My Princess

By Nuru1_1man

478K 13.7K 335

Putri Aisyah- Namanya cantik sama seperti embun badannya. Aisyah yang berumur 23 tahun. Perangai Aisyah yang... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
hai 👋
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61 ( SPECIAL PART )
BAB 62 ( SPECIAL PART )
BAB 63 ( SPECIAL PART )
BAB 64 ( SPECIAL PART )
BAB 65 ( SPECIAL PART )
NEW STORY‼️

BAB 16

5.1K 176 0
By Nuru1_1man

Luth Zafran mengerling Aisyah yang sejak tadi mundar-mandir menyediakan sarapan. Mulutnya juga riuh bercakap tapi tidaklah seriuh seperti dulu.

Semalaman dia tidak dapat tidur dengan lena. Rasa bersalahnya mencengkap seluruh tangkai hatinya. Bukannya dia tak tahu Aisyah menangis di tepi kolam itu. Di tahu tapi tidak mahu menganggu gadis itu.

"abang makan lah.." pelawa Aisyah. Luth Zafran tersedar dari lamunan. Kelat dia membalas senyuman dengan Aisyah. Entah bila agaknya Aisyah sudah duduk di sebelahnya.

"makanlah.. " sekali lagi Aisyah mempelawa. Nasi goreng itu di tatap sebelum membawa masuk ke dalam mulut dengan perlahan. Sesekali dia mencuri pandang wajah yang tunduk menikmati sarapan itu. Keluhan di lepas. Dari riak wajah pun dia sudah tahu Aisyah masih marahkan nya.

"aku minta maaf fasal semalam" katanya selafaz. Aisyah mengangkat kepalanya dari terus menunduk.

"aisyah okey je. Aisyah pun minta maaf.." balas nya. Luth Zafran tersengih. Masih terasa bersalah.

"aku tak sedia lagi nak... "

"tak apa. Aisyah fahamlah abang" belum sempat Luth Zafran berkata, Asiyah sudah terlebih dahulu meyambung. Dia membalas senyuman Luth Zafran.

Suasani sepi semula. Luth Zafran mengerling sekilas ke arah Aisyah yang sejak tadi senyap. Rasa janggal pula bila senyap begini.

"ehmm... " dia berdehem menghilangkan rasa janggal.

"kita balik rumah ibulah malam ni nak?" tanya Luth Zafran cuba mencuri prihatian Aisyah.

"betul ke?" Aisyah memandang suaminya gembira.

"ehm.. Kita tidur kat sanalah. Nak?" sekali lagi Luth Zafran bertanya. Hatinya sedikit lega melihat keterujaan di wajah Aisyah. Lega.

"mestilah nak.. " jawab Aisyah dengan senyuman lebar. Dia seolah-olah tidak pernah langsung terasa hati dengan suaminya. Walhal baru semalam dia meraung menangis. Benarlah Cinta itu memang boleh menguatkan insan yang lemah.

"terima kasih abang.. " ujar Aisyah. Luth Zafran tersenyum.

"tak apa. Aku tau kau bosan seorang-seorang kat rumah ni. Kalau kat rumah ibu tak ada lah kau bosan sangat kan.. " katanya.

Aisyah mengangguk. Sungguh dia bosan sangat kat dalam rumah banglo ini. Hidup seorang-seorang. Rasa macam nak mati. Tak ada teman nak sembang.

"aku dah lambat ni." Luth Zafran menlihat jam di pergelagannya sebelum bangun. Aisyah juga turut bangun menghantarnya sehingga pintu.

"aku gerak dulu. " ujarnya. Aisyah seperti biasa mengucup tangan suaminya. Satu saja dia tak berani buat...iaitu kiss pipi Luth Zafran. Memang sudah menjadi kebiasaannya mengucup pipi itu sebelum pergi ke kerja. Wajib!

"take care.. " hanya itu yang dia katakan. Dia takut Luth Zafran tidak selesa dengan perangainya. Suka-suka je nak cium orang.

"kau pun jaga diri.. " Luth Zafran menarik kepala Aisyah dan terus melabuhkan kucupan di dahi bersih itu. Terkebil-kebil Aisyah merenung dada Luth Zafran. Sukar di percayai. Mana pernah lagi suaminya memulakan sesuatu dengan rela.

"sorry again" terus Luth Zafran melangkah menuju ke arah kereta bmw merahnya.

Aisyah tersenyum suka. Tangannya menyentuh dahi yang di kucup tadi. Terasa di awangan-awangan. Suka sangat.









🌹🌹🌹🌹🌹














"assalamualaikum.." jerit Luth Zafran. Tidak sampai seminit pintu itu sudah terbuka luas.

"walaikumsalam.. Along rupanya. " ujar Irish meyambut mereka. Dia bersalaman dengan Luth Zafran dan berakhir ke Aisyah. Di peluk erat tubuh itu. Biar pun baru beberapa hari mereka tidak berjumpa tapi tetap terasa rindu.

"jom masukkk.. " ajaknya menarik tangan Aisyah masuk ke dalam.

"ibu.. Tengo ni siapa datang" panggil Irish. Mereka duduk di ruang tamu itu. Sesekali terdengar juga suara ibunya membebel.

