His Eternal Love

By irenicmia

5.5M 300K 77K

[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shoppin... More

โ‚Šโโœโ›“โ‹ฎI N A R A โŒ’โŒ’
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Epilog
irenics
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3
Special Chapter 4

Bab 27

78.1K 4.4K 315
By irenicmia

"TADI Adrian ajak Nara kahwin, mum..." Kata Inara memecahkan kesunyiaan di dalam wad yang didudukinya. Puan Sri Frida tersenyum suka mendengar pengakuan Inara sebentar tadi.

"It's a great news.. Lagipun Inara dengan Adrian memang plan nak kahwin pun kan sebelum ni?" Tangan Inara yang dicucuk jarum itu diusap perlahan.

"I don't deserve him, mummy.. Nara tak rasa Nara layak untuk dia.. Nara jijik dengan diri sendiri dan tak mungkin Adrian boleh terima Nara semudah itu.." Luah Inara kepada ibunya.

"No! Don't say that! Mummy tak suka.. You're perfect, sayang and Adrian knows that. He loves you... your flaws too."

Inara tersenyum tipis. Adrian tak sama dengan lelaki lain dan lelaki itu juga betul-betul tekad untuk mengahwininya. Tell me, Inara.. Lelaki mana lagi yang sanggup terima kau selain Adrian? No one!

"Nara okay?"  Tan Sri Irshad merempuh masuk ke dalam wad peribadinya secara tiba-tiba dengan muka yang sangat risau.

"Abang! Kenapa awal sangat balik?"

"Abang risau dengan Inara lah.. Bila sayang call tadi, abang terus booked flight paling awal." Tan Sri Irshad mengusap rambut Inara.

Dia benar-benar risau akan keselamatan anak perempuannya yang satu ini. Sebenarnya, dia ada kerja di Indonesia dan apabila dia mendapat panggilan dari isterinya, terus dia bergegas pulang. Baginya, keluarga ialah nombor satu.

"Eh orang tua ni orang dah cakap balik esok, tak dengar! Yang pergi balik hari ini juga tu kenapa?" Mulut terkumat-kamit membebel sambil tangannya bergerak mencapai tangan si suami lalu dicium.

Tan Sri Irshad hanya mampu menggelengkan kepala melayankan sahaja bebelan Puan Sri Frida. Kalau sehari kalau tak dengar Puan Sri Frida membebel memang tidak sah!

"Nara minta maaf sebab banyak susahkan Daddy dengan Mummy." Tiba-tiba rasa serba salah menyerbu ke dalam diri.

Ayahnya tinggalkan kerja semata-mata untuk dirinya. Kepala ditundukkan. Kalau dia tahu yang dia akan menyusahkan orang lain sebegini rupa, dia takkan ambil pil tidur berlebihan.

Dia hanya mahu memadam bayangan lelaki dan peristiwa hitam tersebut dari mindanya.
Dan dia tidak tahu bahawa dia akan menyusahkan orang lain sampai begini sekali.

"Jangan cakap macam itu sebab daddy tak suka. Inara anak daddy dan mummy, mestilah kami risau.."

Inara tersenyum tipis.

"Mummy and Daddy balik lah rumah. Have some rest."

"You sure going to be okay by your own?" Tanya Tan Sri Irshad inginkan kepastian. Dia risau mahu meninggalkan Inara sendirian selepas apa yang telah terjadi.

"Yup! No worries.." Senyuman ditayangkan.
Entah mengapa selepas sahaja dia bertemu Adrian, semua kerisauan dan ketakutan hilang. Kerana dia tahu bahawa Adrian masih dapat menerimanya. Inara cuma takut kehilngan Adrian selepas apa yang telah berlaku. Ya, itu sahaja..

Setelah beberapa minit, bilik yang diduduki olehnya itu mula sunyi. Sudah dua hari dia tidak keluar ke mana-mana sejak dimasukkan ke wad. Sangat membosankan.

Bunyi pintu yang dibuka dari luar menyentakkan lamunan Inara. Kepala ditoleh dan terpapar wajah manis Datin Aaliyah bersama Arissa yang tersenyum teruja dibelakang.

Inara bangkit dari pembaringannya lalu tangan dihulurkan ke arah ibu Adrian untuk bersalaman.

"Eish jangan bangunlah, Nara.. Kan tak sihat lagi?" Tegur Datin Aaliyah. Jujur dia terlalu risau apabila dikhabarkan oleh Adrian bahawa Inara dimasukkan ke hospital kerana penggunaan dos yang berlebihan. Hati ibu mana yang tidak risau?

"Kak Nara dah okay?" Tanya Arissa dibalas dengan anggukan daripada Inara.

"Ibu risaukan Inara sangat." Tangan Inara diusapnya lembut dengan penuh kasih sayang.

