✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎�...

By Drizellla

2.4M 113K 10.4K

| 2021| 18+ EXTENDED VERS COMINGSOON MELODRAMA 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐢, 𝐩𝐚𝐧𝐚𝐬 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐤𝐭𝐨𝐫, 𝐤𝐨�... More

⚠️ A M A R A N ⚠️
1 | OUR MARRIAGE
2 | THE INNOCENT DEFENDANT
3 | I AM THE COURT
4 | UNFAIR PENALTY
5 | LESUNG BATU
6 | POLICE REPORT
7 | HUJAN LEBAT
8 | SAVING THE ROSE
9 | HANSEN OR HAYDEN
10 | ARCHERY AND BOW
11| WASIAT GAMBINO
12 | ESCAPE FROM HEART
13 | MERABHA,ISTANBUL
14 | GAMBINO SCANDAL
15 | THE TAMRIK'S HOUSE
16 | ÇOK GÜZEL- BEAUTIFUL
17 | AMARAH CINTA
18 | JEJAK MAWAR
19 | HAYDEN'S CAGE
20 | 365 DAYS IN COURT
21 | DO YOU LOVE ME?
22 | SERANGAN PENCEROBOH
23 | THE LAST WARNING
24 | VICTORIAN-ERA NIGHT
25 | HAYDEN ' S GAME
26 | I CAN SMELL THE BLOOD
27 | YOU'VE CHANGED
28 | DNA STATEMENT
29 | RAHSIA MAWAR
30 | NONSENSE OFFER
31 | PENANGAN SI DAJJAL
32 | HALALKAN DEMI NATHAN
33 | AUDITORY HALLUCINATION
34 | KILL ME, HEAL ME
35 | HABEAS CORPUS
37 | CHATEAU DE VOLLINI
38 | I'M A RAPIST
39 | NEGOTIATION TENDER
40 | LUKISAN NATHAN
41 | MACCHIATO SPLASH
42 | FINDING MAWAR
43 | PECAHKAN PINTU
44 | MISS UR SCENTS
45 | GOD DAMN , LOVE
46 | DEATH OF US
47 | THE MYSTERY ZARRA
48 | PRE-MATURE ANGEL
49 | LITTLE HAKAN ARSALAN
50 | THE FAMILY DINNER
51 | ALLAH, I'M LOST IN MYSELF
52 | HANTU PUNGGUNG
53 | SURAT, BUKTI LAYANG
54 | MRS. RAJA HAYDEN
55 | DIGGING THE THRUTH
56 | THE WITNESS
57 | DIVORCE NOORA
58 | THE AFFIDAVIT
59 | I CAN'T FEEL ANYTHING
60 | OUR LAST JOURNEY
SEMI FINAL
FINAL | SATU

36 | GAMBINO PRIDE

34K 1.7K 174
By Drizellla

DATUK RAJA HAIDAR kehilangan kata-kata. Kelu lidah ingin membuka sebarang bicara. Sekadar menggeleng, mendesah keluhan bercelaruan. Sungguh tak sangka kalau kenyataan yang terpacul dari mulut Hayden benar.

"Pembawa bot tu nampak tak dia bawa kereta pergi mana?"

"Awang tak tau. Kami dah tanya. Hayden tak nak report polis. Biar Hayden yang cari dia sampai dapat."

"You're stupid, Hayden!"Marah Datuk Raja Haidar.

"Mungkin ini salah hukuman yang Tuhan bagi dekat Hayden atas kesalahan aku selama ni. Hayden bukan lelaki dan ayah yang baik."Oksigen ditelan perlahan-lahan. Sambil itu, pandangan dituju ke luar Villa Salmonacreeks yang lengang.

"Papa kesal atas apa yang berlaku dekat kau. Kau rumitkan keadaan lagi dengan menyeksa Mawar? Sekarang, dia dah tinggalkan kau."

"Aku tak ada pilihan—"

"Kenapa? Kenapa tak ada pilihan lain?"Datuk Raja Haidar bingkaskan punggung dari kerusi. Mendekati anak lelakinya itu.

