His: Mr. Handball

By ___tzxreyl

1.3K 334 163

His: Mr. Handball Me with you, My Love... ❍♡●♡❍ ❍♡●♡❍ ❍♡●♡❍ Suatu ketika... More

PRECAUTION
00 : 01
00 : 03
00 : 04
00 : 05
00 : 06
00 : 07
00 : 08
00 : 09
00 : 10
00 : 11
00 : 12
00 : 13
00 : 14
00 : 15
00 : 16
00 : 17
00 : 18
00 : 19
00 : 20
00 : 21
00 : 22
00 : 23
00 : 24
00 : 25
00 : 26
00 : 27
00 : 28
00 : 29
00 : 30
00 : 31
00 : 32
00 : 33
00 : 34
00 : 35
00 : 36
00 : 37
00 : 38

00 : 02

70 15 10
By ___tzxreyl

«...........daims..........»

   ┊  ┊  ┊  ┊
┊  ┊  ┊  ★
┊  ┊  ☆
┊  ★

|.↗✉↘.|

Iris mataku meliar.

Cari bayang Luth. Tapi sekarang ni figura dia pun tak nampak apatah lagi bayang. Dah hampir 10 minit namun Luth tak juga kelihatan. Kata tadi ada dekat stor sukan tapi tak ada pun.

"Luth ada dekat sini ke? Korang tahu mana?" Aku soal satu-satu muka yang menemani aku sedari tadi.

Izham, Izami, Mawi, Rafli dan Hazwan. Muka masing-masing tak tergambar. Resah, risau, marah semua ada.

"Aku sempat follow dia tadi sebelum hilang." Rafli bersuara.

"Apa jadi dengan dia? Kenapa boleh mengamuk macam tu?" Aku berdiri berdepan lima orang lelaki ni.

"Erk..." Muka Mawi macam tertelan bawang putih.

Aku berkerut kening. Dah semua kaget ni apahal?

"Err..." Tak ada bunyi keluar dari bibir Izami.

"Apa?! You guys better tell me sebelum aku tampar sekor-sekor!" Jari telunjuk aku halakan depan muka sorang-sorang.

Acah nak tampar.

Acah apanya, tak cakap juga memang aku bagi je sedas!

Hazwan berpandangan dengan Izham. Hazwan paling tak rilex antara semua.

"Dia..." Hazwan buka mulut. "Dia, dia..."

"Dia, dia, dia apa?!" Sergahku. Dia, dia, dia!

"Dia pecahkan pinggan dekat kantin." Sekali nafas macam turbo, Hazwan memberitahu.

"Apa?!" Tinggi suaraku menyoal. Terkejut.

"Dia curi duit pengusaha kantin." Sambung Hazwan.

"Hah?!" Ni kalau beruk tengok muka aku, sure dia tepuk tangan tahniahkan aku.

Aku berjaya curi muka terkejut beruknya. Lebih buruk dari beruk!

"Kau cakap betul-betul, jangan main-main!" Tekanku. Seriuslah?

"Betul Ir..." Hazwan angguk mengiyakan.

"Then you guys believe it? You guys believe that he did that?" Muka sorang-sorang aku pandang garang. Keluar api kan bagus.

"I don't know tapi cikgu suruh panggil dia masuk bilik disiplin. Kitorang tengah cari lah ni." Mawi menjelaskan.

"Apa kau cakap?!"

Seriuslah diorang bukan teman aku tapi sebaliknya cari Luth untuk bawak ke bilik disiplin without knowing anything from his side? What kind of friends they are?!

"Irel, dengar dulu. Ki..." Rafli cuba mencelah.

"You shut up! Shut the freaking freeze up! I don't believe you guys believe that idiot news!" Aku sembur diaorang semua.

Rafli nampak terpempan dengan amarahku. Bukan Rafli je, semua sekali.

Aku jeling mereka sekilas sebelum berlalu pergi. Kaki aku hentak-hentak macam Boboiboy halilintar!

"Sabar Ir..." Izham cuba menghalang laluanku.

"Kau jangan cuba dekat dengan aku!" Aku tolak tangannya yang menghadang.