Inara menundukkan kepalanya. Dia malu dengan diri sendiri kerana bertindak secara melulu. Dia mengaku dia menyesal kerana mengambil ubat tidur tersebut.

Baru sahaja mulutnya mahu dibuka, pintu wadnya sekali lagi dibuka dari luar. Kali ini, wajah Irham dan Sarra pula menyambut ruangan mata.

Melihatkan ada tetamu yang lain di dalam bilik tersebut, Sarra terus melangkah ke arah Datin Aaliyah lalu tangan dihulurkan untuk bersalam. Mata terarah pula ke arah Arissa disebelah yang sedang tersenyum disebelah.
Sekali lagi otaknya cuba memerah segala jenis ingatan, di mana dia pernah jumpa budak ketot ni ya?

Berkerut-kerut dahi Sarra cuba memerah ingatannya.

"Sayang, kenapa?" Tanya Irham sedari tadi melihat kelakuan aneh isterinya..

"Nothing..." Wajahnya dimaniskan ke arah Irham.

Beberapa minit berlalu dan mereka berbual mesra dengan Inara yang masih bersandar di kepala katil..

"Assalamualaikum.." Sapa suatu suara yang baru sahaja muncul dari luar.. Semua mata di dalam bilik tersebut memandang ke arah Adrian yang baru sahaja masuk.

"Now I remembered!!" Kata Sarra penuh bersemangat secara tiba-tiba.

"Apa sayang ni?" Bisik Irham perlahan..

"Sorry sorry.. Sekarang baru saya teringat yang saya pernah jumpa Adrian dengan Arissa kat mana. Eh, tapi masa tu.. Arissa simbah air dekat muka Adrian??" Ayat akhirnya bernadakan persoalan. Keliru pula dibuatnya apabila teringatkan kejadian yang dia lihat beberapa bulan lepas.

Dia yakin dia tidak salah nampak! Lelaki yang disimbah air itu ialah Adrian manakala perempuan tersebut pula ialah Arissa.

Senyuman Arissa terus pudar apabila teringatkan kejadian tersebut. Oh My God?!
Matanya dijegilkan ke arah Adrian yang menayang muka bersahaja.

"Err..." Kepalanya yang tidak gatal digaru perlahan lalu dia menayangkan senyuman yang tidak ikhlas ke arah ibunya yang sedang memandangnya tajam.

Kantoi rahsia...

"Erm.. boleh tinggalkan Nara dengan Ibu?" Suara Inara memecahkan suasana di dalam wad tersebut.

"Aip aip Kapten!" Arissa mengangkat tangan kanannya separas dahi.

Irham dan Sarra terus menganggukkan kepala mereka lalu berjalan keluar daripada wad untuk memberikan ruang kepada Inara dan Datin Aaliyah..

"Why?" Tanya Adrian pelik apabila mata Datin Aaliyah terarah kepadanya. Ergh dia tak mahu keluar! Dia nak dengar perbualan ibunya dan buah hati.

"Woi!" Arissa masuk ke dalam bilik kembali lalu lengan abangnya ditepuk kasar lalu ditarik keluar dari bilik tersebut. Ini bangang jenis apa? Orang suruh keluar, boleh pula dia berdiri tegak disitu..

"Erm.. Ibu masih boleh terima Inara?" Soalan ditujukan kepada Datin Aaliyah sambil jari jemarinya bermain dengan cincin yang baru sahaja disarungkan kembali ke jarinya pagi tadi.

"Kenapa tanya soalan macam tu? Mestilah ibu terima.." Tangan Inara digenggam kejap menyalurkan kekuatan. Dia faham perasaan bakal menantunya itu. Sangat faham.

"Ibu.. Tak marah?"

"Nara tak buat apa-apa salah jadi buat apa ibu nak marah? Sebaliknya, Adrian yang patut kena marah bukan Inara." Tenang sahaja nada yang digunakan okeh Datin Aaliyah berharap dapat menenangkan hati Inara yang gelisah serba tidak kena.

"Ibu patut marah Nara sebab...." Nafas ditarik perlahan lalu dihembus sebelum menyambung ayatnya.

"Sebab Nara tak pandai jaga diri Nara untuk Adrian." Entah mengapa sejak dari kejadian hitam itu dia semakin sensitif dan selalu menangis. Dia tak mahu jadi lemah..

"Tak! Jangan cakap macamtu, sayang.. Ibu nak sangat bermenantukan Nara." Terus tubuh gadis muda dihadapannya itu didakap erat. Dapat dia dengar esakkan yang mula keluar dari bibir mungil tersebut.

"Terima kasih, ibu."

Belakang badan Inara diusapnya perlahan. Dia sayangkan Inara seperti anak kandungnya sendiri.

