His: Mr. Handball

By ___tzxreyl

1.2K 334 163

His: Mr. Handball Me with you, My Love... ❍♡●♡❍ ❍♡●♡❍ ❍♡●♡❍ Suatu ketika... More

PRECAUTION
00 : 01
00 : 02
00 : 03
00 : 04
00 : 05
00 : 06
00 : 07
00 : 09
00 : 10
00 : 11
00 : 12
00 : 13
00 : 14
00 : 15
00 : 16
00 : 17
00 : 18
00 : 19
00 : 20
00 : 21
00 : 22
00 : 23
00 : 24
00 : 25
00 : 26
00 : 27
00 : 28
00 : 29
00 : 30
00 : 31
00 : 32
00 : 33
00 : 34
00 : 35
00 : 36
00 : 37
00 : 38

00 : 08

51 11 3
By ___tzxreyl

«.......in the morning.......»

┊  ┊  ┊  ┊
┊  ┊  ┊  ★
┊  ┊  ☆
┊  ★

|.↗✉↘.|

"Sorry lah adik angah ni, angah pun baru dapat tahu tadi je. Ni pun dah delay 2 jam sebab nak hantar Irel. Maaf sekali lagi." Sekejap-sekejap angah toleh ke belakang sambil memandu.

Masuk kali ni, dah berpuluh kali angah asyik duk dengan minta maaf dia. Telinga aku pun boleh pekak pagi-pagi buta macam ni.

"Angah selalu macam ni..." Dengan mata terpejam, aku balas juga.

Kesian angah cakap sorang-sorang. Bersungguh pulak tu.

"Alaa Irel...macam tak paham kerja angah. Mana nak tahu tiba-tiba dapat emergency call pukul 4 pagi, angah tak boleh tolak."

"Hmm... Angah pergi sana nanti jangan lupa bawak balik kacang banyak-banyak. Bawak balik buah kering sekali." Sempat aku berpesan.

Angah akan ke Thailand untuk jangka masa yang tak tahu bila dia akan balik Malaysia. Litar perlumbaan di Thailand mengalami kerosakan yang agak teruk memandangkan banjir besar yang melanda kota Bangkok dan sekitarnya dua minggu lepas.

Angah sebagai Jurutera Mekanikal Petronas, dihantar ke sana atas arahan Menteri Belia dan Sukan dengan teamnya. Lebih kurang macam sukarelawan la tapi skop kerja angah lain.

Menyelenggara serta membaik pulih jentera penunggang dan litar sebelum perlumbaan Moto Gp diadakan. Thailand Grand Prix di track Chang International Circuit lebih kurang sebulan dari sekarang.

"I'll make time for your request there."

Automatik bibir aku melebar ke sudut. Dari posisi baring, aku tegakkan badan. Konon nak duduk belakang, nak tidur la kejap sebelum sampai sekolah. Hmm, hampeh je.

Dengan angah asyik maaf, maaf dia, aku pun terpaksa tadah telinga. Tak apalah, kat sekolah nanti boleh tidur.

"Jangan lupa usya awek sana sama. Awek Siam segak-segak semua. Putih-putih gitu, kalau mendapat satu okey jugak. Kira sambil menyelam sambil minum air, sambil kerja sambil ambil kesempatan." Giatku dengan sengihan.

Pap!

"Awww, angah!" Aku terjerit kecil. Dahi digosok. Angah di depan aku jeling dengan cermin pandang.

"Apa?" Suci muka angah tanya macam tadi dia baru balik tunaikan ibadah haji dekat Arab Saudi.

Herh!

"Apa, apa, apa! Allah bagi angah lupa semua benda even baru happen je baru padan muka angah!" Aku kembali menyandar di seat. Beg zip ditarik sebelum buku Magis dikeluarkan.

Baca buku lagi bagus dari menghadap angah.

"Laa, angah nak kasi coklat ni kat Irel." Angah melayangkan sepapan coklat depan aku. "Manalah nak tahu Irel jengul kepala kat depan."

Laju tangan aku menyambar dari pegangan angah. Burung helang tengok pun, sure dia suruh aku jadi sifu dia.

Berly's. Nyum!

"Uwu, terima kasih angah." Mood aku terasa 100 peratus ceria bila dapat coklat ni.

"Kasih dilimpahkan."

Aku tergelak. Apa daa?

"Dah sampai." Beritahu angah.

Pffttt, aku hampir terlupa aku datang ke sekolah. Teruja punya pasal dapat coklat. Buku dan coklat, aku pegang di tangan. Tali beg disangkut di bahu kiri.

Aku hulur tangan nak bersalam dengan angah. "Angah, salam."

