That Smile | BL | Melayu

By RottenBoii

107K 5.2K 535

Menceritakan kisah Harris, si ulat buku yang dingin.. dan Khairul, si budak popular yang annoying nak mampus... More

ℂℍ.𝟚
ℂℍ.πŸ›
ℂℍ.𝟜
ℂℍ.𝟝
ℂℍ.𝟞
ℂℍ.𝟟
ℂℍ.𝟠
ℂ𝕙.𝟑
ℂ𝕙.πŸ™πŸ˜
ℂ𝕙.πŸ™πŸ™
ℂ𝕙.πŸ™πŸš
ℂ𝕙.πŸ™πŸ›
ℂ𝕙.πŸ™πŸœ
ℂℍ.πŸ™πŸ
ℂℍ.πŸ™πŸž
ℂ𝕙.πŸ™πŸŸ
ℂ𝕙.πŸ™πŸ 
ℂ𝕙.πŸ™πŸ‘
ℂ𝕙.𝟚𝟘
ℂ𝕙.πŸšπŸ™
ℂ𝕙.𝟚𝟚
ℂ𝕙.πŸšπŸ›
ℂ𝕙.𝟚𝟜
ℂ𝕙.𝟚𝟝
ℂ𝕙.𝟚𝟞
ℂ𝕙.𝟚𝟟
ℂ𝕙.𝟚𝟠
ℂ𝕙.𝟚𝟑
ℂ𝕙.πŸ›πŸ˜
ℂ𝕙.πŸ›πŸ™
ℂ𝕙.πŸ›πŸš

ℂℍ.πŸ™

11.5K 372 48
By RottenBoii

❝ᴘᴇᴏᴘʟᴇ ᴡɪʟʟ ɢᴏ ғᴏʀ ʏᴏᴜ ɴᴏ ᴍᴀᴛᴛᴇʀ ᴡʜᴀᴛ ʏᴏᴜ ᴅᴏ, sᴏ sᴛᴏᴘ ᴛʀʏɪɴɢ ᴛᴏ ғᴏʟʟᴏᴡ ᴛʜᴇɪʀ ᴅʀᴇᴀᴍs ᴀɴᴅ ᴇᴍʙʀᴀᴄᴇ ʏᴏᴜʀs ❞

"𝕳ai Khai.. selamat pagi!" Tegur seorang murid perempuan dengan gembira, Khai mengangkukkan kepalanya sebelum melambaikan tangannya sambil tersenyum manis ke arah perempuan tadi. Perempuan tersebut tersenyum malu lalu menutup mukanya menggunakan buku nota miliknya.

Khai merupakan seorang lelaki yang tampan, mempunyai senyuman menggoda dan mampu membuatkan segala kaum Hawa jatuh hati pada dirinya.

Dengan sekelip mata sahaja, Khai sudah bergelar 'Prince Charming' dalam seluruh sekolah. Dia kacak, segak bergaya dan kaya raya.. siapa saja akan menolak dirinya?

"Selamat pagi Prince Khai! Your right hand man is here to serve you!" Ujar sahabat rapat Khai, Adam. Khai tergelak dan segera menepuk bahu Adam dengan perlahan.

"Tak payah nak acah right hand man sangatlah! Muka kau ni layak jadi pengawal je tau.." Balas Khai dengan nada gurauan, Adam berpura-pura terkejut dengan pernyataan Khai tadi.

"Sampai hati tuanku menghina patik sebegini.. Adakah muka paras patik tidak sesuai dengan taste tuanku?" Balas Adam pula, Khai membuat muka jijik sebelum menolak muka Adam jauh.

"Jijik lah kau ni Dam.. bleghhh!" Luat Khai, berpura-pura untuk muntah. Adam tergelak besar, dia tahu betapa jijiknya Khai dengan perkara 'kunyit' tersebut, itulah senjata rahsia Adam untuk mengenakan Khai.

