Thriller : Wais Ayden ✓

By dsyaf_

395K 34.4K 3.2K

Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia buk... More

AKAN DATANG
1 | Yang ke-999
2 | Misi
3 | Dimulakan
4 | Agama Islam
5 | Red Is Back
6 | Suasana
7 | Tuan Ran
8 | Serbuan
9 | Hampir Tertangkap
10 | Mimpi
11 | Hazril
12 | Keliru
13 | Puasa
14 | Lawatan Mesra
15 | Bom
16 | Wallpaper
17 | Majlis
18 | Kejutan
19 | Flashback
20 | Semakin Hampir
21 | Dalam Bahaya
22 | Sekali Lagi
23 | Gagal
24 | Senyum
25 | Amarah
26 | Hebat
27 | Raya
28 | Nur
29 | Pecah Rahsia
30 | Rimas
32 | Melawat
33 | Hayat
34 | Sakit
35 | Kali Terakhir
36 | Bang Bang!
37 | Jauh
38 | Rahsia
39 | Air Mata
40 | Hutan
41 | Risau
42 | Emosi
43 | Rakit
44 | Perasaan
45 | Marwah
46 | Kehadiran Marleeq
47 | Terkedu
48 | Percaya
49 | Terbongkar
50 | Ditipu
51 | Telah Tiba
52 | Licik
53 | Perjuangan
54 | Rahsia
55 | Tangisan

31 | Sempit

5.7K 563 21
By dsyaf_


Susana masjid malam itu sangat meriah dengan kehadiran penceramah terkenal bernama Ustaz Aziz.

Ustaz Malik sudah pasti tidak melepaskan peluang. Seluruh kampung diajak, siap pasang kanopi lagi.

Ayden hanya mengikuti langkah Ustaz Malik. Ayden duduk bersebelahan Ustaz Malik. Puan Arwa, Marwah dan Tasya duduk di bahagian wanita.

"Ustaz," Panggil Ayden.

"Ya?" Jawab Ustaz Malik sambil memandang Ayden.

"Ceramah malam ni tajuk apa?"

"Punca dan kesan murtad." Ustaz Malik kembali memandang ke hadapan. Dapat dilihat penceramah sudah duduk di tempatnya.

Murtad? Ayden mengerut dahi. Seumur hidup, dia tak pernah dengar lagi perkataan tu. Bahu diangkat, tunggu penceramah tu terang sahajalah.

"Assalamualaikum para hadirin sekalian."

Seisi masjid bergema menjawab salam Ustaz Aziz. Ayden dapat melihat segelintir makcik makcik sudah mula mengeluarkan buku nota untuk mencatat isi-isi penting.

"Alhamdulillah..."

"Seperti yang para hadirin sekalian tahu, saya akan berceramah mengenai punca dan kesan murtad."

"Sebelum tu, tahu ke tidak murtad tu apa?" Soal Ustaz Aziz.

"Tahu Ustaz!"

"Bagusnya! Tak apa, saya masih nak terangkan juga maksudnya. Ha, mana yang nak catat siap-siap keluarkan buku ya. Saya ni kalau cakap laju macam kereta api!"

Seisi masjid tergelak. Watak Ustaz Aziz sangat lucu malah dia terkenal kerana keperibadiannya yang lucu ketika menyampaikan ceramah.

"Baik, murtad bermaksud meninggalkan atau keluar dari sesuatu agama. Orang murtad ni dia boleh pilih untuk beralih ke agama lain atau kekal tiada agama."

Semua tekun mendengar. Ayden tersentak. Tiada agama seperti dia kah? Mata dan minda kembali fokus.

"Atau nama lain orang tak ada agama ialah ateisme."

Ustaz Aziz berhenti seketika.

"Ha makcik telekung purple tu sempat tangkap tak?" Usikan Ustaz Aziz membuatkan masjid gamat dengan gelakan.

"Saya bergurau.. Okey murtad ni dia ada juga ya yang sejenis masih tetap dengan agamanya. Contohnya, seseorang itu menolak sebahagian agama asas mereka tetapi patuh kepada asas lain. Ha, yang ini kita kena hati-hati para hadirin sekalian."

"Misalnya tuan-tuan dan puan-puan, seseorang itu beragama islam malah masih mengaku sebagai orang islam tetapi melakukan perkara yang jelas bertentangan dengan agama islam, dianggap sebagai musyrik."

Air liur ditelan terasa kelat. Ayden tidak pernah tahu semua ini. Dia hanya menuruti Tuan Ran dan Affendi sahaja. Soal agama memang dia tidak tahu.

Semenjak kematian ibu dan ayah, Ayden dibesarkan oleh pakciknya bernama Yahya yang turut tiada pegangan agama. Wajar sahaja Ayden kini hidup tanpa agama.

"Para hadirin tahu tidak musyrik tu apa?"

"Tahu!" Jawab mereka yang tahu dengan semangat.

"Alhamdulillah yang tahu. Yang tak tahu tak apa, saya akan terangkan. Musyrik ni merujuk kepada sesiapa yang melakukan syirik."

Ayden semakin tidak senang duduk. Sudahlah selama dua bulan ini dia mengaku sebagai orang agama islam walhal dia tidak punya agama.

"Syirik ialah menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu seperti matahari, laut, berhala dan sebagainya secara terang-terangan."

Ustaz Aziz berhenti seketika lalu meneguk air di dalam botol mineral sebelum menyambung semula.

