My Princess

By Nuru1_1man

475K 13.7K 335

Putri Aisyah- Namanya cantik sama seperti embun badannya. Aisyah yang berumur 23 tahun. Perangai Aisyah yang... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
hai 👋
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61 ( SPECIAL PART )
BAB 62 ( SPECIAL PART )
BAB 63 ( SPECIAL PART )
BAB 64 ( SPECIAL PART )
BAB 65 ( SPECIAL PART )
NEW STORY‼️

BAB 21

5.1K 182 51
By Nuru1_1man

Luth Zafran mengerling jam di tangannya untuk kali ke 3. Sudah 15 minit dia menunggu tapi kelibatan yang di tunggu masih belum muncul lagi. Keluahan di lepaskan. Tidak mengerti mengapa hatinya seperti tidak sabar melihat raut ayu itu.

Dia melemparkan pandangan ke kanan dan saat itu juga di lihat seorang wanita bertudung labuh berwarna hitam dengan baju t shirt labuh berwarna biru muda dengan di kenakan seluar track longgar juga berwarna hitam. Siapa saja yang tidam jatuh hati dengan kecantikan wanita seperti itu. Bagaikan bidadari. Sekali pandang nak pandang lagi. Tidak jemu untuk menatap raut yang manis itu. Sungguh mendamaikan.

"sorry lambat..." ujar suraya seraya menarik kerusi berhadapan Luth Zafran.

"tak apa.. " balas Luth Zafran bersahaja. Dia membalas senyuman dengan Suraya. Mata sejak tadi lagi tidak lepas dari terus merenung wajah itu. Putih kemerahan.

"awak dah order ke?" tanya suraya. Luth Zafran tersentak. Serta merta dia berdehem menghilang rasa malunya.

"eehhmm.. Belum lagi. Tunggu su"katanya.

"yeke? Sorry!" sekali lagi Suraya memohon maaf. Memang wanita ini tidak berpisah dengan maafnya sejak dulu lagi. Buat salah sikit minta maaf. Walhal benda tu tak salah pun.

"it's sokay. Saya order kan.." terus tangan di angkat tanda memanggil seorang pelanggan.

Selesai saja mengorder makanan. Mereka senyap kembali. Tidak tahu harus bermula dari yang mana.

"su ada benda nak cakap ke?" tanya Luth Zafran seakan tahu dengan gerak geri Suraya yang resah. Sekejap pandang kanan. Sekejap pandang kiri. Lepas tu tunduk kepala.

"erkk.. Macam mana nak cakap ye" suraya mengaru kepalanya di sebalik tudung bawal itu. Susah untuk dia meluahkan. Terasa tersekat.

"cakap je macam biasa.. " ujar Luth Zafran berjenaka. Suraya tertawa kecil. Sempat dia berdehem sebelum memulakan perbicaraan.

"su minta maaf.. "

Luth Zafran mengerut kening. Tidak faham akan bicara Suraya. Apa kes tetiba minta maaf. Tak ada angin tak ada ribut.

"for what?" tanyanya. Suraya mengigit bibir bawahnya. Tangan meramas  hujung bajunya.

"sebab tinggalkan Luth dulu" ujarnya senafas. Luth Zafran terdiam. Terkedu. Terkejut. Semualah TER. Tidak menyangka yang suraya akan membangkit isu itu.

"saya faham" jawabnya sambil mengangguk kepala.

"so awak maafkan su tak?" tanya Suraya penuh berharap.

"mestilah. Kenapa pula tak nak maafkan. Benda dah lama. So past is past." Luth Zafran menghadiakan segaris senyuman. Tidak pernah setitik pun dia berdendam dengan suraya. Baginya dendam tidak akan bawa kebaikan langsung.

"awak sayang su lagi tak?" bulat mata Luth Zafran mendengar pertanyaan itu. Sayang tu memang sayang tapi status nya yang kini menghalangnya meluahkan rasa sayang itu.