"Tepi" Arah seseorang dengan nada dingin, suaranya yang garau menyentakkan mereka berdua. Harris tanpa melengahkan masa terus memisahkan mereka berdua dengan pantas untuk melintas membuatkan Khai sedikit panas. Khai menarik nafas dalam-dalam, cuma untuk mengawal kemarahannya. Habis imej dia kalau dia buat hal dengan guru disiplin..

"Hoi ulat buku! Tak reti nak beradap ke? Kau tau tak sape kau terjah tadi?" Ujar Adam dengan kasar. Harris dengan automatik menghentikan langkahnya sebelum menoleh kebelakang ke arah Adam.

"Kalau tak nak orang terjah, jangan berdiri di corridor dan menghalang jalan orang... lembap" Balas Harris sebelum menyambung perjalanannya. Adam cuba untuk mengejar tapi dihalang oleh Khai dengan segera.

"Lepaslah! Kau tak dengar ke ape die cakap tadi? Sial lah budak tu!"

"Cukuplah tu.. bila-bila mase je cikgu akan muncul.. Jangan buat hal sudah.." Balas Khai dengan tenang. Kalau ikutkan hati dia, dah lama dia belasah si ulat buku tu cukup-cukup.

"Haishh!" Ujar Adam sebelum meluru masuk ke dalam kelas mereka.

Kau jangan risau Dam, aku akan kerjakan dia.. bisik hati Khai. Dengan sekelip mata, beberapa pelajar perempuan dengan segera mendekatinya.

"Khai, awak ok?"

"Sakit ke die langgar tadi?"

Khai membuat muka comel sambil mengangkukkan kepalanya, cuba berlagak manja membuatkan kesemua murid perempuan menggila.

Mereka semua berambus apabila kedengaran bunyi tapak kaki seseorang mendekati.

***

"Harris!" Panggil Rafael, satu-satunya sahabat Harris. Harris dengan senyap mengatur langkah ke sebelah Rafael dan sekali gus meletakkan beg sekolahnya di situ.

"Kau buat hal dengan Khai lagi ehh? Dah merebak dah kesini sebelum kau sempat masuk.. hahaha!" Ujar Rafael. Harris melepaskan keluhan sebelum membetulkan cermin matanya yang terasa senget.

"Budak perempuan ni cakap kau tolak Khai sampai jatuh.. Tapi, aku rasa tu tak betul" Tambah Rafael lagi. Harris menekan pensil tekannya sebelum memandang ke arah Rafael.

"Perempuan mana cakap?" Soal Harris dengan dingin. Rafael teragak-agak untuk memberitahu tapi dia tahu dia tak akan mampu untuk menyimpan dari Harris..

"Urm.. Anita" Jawab Rafael dengan perlahan dan dengan segera Harris terus bangun dari duduk dan melangkah ke arah tempat duduk perempuan. Rafael cuba untuk menghalang tapi Harris sempat memandangnya dengan pandangan tajam membuatkan dia membeku di tempatnya.

"..Anita Zhulaikha.. berdiri" Arah Harris dengan nada dinginnya. Mereka semua dengan automatik memandang ke arah Anita.

Anita perlahan-lahan berdiri sambil menundukkan kepalanya. Perasaan takut mula menghantui dirinya.

"...Pada pukul 7:30 pagi kau berada di mana?" Soal Harris. Keadaan kelas diam, langsung tiada sesiapa yang membuat suara.

"Anita, I'm asking you a question" Tambah Harris bila dia tidak menerima jawapan. Mereka semua terus memaksa Anita menjawab soalan Harris tadi.

"K-Kan.. Kantin sekolah" Jawabnya Anita perlahan.

"Macam mana kau tau aku tolak Khai sampai jatuh kalau kau ada dekat Kantin sekolah?" Soal Harris lagi, masih dengan nada yang sama. Anita membeku, matanya mula berair membuatkan pelajar perempuan panik.

"Hei! Tak baik tau buat perempuan nangis!" Ujar seorang pelajar perempuan. Harris memandang kearahnya dengan pandangan tajam, membuat perempuan tadi berasa menyesal sedikit.

