Rania Ramanshah: Dikhianat Ke...

By KudinaKufazly

121K 1.2K 80

Rania Ramanshah × Faliq Hanafi Shah Rania Ramanshah, dia bukanlah seorang wanita yang lemah ataupun mengharap... More

bab 70
bab 71
bab 73
bab 74
bab 75
bab 76
bab 77
bab 78
bab 79
bab 80
bab 81
bab 82
bab 83
Epilog: Pengakhiran Segala-galanya

bab 72: Pembalasan

952 79 3
By KudinaKufazly

JAM yang sudahpun menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam membuatkan Faliq tersentak, terlalu fokus sangat membuat kerja sampai tidak sedar dah pukul 12 tengah malam dah. Malam ni, cuma dia seorang sahaja yang berada di pejabat. Qayden pula lepas berjumpa dengan Rihanna sebentar tadi, terus dia balik ke rumah. Tak ada mood terus, maklumlah baru lepas putus cinta.

  Keluar sahaja daripada lif, Faliq melangkah menuju ke arah keretanya. Cuma keretanya sahaja yang berada di tempat parking, ini menunjukkan cuma tinggal Faliq seorang saja yang berada di pejabat. Sampai sahaja di kereta, langkah Faliq serta merta mati apabila telefonnya berbunyi. Telefon dibawa keluar daripada poket seluar, Faliq mulai pelik apabila yang tertera di skrin cuma nombor sahaja. Tanpa teragak-agak Faliq menekan punat digital yang berwarna hijau.

"Pandang belakang." tutur satu suara di dalan talian, Faliq terus beralih memandang ke belakang.

Buk!

  Tubuh Faliq serta merta rebah apabila belakang leherya dipukul dengan kayu. Darah mula mengalir keluar daripada lehernya.

.

.

PERLAHAN lahan Faliq membuka matanya. Otaknya mula mencerna apa yang terjadi, Faliq mengangkat mukanya untuk memandang keadaan sekeliling. Gelap. Pandangan mata Faliq jatuh memandang dirinya yang sedang duduk di atas kerusi. Tangan dan kakinya diikat.

"Dah bangun?" soal satu suara. Faliq terus mengangkat mukanya memandang pemilik suara yang sedang berdiri di hadapannya.

"Rania..." panggilnya perlahan. Rania cuma tersenyum sinis, mata Faliq jatuh memandang kayu hoki yang dipegang oleh Rania.

"Kenapa Faliq? Kau takut ke? Ataupun kau tak sangka yang aku akan bertindak sampai macam ni, sekali?" soal Rania. Faliq diam tidak menjawab.

"Awak dah betul-betul berubah." tutur Faliq perlahan namun cukup untuk Rania seorang sahaja yang dengar. Rania tertawa sinis. Kayu hoki diletakkan di atas bahu Faliq.

"Aku hilang anak-anak aku, mak, adik dan ayah aku. Dan semua ahli keluarga aku yang mati, semua mati kena bunuh. Tak cukup kuat lagi ke alasan untuk aku berubah?" soal Rania. Kayu hoki dibawa turun. Rania duduk bersila di hadapan unggun api.

"Awak nak saya buat apa untuk redakan kemarahan awak?" soal Faliq secara tiba-tiba. Rania tersenyum tipis, kedudukannya masih lagi statik tidak beralih memandang Faliq.

"Aku nak sangat kau mati Faliq, sebagai bayaran lepas apa yang kau dah buat dekat aku. Tapi, dalam masa yang sama aku sayangkan kau lagi, Faliq. Aku kadang-kadang benci dengan diri aku sendiri. Orang dah khianat dan bunuh keluarga sendiri pun, masih lagi nak kesian..." Rania berjeda seketika. Faliq dibelakang cuma memasang telinga mendengar apa yang dikatakan oleh Rania.