Iya aku faham situasi mereka. Tapi aku tak faham macam mana diorang boleh nak cari Luth dan bawa dia ke bilik disiplin. Tahu tak bilik disiplin tu dah dikira masuk penjara tanpa ada perbicaraan di mahkamah?!

At least dengar dulu penjelasan dia and in order to do that, Luth kena masuk bilik tatasusila dulu, bukan bilik disiplin terus!

What the line they are trying to cross?! Justice? Humanity line?

Oh just damn on it!

❍☆❍〃

"Hei." Nafas lega aku hela. Ya Allah, akhirnya...

"Luth..." Kasar aku panggil dia.

Tahu tak betapa aku bersyukur sangat sebab dah jumpa dia sekarang ni? Rasa nak je aku letak dahi atas lantai koridor.

"Iralna..." Luth berkalih pandang aku. "Kau buat apa kat sini?"

"Cari kau." Aku berdoa sangat tadi aku jumpa dia dulu sebelum orang lain dan alhamdulillah makbul jugak.

"Kau datang sini nak seret aku jugak ke?" Tanpa riak, Luth bertanya.

Aku berdesis sebelum berdiri di sebelahnya yang duduk berjuntai kaki atas tembok koridor. Dekat sini dia rupa-rupanya. Bilik multimedia, blok Angin.

Yang tadi cari dekat blok Tanah, bilik sukan.

"Kau rasa?" Soalan berbalas soalan.

Tak pernah sekali pun aku dapat peluang bercakap dengan dia selama ni dan bercakap dengan dia tak adalah menakutkan macam yang dikhabarkan.

Ramai nakkan Luth, cuba dekat namun satu pun tak berhasil. Katanya dia terlalu sombong, hanya pilih rupa untuk berkawan.

Aku tak pernah nampak dia bersembang dengan gadis lain. Tak tahulah luar dari sekolah dia ada pasang girlfriend ke apa tapi macam mustahil.

Luth seorang yang susah didekati.

"Kau nak heret aku? Heret la, aku sedia." Luth tiba-tiba berdiri. Sangat hampir denganku dalam jarak tiga jengkal sahaja.

"Aku bukan cari kau sebab tu." Aku dongak pandang dia yang tinggi.

Haish, jeles betul aku orang tinggi-tinggi ni.

"Tinggi kau berapa Luth?" Spontan je soalan meluncur dari bibir.

Luth pandang aku pelik. "Kau apahal tiba-tiba ni? Kalau sakit, jangan depan aku. Pergi jauh-jauh."

Pergh ayat dia makan dalam sungguh.

"Ceh, tak ada maknanya aku nak sakit depan kau! Takkan aku suruh kau ubatkan pun!" Jelingan aku hadiahkan padanya.

Berapi pulak aku rasa.

Luth jongket kening dengan muka frozen dia tu. "Well, okay then." Tembok batu itu kembali diduduki.

"Kau dah kenapa, Luth? Cuba cerita dekat aku. Cikgu dahla cari kau, nanti kalau jumpa macam mana?" Entah kenapa aku resah kalau tiba-tiba cikgu jumpa dia.

Kau tahu tak betapa teruknya bilik disiplin tu? Setakat hukuman cuci tandas, berjemur tengah panas, kutip sampah keliling blok, lari pusing satu sekolah, itu semua masih biasa. Masih boleh diterima tapi ini...

Dirotan tiap-tiap hari sudah aku tak mampu terima apatah lagi ditolak semua markah merit menjadikan markah dimerit naik mendadak. Bila itu terjadi, percayalah kau takkan nampak lagi bayang sekolah ni.

Apa lagi yang lebih teruk dibandingkan kena buang sekolah disaat peperiksaan SPM tahun ini bakal diduduki? Belajar berbelas tahun hanya untuk disiakan oleh satu kesalahan? Kesalahan yang tak disoal sama ada benar atau tak pulak tu!

"Cerita apa?" Dengan muka toyanya, dia pandang aku sekilas.

