My Princess

By Nuru1_1man

474K 13.7K 335

Putri Aisyah- Namanya cantik sama seperti embun badannya. Aisyah yang berumur 23 tahun. Perangai Aisyah yang... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
hai đź‘‹
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61 ( SPECIAL PART )
BAB 62 ( SPECIAL PART )
BAB 63 ( SPECIAL PART )
BAB 64 ( SPECIAL PART )
BAB 65 ( SPECIAL PART )
NEW STORY‼️

BAB 11

5.1K 207 0
By Nuru1_1man

Luth Zafran berjalan dengan tenang masuk ke dalam hospital mewah itu. Dia menuju ke pintu lif. Butang lif di tekan naik ke tingkat yang paling atas.

Saat dia keluar. Banyak nurse mahupun doktor lain menunduk hormat kepadanya. Maklum dia kan pemegang terbesar hospital ini.

"selamat pagi doktor.. " sapa seorang nurse sambil menunduk sedikit kepalanya.

Luth Zafran hanya beriak biasa. Kepalanya di angguk bagi menyambut sapaan itu.

Sebuah pintu bilik di buka. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi sambil tangan membetulkan kemeja putihnya.

Laci di buka. Di semak semua nama pesakit yang dalam jagaannya. Ofis nya ini jika di lihat sangat mewah dan cantik.

Terdapat beberapa sofa dan meja kaca di pertengahan bilik itu. Dan ada juga pintu untuk menuju ke ruang rehatnya. Di sana mempunyai kantil. Selalunya jika dia malas pulabg ke rumah dia akan tidur di bilik itu.

Ketukan di pintu menyebabkan Luth Zafran hilang fokus. Belum pun dia mengarahkan untuk masuk. Tombol itu sudah di buka.

Tidak perlu melihat gerangan yang masuk. Dia sudah tahu siapa yang masuk.

"assalamualaikum pengantin baru" kata Afif selaku kawan baik Luth Zafran. Hanya dia saja yang berani masuk ke dalam tanpa kebenaran Luth Zafran.

Dia menarik kerusi di hadapan Luth Zafran sebelum melabuhkan punggung di situ.

"so macam mana life kau sekarang" tanya Afif sambil memeluk tubuh.

"macam mana kau tengo. Macam tulah" jawab Luth Zafran acuh tak acuh. Langsung tidak di pandang wajah sahabatnya itu. Fokus memyemak fail-fail pesakitnya.

"elehh.. Kau ni." rungut Afif. Luth Zafran tersenyum sinis. Fail tadi di tutup. Dia mula memandang Afif sambil menjongket kening.

"kau tak ada kerja ke ahh?" soalnya. Afif tersengih.

"ada. Jap lah. Bagi aku rehat" rengek Afif. Menggeleng kepala Luth Zafran..

"dah tu rehatlah kat bilik kau. Semak je" ujarnya selamba.

"kau nikan. Sejak kawin makin garang" usik Afif dengan ketawa kecil.

"so.. Okey tak bini kau??" soal Afif.

"okey je. Macam biasa lah" balasnya.

"kau still tak move on ke?" pertanyaan Afif itu terus membuatkan Luth Zafran mengingatkan seseorang.

Move on? Jujur hatinya masih lagi menanti gadis itu. Sukar baginya memadam nama gadis itu di hatinya. Datanglah seribu wanita pun. Hatinya masih kekal buat gadis itu.

"come on Luth. Dia dah pergi jauh tinggalkan kau. Sekarang ni kau dah ada isteri. Past is past. " tegus Afif. Bukannya dia tidak tahu secinta mana Luth zafran akan gadis itu. Malah momen bahagia Luth Zafran dengan gadis itu juga dia tahu.

"siapa cakap aku tak move on?" ujarnya riak. Memang dia belajar untuk melupakan gadis itu. Tapi sehingga kini masih lagi utuh cintanya buat gadis itu. Tapi dia akan cuba kerana Aisyah adalah masa depannya.

"okeylah macam tu. Tapi bila dia dah ada kat sini jangan pula kau terus terpikay balik" pesan Afif.

"kau dah ada bini bro. Kau fikirlah sendiri. Cuba sayangkan dia. Cintakan dia. Aku tau bukan senang nak padan nama orang yang kita sayang. Tapi sekarang status kau dah berubah. Kau dah jadi suami orang. Dah ada isteri. Aku harap kau tak sia-siakan isteri kau hanya sebab perempuan tu" sambung Afif lagi memberi nasihat.