"... Dalam hubungan kita berdua ni, aku yang salah. Kita dua berkahwin, tapi aku tak tahu langsung latar belakang kau. Ahli keluarga, masa silam kau. Tapi nak buat macam mana, aku bodoh. Aku ingat bila kau dah bawa aku jumpa dengan ayah aku, aku anggap kau baik. Tapi rupa-rupanya, tak."

"Sebab tu orang cakap, kalau nak pilih suami pilihlah elok-elok. Jangan jadi macam aku, rupanya aku kahwin dengan pembunuh keluarga aku sendiri." tambah Rania lagi.

  Faliq tergamam dan terdiam. Dalam masa yang sama, dia juga tersentak dengan kata kata Rania. Dapat dia lihat dari pandangan matanya yang Rania sedang menahan daripada menangis.

"Aku sedih Faliq. Aku hilang anak-anak aku, lagi-lagi Rayyan. Aku tak boleh nak peluk, cium dia. Tapi kau untung Faliq, kau boleh buat semua benda tu untuk kali yang terakhir."

  Rania beralih memandang ke arah Faliq. Dia bangun dari duduknya, tudung yang dipakai olehnya diperbetulkan sedikit. Tidak dilupakan juga kayu hoki yang dipegang.

"Tudung ni, aku tempah khas untuk anak-anak aku. Supaya aku tahu, yang diorang semua mati sebab kena bunuh. Dan, aku sentiasa tahu yang dendam aku ni takkan pernah tamat selagi kau dengan Sara Jane tak mati."

  Rania pergi dari situ. Telefon Faliq yang diletakkan di tempat yang dia duduk tadi diambil dan diperiksa, butang off ditekan. Sementara itu, Faliq pula berusaha membuka ikatan tersebut, Faliq melangkah menuju ke arah Rania dengan begitu berhati-hati.

"Ark!" Rania terjerit sedikit apabila tanpa sebarang bunyi, Faliq terus headlock kepalanya. Telefon dan kayu hoki yang dipegang serta merta terlepas. Kedua dua tangan Rania naik memegan tangan Faliq namun tidak berjaya.

  Tubuh Rania ditolak membuatkan Rania terjatuh di atas lantai. Rania bangun dari duduknya, satu tumbukan diberikan kepada Faliq membuatkan Faliq terjatuh. Faliq bangun dan menuju ke arah Rania namun langkahnya terhenti apabila Rania mengacukan sebilah pisau kepadanya.

"Dua nyawa, dibalas dengan 6 nyawa. Itu cukup memadai bagi aku." tutur Rania lalu berlari menuju ke arah Faliq, pisau tersebut diacukan secara rambang kepada Faliq, dengan pantas Faliq mengelak supaya pisau namun pisau yang diacu oleh Rania terkena di bahagian lengan kiri Faliq. Sekali lagi, Rania mengacu pisau namun dengan pantas Faliq mengelak. Faliq cuma mengelak sahaja, tidak menyerang Rania.

  Melihat Faliq yang langsung tidak menyerang, Rania membuat flying kick dan mengena tepat di bahagian dada Faliq membuatkan Faliq terjatuh. Rania mengambil kesempatan dengan duduk di atas Faliq, pisau diacu ke bahagian jantung namun dengan cepat tangan Faliq memegang kuat tangan Rania.

"Mati kau, Faliq!" jerit Rania sekuat hati.

"Argh!" Rania menjerit apabila Faliq menolak tubuhnya membuatkan dia terjatuh, pisau di tangannya secara tidak langsung tercampak ke arah lain. Faliq bangun daripada berbaring, dadanya yang ditendang oleh Rania sebentar tadi menyukarkan Faliq untuk bernafas.

  Rania bangun dari duduknya, kayu hoki yang terletak tidak jauh diambil. Sampai sahaja di hadapan Faliq, Rania meletakkan kayu hoki tersebut di atas bahu Faliq. Faliq mengangkat mukanya memandang Rania. Air matanya mula jatuh.