Angah jeda seketika sebelum tapak tangannya bersentuh dengan tangan aku. "Nah, duit belanja."

Terlerai je salam, terselit enam keping not 50 ringgit di tanganku. Blur sekejap sebelum muka tak siap angah dipandang tanpa riak.

"Angah bagi buat apa ni?" Soalku.

"Buat belanja." Ringkas jawapan angah.

"Nak belanja apa sampai 300 ringgit Encik Amirun?! 50 ringgit pun belum tentu habis!" Nadaku terus naik tinggi.

Ha kau, ingat aku hadap sangat duit banyak-banyak? Buat belanja apa sampai 300 sedangkan angah pergi tak sampai seminggu pun jangkaannya!

Aku ni pelajar sekolah menengah bukannya pelajar universiti swasta!

"Belanja la apa pun. Makan tu jangan maggi dengan roti je, cari la benda lain sama. Berlambak je frozen food yang one two three added ingredients lagi kalau nak makan. Ni, balik-balik roti. Tak habis-habis roti." Angah menggeleng dengan muka seriusnya.

"Malasla nak keluar pergi beli." Hakikat, aku ni memang pemalas pergi kedai.

Plus, aku pemalu bila kena jumpa dengan banyak orang kat kedai. Entahla, aku tak boleh.

"Ajakla kawan teman sekali. Pergi la outing ke apa ke dengan kawan-kawan Irel." Suara angah bertukar nada. Kali ni lembut seakan memujuk.

Aku mengeluh sebelum biji mata dijulingkan. "Malas okey, malas. Pandai-pandai la Irel makan apa je yang ada kat dapur tu."

Pintu kereta, aku berura-ura nak unlock namun mati bila angah bersuara kalut.

"Angah tak top up lagi stok makanan. Alaa, Irel ni dengar la cakap angah. Orang dah bagi kebebasan tak nak gunakan!" Kening angah berkerut marahkan aku.

Haish, tak habis lagi ke drama antara Irel Iralna dengan Amirun Akmal? Penat tau tak aku nak hadap angah yang kuat bebel ni?

"Ha, apa-apa jelah." Balasku, malas melayan sejurus keluar dari kereta.

Baru empat tapak, jeritan namaku menyapa koklea telinga.

"Irel, Irel!"

Ya Allah, apa lagi ni? Aku mengeluh, badan dipusing ke belakang. Tepat lagi menghadap angah. Berkerut kening aku bila tengok angah keluar dari kereta.

Apa kena dengan abang aku pagi ni? Sendu yang amat aku nak layan perangai pelik angah pagi-pagi buta ni! Tak sampai pukul 6.10 minit lagipun, sawan dia dah menyerang.

"Lupa angah nak bagi ni, tulah Irel kalut sangat." Angah muncul di depanku dengan beg kertas di tangan.

Beg kertas kemudiannya dihulur padaku. Aku tengok je tanpa menyambut sebelum anak mataku bertembung dengan anak mata angah.

"Apa pulak ni?" Angah ni nak pergi tu pergi je la. Nak kasi aku macam-macam serupa aku ni budak 5 tahun apa kes?

"Tapau." Tangan angah naik menggosok kepala aku di sebalik tudung yang melitup sejurus dia berjalan pergi.

Bulat mulutku membentuk huruf 'o'. "Laa, angah ingat jugak."

Aku pun lupa makanan semalam. Eish, ni yang aku terharu tambah jeles ni. Memori cap apa lah angah pakai sampai-sampai dia boleh ingat dengan pesan aku semalam? Lagipun aku main-main je.

"Orang tak minum bekas semut macam ni la." Angah senyum senget bila pusingkan kepala.

Aku julingkan mata ke atas. Tak jadi aku nak terharu tangkap leleh kat sini.

"Dahla, assalamualaikum. Kerja elok-elok." Tangan dilambai pada angah yang tengah tarik seat belt.

"Waalaikumsalam, Irel pun sama. Jaga diri, ingat Allah."

❍☆❍〃

Anak-anak tangga ke tingkat atas sekali yakni ke kelas, aku perhatikan. Telan liur aku tengok betapa gelapnya keadaan. Macam gaya bangunan gothic zaman Eropah dulu.

Nak naik ke tak ni? Afif pun mana entah dia ni? Tak datang-datang lagi ke?

Selalunya Afif yang jadi tukang bukak lampu kelas sebelum kehadiran aku. Entahla dia tu solat Subuh dalam van ke apa, aku tak kesah. Yang aku kesahnya, mana aku nak tuju ni?

Semua bangunan pun gelap lagi.

Bangunan pejabat lagilah gelap. Selagi pengetua tak datang, selagi tulah tak adanya cahaya menerangi blok-blok baru ni.