Luth Zafran mengangguk. Dia setuju dengan apa yang Afif katakan.

"aku taulah.. Dah lah kau keluar sekarang. Makin lama makin banyak pula kau bebel" halaunya. Afif tersengih sebelum perlahan bangun..

"aku cau dulu.. " katanya dan terus keluar. Keluhan terlepas di bibir Luth Zafran. Badannya di sandarkan di kerusi. Hatinya sakit memikirkan gadis itu namun dalam masa yang sama terselit juga kerinduan.










🌹🌹🌹🌹🌹










Aisyah membaringkan dirinya di sofa ruang tamu. Bibirnya dah banyak kali mengeluh. Bosan. Baru 3 jam Luth Zafran keluar rumah. Dia dah rindu.

Bibirnya mengutum senyuman saat memikirkan hal tadi. Di mana Luth Zafran akhirnya makan juga Nasi Lemaknya itu. Tak sia-sia menangis.

Maatnya di pejam. Cuba menidurkan diri. Baru saja dia hendak tidur bunyi lonceng rumah terus membuatkan dia membuka mata.

Laju saja dia berjalan menuju ke pintu. Di buka perlahan pintu itu sebelum menjerit gembira.

"wahh...... Irishh.. " jeritnya gembira. Tubuh sahabatnya itu di peluk erat. Irish juga turut membalas pelukan.

" kau okey?" tanya Irish. Mereka bersama masuk ke dalam setelah melepaskan pelukan.

"okey je.. Kau nikan tau-tau je aku tengah bosan. " ujar Aisyah. Irish tersenyum.

"along aku kerja ke?" tanyanya. Aisyah mengangguk.

"kenapa datang sini? " soal Aisyah pula.

"tak boleh ke?" soalan di balas dengan soalanya. Aisyah tersenyum. Pipi Irish di cubit geram.

"mestilah boleh. Aku hairan je kai datang  sini tak bagitau pun." katanya.

"saja. Nak buat suprise" balas Irish. Tudung di kepalanya di buka dan di letakkan di tepi. Seketika penampilan Aisyah di tilik. Dari atas sampai bawah. Tak adalah terkejut sangat. Sebab dia memang dah tahu perangia Aisyah. Kat rumah memang seksi. Dia pun sama juga. Tapi bila tak ada ayahnya dan Luth zafran.

"kau tidur lah kat sini" ujar Aisyah tiba-tiba. Berkerut dahi Irish.

"kenapa? Along tak balik ke malam ni?" tanyanya pelik.

"tak lah. Saja je. Ada geng teman aku tengo TV." jawabnya dengan sengihan di bibir.

"boleh juga" balas Irish. Memang sekepala betul.

"yeahh... " jerit Aisyah seperti kanak-kanak yang baru dapat Aiskrim.

"aku lapar lah" rungut Irish. Tangan mengusap-usap perutnya. Aisyah terua menarik tangan Irish menuju ke dapur.

"makanlah aku ada masak Nasi Lemak tadi. " ujarnya. Memberi sepinggan buat Irish yang sudah pun duduk di ruang makan.

"woah.. " ujar Irish. Pantas saja tangannya mengambil nasi dan lauk-lauk bersama sambal Nasi lemak.

Doa di baca dan selesai saja terus dia memasuk nasi lemak itu ke dalam mulut. Aisyah hanya menjadi pemerhati. Perutnya masih kenyang. Makan banyak sangat tadi pagi.

"sedap.. " puji Irish.

"tengolah siapa buat?" kata Aisyah bangga sambil menjongketkan kening. Irish pula sudah menjeling menyampah. Menyesal cakap sedap.


Continue Reading

You'll Also Like

5.9K 135 37
He set fire to the world around him but never let a flame touch her... 👑 Mikael × Emilia🌹 .. {WARNING NO COPY}❌ {IDEA DAN REKAAN SENDIRI}✔️ {M...
394K 22.2K 38
WN | 02 Nukilan : Wawa Nabilla mula : 0420 Cover : Stargazell Perkenalannya dengan gadis istimewa itu benar-benar mengubah hidupnya. Dengan orang lai...
1.4M 53.4K 64
Changed Everything can be changed. Heart? Feeling? Fate? Past life? For 'this person' all that can be changed even if all it was a bit painful. Start...
64.2K 2.9K 37
Semua manusia ingin kebahagian, tetapi tidak. Mahu kecapi kebahagian mesti ada cabarannya. Airiana Alysha dipanggil Airi Dia seorang yang kuat seman...