Thriller : Wais Ayden ✓

Per dsyaf_

395K 34.4K 3.2K

Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia buk... Més

AKAN DATANG
1 | Yang ke-999
2 | Misi
3 | Dimulakan
4 | Agama Islam
5 | Red Is Back
6 | Suasana
7 | Tuan Ran
8 | Serbuan
9 | Hampir Tertangkap
10 | Mimpi
11 | Hazril
12 | Keliru
13 | Puasa
14 | Lawatan Mesra
15 | Bom
16 | Wallpaper
17 | Majlis
18 | Kejutan
19 | Flashback
20 | Semakin Hampir
21 | Dalam Bahaya
22 | Sekali Lagi
23 | Gagal
24 | Senyum
25 | Amarah
26 | Hebat
27 | Raya
28 | Nur
29 | Pecah Rahsia
30 | Rimas
31 | Sempit
32 | Melawat
34 | Sakit
35 | Kali Terakhir
36 | Bang Bang!
37 | Jauh
38 | Rahsia
39 | Air Mata
40 | Hutan
41 | Risau
42 | Emosi
43 | Rakit
44 | Perasaan
45 | Marwah
46 | Kehadiran Marleeq
47 | Terkedu
48 | Percaya
49 | Terbongkar
50 | Ditipu
51 | Telah Tiba
52 | Licik
53 | Perjuangan
54 | Rahsia
55 | Tangisan

33 | Hayat

5.4K 550 52
Per dsyaf_

Selesai memesan rojak buah serta minuman panas, mereka berdua diam. Melayani hujan juga suasana dingin. Ayden melihat titisan air hujan yang lebat membasahi bumi.

"Kau suka hujan?"

"Suka." Jawab Marwah sambil mengerling arah yang Wais pandang.

"Kenapa kau suka hujan?" Ayden mengalihkan mata memandang Marwah.

"Tak ada sebab, cuma suka keadaan sejuk macam ni. Kalau awak, kenapa suka hujan?"

Ayden memeluk tubuh supaya haba panas sedikit terasa.

"Aku suka hujan sebab hujan ni macam menangis. Awan dah penat memendam masalah lalu dia pun menangis dan turunnya hujan." Mata kembali memandang air hujan. Lebat sangat.

"Arwah Hazril mati pun dalam keadaan hujan gerimis." Beritahu Marwah tanpa disoal.

"Kau nak mandi hujan?" Tanya Ayden tiba-tiba. Marwah pula membesarkan mata.

"Tak naklah!"

"Kena juga!" Lengan Marwah yang berlapik baju ditarik keluar dari restoren itu.

"Wais!" Jerit Marwah sebal.

Namun tiba-tiba mereka tergelak serentak. Ayden memandang Marwah yang seronok bermain air hujan.

Kalau adik dia hidup, pasti umurnya lebih kurang Marwah. Namun sayangnya, adik tak sempat melihat dunia. Mati bersama ibu semasa di dalam kandungan lagi.

"Marilah!" Jerit Marwah melawan bunyi hujan yang deras.

Paip panjang ditangan Marwah dilihat. Entah dari manalah perempuan ni kutip.

Tiba-tiba dirinya tersentak tatkala air disembur oleh Marwah.

"Kau ni!"

Marwah tertawa besar melihat wajah Wais cemberut. Diluar restoren itu punya singki, nak dipendekkan dia ternampak paip getah yang panjang. Apa lagi, terus dipasang!

Bahagia seolah mereka yang punya. Marwah yang tertawa. Ayden yang gigih mahu merampas paip dari tangan Marwah.

Bahagia selama mana kau ada kerana selepas ini akan lebih banyak lagi dugaan yang akan menimpa.

***

"Hari hujanlah." Ustaz Malik memandang isterinya.

"Saya dah cakap tadi, awak yang tak nak dengar. Ini dahlah parking jauh!" Wajah suaminya dijeling manja.

"Eleh! Tunggu sini, abang lari sekejap. Setakat hujan apalah sangat."

Puan Arwa mencebik bibir. Dasar tak sedar diri tentera pencen tu. Tak lama kemudian kereta milik Ustaz Malik berhenti di hadapan Puan Arwa.