"Eh kau ni, kura-kura dalam perahu, buat-buat tak tahu!" Aku bercekak pinggang di depannya.

"Sudah gaharu, cendana pula. Dah tahu bertanya pula!" Luth ajuk aku.

Haila dia ni, aku sepuk nanti tahulah dunia ni sementara je.

"Okay lah mungkin kau nakkan keprihatinan aku..."

Tak sempat aku habiskan bicara, Luth potong dulu. "Eh, eh...kantoi la pulak. Pandai eh kau, hundred marks for you!"

Cis, perli aku lah tu.

"Iyalah apa masalah kau?" Malas layan sindiran dia, kalau aku layan memang ada gamaknya yang tembus bilik multimedia ni.

"Tak ada masalah. Kau tu, yang cari masalah dah kenapa? Tak reti-reti masuk kelas, apa ingat sekolah ni sekolah kayangan? Waktu rehat dah lama habis, kau pergila masuk."

Aku mengeluh. Aku dah terlepas subjek Pendidikan Islam dah pun. Sekarang pula pukul 11.06 minit, hanya tinggal lagi 44 minit sebelum loceng balik berbunyi.

Aku ponteng sekali tak apa kut? Lagipun bukan kawan-kawan aku tak tahu, nanti diorang cakap la tu dekat cikgu.

"Kau jangan nak elak aku eh, kau cerita sekarang! Value sikit aku yang jumpa kau dulu. Kalau diorang jumpa kau dulu memang mati la kau." Saja aku gertak, biar dia sedar sikit.

Aku punyalah nak tolong, dia pulak macam manusia tak tahu bersyukur je lepas aku selamatkan dia dari digigit zombie!

Luth mengeluh seround.

Tengok keadaan dia macam serabut sangat, lembut pulak hati aku. Tembok batu bersebelahannya, diduduki. Berjarak jauh dari dia. Ikhtilat ya anak-anak.

"Aku tak rasa kau yang buat." Ujarku. Pandangan hanya terhala ke depan.

"Memang aku dah buat pun." Laju je Luth membalas.

"Kau buat apa je?"

Luth kuis kasutnya ke tanah. "Bagi pecah pinggan."

"Kau tak sengaja kan?" Harap sangat bukan dia takpun harap sangat dia bergurau.

"Tak lah, memang aku nak buat." Selamba je dia balas macam tak jadi apa-apa.

Aku sepak kasut dia. "Apa sebab kau buat macam tu? Bersebab kan? Bagitahu aku."

Luth senyum senget. "Haah, ada sebab."

"Kalau macam tu, jom ikut aku jumpa cikgu." Aku tahu perkara ni boleh selesai dengan baik.

"Nak buat apa? Kau pun sama jugak ke dengan diorang? Tak percayakan aku?" Luth kedengaran berjauh hati. Dia menunduk sambil kuiskan kasut.

"Mana ada lah, aku percayakan kau je!"

Oops, kau buat apa Irel? Kenapa marah sangat?

Luth angkat muka. Anak mata hitam pekatnya, bersinar. Muka yang tadi mendung kini perlahan-lahan mengukir senyum. Makin lama makin lebar. Nampak gigi taring dia yang kecil tu.

"Suka aku..."

"Cantiknya gigi taring kau!" Teruja punya pasal, terluah juga pujian untuk Luth.

Allahu, Irel...again huh?

Automatik aku pekup mulut. Panas rasa pipi aku sekarang ni.

Luth tergelak.

Juntaian rambut belah tengahnya jatuh mengenai mata, menutup dahi licin dia. Style rambut dia macam Lee Dong Wook. Lembut, bersinar bila dipanah cahaya matahari. Nampak betapa hitam berkilatnya rambut dia. Kontra dengan kulit dia.

Putih melepak.

Sumpah aku cakap, dia macam orang Korea.

Iris mata dia pun warna hitam pekat. Bukan warna coklat cair atau coklat pekat seperti tipikal orang Asia tapi ni memang betul-betul hitam.

Hitam seperti pekatnya malam.

