Menanti Bahagia

By hanaakhairul

83.1K 4K 398

>> COMPLETED Takdir mempertemukan dia dengan gurunya sendiri, penyelamatnya dari diculik. Tidak tahu di mana... More

S A V I O U R šŸ¦‹
L A M A R A N āšœļø
H A D I A H šŸŽ
T U M P A N G šŸš—
N O T A šŸ“
R E J E C T āš ļø
P U T U S šŸ’”
R E D H A šŸ¦‹
M A L L šŸ”„
R E C E P T I O N šŸ’ƒšŸ¼
R E S U L T šŸŽ“
R A G U T šŸ‘œ
S E E šŸ‘€
K A M P U N G šŸ˜
E Y E - C O N T A C T šŸ˜³
N A U F A L šŸ‘¶šŸ»
P A N T A I šŸŒŠ
P U L A N G šŸ‘‹šŸ»
I N T E R V I E W ā˜ ļø
M A R R I E D šŸ’
K A R A O K E šŸŽ¤
K A C A U šŸ¤”
G A M B A R šŸ‘©šŸ»ā€ā¤ļøā€šŸ‘ØšŸ»
P R A N K ā˜ ļø
S I P U T šŸŒš
K E N D U R I šŸ§ø
C E M B U R U šŸ”„
C E R A M A H šŸ•Œ
M O V I E šŸ‘»
I G N O R E šŸ’©
B I R T H D A Y šŸŽ‚
P E R A N G ā³
H O S P I T A L šŸ„
B E R U B A H āœØ
J E A L O U S šŸ‚
A L A H A N šŸ¤®
P U J U K šŸŒ»
D I S C U S S šŸŒø
D U E D A T E šŸ“†
C O N T R A C T I O N S šŸ“ˆ
G I V E B I R T H šŸ‘¼šŸ»
D E A T H šŸŖ¦
H A P P I N E S S šŸ’—

E N G A G E M E N T šŸ‘°šŸ»ā€ā™€ļø

1.3K 78 3
By hanaakhairul

CHAPTER 19

⚜️⚜️⚜️

SENYUMANNYA melebar tatkala memandang wajahnya selepas siap disolek oleh Mak Andam. Wajah asalnya saja sudah manis, apatah lagi ditambah solekan, potong kaki lah jawabnya! Pintu bilik dikuak dari luar, Puan Diana melangkah masuk, Hanis yang berdiri di hadapan cermin itu didekati.

"Cantik anak mama, pandai Kak Sally make-up kan Hanis" puji Puan Diana, bahu anak bongsunya itu dipegang.

"Sally punya make-up biasa-biasa je auntie sebab ni untuk tunang je kan, jadi soleknya pun light-light je tapi tu ha, wajah asal tuannya ni dah cantik dah. Tak bersolek pun cantik apatah lagi disolek, naik lah serinya. Nanti waktu kahwin, makeup-nya lagi kena heavy, entah macam bidadari agaknya" puji Mak Andam pula, dia tergelak kecil.

"Hihi! Jangan lah puji Hanis banyak-banyak macam tu, Hanis dah tahu" ujar Hanis, selamba.

"Ha mula dah dia" perli Puan Diana, Hanis tergelak.

"Ma, Delin-"

"Yow! Weh Hanis, lawa lah siak!!!" celah Adlina yang baru masuk ke dalam bilik itu, teruja dia memandang Hanis yang sudah siap berbaju kurung dengan solekan di wajah.

"Weh, aku baru nak tanya mama aku kau mana tau! Aku ingat kau tak datang do" ujar Hanis, dia berlaga pipi dengan Adlina.

"Hesy, aku dah sampai dari tadi lah cuma aku tolong mama kau kat dapur tu ha. Lagi pun, tak kan lah aku tak datang, kawan aku nak tunang dah ha!" ujar Adlina.

"Baba, mama, pihak lelaki dah sampai" ujar Adira sebaik saja dia diberitahu bahawa rombongan meminang buat adik iparnya itu tiba.

"Ok. Hanis, mama turun dulu ye. Nanti kalau mama panggil turun sarung cincin, turun tau!" pesan Puan Diana. Hanis mengangguk.

