[ ยฉ ] ๐——๐—”๐—ฌ๐——๐—ฅ๐—˜๐—”๐— ๐—œ๐—ก๐—š...

By LUVISKIM

2.5K 704 1.7K

๐™ต๐™ต : ๐™ฝ๐™ฒ๐šƒ ๐™ณ๐š๐™ด๐™ฐ๐™ผ ! ' ๐ŸŒฑ . โš ๏ธ ๐๐ข๐ฅ๐š๐ซ๐š๐ง๐  ๐œ๐จ๐ฉ๐ฒ ๐ฃ๐š๐ฅ๐š๐ง ๐œ๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š! โš ๏ธ ๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ% ๐ข๐๐ž๐š ๏ฟฝ... More

๐Ÿ‡จ ๐Ÿ‡ฆ ๐Ÿ‡ธ ๐Ÿ‡น
โ˜๏ธ . 1
โ˜๏ธ . 2
โ˜๏ธ . 3
โ˜๏ธ . 4
โ˜๏ธ . 5
โ˜๏ธ . 6
โ˜๏ธ. 7
โ˜๏ธ. 8
โ˜๏ธ. 9
โ˜๏ธ. 10
โ˜๏ธ. 11
โ˜๏ธ. 12
โ˜๏ธ. 13
โ˜๏ธ. 14
โ˜๏ธ. 15
โ˜๏ธ. 16
โ˜๏ธ. 17
โ˜๏ธ. 18
โ˜๏ธ. 19
โ˜๏ธ. 20
โ˜๏ธ. 21
โ˜๏ธ. 22
โ˜๏ธ. 23
โ˜๏ธ. 24
โ˜๏ธ. 25
โ˜๏ธ. 26
โ˜๏ธ. 27
โ˜๏ธ. 28
โ˜๏ธ. 29
โ˜๏ธ. 30
โ˜๏ธ. 31
โ˜๏ธ. 32
โ˜๏ธ. 33
โ˜๏ธ. 34
๐“๐Ž ๐‘๐„๐€๐ƒ๐„๐‘๐’

๐Ÿ‡ช ๐Ÿ‡ณ ๐Ÿ‡ฉ ๐Ÿ‡ฎ ๐Ÿ‡ณ ๐Ÿ‡ฌ

63 17 28
By LUVISKIM





" Maafkan saya awak. Saya betul-betul tak sengaja "

" H-Hai..? "

" Tu, dekat hujung dagu awak ada cebisan ramen "

" Ye? Kenapa ye? "

" Tak. Awak nampak lemah sangat ni. Jom saya hantar ke bilik rawatan. Mungkin awak perlukan apa-apa disana "

" Uwah, itu lah senior kelas SM-00 kan? Handsomenya jodoh orang! "

" Makan apa tu? Sorang je? Mana yang lain? "

Satu persatu suara mereka kedengaran di dalam kepala aku. Siapa mereka? Kenapa aku boleh mendengarnya dan melihat wajah mereka dalam kepala aku.

" Hyuna.. " kedengaran suara seseorang memanggil namaku. Aku mencelikkan mataku perlahan-lahan.

Aku memandang wajah ibu dan ayahku yang tampak risau akan keadaan aku tika itu. Segera aku memeluk mereka berdua.

" Kamu kenapa sayang? Menangis-nangis ni. Risau eomma tau " ujar eomma aku.

" Tah ke. Meracau-racau bagai. Kamu mimpi apa sampai macam tu sekali? " tanya appa pula.

" Eomma, appa. Bukan ke Yun sepatutnya ada di hospital ke sekarang? " tanyaku. Soalan aku itu dibalas dengan gelak tawa orang tuaku.

" Apa kamu merepek ni sayang? Kamu sihat je lah. Apa, mimpi duduk dalam hospital ke apa? " tanya eomma dalam tawa.

" Dah-dah. Bangun cepat. Turun makan pula. Esok appa nak jumpa kawan dekat Seoul. Nak ikut tak? " tanya ayahku. Aku dengan blurnya mengangguk saja. Kelibat eomma dan appa hilang dari sebalik pintu.

Aku melepaskan keluhan. Dipandangnya sekeliling kawasan bilik aku sekarang. Tubuh aku turut aku pandang.

" Aku mimpi apa weh sampai teruk macam tu? "

Aku bangun dan berjalan ke arah meja solek. Wajah aku ditenung lama. Tangan aku mencubit lengan aku untuk membuktikan bahawa aku tidak bermimpi dimalam hari. Aku mengaduh kesakitan.

" A-Aku hidup lagi rupanya. Gila ah mimpi aku. Ngeri betul "

" Yun, turun cepat " kedengaran suara eomma memanggil namaku.