"Kata-kata terakhir?" soal Rania dingin. Faliq cuma diam, malas mahu melengahkan masa Rania mengangkat kayu hoki tersebur dan dihayun ke kepala Faliq.

"Rania, aku minta maaf!" kata-kata yang meluncur keluar daripada mulut Faliq membuatkan Rania terdiam dan tersentak buat seketika. Kayu hoki tersebut diletakkan di atas lantai.

"Saya minta maaf sangat-sangat Rania! Terus terang saya cakap aku tak tahu langsung orang yang saya bunuh malam tu rupa-rupanya mak dengan adik awak! Sumpah saya tak tahu!"

"Rania, kalau awak nak tahu membunuh ni adalah satu penyesalan terbesar dalam hidup saya! Awa ingat lepas apa yang saya dah rancang malam tu saya boleh tidur dengan lena? Tak, Rania! Sebab itu bila saya kahwin dengan awak saya dah janji dengan diri saya sendiri yang saya nak jaga awak!"

"Penipu!" Rania mencengkam kuat kolar baju Faliq dan memaksa Faliq untuk bangun. Kedua-dua anak mata Faliq dan juga Rania saling berpandangan antara satu sama lain.

Sepasang mata penuh dengan amarah

Dan,

Sepasang mata penuh dengan penyesalan.

"Kau penipu! Kalau kau betul-betup nak jaga aku, kau takkan buat aku macam ni! Kau munafik, Faliq!"

Buk!

Satu tumbukan diberikan kepada Faliq.

"Rania, saya dah tahu dah macam mana rasanya membunuh! Saya taknak awak rasa apa yang saya rasa, Rania! Benda tu akan buat awak menyesal, percayalah cakap saya!" tutur Faliq lagi. Rania menggeleng laju.

"Lebih baik, aku duduk meringkuk dalam penjara dengan penuh penyesalan sebab aku bunuh kau daripada aku menyesal sebab aku lepaskan kau!"

  Kolar baju Faliq dilepaskan. Faliq jatuh terduduk di hadapan Rania. Kedua dua tangan Faliq naik memegang kaki Rania, Rania mundur beberapa langkah ke belakang. Dia tak mahu kakinya kotor dengan sentuhan jijik Faliq.

"Sa... saya minta maaf sangat-sangat Rania."

"Saya minta maaf, Rania."

"Saya dah menyesal pun, Rania. Saya merayu dekat awak Rania. Tolonglah maafkan saya, saya mohon maaf Rania."

  Rania terdiam. Air matanya turut jatuh melihat Faliq yang tidak henti merayu kepada dia supaya memaafkannya. Dan dalam masa yang sama juga, hati dan fikiran Rania turut berperang. Sama ada mahu memberi peluang kedua kepada Faliq, ataupun sebaliknya.

"Saya minta maaf, Rania."














.

Rania Ramanshah tak konfrm lagi sama ada sampai 85 bab ke tak, sebab kalau ikutkan dah nak habis dah.

Jadi rasanya sekarang ni dalan anggaran sampai 80 ataupun 85 nan saja.

Thank you.

Continue Reading

You'll Also Like

169K 12.2K 47
"Dalam bulan ini, aku dah tibai tiga budak yang cuba nak try Inara. Setakat muka penyek, badan macam lidi mak aku, aku boleh guna satu jari sajalah t...
5.6M 95.1K 38
"Excuse me. Can I help?" "Apa yang kau boleh tolong?" "Boleh cakap Melayu ke?" "Dah tu ada nampak aku cakap bahasa alien?" Andi dan Nasya. Pertemua...
6.3K 930 1
Coming soon
1.7K 126 37
"MAAF!. Aa-aku tak s-sengaja!." Tiana Assya Ika- Sebaris nama yang sedap didengari dan indah dipanggil. Seorang gadis yang pendiam, baik hati dan pe...