[C] What?! ❞ seungcheol

By chwkai

2.1K 350 197

[ SVT'S SCOUPS ] Kisah ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang perlu menjaga kerenah beberapa kanak-kanak... More

watak²
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
15
16
17
18
19
20
seminggu je .
Walaweyh
JUNHUI SPECIALL
HOSHI SPECIALL
SPECIALLL DAYY
WONWOO SPECIALL
happy 1.12K
1.3k-

14

51 13 0
By chwkai

Seungcheol memandang langit senja yang sesikit kejinggaan . Matahari yang hampir terbenam menenangkan perasaan dan suasana sekelilingnya .

"makin cepat waktu berlalu." Ujarnya tenang kepada Seungkwan dan Hansol yang baru sahaja keluar . Katanya ada urusan tak masuk akal tapi masuk akal . Ha cemne tu-

Seungkwan mengangguk seraya berkata ; " kalau waktu dapat diundurkan balik." Tapi hal tersebut tidak masuk akal bahkan melanggar hukum alam kalau ianya terjadi .

Seungcheol ketawa kecil melihat celoteh Hansol yang mengatakan kemustahilan kejadian yang diingini Seungkwan . Kadang-kadang dua anak ini mampu berbaik , kadang-kadang mereka mampu menjadi musuh . Tapi kalau diikutkan itulah kanak-kanak , merasakan semuanya benar walaupun salah kerana pengetahuan mereka yang masih kecil .

"hyeong... Kalau nanti kitorang balik an..."

Belum sempat ayat ynag diberikan habis , malah Seungcheol memotong percakapan Seokmin yang baru sahaja ingin meminta mainkan dari ibu bapanya "tak nak cakap."

Tanpa semena-mena , Seungcheol masuk kedalam meninggalkan tiga kanak-kanak tersebut tanpa menerangkan apa yang ingin dikatakannya .

Sebenarnya ada sesuatu yang disembunyikannya namun tidak dikata olehnya .

1 week later...


"Korang , hyeong ada benda nak cakap dekat korang . " Ujar Seungcheol dengan nada serius dimeja makan .

Alhamdulillah selepas beberapa kes , Seungcheol ambil keputusan untuk belajar memasak .

Kesemua kanak-kanak memandangnya kecuali Chan yang berada didalam dakapannya . Seungcheol tersenyum tipis lalu berujar , " ada hal penting hyeong nak bagitahu korang semua . "

Mereka mengangguk dan meneruskan sesi sarapan kembali . Seungcheol memerhatikan mereka satu per satu . Ada yang berebut makanan , ada yang bergaduh tidak tentu , ada yang berbual sampai jadi tersembur keluar , ada yang minta disuapkan dan tidak lupa ada yang alhamdulillah masih normal . Simpulan kecil dikeluarkan . Dia pasti akan merindukan saat ini .

" Shua , nanti hulurkan pinggan adik-adik dekat hyeong . Jeonghan jangan lari , kau kena kemas meja . Wonu tengok adik- adik dekat luar jangan baca buku je memanjang . " Arah Seungcheol yang selesai menyuapkan Chan dan diri sendiri .

Dia berdiri untuk menuju ke singki dan membasuh semua pinggan mangkuk segala khazanah didalamnya . Jeonghan mengeluh kecil , di baru sahaja cadangkan untuk kenakan Mingyu yang berada di sofa dengan meletakkan lipas mainan didalam seluarnya . Mahu tidak mahu , dia harus selesaikan jugak tugas yang diberikan Seungcheol atau dia yang alan diselesaikan Seungcheol .

"HYEONG CHAN GIGIT LIPAS! " baru sahaja Seungcheol ingin membuka pili air kedengaran suara Mingyu yang berteriak tidak lupa diselangi suara Wonwoo yang cuba menghalang Chan dari menggigit lipas tersebut .

"CHAN NO!"

"TU BUKAN MAKANAN APATAH LAGI MAINAN UNTUK KAU MAKAN ."

"APA KAITAN WOI!"

"CHAN TU LIPAS , ITU BINATANG ! eh tapi Kita makan binatang juga kan? "

"SUDAH!"

Terus sunyi suasana riuh tadi saat mendengar jeritan Seungcheol. Chan diangkat menuju ke singki dengan tangannya yang masih memegang benda tersebut . Mahu tidak mahu , haruslah Seungcheol sendiri membuang dengan menggunakan tangannya .