Haish, nak pergi mana ni...

Aku meraung kat sini jugak kut.

Baru nak buka langkah ke pondok guard, satu bunyi berfrekuensi tinggi menyentuh gegendang telinga.

Screett...

Screett...

Tegak bulu romaku. Badan kejung serta-merta. Telinga aku jelas menangkap bunyi seretan. Seretan yang macam bercampur dengan bunyi yang mengilukan. Satu bunyi yang menyeramkan.

Weh apa ni?

Aku tak tahu nak berbuat apa. Hanya bunyi yang sama berbunyi dari tadi. Tak berhenti dengan seretan yang sama. Makin lama makin ngilu dan nyaring sehinggakan sakit telinga aku jadinya.

Screett...

Arah datangnya dari belakang aku. Seakan siulan yang nyaring dan membingitkan. Bergema otak aku jadinya.

Screett...

Screett...

Okey Irel, tarik nafas kemudian hembus. Aku cuba menenangkan diri.

Tarik nafas.

Tahan.

Screett...

Tak terhela nafasku. Tersekat di kerongkong. Rasa macam malaikat maut nak tarik nyawa. Sampai ke trakea je aku dah tak boleh bernafas.

Bunyi hantu yang tak ada sayap dengan jalan menyeretnya kedengaran betul-betul di sebelahku.

Screett...

Aku kuatkan tulang vertebrata di tengkuk untuk pusing ke belakang. Segala tulang pun rasa nak tercabut tapi aku cuba keraskan hati. Sekolah mana-mana pun tak terlepas dari cerita hantu dan bagilah aku peluang jadi sejarah sekolah ni jugak.

Sejarah seorang pelajar perempuan didekati hantu berkaki. Puncanya sebab aku terlalu awal ke sekolah.

Moga abang aku bertaubat lepas ni kalau dia nak hantar anak dia ke sekolah satu hari nanti. Dia patut ambil iktibar dari kejadian aku yang disampuk hantu.

Kalau aku jadi hantu, memang angah orang pertama aku cari.

Pusing je belakang, aku hayun beg kertas pemberian angah. Dalam ni ada bekas, boleh la jadi senjata tak tajam untuk aku. Asal hantu ni takut dah besar alamat dah bagi aku.

Aku pejam mata kuat-kuat. Tak sanggup pulak bila hijab tiba-tiba terbukak. Harap lepas ni Allah lindung balik. Aku tak nak pun deria tambahan satu lagi.

"Aip, aip...tangan tu jaga. Suka-suka hati je nak naik kat orang."

Terus terangkat kelopak mata bila dirasakan aku hanya pukul angin. Akibatnya badan aku terdorong ke depan. Hampir sujud cium dataran bertar namun sentapan di batang leher, menahanku.

"Ish kau ni dah kenapa? Apasal tak rilek sangat?" Suara itu bersuara sekali tangannya yang elok cengkam belakang tengkuk aku.

Darah panas automatik naik suhunya. Mendidih darahku bila selamba badaknya dia cengkam leher aku macam cengkam roti. Tambah mengelegak tatkala suara dia yang cuba aku elak, terdengar juga olehku pagi-pagi buta ni.

Nafas dalam dihela kasar. Ha dari tadi aku tak bernafas normal, sekali aku hembus dah macam serombong kapal wap.

"Luth Arashy!!!"

Luth dengan basikal tua yang hidup segan mati tak mahu dia memang betul-betul menyusahkan aku! Double trouble square!

❍☆❍

Luth pandang Irel yang bercekak pinggang di depannya. Muka malasnya jelas terbias. Dengan tangan berada dalam kocek, Luth kelihatan selamba.

"Kau ni dah lama hidup ke apa, hah? Dah puas hidup? Kalau tak puas lagi, tak payah tunjuk muka kau depan aku kalau tak nak mati umur 17 tahun!" Irel lantang menyembur.

Sembur-sembur pun still tak mampu goyahkan ketenangan air muka Luth. Macam bayi baru lahir je reaksi Luth.

"Aku lahir bulan 6. Sekarang bulan 2, mana official lagi." Luth jungkit keningnya naik.

Irel terpempan. Apa dia cakap?

"Kau ni, balladah!" Kaki Luth yang disarung kasut bewarna hitam itu, dipijak sekuat hati sebelum Irel buka langkah.

Tak kuasa dia menghadap hantu berjasad nyata yakni si Luth tu! Nama je sedap, perangai langsung tak sedap dipandang.

Tabur Ajinomoto sekawah pun tak jadi apa. Bitter. Bankrupt syarikat perencah masakan tu!