" Ye nak turun lah ni " balasku dengan nada suara yang kuat. Mataku tertancap pada satu gambar yang melekat ditepi cermin solekku. Ianya gambar tujuh orang lelaki yang penah muncul dalam mimpi aku waktu itu. Satu senyuman aku ukirkan diwajah tatkala aku terbaca satu ayat yang tertulis dibelakangnya.

' Tahniah kerana telah menemui jalan keluar dari Daydreaming Game kamu ' - goblin

Aku meletakatkan semula gambar itu pada cermin meja solek dan berjalan turun ke bawah untuk menjamu makan malam bersama orang tua ku.

Keesokkan harinya, aku mengikut ibu ayahku untuk ke Seoul berjumpa dengan rakan sekerja mereka.

Ketika appa dan eomma sedang bersembang, aku mengambil peluang untuk jalan-jalan diluar bangunan. Aku berhenti tepat dihadapan sebuah kolej terkenal di Seoul. Ianya Czennies University. Dimana hanya untuk pelajar elite sahaja.

" Wah, Czennies University lah " ujarku.

Aku berjalan mendekati kawasan kolej itu. Dan aku terserempak dengan tiga orang gadis. Mungkin pelajar kolej itu juga. Aku sangat kenal mereka. Aku pun memanggil nama mereka.

" Kim, Kayla, Jiee " panggilku. Mereka memandang aku serentak. Aku melambai kearah mereka.

" K-Kami? " tanya Kayla.

" Kita kenal ke? " tanya Jiee. Baru aku tersedar akan sesuatu.

" Ah maaf, saya salah orang. Saya ingatkan kawan saya tadi. Maaf-maaf " ucapku.

" Tidak mengapa. Jumpa lagi " kata Kim.

Tiba-tiba aku dirempuh dari belakang oleh sekumpulan lelaki baya-baya aku juga. Nasib baik tak menyungkur aku disitu.

" Yah. Jalan tu tak tengok depan ke apa hah?! " marahku. Salah seorang dari mereka menghulurkan tangan untuk membantu aku bangun. Aku menyambutnya. Aku menepis habuk yang melekat dibaju aku.

Apabila aku menoleh ke arah mereka, hampir terjatuh rahang aku waktu itu. Mana taknya aku terkejut, muka mereka tak ubah macam lelaki yang jadi teman lelaki aku dalam mimpi aku tu.

" Hello? " tangannya dilambai-lambai di depan aku. Aku kembali ke dunia realiti.

" Maafkan kami sebab melulu saja " ucap lelaki itu.

" T-Tak apa. Sikit je " balasku.

" Kami masuk dulu. Jumpa lagi " ucap mereka sambil melambai kearah aku.

Aku sekadar memandang mereka masuk ke dalam kawasan kolej itu. Sekali lagi bibir aku menguntum senyuman. Gambar mereka yang aku simpan itu, aku tatap dengan penuh rasa gembira.

" Semoga kita bertemu lagi di dunia yang lebih ceria~ " ujarku.

" Hyuna. Jom balik sayang~ " panggil appa dari arah kereta.

" Nae! " balasku. Aku berlari anak kearah mereka dengan perasaan yang gembira.

Benarlah fakta mengatakan, dalam hidup ini kita tidak boleh menjadi seorang yang pentingkan diri. Tidak salah untuk berhajatkan sesuatu, tapi jangan sampai melibatkan atau merosakkan perhubungan orang lain demi kepentingan sendiri. Ketahuilah, persahabatan itu lagi penting dari hubungan percintaan.

- TAMAT -

Continue Reading

You'll Also Like

3.6K 499 18
"Kalau aku memilih untuk berehat selamanya, bagaimana?" - Huang Renjun ---โ€ขยฐโ€ข--- "Kita sudah terlalu jauh dari tempat...
2.6K 453 5
"Eomma, Hwa pergi dulu ya? Maafkan hwa sebab tak dapat jadi anak yang baik untuk eomma..." โ˜†COMPLETEโ˜†
1.3K 233 26
FOURTH BOOK TREASURE ๐ŸŒผ โš ๏ธAuthor sarankan baca ABSQUATULATE dulu ye anak-anak sekalianโš ๏ธ Kehilangan sesuatu yang sangat berharga terhadap Yoshi telah...
11.9K 1.8K 29
โ kau mariposa yang hanya aku sahaja boleh miliki . jika engkau menghindar , aku mengejar . selagi aku tak dapat , aku akan berusaha โž ๐Ÿฆ‹๊ฆฟโญ’ โ SARANGH...