"LIPAS MAINAN SIAPA NI SYEL ASAL MACAM REAL PUNYA FULAMAK SIAPA PUNYA NI WOI?" soal Seungcheol saat berjaya melepaskan lipas mainan tersebut dari pegangan Chan .

"Eh- TU HAN PUNYA !" Jerit Jeonghan lalu mengambil lipas mainannya .

"Han.."

"Y-ye?"

"... Hyeong nak pinjam boleh?" Soal Seungcheol dengan mats bersinar.

"Boleh!" Jawab Jeonghan dengan senang .

5 minute later ...

"SEPARUH MATI AKU INGAT CHEOL HYEONG NAK MAKI AKU TADI !"

meresahkan •3•

"Okey memandangkan semua dah berkumpul dekat sini hyeong mulakan perbicaraan Kita hari ini dengan doa dan lafaz bismillah-"

"Hyeong sedarlah kita bukan dekat sekolah . " Ujar Joshua sambil memandang Seungcheol polos .

Seungcheol yang bersemangat terus terbaring menyerah . Chan yang melihat hyeongnya berbaring pantas menepuk-nepuk atau lebih afdal menampar wajah Seungcheol.

"Kenapalah aku ditakdirkan bertemu dengan budak-budak kejam ni?" Soalnya pada diri sendiri .

Kalau tidak disebabkan ibunya yang ingin bercuti , dia pasti akan berada dirumah kawan-kawannya untuk melepak . Tapi mahu tidak mahu , dia tidak mampu menolak takdir dengan mengetepikan mereka . Eh boleh je tapi dia taknak buat HAHAHAHA

" Okey kita mula balik . Memandangkan korang akan tahu juga tak lama lagi , jadi nak tak nak hyeong kena cakap juga . So ... Dalam sebulan lagi korang akan balik kepada ibu korang masing-masing . So hyeong nak korang siapkan-"

Ucapannya dipotong saat Joshua berteriak .

"HYEONG SHUA SAYANG HYEONG TAK NAK BALIKKK!!!"

"hyeong un sayang Shua tapi mian..."

Jeonghan , Wonwoo , Ji Hoon dan Vernon memandang wajah datar . Macam mereka tak tahu kalau drama ni mungkin akan jadi .

"Hyeong lambat lagi la. Jangan buat drama 10 sen kat sini leh?"

"Tak boleh!"

"ASAL PULA KAN LAGI SEBULAN LAMBAT LAGI LAH "

"SEBULAN TU MACAM SEHARI KALAU DENGAN KORANG TAHU TAK?" dan akhirnya kenyataan terkeluar dari mulutnya .

"Hyeong sayang korang dah macam adik hyeong walaupun kenyataannya hyeong tak ada adik tapi macam tu lah . Hyeong dah sayang sangat dekat korang . Bukan salah hyeong kan kalau sayang korang? Hyeong takut kalau sebulan tu tak sempat ada sehari , hyeong takut kalau sebulan tu hyeong belum puas bersama dengan korang , dalam lima bulan ni hyeong kenal korang , korang buat hyeong rasa bahagia .. hyeong tak nak hilang kebahagiaan tu.. "

"Hyeong.."

"Kitorang pun sayang hyeong.."

"K-kitorang dah anggap hyeong macam abang kitorang.. macam keluarga kitorang sendiri .. walaupun hyeong suka marah-marah , suka kacau kitorang , suka buat kitorang suspen macam masa hyeong nak minta pinjam lipas Han tadi .. t-tapi kitorang sayang hyeong . " Sebuah pelukkan diberikan tanpa dipinta .

Seungcheol diam . Masih mendengar tapi dirinya menjadi kaku saat mendengar setiap ucapan . Walaupun diproses berkali-kali , dia jamin kalau ucapan yang dia dapat hari ini lebih membanggakannya melebihi ucapan yang diberikan sempena hari lahirnya sendiri .

"Hyeong tahu kan kalau hyeong tu rumah kitorang?"

"Rumah?"

"Eung!"

"Mummy Nonnie pernah cakap ' home isn't the place but it's the person being ' . " Tambah Vernon .

"Maksudnya?" Tentu sahaja Seungcheol tahu apa yang dimaksudkannya tapi dia ingin tahu lebih .

"Maksudnya , yang menaikkan suasana selesa semasa Kita berada di satu tempat ialah seseorang yang bersama kita yang buat Kita berasa tidak kesunyian , yang buat Kita terasa nyaman dan gembira bersamanya . " Jawab Vernon .