"su.. "

"jujur su cakap su masih sayang kay awak. Memang dulu su mengaku salah su. Tapi awak kena faham su buat semua tu untuk capai impian su. Bukan setakat su je malah untuk ibu su juga. Su nak jadi anak yang berguna. Su nak ibu su bangga dengan su. Su minta maaf. Su tau salah tapi su terpaksa. Su nak fokus dulu capai impian su. 2 tahun su belajar 2 tahun juga cinta su dekat awak tak pernah padam. Su nantikan detik ini. Detik di mana su dapat luahkan semuanya. Su dapat jumpa awak balik. I am sorry again." panjang lebar suraya berkata. Tidak langsung memberi peluang kepada Luth Zafran untuk terus berkata.

Luth Zafran menghembus nafasnya lemah. Sayu hati mendengar luahan itu. Dia faham sememangnya menjadi doktor adalah impian suraya malah arwah ibunya juga.

"su tak payah risau. Saya tak pernah pun berdendam dengan su. Tak pernah pun bencikan su. Saya faham.. " Balas Luth Zafran tenang.

"Do you still love me?" sekali suraya bertanya.

"su.. "

"please.. answer my question first!" belum sempat Luth Zafran berkata. Suraya terlebih dulu bersuara.

"I'm married"

Jatuh air mata suraya terus mendengat pernyataan itu. Sejak tadi lagi dia menahan tapi mendengar saja perkataan 'I'm married' terus luluh hatinya. Kepala di tundukkan.

"sorry su tak tahu" ujarnya perlahan.

"su.. Saya.."

"su tahu su bodoh. Betapa yakinnya su bahawa cinta awak untuk su seorang saja. Cinta awak akan setia untuk su seorang. Tapi su salah. Su minta maaf. Su betul-betul tak tahu pun yanh awak dah kawin. Kalau su tahu sumpah su tak akan cakap macam tu. Su tak akan tanya macam tu. Sumpah." bersungguh suraya meminta maaf. Luth Zafran mengeluh. Sakit hati melihat air mata yang mengalir itu. Setitik air mata yang mengalir bagaikan satu torehan di hatinya. Pedih.

"su pergi dulu.. " laju Suraya keluar dari restoran mewah itu. Berlari anak dia melintasi jalan dengan air mata yang makin lebat turun. Semakin laju dia berjalan semakin laju juga air matanya mengalir.

"Surayaaa!" jerit Luth Zafran. Pergelangan suraya di genggam kuat. Dadanya berombak ganas. Di pandang sayu wanita yang menunduk itu. Bahunya terhenjut-henjut menahan tangisan.

"That's right I still love you.  I can't forget you." terus di tarik tubuh wanita itu dalam pelukan.

"saya masih sayangkan su. Perkawinan tu bukan saya yang nak. Tu semua ibu yang uruskan." ujarnya bergetar.

Semakin kuat tangisan suraya mendengar. Dia membalas pelukan Luth Zafran. Wajahnya di sembamkan di dada itu. Hatinya sedikit lega.

"su.. Su minta maaf. Please bagi peluang Su sayang kan biy. Su masih cintakan biy" rayunya.

"biy tahu. Biy pun masih sayangkan su. Lama biy tunggu su. I love you so much.. " luah Luth Zafran. Ya, biy itu adalah panggilan manja Luth Zafran.

"i love you too biyy.. " balas Suraya. Luth Zafran mencium sekilas kepala suraya. Mereka hanyut dengan cinta yang sekian lama terbiar. Bagaikan lupa saat ini pasti akan ada yang tersakiti.


























OMG.. Suraya dengan luth dah bersama balik 😲

Rasanya apa akan jadi kalau Aisyah tahu?

Korang nak happy ending dia macam mana???

Luth Zafran❤ Suraya

Atau

Luth Zafran ❤ Aisyah

Yang mana satu?

Jangan lupa vote tau 🤗...
Bye guys 😘

Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 10K 11
MY FIRST BABY! START : 19 Disember 2018 END : 15 Mei 2020 STATUS : COMPLETE GENRE : ROMANCE AZRA SARI IRIS X ADAM HADRIAN "Boleh saya duduk dekat si...
563K 19.3K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
165K 6K 83
[ C O M P L E T E ] (BEFORE THIS KNOWN AS PEREMPUAN JIJIK ) Sinopsis Salahkah diriku ini dilayan dengan baik? Hina sangat ke aku ni? Hina sangat ke...