"ya allah budak berdua ni. Tak bagitau pun nak datang" terus saja datin intan memeluk tubuh Aisyah. Luth Zafran pula menyalam tangan tua itu.

"kenapa tak bagitau ibu? Boleh ibu masak sedap-sedap" omelnya.

"saja je nak buat suprise" jawab Luth Zafran bersama sengihan. Datin intan menggeleng seraya menjeling tajam anaknya itu. Pandangannya tertumpu pula Kepad Aisyah yang berada di sebelahnya.

"Aisyah sihat?" tanyanya ramah. Kepala Aisyah di usap lembut.

"sihat alhamdulillah.." jawab Aisyah sambil mengangguk kepala

"Luth ada buli Aisyah tak?" kali ini dia bertanya sedikit tegas. Tertawa Aisyah mendengar pertanyaan itu.

"tak lah bu. Abang jaga aisyah baikkk sangat.. " ujarnya. Dia tersenyum lebar memandangan ibu mentuanya.

"nasib. Kalau dia buli Aisyah bagitau ibu biar ibu kerja kan dia" pesannya. Aisyah mengangguk.

"apa lah ibu ni. Takkan lah Luth nak buli dia pula. Pandai-pandai je" rungut Luth Zafran.

"kamu tu bukan boleh percaya sangat.. " marahnya.

"ayah mana bu?" soal Luth Zafran pula. Sengaja menukar topik. Ibunya ini bukan boleh orang nak usik menantu kesayangannya ini. Mula lah nak membebel 24 jam.

"ada kat atas. Kejap lagi turunlah tu" balasnya.

"dah naik dulu tukar baju. Lepas tu turun bawah. Makan malam." arahnya kepada Aisyah dan Luth Zafran.

"okey.. Aisyah tukar baju jap ye bu. Nanti Aisyah tolong ibu" kata Aisyah. Dia berlari anak naik ke atas tanpa menunggu Luth Zafran.

"hati-hati.." sempat datin intan menjerit. Tergeleng kepalanya melihat tingkah menantunya itu. Macam budak-budak.

"Luth pula cuti ke esok?" tanya datin intan. Luth Zafran yanh fokus menonton TV itu terganggu dengan soalan ibunya.

"cuti.." jawabnya sepatah. Matanya masih fokus ke arah kaca TV itu.

"kamu jaga Aisyah tu baik-baik kan?" tanya datin intan lagi. Luth Zafran mengerutkan dahi.

"mestilah bu" yakin dia menjawab.

"kamu jangan ingat ibu tak tahu. Tengo wajah aisyah pun ibu tau dia macam sedih je. Biar pun dia kata okey tapi hati ibu kuat kan kata dia tak okey. Kamu jangan macam-macam Luth. Ibu takkan maafkan kamu kalau jadi apa-apa kat aisyah. Ingat tu" katanya. Serta merta Luth zafran kecut perut. Ibunya ini memang susah nak sorok rahsia. Memang dia akan tahu.

"Luth tau lah bu" katanya. Datin intan tersenyum sinis.

"ibu ingatkan je. Ingat sekali lagi pesan ibu. Jadi apa-apa kat Aisyah ibu tak kan maafkan Luth. Dan...ibu takkan terima menantu lain selain Aisyah" ujarnya dan terus berlalu pergi me dapur.

Luth Zafran menelan pahit air liur nya. Tahu sangat maksud ibunya itu.

"irish pun tak akan maafkan along kalau along sakitkan hati Aisyah. Dia kawan baik irish dan juga kakak ipar irish. Tak akan ada kakak ipar selain dia. Just Putri Aisyah" sampuk Irish. Dia juga turut mengikut ibunya.

Luth Zafran mengeluh. Ibu dan adiknya memang sama je. Keluhan di lepaskan lagi. Dia tak janji tak akan sakitkan hati Aisyah. Dia pasti suatu hari,pasti dia akan lukakan hati itu. Namun dia akan berusaha supaya menjaga rapi sekeping hati itu. Tiada sedikit pun tercalar. Itu pun kalau dia mampu












Continue Reading

You'll Also Like

5.4K 408 20
°3 RD BORN° Siti Azalea Binti Darius merupakan seorang anak tunggal yang dibesarkan oleh ibunya, Puan Sakinah tanpa suami di sisi. Sehinggalah suatu...
82.1K 3.1K 77
AAYAN FARHAN X QAISARA AMANI Mereka merupakan sahabat dari bangku sekolah lagi . AAYAN FARHAN - Aku suka akan Ariana. Aku betul-betul nak jadikan di...
489K 20.2K 76
°1 ST BORN° TUAN HARED WAZIR TUAN SAIFULLAH Nama itu memang sudah tertera di surat beranaknya sejak lahir lagi. Tuan Hared. Bukanlah lelaki hebat sep...
1.2M 41.4K 61
MY FIRST BABY! START : 19 Disember 2018 END : 15 Mei 2020 STATUS : COMPLETE GENRE : ROMANCE AZRA SARI IRIS X ADAM HADRIAN "Boleh saya duduk dekat si...