"Aku perlu selamatkan Gambino. Aku dah gagal dengan arwah Rossa. Satu-satunya, harapan yang aku hanya Mawar. Tapi,  Mawar juga seperti nak jejak ikut arwah Rossa."

"This is not the ways. Kau keturunan yang Gambino yang sah! Darah nenek moyang kita mengalir dalam darah kau! Jadi, kenapa perlu nak jadi lelaki bodoh memijak maruah perempuan semata-mata nak selamatkan Gambino!"Gertak Datuk Raja Haidar. Meradang benar sambil memaut erat kot hitam Hayden.

"Because I love her!"Balas Hayden dalam. Anak mata ditujah ke dalam dasar retina Datuk Raja Haidar.

"I do love her!"Lirih, Hayden menukas apa yang sedang terbuku di hatinya sekarang. Sakit, tidak mampu terluah kata-kata. Jiwa lelakinya meronta. Penuh dengan kekeliruan dan ketakutan. Berharap Datuk Raja Haidar faham isi hatinya.

"I love her more than I love myself."

"Dan, aku lebih sayangkan Gambino dari dia! Aku tak nak Gambino tercemar disebabkan anasir luar yang cuba jatuhkan kita."

Datuk Raja Haidar pecal kening. Mula mundar-mandir di tepi Hayden. Nampaknya, Hayden masih belum faham! Hayden belum masih naif dalam mengemudi organisasi mereka.

"Mulai dari sekarang, papa yang akan uruskan Salmonacreeks. Papa yang akan uruskan Nathan. Papa akan cari Mawar. Aku nak kau pergi ke Perancis sekali lagi!"

"You—"

"You raped a woman! You're Female abuser! Aku tak pernah ajar kau macam tu. Gambino tak pernah didik kau jadi macam anak haram!"Dada Hayden ditunjal beberapa kali.

Hayden kepal penumbuk bila ayat-ayat berapi tersebut menghentam lubang telinga. Bergetar tangannya menahan dada yang sakit. Terkilan. Terkilan dengan diri sendiri. Terkilan dengan sikap orang sekeliling.

"Papa tak faham kenapa kau sanggup buat isteri kau macam tu."

Hayden diam. Kalaulah Datuk Raja Haidar tahu pokok pangkalnya masalah getir ini. Manusia hanya pandai menghukum. Arwah Rossa dan Hades ialah pengkhianat terbesar organisasi mereka dan Nathan bukan darah daging dia. Demi Nathan, Hayden sanggup tutup mulut. Nathan tetap anak lelakinya tidak kira siapa Nathan!

"Nama Hades dah seratus-peratus tak ada dalam organisasi. Aku tak nak kau pulak yang seratus-peratus tersingkir. Jangan malukan muka aku, Raja Hayden Behzad. Kau dengan Hades sama saja!"Ucap Datuk Raja Haidar. Sekali lagi, ayat pedas dihentak pada batang hidung Hayden sebelum dia mengorak kaki pergi dari situ.

LIMA minit dia berdiri tegak seperti patung cendana menghadap cermin lutsinar Villa Salmonacreeks. Cuma ingin memujuk hati sendiri. Sejak semalam dia tercari-cari Mawar tapi berakhir dengan kegagalan.

Demi Tuhan, dia ingin Mawar pulang.  Mawar tidak boleh dihubungi. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghubungi Mawar sekarang ini. Hayden buntu. Rumah sewa Hazel sudah digeledah, rumah Zakyna sudah diteroka dan rumah Noah sudah diterjah.

Sebuah kereta berjenama Audi RS7 yang sedang masuk ke dalam halaman parkir Villa Salmonacreeks alih perhatian Hayden sebentar. Tidak lama selepas itu, muncul dua orang wanita dan seorang pemuda keluar dari badan kereta tersebut.

Kemarahan yang masih membeku sedari tadi seakan mahu meruap. Dari semalam dia puas menahan ingin melakukan satu perhitungan dengan Hades.

Selepas mengambil pistol hitam di atas meja, pintu utama segera dibolosi. Anak tangga dituruni perlahan.