Iya aku tahu mustahil ada iris berwarna hitam. Tapi pupil dia, tersangatlah coklat yang pekat menjadikan warna anak matanya hitam. Kau renunglah berapa lama pun, memang hitam je kau nampak.

Tak macam orang lain.

Stunning yet spectacular. Even black ant that walking across a stone in the middle of the night, have no objection on how his pair of irises shine.

Beauty with a beast argument by people.

Benarlah kata mutiara, yang cantik itu bukan pada katanya tapi pada rasanya.

"Cantik kau senyum. Lebar. Manis je muka." Luth kerdip kelopak matanya macam Puss In A Boots.

"Kau dah kenapa? Sawan tetiba?" Aku pandang Luth pelik.

Ish, baru je hari ni kami bertegur sapa tapi macam dah rapat.

Walaupun 12 tahun aku nampak muka dia, sejak dari umur 5 tahun lagi tapi memang tak pernah aku bercakap dengan dia. Masa kecik-kecik tu pernahla lepastu mana ada dah.

Aku dengan dia pulak tak pernah sekelas so I don't expert none of us act awkwardly.

"Betullah apa aku cakap. Kau senyum sekali lagi." Luth pasang muka frozen dia semula. Tak ada dah bersisa senyuman manis dia tadi.

Aku juling mata ke atas. Ada-ada je.

"Kau ni nak bazir berapa banyak masa kat sini? Ceritalah cepat. Aku ada."

Mata kami bertembung. Sudut bibirnya naik sedikit sebelum berganti dengan keluhan kecil. Fokusnya kembali ke depan. Pada tanaman pokok besar-besar di hadapan kami kini.

"Bukan orang percaya pun, tak payah la bazir masa kau. Pergi masuk kelas, belajar. Kau tu harapan sekolah."

Aku berdecit. Harapan sekolah konon, aku ni punya la pemalas, mana datangnya harapan entah! Aku tak boleh diharap.

"Kau pun harapan jugak tapi kalau kau masuk bilik disiplin tu punah harapan kau." Aku cuba susun bicara agar tak sentuh sensitiviti dia.

Athlete.

Dia harapan sekolah dalam bidang sukan dan kokorikulum.

"Sekolah yang buat aku." Luth juih bibir.

"Susahnya cakap dengan kau." Eii, cakap dengan dia macam aku ni radio asyik ulang suara je!

"Jom." Luth tiba-tiba bangun.

Aku berkerut dahi. Dah apahal mamat ni? Dia berdiri, aku duduk dan aku terpaksa dongak pandang dia yang tinggi menggalah.

Okey tak ada la menggalah sangat.

Kalau Kondeyi tu lainla, memang tinggi gila. Aku pun paras dada dia je. Kau bayangkan tinggi aku yang 167 cm ni, paras dada dia je. Tak ke nampak aku ni seperti kuman di sebelah monster?

Insecure betul aku.

Dengan Luth pulak, aku paras leher dia. Ha, okay lah jugak walaupun rasa nak je aku...

"Kau berangan apa? Tahula terpesona dengan aku, kut ya pun cover sikit." Luth jungkit kening kirinya. Juntaian rambut lebatnya diusik.

Lelaki dengan rambut berpisah tiada kan?

"Dream off. Nak pergi mana ni?" Aku berdiri setentang dengan dia. Mana boleh biar aku dongak tengok dia. Sakit tengkuk.

Ha nampakla aku tinggi.

"Balik."

"Balik?!"

Balik cap ayam dia!

Selamba dia je cakap macam tak ada apa. Amnesia ke yang dia tu ada masalah besar? Nanti cikgu jumpa dia lepastu dia diam even kena paksa cakap macam aku buat tadi pun, kalau dia tak cakap memang mati la jawabnya.

Eh, dah masuk bilik disiplin pun, mana adanya cikgu nak dengar dah apa-apa alasan.

"Sekarang ni kau ikut aku, aku tak kira!" Aku mendahului Luth. Menggelegak darah aku dengan dia ni.

"Nak pergi mana?" Nada dia macam keliru sangat aku nak bawa dia ke mana.