"Awww..." Keluar dah suara bapuk cap ayam tersedak dedak dia tu.

Irel mengendahkan Luth. Jalanannya laju meninggalkan dataran. Nak tuju ke mana dia tak tahu lagi, yang pasti jauh dari Luth!

"Afif? Eh, Afif!" Nampak je kelibat Afif yang melenggang, Irel menjerit kecil. Lariannya dibawa ke arah Afif.

Datang pun Afif ni!

"Irel? Hoi, kau apahal macam lari dari hantu je? Ha, kan aku cakap sekolah ni memang berhantu, aku pernah nampak. Lagi legend dekat tingkap. Kau bayangkan la blok kita tingkat keempat, hantu boleh pulak buat kemunculan terbang dia. Pergh, merecik aku!" Afif perhati Irel sebelum dia pandang atas kelas.

Lengannya digosok.

Ergh, meremang bulu roma Irel mendengarnya. Segera beg kertas dihayun mengenai sisi pinggang Afif.

"Aduh, apa kau ni?" Afif merengek kecil. Pinggang sekeping dia digosok laju.

Pedih!

"Jom lah naik kelas, lemas aku kat sini." Ajak Irel. Nak lari dari Luth sebenarnya.

"Tak takut?" Polos Afif menyoal.

Irel tayang muka bengang. "Apanya nak takut?"

"Bukan kau nampak hantu ke tadi?"

"Ha iya hantu. Hantu Luth!" Nada Irel naik bila teringkatkan Luth.

Tak cukup hormon testeron punya Luth!

"Bagus la aku jadi hantu. Boleh menyelinap jumpa kau bila-bila masa je. Main tembus-tembus dinding je, tak payah aku kayuh basikal. Jimat tenaga kinetik." Luth yang datang dari arah yang tak ketahuan, menyampuk.

Dia angguk-angguk sambil berdiri di sebelah Afif. Lengannya disangkut pada bahu Afif.

Afif urut dada. Nafas lega dihela. "Kau ni pun, datang tak berjemput!"

Luth tepuk bahu Afif. "Aku ibarat angin. Datang tak berjemput, pergi tak disedar."

Irel menjulingkan mata ke atas. Bermadah bicara pulak dah hantu ni.

"Dah jom Afif, blah." Ajak Irel kesekian kalinya.

"Eh kejap, aku nak cakap dengan kau, Fif." Luth berkalih fokus pada Afif.

"Eh takda, jom naik kelas. Lama-lama kat bawah ni, boleh mati keras kita." Irel tarik tali beg sandang Afif.

"Eh aku nak cakap dengan dia kejap." Luth tarik bahu Afif.

"Eh tak ada waktu lain kau nak cakap pun?"

"Eh ikut suka hati akula."

Afif tercengang. Apa ni asyik eh je dari tadi? Gunalah hehe ke apa ke, macam tak ada dah kosa kat lain.

"Haa bagus, ikut suka hati kau nak buat apa pun lepas ni sebab Afif will come with me." Irel bertegas.

"Not before I finished my priority first with him." Luth tak nak kalah.

Afif kelihatan serba-salah. Rambutnya diusik. Ditelan mati Irel, diluah mati Luth. Tapi sekarang dia nak telan apa pun tak boleh, nak luah apatah lagi. Mati kutu dibuatnya. Haish, femes pulak tiba-tiba. Segan kitaa...

"No, not even in your dream!" Irel terus tarik beg Body Glove Afif di kedua-dua bahu secara paksa.

Afif terdorong mengikut tarikan Irel. Kakinya terseret. Terlepas pegangan Luth di bahu Afif.

"Weh Irel!" Serentak, Luth dan Afif menjerit.

Irel endahkan. Sakit otak dia di pagi hari ni dengan kerenah lelaki. Angah, Afif dan Luth beserta basikal seret dia tu!

Luth bercekak pinggang melihat kelibat Irel mendaki anak tangga tanpa sikit pun memandangnya. Mulut Afif pula tak habis-habis bergerak, bebelkan Irel lah tu.

|.↗✉↘.|

Tak sedar pun berapa words masa menulis, sorry if terrrpanjangg +..+

060721
2253.
-2168

👻,
~t.reyl.

Continue Reading

You'll Also Like

1.6M 119K 101
ALPHABET SERIES: S for SCHOOL 1# Apa pendapat kau tentang kahwin ketika masih bersekolah? Disclaimer: CERITA HANYA FANTASI. FEMALE CHARACTER SEDANG B...
2.6M 88.2K 82
Hariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusahkan pihak sekolah. Murid lain, balik s...
1.6M 92.5K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...
33.5K 2.3K 60
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...