Selepas meletakkan segala lauk-pauk juga sayur-sayuran yang dibeli di pasar borong, pantas mereka meloloskan diri ke dalam kereta.

"Setakat hujan konon. Tu baju sampai basah! Balik nanti mulalah nak demam." Bebel Puan Arwa.

"Amboi! Semua salah ni, nak gaduh ke?"

"Ish!"

Ustaz Malik tergelak sebelum pacuan empat roda mula bergerak meninggalkan kawasan pasar pagi. Kereta tidaklah dipandu laju, hanya biasa kerana keadaan jalan pasti licin dek hujan.

"Abang dah bagitahu Marwah pasal cip tu?"

"Belum. Abang cuma pesan pada Marwah, jaga pemberian tu."

Puan Arwa mengangguk. Nafas dihela, mahu atau tak Marwah pasti tahu juga suatu hari nanti. Cip itu sepatutnya diserahkan kepada pihak atasan, tetapi entah dimana silapnya cip itu masih gagal diserahkan.

Pernah suatu ketika, mereka hampir menyerahkan cip itu kepada pihak yang bersalah menyamar menjadi pihak atasan.

"Pasal Wais macam mana abang?" Soal Puan Arwa sambil memandang suaminya.

"Setakat ni, abang okey dengan dia. Lagipun abang nampak Wais tu dah mula minat nak belajar agama dengan lebih mendalam." Jawab Ustaz Malik.

Sebaik sahaja hampir tiba di cabang empat traffic light, Ustaz Malik cuba memperlahan kereta. Kerutan mula jelas tatkala break yang ditekan tidak makan.

"Kenapa bang?" Riak wajah tidak senang suaminya dipandang.

"B...break tak makan!"

Terus pucat wajah Puan Arwa. Kalau sewaktu muda dengan senang hati dia akan loncat keluar dari kereta, tetapi kini mustahil. Dia dan Malik sudah tua.

"Habis macam mana ni?!" Cemas Puan Arwa.

"Terjun!"

"Kita dah tua abang!" Bantah Puan Arwa.

"Habis awak nak kita mati ke?!"

Baru sahaja mereka mahu meloncat keluar dari kereta, muncul dua buah lori menghimpit kiri dan kanan dengan rapat. Pintu tidak boleh dibuka.

Ustaz Malik mula berserah. Tangan Puan Arwa digenggam. Jika ini ajal mereka redha. Syahadah mula diucap sebelum,

Bum!

***

Tasya tersenyum lebar melihat sebuah kenderaan yang tidak jauh dari pandangan matanya.

Api yang marak keluar dari kereta tersebut membuatkan senyumannya semakin lebar. Khabar gembira ini harus dikongsikan kepada Tuan Ran.

Gambar diambil beberapa keping.

"3.. 2.. 1.." Kira Tasya.

"Bom!"

Sebaik sahaja perkataan bom disebut, kereta itu meletup. Kepulan asap hitam mula memenuhi udara.

Hujan yang lebat tadi sudah mula gerimis. Ramai yang turun mengelilingi kereta yang sudah terbakar sepenuhnya. Mustahil penumpang dan pemandu kereta itu masih hidup.

"Hari itu telah tiba Malik." Bicara Tasya sendirian. Hoodie ditarik menutupi kepalanya sebelum dia menghilangkan diri.

Kerjanya sudah selesai.

Continua llegint

You'll Also Like

EVE [COMPLETE] Per Violetta

Misteri / Suspens

3.8K 307 55
EVE. Arsya Althea Binti Arman Akhtar anak kacukan Indo-Malay. Siapa tidak kenal sikap kasar dan dinginnya seperti ratu ais. Arsya merupakan adik kepa...
2.4M 192K 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Na...
67.7K 2.4K 45
[KARYA PERTAMA] [COMPLETE] [FANTASY + THRILLER] [PROSES MENGEDIT SEMULA] ‼️WARNING ‼️ (rajinkan diri anda untuk membaca) 📢Sinopsis ada di dalam. 📢...
21.8K 1.9K 20
Berkahwin dengan artis terkenal malaysia bukanlah impian Aisara. Berkahwin bukannya kerana cinta, tetapi kerana si sang artis telah putus cinta. ...