"Weh aku nervous weh!" luah Hanis, dadanya yang berombak itu diusap lembut bagi menghilangkan rasa gementar.

"Lek Nis baru tunang, moment ni lah yang kau lama tunggu kan? Finally, you're here" pujuk Adlina, bahu rakannya itu dipeluk. Hanis tersenyum tipis, bersyukur ada member berguna.

Setelah ahli keluarga Encik Hadi dan Encik Hairi bersalaman, mereka dijemput masuk. Begitu juga Faleeq, tersentak dia dibuatnya tatkala wajah bekas kekasih mula menyapa. Nafas diatur perlahan, Encik Hadi menepuk bahunya dua kali sebagai tanda amaran, jangan nak buat hal, tu bini orang!

Adlina mengendap dari atas tangga.

"Weh, kau tak takut ke kalau orang tua tu tertarik balik dengan ex dia?" soal Adlina, sekadar ingin tahu pandangan Hanis.

Hanis mencebik, bahu diangkat.

"Memang lepas ni pun diorang akan selalu jumpa what, dia akan jadi sebahagian keluarga aku jugak"

"Hanis, aku bukan nak takutkan kau tau tapi kau tak rasa ke hubungan kau dengan dia akan menyatukan diorang semula?" soal Adlina lagi, dia pula yang takut, risau jika Faleeq ada agenda tersendiri.

"Apa yang aku boleh buat Delin, aku sayangkan dia dan tiba-tiba dia terima aku, kalau kau pun kau akan rebut peluang tu. Tentang kakak ipar aku tu, biarlah dia. Kalau diorang tahu hukum, diorang akan jaga batas masing-masing" ujar Hanis, dia sentiasa pasrah dengan keadaan.

Adlina mengangguk faham, tabah betul Hanis.

"Kau nampak tak happy Hanis, apa yang kau sorokkan dari aku sebenarnya?"

Hanis mencebik, bahu diangkat.

"Sebab aku tahu dia terima aku bukan sebab cinta, tapi sebab aku pilihan parents dia. Plus, umur dia dah makin tua so mana-mana perempuan yang nak dekat dia sekarang dia bantai je lah" luah Hanis, dia tahu apa yang berlegar di fikiran bakal suaminya itu, tak mungkin Faleeq menerimanya kerana cinta.

"Habis tu, kau terima juga perkahwinan ni walau kau tahu yang dia kahwin dengan kau bukan sebab cinta?"

"Well, apa plilihan yang aku ada" jawab Hanis selamba, wajahnya kelihatan biasa namun jauh di sudut hatinya tidak pernah berhenti berdoa agar semuanya baik-baik saja. Tak lama kemudian, Adira menaiki tangga.

"Hanis?"

"Ye Kak Thia?"

"Jom turun, pihak lelaki nak sarung cincin" ujar Adira, lembut tutur katanya. Hanis hanya mengangguk, tangan Adlina ditarik sekali semasa dia menuruni tangga. Senyuman semanis-manisnya diukir buat semua orang di situ, sempat juga matanya memandang Faleeq.

"Hesy dia ni pandang aku ke pandang buah hati dia!" getus hati Hanis tatkala pandangan Faleeq masih tidak lepas darinya, dia juga pelik sama ada Faleeq memandang dia atau Adira di belakangnya.

"Ha tu dia bakal menantu kita, cantik orangnya" puji Puan Mariana, suaminya juga menyokong.

Hanis tersenyum, dia melabuhkan punggung di atas kerusi yang sudah disediakan bersama pelamin yang simple. Tunang je pun, tak payah lah nak pelamin sampai penuh satu rumah.

"Hanis, betul kamu cintakan Faleeq?" soal Puan Mariana sebaik saja dia melabuhkan punggung di sebelah Hanis.

Hanis mengangguk, senyuman tipis diukir.

"Hanis betul-betul cintakan dia makcik, dari zaman sekolah lagi Hanis tak pernah lupakan dia" luahan hati gadis itu melegakan hati Puan Mariana.

"Terima kasih sudi terima anak ibu"

Hanis tersenyum, ibu? Ibu pun ibu lah makcik!