"Hansen, hati-hati papah Hades tu. Hades slow sikit berjalan tu."Nasihat Datin Medina.

"Hayden?"Saat ingin menutup pintu kereta, Noora tercengang bila terlihat sosok Hayden menghampiri mereka turut membawa sepucuk pistol di tangan.

"Hayden—"Datin Medina menoleh. Bibir membulat seperti abjad O.

"Hades!"Jerit Datin Medina. Tidak menyangka Hayden telahpun bersedia mengacukan pistol ke arah Hades dan Hansen. Tinggal untuk melepaskan tembakan saja lagi.

Hades dan Hansen sama-sama tengadah. Sejurus kepala mereka saling mengutara terhadap Hayden, letupan peluru tiba-tiba bergema. Bingar menghempas telinga sesiapa saja yang tinggal di villa mewah itu. Pang!

Hades dan Hansen sama-sama terjelepok di atas lantai. Kemudian, berpandangan sesama sendiri. Hairan kenapa Hayden melepaskan tembakan ke arah yang salah. Sama terkejut dan sama terpancang hebat.

"Hayden!"Datuk Raja Haidar menjerkah di belakang mereka bila Hayden kian menerkam tubuh Hades.

"Mana Mawar?!"Tempik Hayden. Kolar baju T Hades digenggam sepenuh hati. Buk! Hidung Hades yang masih ditampal pembalut luka menjadi sasaran utama buku limanya.

"Aku tanya, mana isteri aku?!"Hayden sekali lagi menjerkah. Timbul urat-urat hijau pada keningnya.

"Aku tak tahu mana isteri kau!"Buk! Hades lelah dituduh, hidung Hayden dihentam kuat.

"Aku tak bodoh! Kau yang sorokkan isteri aku! Mana isteri aku?!"Hayden benar-benar naik hantu. Leher Hades dicekik sementara Hades masih terkial-kial cuba beradu tenaga dengannya.

"Agh! Uhuk! Arg—"

"Urk! Uhuk!"

"Agh!"

"Aku semua agenda kau! Gambino tak patut simpan manusia macam kau ni dalam Villa Salmonacreeks! Kau orang luar! Simpan angan-angan kau nak jatuhkan aku!"

Puh! Hades ludah muka Hayden. Kasar. Ketawa mengejek Hayden yang sedang membara kepanasan.

Nafas Hayden dan Hades kedengaran sangat kasar. Kencang. Penuh dengan amarah. Jeritan dan tegahan tidak mampu meleraikan pergelutan mereka.

Terbatuk-batuk, Hades tetap ingin membalas pukulan Hayden. Ekoran serangan itu, mereka berguling-guling di atas lantai halaman parkir. Sama-sama tidak mahu kalah. Sama ingin merenyukkan muka pihak lawan masing-masing.

"Cukup! Papa cakap, cukup!"Datuk Raja Haidar mengambil langkah dengan mengepit leher Hayden dari belakang. Manakala Hansen menyeret tubuh Hades untuk menjauhi Hayden dikala dua pemuda tersebut masih ingin melakukan sebarang serangan.

Pang! Pang! Pang!

Datuk Raja Haidar lepaskan tiga kali tembakan ke langit. Dan, dikala itu beberapa orang pengawal peribadi bergegas ke arah mereka untuk meleraikan perdebatan mereka.

****
27.06.2021
—Drz🖤

Continue Reading

You'll Also Like

2M 87.3K 57
[COMPLETED] 1st story Song: Dirgahayu by Faizal Tahir & Siti Nurhaliza Sudah 13 tahun berlalu. Jarak yang memisahkan mereka buatkan dia bahagia dan...
1M 67.7K 35
𝑨𝒅𝒂𝒎 𝑫𝒓𝒚𝒂𝒏 ~ 𝑨𝒚𝒂𝒏𝒂 𝑫𝒂𝒉𝒍𝒊𝒂 " Watch your eyes dude. " Adam Dryan Adam Dryan . Dingin . Garang . Aura yang ada pada dirinya...
1.7K 86 19
I will kill who broke your heart, my babywife (Slow update)
91.8K 3.2K 70
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...