"I didn't even do anything to her... She bad mouthed me, are you suggesting I stay quiet?" Harris bertanya semula dengan ayat inggeris. Mereka semua mula mendiam, mereka tahu.. Kalau Harris dah mengeluarkan ayat bahasa inggeris, itu tandanya dia mula untuk hilang sabar.

"Ris! Ris.. dah dah, jom tolong aku buat kerja rumah.. Aku belum siap ni, tolong yaa" Pujuk Rafael, selepas beberapa minit.. Harris akur dan terus melangkah semula ke arah mejanya. Rafael cuba meminta maaf bagi pihak Harris tapi Harris dengan cepat menjelingnya tajam.

"Ris... kalau kau berterusan macam ni, satu sekolah ni akan benci kau!" Tegas Rafael. Harris masih lagi fokus ke buku nota miliknya.

"No matter what I do, people would still hate me.. I've given up a long time ago Raf, and you know that better than anyone" Balas Harris dengan nada yang cuba di kawal. Rafael melepaskan keluhan sebagai balasan sebelum tersenyum pahit.

"Okey Ris.."

***

"Jumpa kat kantin nanti Khai!" Jerit Adam sebelum berlalu pergi. Khai masih duduk di tempatnya. Why? Well, dia ada beberapa sebab.. Satu, dia malas. Dua, masih malas dan tiga, sebab dia tengah perhatikan Harris yang berada di bangunan block yang bertentangan dengannya.

Dari dahulu lagi dia meneliti pihak musuhnya ini, tapi sampai sekarang dia tak tahu macam mana nak hapuskan dia. Kenapa Khai lihat dia sebagai musuh? Well that's simple, sebab Harris hensem.

Ya, hanya sebab itu.

Walaupun Harris seorang yang dingin dan sombong, dia mempunyai rupa paras yang kacak dan senyap-senyap mempunyai peminat. Kenapa diorang boleh terminat dengan Harris walaupun Harris langsung tak perasan yang diorang wujud? Love is blind.

Khai takkan biarkan benda macam tu terjadi!

Sebab tulah dia hari pertama dia bertembung dengan Harris, dia dah cop Harris tu sebagai musuh ketat...

Khai masih lagi termenenung di luar tingkap, memerhati Harris dengan teliti tanpa berkelip, agak creepy tapi demi popularity dan reputasi dia sanggup.

Selepas beberapa minit, Harris mula bangun dari tempat duduknya dan terus menuju keluar kelas, mungkin dia ingin menuju ke kantin. Khai dengan segera mengemas barangnya dan berlalu ke kantin terlebih dahulu.

Tapiiii niatnya terhalang,

"Hai Khai! Nak pergi rehat ke?" Tegur Emily, nama sebenar.. Fatimah. Ye,takde kena mengena but who are we to judge right?

"Hai Emi.. ye, baru je nak keluar.. Kenapa ye?" Soal Khai, berlagak sopan sambil melontarkan senyuman yang manis kearah Emily. Emily membalas senyuman Khai,dengan senyuman penuh makna.

Khai tersenyum kekok. Kenapa minah ni?

"Urm, boleh tak awak teman saye kat sini.. sampai kawan saye datang?" Tawar Emily sambil bermain dengan jari jemarinya. Cuba berlagak comel. Khai menggaru tengkuknya.

Nak terima ke tak? Kalau aku terima, minah ni macam berniat lain... Kalau tak, nanti dia meragam ke kawan-kawan dia.. kalau dia buat macam tu, habis reputasi aku nanti.. aduhhh macam mana ni-

"Kau lagi?" Tiba-tiba suara garau itu kedengaran. Khai dengan automatiknya memandang ke arah depannya, shit. Itu ialah Harris.

"Kau ni memang suka terperap kat corridor eh? Asyik asyik menghalang lalu lintas orang.. Tak bosan ke jadi nuisance?" Sambung Harris, masih dengan mukanya yang tiada espressi.

Khai rasa macam nak tumbuk je jantan depan dia ni.. muak dah dia pandang.

"Kau ni siapa?" Soal Emily tegas, rambutnya di lemparkan kebelakang. Khai hanya mampu berdiam diri.