Adrian tersenyum tipis disebalik pintu wad tersebut.. Jujur, dia bencikan air mata yang mengalir keluar dari mata Inara. Dia bencikan semua tu kerana dia hanya mahukan senyuman yang menghiasi wajah Inara sama seperti dahulu kala. Kalau lah kau awal sikit sahaja, Adrian.

"Kau buat apa berdiri depan ni?" Suara garau dari arah belakang menyapa gegendang telinganya.

Adrian mengangkat bahu.. Rasa macam malas bercakap sahaja.

Farhan menggelengkan kepalanya lalu pintu bilik Inara diketuk kemudian tombol pintu itu dipulas perlahan.

"Assalamualaikum. Sorry for disturbing, ladies.."

"Waalaikumussalam.." Jawab Inara dan Datin Aaliyah serentak.

"Time to check up.." Kata Farhan lalu badannya dibawa ke arah Inara yang sedang bersandar di kepala katil.

"Ibu balik dulu, tau? Arissa ada kelas kejap lagi.." Kata Datin Aaliyah lalu dia terus melekapkan bibirnya ke kedua-dua buah pipi Inara.

Tekanan darah diambil lalu sebuah ubat disuntik masuk ke dalam pek air yang berada di sebelah katil Inara.

"Feeling better?" Tanya Farhan perlahan cukup untuk dia dan Inara sahaja.

Inara menganggukkan kepalanya sambil tersenyum nipis kemudian matanya terarah kepada Adrian yang masih berada di hadapan pintu wad. Jujur Adrian katakan bahawa dia tidak suka melihat Farhan memegang tangan Inara. Namun ditabahkan jua hatinya kerana dia faham pekerjaan Farhan sebagai doktor.

"Done! Buah hati dah tunggu tu.." Usik Farhan perlahan.

Sempat dia menepuk bahu Adrian perlahan sebelum keluar dari wad tersebut. Adrian melabuhkan duduk di sebelah Inara dan suasana di dalam wad tersebut diraskaan amatlah janggal sekali.

"Love..." Inara rasa seperti jantungnya hendak melompat keluar sahaja dari kedudukannya. Suara Adrian memanggil nama panggilannya itu amatlah kedengaran seksi dan menggoda. Tak padan dengan sakit, masih mahu menggatal..

"Hmm?"

"We found the culprit." Terus membulat mata Inara. Wajah Adrian dipandang dengan pandangan berharap. Berharap bahawa apa yang dia dengar bukanlah mimpi semata-mata.

"Is he someone I know?"

"For now, you tak perlu tahu."

"No! I need to know who is it.." Bentak Inara. Dia mahu tahu siapa yang buat perkara tersebut kepadanya. Siapa yang telah membuatkan malamnya sering dibayangi oleh kegelapan dan ketakutan. Dia perlu tahu..

"No! You tak perlu tahu. Tak penting untuk you tahu. The culprit is gone." Perlahan nada Adrian bagai memujuk Inara yang bagaikan hendak menangis itu.

"I nak tahu.. Please, just tell me! I need to know!"

"When I said no.. It means no." Mendatar suara Adrian sambil matanya masih melekap pada mata Inara.

"When I said yes.. It means yes! Apa yang susah sangat?" Dia tidak kisah langsung apa yang mahu difikir oleh Adrian. Apa yang dia tahu, dia hanya mahu tahu siapa yang telah membuatkan malamnya tidak senang dan sentiasa dihantui.

"Fine. It's Badrul.." Satu baris nama itu membuatkan rohnya seperti hendak melayang keluar daripada jasadnya.

"Bad-Badrul?" Entah mengapa amat susah untuk dia percaya bahawa Badrul merupakan orang yang buat perkara terkutuk tersebut keatas dirinya. Tangan terasa seperti terketar-ketar dan menggigil.

"He's gone, love.. He's never gonna hurt you again. I would never let him." Ucap Adrian.

Dia takkan benarkan sesiapa pun sentuh dan sakiti Inara. Dia mahu Inara lupakan semua kisah hitam tersebut.

"Macam mana kalau dia datang balik?" Suaranya menggigil ketakutan. Seketika bayangan hitam pada malam tersebut mula berlegar dimindanya kembali.

"Dare to lay down a finger on my woman, he's gonna face his own death.. I promised you."

Continue Reading

You'll Also Like

1.8K 100 65
Start : 22 Feb 2023 Segalanya bermula ketika Krystal dibawa ke suatu tempat asing.Ke tempat yang penuh dengan kejahatan dan manusia yang tiada belas...
602K 23.9K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...
870K 35.2K 96
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
Anthem By hlovate

General Fiction

88.7K 4.6K 77
Everybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future. Published April 2013, ISBN 9789670508629 Goodreads : https://www.g...