"Hoi, kau amnesia ke apa?! Jumpa cikgu lah, jelaskan biar terang semua benda!" Aku berkalih seraya bercekak pinggang di hadapannya.

"Benda dah kelam pun, nak terangkan apa lagi?" Luth angkat bahu dia tanpa riak muka. Tangannya dimasukkan dalam kocek slack bombanya.

Oh ya, Luth Kadet Bomba dan Penyelamat.

"Kita jumpa Cikgu Aliff. Aku sure cikgu akan dengar dulu." Aku beri pandangan penuh berharap pada dia.

Ikut lah Luth, ikut aku!

Luth buat muka. "Kau ingat cikgu nak dengar sangat budak muka macam aku ni?"

"Muka macam kau apa?" Apa dia ni? Tak faham aku.

"Muka kacak macam aku. Cikgu Aliff tu jeles kau tahu tak dengan aku? Dia asyik nak cari aku je bila ada apa-apa. Penat kau tahu?" Luth buat muka yang aku sendiri pun tak tahu nak terang macam mana.

Poyo? Pasrah? Perasan?

Entahla, susah nak baca air muka dia.

"Aku pujuk la cikgu. Alah serahkan je kat aku, biar aku cakap dulu. Lepastu kau pulak cakap, setuju?" Aku masih berharap Luth akan setuju.

Penat kau tahu asyik ulang benda yang sama je dari tadi?

"Emm, tengokla." Balasnya selajur dia berjalan ke arah salah satu pokok. Dia loncat sekali sebelum sesuatu bewarna hitam, dicapai.

Apa tu?

Aku mendekat. "Kau sembunyi beg dekat situ Luth? Kau dah plan siap-siap nak lari lah ni?!" Frekuensi aku naik mendadak.

Ha kau, geram punya pasal aku ni. Aku risaukan dia, sanggup cari dia macam orang gila, cuba nak tolong dia, tapi dia dah rancang nak blah dah pun?

Luth berpusing pandang aku. Senyuman sengetnya naik menghiasi roman wajah.

"Nah." Bersama senyumannya, Luth hulur dari genggaman tangannya.

Aku pandang buku lima dia. Coklat. Daim pulak tu. Pulak tu lagi, sebungkus besar.

Bersinar mata aku macam kristal. Hilang terus tekanan berhadapan dengan dia ni. Berganti pula dengan teruja dan terharu.

Terharu la wei, dia kasi aku kut. Aku ni dah la hantu coklat!

"Terima kasih." Aku tarik dari tangan dia.

Pffftt, pedulikan dia nak cakap aku jakun ke apa, yang penting aku memang tak boleh kawal diri bila ada coklat depan mata. Pulak tu Daim, mana nak dapat melainkan kau pergi Langkawi sana?

Tawa halus terbit. Tak lain dan tak bukan dari Luth la, tak ada orang lain dah.

"Aku beli hari tu masa dekat kem. Aku dah tak tahu nak habiskan duit bapak aku macam mana so aku borong coklat banyak-banyak since aku dah bernazar nak habiskan duit bapak aku. Nanti aku kasi kau, eh?" Tanpa dipinta, Luth bercerita.

"Serious ni?" Aku pandang Luth tak percaya.

Luth juling mata ke atas. Eih, comel pulak aku tengok.

Haip, behave Irel!

"Iya la. Tak ada siapa nak makan, aku kasi kau jelah." Luth menyerengai.

Aku senyum lebar. Aduh Irel, macam mana kau boleh lupa kem Unit Bomba Peringkat Negeri diadakan di Langkawi kali ni?

Aku hanya sengih sebagai balasan pada Luth. Terima kasih lah ye wahai Luth.

|.↗✉↘.|

240621
2334.
-2407

🍫,
~t.reyl.

Continue Reading

You'll Also Like

2.8M 106K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
1.7M 92.6K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...
256K 11.1K 81
| 1st H I G H S C H O O L S E R I E S | 🚫CRINGE ALERT🚫 Tengku Haikal Benjamin tidak pernah menyangka yang dia akan menyukai seorang gadis yan...
2.1K 207 21
Andalookaew x Noonpreawa