"Seseorang yang buat kita berasa seperti berada dirumah . Seperti mana hyeong ambil tanggungjawab menjaga kitorang walaupun hyeong tahu benda tu akan melibatkan nyawa hyeong dan yang lain tapi disebabkan hal itu , hyeong buat kitorang rasa selamat dan gembira tiap kali bersama hyeong . Macam mana hyeong sediakan sarapan dan barangan yang diperlukan kami setiap hari seperti mana ibu kitorang buat hyeong menaikkan rasa seperti kitorang berada bersama ibu kitorang . Macam mana hyeong bermain dengan kitorang , hyeong buat kitorang berada seperti berada dengan ayah kitorang . Macam mana hyeong jaga kitorang , bawa kitorang jalan-jalan , hyeong menaikkan rasa seperti kitorang berada dengan abang dan kawan kitorang . " Sambung Wonwoo .

Seungcheol tersenyum dengan air mata yang ditahan sedari tadi. Dia mendepakan tangan meminta yang lain untuk turut memeluknya . Tampa melengahkan masa semua memeluknya dengan erat .

" Hyeong sayang korang .. " satu persatu kanak-kanak didalam dakapannya dikucup didahi , pipi dan hujung hidung mereka .

Seungcheol tersenyum lagi , dia berharap hari ini takkan bergerak untuk selamanya tapi siapa juga boleh menolak takdir? Tiada yang mampu menghentikan masa untuk sesuatu yang membahagiakan mereka kerana tidak semua mempunyai detik bahagia seperti mereka sekarang.

"Cheol , kenapa ni?"

"Cheol rindu diorang.."

"Tell me this , what you thinking of having them?"

"It's..."

.......

"HYEONG! I MISS YOU!"

"HYEONG HYEONG DINO DAPAT MASUK PERTANDINGAN TU!"

"Hyeong , Han rindu hyeong.."

"Ma , bila Hao boleh jumpa hyeong lagi?"

.......

"Cheol.."

"H-hyeong.."

"I'm sorry , we lost him "

"Semua ni tipu. Aku tak percaya . Cheol hyeong takkan macam ni . Dia tahu kita tunggu dia ."

.......

"Wasiat yang berada di tangan saya tiada yang berada atas nama keluarga dia tapi semua di atas nama..."

"Dia sayangkan mereka , bukan salah dia kalau dia buat keputusan tersebut ."

"Cheol , everyone missing you. "

.......

"KENAPA KORANG TANYAKAN PASAL WASIAT SEDANGKAN ORANGNYA MASIH ADA ?"

"BANJINGAN JANGAN SEKALI KAU DEKAT DENGAN HYEONG AKU!"

"Korang?"

"HYEONG!"

........

Dekat dunia ni , ada berbagai ragam manusia . Ada yang hanya pentingkan diri , ada yang hanya inginkan harta , ada yang hanya ikhlas menerima mereka . Yang membawa perbezaan ya ialah akal penerima takdir yang bakal diberikan . Sama ada mereka alan menerima takdir mereka atau melepaskan takdir mereka untuk mendapatkan yang lebih baik .

Apapun keputusan mereka ,
Semua di tangan mereka sendiri .

Dunia dan akhirat berbeza.
Korang boleh bahagia di dunia , tapi akhirat nya mungkin berbeza .

Tidak semua keputusan dapat membuat kita bahagia . Kadang-kadang Kita harus melepaskan kebahagiaan sendiri untuk membuat orang lain bahagia .

Continue Reading

You'll Also Like

51.1K 3.9K 39
MENJADI mangsa pemuas nafsu tanpa kerelaan . Sesungguhnya membawa gadis itu ke arus kegelapan . "Osaka. Aku takkan jejakkan kaki ke sana lagi!" - ...
55.5K 5.7K 55
"Boleh kita jumpa lagi lepas ni?" Bermula insiden tersangkut di dalam lif, Seokjin tak henti henti cuba memikat hati Haera. Dia nekad ingin menjadika...
533 55 27
Yuzuki Taiga,seorang pelajar muda yang tidak memiliki sebarang kuasa sering dipandang rendah dan dibuli mendapat kuasa yang luar biasa secara tidak s...
37.8K 4.8K 50
Merenung segenap ruang yang menempatkan hampir setengah bulan. Buntu Nara mencari jalan keluar. Melihat kalendar yang terpapar di dinding. Nara past...