Dengan lafaz bismillah, cincin merisik disarung ke jari manis kanan Hanis dan diikuti cincin tunang yang disarung di jari manis kiri Hanis. Cincin itu kelihatan padan dengan jarinya, muat-muat!

Faleeq diarah duduk di sebelah Hanis untuk sesi pengambaran, dia hanya akur. Pada awalnya, dia juga terpaku melihat Hanis, solekan yang dikenakan sungguh padan dengan wajah manis gadis itu.

Adlina menjadi pemerhati, matanya tidak lepas dari memandang Adira dan juga Faleeq. Begitu lah matanya bergilir-gilir memerhati sampai abang jamil mampus.

"Cantik cincin ni, terima kasih" Hanis memulakan perbualan tatkala semua tetamu mula menjamu selera.

"Sama, muat tak?" soal Faleeq, risau juga jika longgar atau ketat.

"Ngam-ngam, memang muat-muat jari saya je ni. Pandai cikgu ukur"

"Tak, saya ukur ikut jari kelingking saya, tak sangka pulak muat. Orang tua-tua kata, kalau jari kelingking lelaki tu muat dekat jari manis perempuan, jodoh kuat" ujar Faleeq, sempat matanya menangkap pandangan Adira.

"Saya tahu, harap macam tu lah" ujar Hanis, suaranya mengendur. Kalau dah kau syok dekat kakak ipar aku, macam mana lah nak panjang jodohnya! Hanis termenung seketika, kejadian tempoh hari berlayar di minda.

"Hanis, saya ikhlas untuk jadikan awak isteri saya yang sah. Sudi tak awak terima saya?" ujar Idris, sejurus menghulurkan sebentuk cincin kepada Hanis.

Hanis terdiam, speechless.

"Sebenarnya, saya dah lama cintakan awak Hanis. Sejak kita sekolah lagi, saya simpan hati saya untuk awak"

"Idris, bukan saya tak suka awak cuma awak pun tahu saya dah ada pilihan saya. Awak lelaki yang baik, bukan saya yang awak cari sebenarnya. Ada lagi perempuan yang lebih baik dari saya. Saya mintak maaf sangat, saya terpaksa tolak lamaran awak" ujar Hanis lembut, dia tidak mahu melukakan hati sesiapa.

Idris diam, cincin itu ditarik semula.

"Idris, saya harap awak faham saya. Rombongan Cikgu Faleeq akan datang, kami dah rancang untuk ikat tali pertunangan, saya sayangkan dia dari dulu Idris, tak mudah untuk saya lepaskan peuang ni. Saya harap awak faham saya" pujuk Hanis lagi.

"Awak tahu tak, Delin dah lama simpan perasaan dia untuk awak"

"Saya tahu"

"Dari awak kejar saya, lebih baik awak hargai apa yang ada depan mata awak Idris. Delin tu ikhlas sayangkan awak dan saya yakin dia masih cintakan awak, kalau saya terima awak, tak mustahil dia akan terluka. Saya tak nak khianat kawan saya sendiri"

Hanis kembali ke alam nyata, dia terpaksa menolak Idris. Lebih baik dia menerima Faleeq yang sudah lama dia kejar daripada menerima Idris dan semestinya dia akan menyakitkan hati Adlina.

🥑🥑🥑

Bersambung...

Continue Reading

You'll Also Like

84.9K 2.1K 47
[COMPLETED] Cinta, cinta untuk dimiliki dan untuk dimartabatkan sebagai suatu yang bermakna dalam dua hati. Tapi cinta darinya sukar untuk difahami a...
513K 14K 59
ā› šˆ š°š¢š¬š” š²šØš®'š š„šØšÆšž š¦šž š„š¢š¤šž š­š”šž š°ššš² šˆ š„šØšÆšž š²šØš® Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pad...
1.3M 30.1K 55
hai nama aku alyah dan aku anak yatim piatu. sedihkan ?. tapi aku tak kisah sebab mereka tinggalkab aku time aku masih kecik lagi. ok straight to the...
369K 14.6K 76
Satu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tida...