"Who me? The question is, who are YOU?" Balas Harris sebelum berpeluk tubuh. Emily menggigit bibirnya geram, dia budak perempuan paling HOT kat sekolah kot, satu sekolah ni kenal dia..

"Jangan nak berlagak inggeris lah kat sini.. Kau bukannya lahir omputeh!" Tengking Emily, Khai sebenarnya tak berapa suka sangat dengan perangai Emily ni. The only reason she's popular is because her family is rich.

"Tak faham inggeris ke cik adik oii? How about you buy a useful dictionary, instead of wasting it on your plastic surgery and make-up.." Balas Harris, Emily cuba untuk melawan tapi dia tak mampu.. jadi dia larikan diri.

Khai terfaktap, dia masih lagi berdiri di situ, penuh dengan perasaan terkejut..

Harris menoleh apabila dia perasan yang Khai masih tidak pergi dari tempat yang sama.

"Apa? Kau pun nak kena ke?" Soal Harris dingin. Khai pun terus sedar dari lamunannya dan berlalu pergi meninggalkan Harris sendiri.

What was that about?


TO BE CONTINUE
━━━━━━━━ ⸙ ━━━━━━━━

ʜɪ ᴇᴠᴇʀʏᴏɴᴇ! ^^ ɪɴɪ ʙᴜᴋᴜ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ (ʙʟ ᴍᴇʟᴀʏᴜ) ʏᴀɴɢ ᴀᴋᴜ ᴛᴜʟɪs... ᴀᴋᴜ ᴛᴀᴋᴅᴀ ᴘʟᴀɴ ɴᴀᴋ ʙᴜᴀᴛ ᴀᴘᴀ ᴀᴋᴜ ᴊᴜsᴛ ᴍᴀɪɴ ᴛᴜʟɪs ᴊᴇ sᴇʙᴀʙ ᴀᴋᴜ sᴜᴋᴀ ᴄᴏɴᴄᴇᴘᴛ ᴅɪᴀ.. ʜᴀʜᴀ

ᴀᴘᴀᴘᴜɴ, ᴛᴇʀɪᴍᴀ ᴋᴀsɪʜ sᴇʙᴀʙ ʙᴀᴄᴀ!

ᴍᴀᴀғ sᴇʙᴀʙ ᴛᴀᴍʙᴀʜ ʙᴀɴʏᴀᴋ sᴀɴɢᴀᴛ ʙᴀʜᴀsᴀ ɪɴɢɢᴇʀɪs, ᴀᴋᴜ sᴜᴋᴀ ɪɴɢɢᴇʀɪs.. ɪᴛ's sᴏ ᴅʀᴀᴍᴀᴛɪᴄ. ᴋᴀʟᴀᴜ ᴛᴀᴋ ғᴀʜᴀᴍ, sᴛᴜᴅʏ ʟᴇʙɪʜ 😂

Continue Reading

You'll Also Like

142K 6.3K 52
Season 1 Chef Di Hati Leftenan (Dizhwar Jazib) Dia...Mera Jeevan Leftenan Dizhwar Jazib & Veera Khawla Disclaimer: All right reserved...
3.5M 307K 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
61K 4.1K 47
CRUSH! Siapa ja yang tak crush kalau lelaki itu adalah Syed Putra Ehan Khairul bin Syed Hakim. Jejaka dingin, tinggi lampai, badan tegap dan yang pa...
1.4M 13.2K 11
β„•π•’π•šπ•π•’π•™ π•π•’π•Ÿπ•Ÿπ•’π•™ 𝕃𝕖𝕗π•₯π•–π•Ÿπ•’π•Ÿ π•‚π• π•žπ•’π•Ÿπ••π•–π•£ π•Œπ•₯π•™π•žπ•’π•Ÿ π”½π•šπ•£π••π•’π•¦π•€ π‘²π’‚π’“π’šπ’‚ π’Šπ’π’Š π’‰π’‚π’π’šπ’‚π’π’‚π’‰ π’“π’†π’Œπ’‚π’‚π’ 𝒅𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒔�...