Tiba-tiba seorang pemuda yang duduk di depan Ayden mengangkat tangan. Semua mata memandang ke arah pemuda tersebut.

"Ya?"

"Ustaz Aziz, apa beza musyrik dan munafik?"

Ayden melihat Ustaz Aziz mengangguk-angguk dengan soalan yang diutarakan.

"Baik, munafik ini pula berpura-pura mengikuti islam tetapi dalam hatinya tidak. Contohnya mereka melakukan sesuatu secara bersembunyi. Ha, kalau musyrik pula secara terang-terangan."

"Musyrik dan munafik berbeza ya, jangan salah faham tu!" Tegas Ustaz Aziz kepada mereka.

Seorang lagi pemuda berhampiran Ayden mengangkat tangan.

"Ya?"

"Ustaz Aziz, apa balasan bagi orang musyrik dan munafik?" Pemuda itu kembali duduk.

"Neraka jahanam."

Dua patah perkataan yang mampu membuatkan dada Ayden terasa sempit.

"Bagi munafik pula, surah An-Nisa' Ayat 145"

"Sungguh , orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka."

Semua mengangguk faham. Ayden masih memegang dadanya. Terasa sakit tetapi bukan luka. Dia akan dimasukkan ke dalam neraka?

Kepala digeleng. Tak, dia tak mahu. Tetapi layakkah dia untuk memeluk agama islam? Kepala Ayden turut pening tatkala soalan itu berlegar-legar di mindanya.

Tulisan khat Allah SWT yang berada di dalam frame dilihat. Setiap kali kalimat itu dipandang, dirinya terasa tenang, seolah segala masalah yang menghimpit diri hilang.

Patut ke dia kembali kepada agama islam? Yakni agama yang dipegang oleh arwah ibu dan ayah. Ayden menunduk. Dia seolah hanyut dalam fikirannya.

***

Marwah memandang Wais yang jalan dengan menunduk. Lelaki ni dah kenapa? Kalau jalan menunduk tegak tak apa, ini terhuyung-hayang macam orang tak ada harapan nak hidup.

"Oi! Jalan elok-elok sikit boleh tak?"

Wais masih berjalan bagai orang tiada pedoman. Marwah mengetap gigi geram. Ibu dengan abah pun jalan laju bukan main. Si Nur adiknya Wais pula jalan lambat sangat sambil bermain telifon di belakang.

"Awak dengar tak ni?"

Terdengar keluhan berat, Ayden lepaskan.

"Marwah, aku tengah sedih. Tolong tinggalkan aku bersendi... Aww!" Jerit Ayden apabila kepalanya terasa sakit.

"Saya dah cakap jalan tu elok-elok. Padanlah muka terlanggar tiang elektrik."

Ayden memandang Marwah. Membebel pula perempuan ni. Dengan telekungnya, sekali pandang macam hantu.

"Kau diamlah, semua salah kau." Dahi digosok. Tiang ni pun bodoh.

"Sendiri buta, salahkan orang. By the way esok saya cuti hujung minggu."

"Okey lepastu apa kena mengena dengan aku?" Kopiah dibetulkan. Habis senget!

Marwah berdecit geram.  Sebal pula dengan Wais ni.

"Awak kata nak melawat kubur arwah Hazril kan? Esok saya bawa."

Terasa ada renjatan pada tubuh Ayden tatkala nama Hazril disebut. Wajah Marwah dilihat sekilas dengan keadaan samar malam.

Suasana sepi. Tidak semena-mena tubuh Ayden dirangkul dari belakang membuatkam Ayden sendiri terkejut.

"Abang!" Ceria Tasya.

"Ish! Lepaslah!" Ayden merungkai rangkulan tersebut.

Tak selesa. Sudahlah Tasya ni budak bawah umur. Dia yang dah besar pun malu nak peluk orang berbeza jantina kecuali kalau dalam misi yang membuatkan dia terpaksa memeluk leher wanita dan sebagainya.

"Cepatnya abang dengan akak jalan. Tak terkejar Nur dekat belakang."

"Nur tu yang jalan lambat, siap main telifon lagi. Chat boyfriend la tuh" Usik Marwah sambil mencebik ke arah Nur.

Tasya hanya menayangkan gigi yang tersusun cantik. Sebaik sahaja wajahnya memandang Ayden, terus lidah dijelir.

Ikutkan hati nak aja Ayden melempang muka Tasya. Sudahlah dari pagi menganggu dia, sekarang nak jelir-jelir lidah pula.

Tak suka, semak dan menyampah!

***




Mimpi apa tak tahu update banyak-banyak ni, ish! HAHAHAHAHAH

Continue Reading

You'll Also Like

1.6K 148 22
Darya menjengket kaki sebelum mengusap rambut Aryan, "Dapatkan dia. Pergi lah. Arya tahu Aryan nakkan dia" "Macam kalau dia tak rasa apa yang Aryan r...
403K 23.4K 37
Darvel International High School atau singkatannya Darvel Int.High ialah sebuah sekolah elite yang menjadi idaman para pelajar. Pertembungan antara...
3.4K 494 15
Short Story Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. - Cerita pelik-pelik antara Pasha dan Safwa...
175K 4.2K 11
🌼 BGMI EDISI RAYA ❤️ Random part : "Hmm, hubby..." "What?" "Puasa dah dekat. Lagi tiga hari je." Arya memulakan bicaranya. "Then?" Sepatah Rayy...