatakan Islam agama kami,
Yang disalib, diselar dan dianiaya
kerana mengatakan al Quran dustur kami

Yang kebuluran ketika kita kekenyangan,

Yang menangis ketika kita bergelak ketawa,

Yang kedinginan dimalam hari,
ketika kita nyenyak tidur,

Sesungguhnya Islam
agama yang tidak mempunyai sempadan,
Oleh ith,
sumbangkanlah hartamu kepada yang memerlukan,
darahmu kepada yang kehausan,

doamu kepada yang dalam kezaliman...

Continue Reading

You'll Also Like

1.9K 107 8
الـكاتـبه نـاديـن
10.3K 269 40
Just a few bits and pieces of poetry I've written over the years. |On-going|
12.5K 714 14
Virat: mahi... Please Mahi: cheeku
84.1K 20.9K 70
MELANCHOLY | Melancholy drips from my fingertips. Here, I will speak the sadness, the heartache, and the decaying for all the unspoken. Perhaps un...