Rise of The Greatest Heroes |...

By aimyzqz

537 55 104

Yuzuki Taiga,seorang pelajar muda yang tidak memiliki sebarang kuasa sering dipandang rendah dan dibuli menda... More

Shinjyu Academia Arc|Chapter 0:Yuzuki Taiga:Origin
Chapter 1:A Secret Power
Chapter 2:A Will and The Truth
Chapter 3:The Protector
Chapter 4: Unexpected Reunion
Chapter 5: Yuzuki's Trial
Kyoto Training Arc|Chapter 7:Hero Legacies
Chapter 8:The Seventh Seat
Chapter 9:To Kyoto Trip!
Chapter 10:Surpass Our Limit
Chapter 11:Medusa
Chapter 12:Those Who Are Willing To Fight
Chapter 13:Duel Of Strength
Chapter 14:Rage On! The 9Th Pillar!
Sport Festival Arc|Chapter 15:Matsumi's Decision
Chapter 16:The Battle Begins!
Chapter 17: Bonds
Chapter 18:Greed
Special Chapter:Shinjyu Academy High Story:Seven Mystery Tales In Shinjyu
Chapter 19:Ryuki Satoru:Origin
Chapter 20: Metamorphosis
Chapter 21:True Intention
Chapter 22:One Last Time
Chapter 23:World-Level Capabilities
Chapter 24:Yuzuki vs Musashi
Chapter 25:The Dream yet To be Dreamed.

Chapter 6: Declaration Of War

26 2 3
By aimyzqz

Pengumuman 'kelahiran Akademi Shinjyu' telah dibuat oleh Yōichiro Taiga selaku direktor akademi sebelum tamat kelas waktu terakhir.Sebaik sahaja pengumuman tamat, pelajar-pelajar mula beredar dari kelas.Ada yang pulang ke rumah dan dorm,ada juga yang menyertai latihan kursus serta perjumpaan kelab dan persatuan.Fumiya pula bersiap-siap untuk pulang ke dorm.

"Mana Yuzuki dengan yang lain-lain ni,Takkan la tak habis lagi perbicaraan? lambat betul."

Fumiya mengeluh sambil menunggu Yuzuki,Hachiro dan Matsumi.
Dalam perjalanan pulang,Fumiya terserempak dengan seorang lelaki tampan dalam lingkungan umurnya berada di hadapannya sambil memandang sekeliling.Fumiya tanpa berfikir cuba menegurnya.

"Maaf,kau tengah cari sesuatu ke?"

Setelah mendengar teguran Fumiya,lelaki tersebut menoleh kearahnya.

"Oh aku tengah cari Dorm Grace.Tau tak dekat mana?"

"Dorm Grace tu.."

______________________________________

Yuzuki memegang lengan Musashi dengan erat.Situasi menjadi agak tegang.Hachiro cuba untuk buat Yuzuki bertenang namun Yuzuki tidak mengendahkannya.Matsumi pula langsung tidak menunjukkan riak muka ceria ketika itu.

"Dengan sekali pandang je,aku dapat tahu yang kau ada bakat terpendam.Cepatlah,keluarkannya."

Musashi mengeluarkan kata-kata seakan-akan mencabar Yuzuki.Yuzuki jadi semakin berang namun masih menahan dirinya.

"Abang jenis apa kau ni?"

"Huh?"

Musashi melepaskan lengannya dari Yuzuki.

"Sepatutnya seorang abang melindungi adiknya.Bukan memandang rendah kebolehan dia! Sama lah jugak dengan kami.Kekuatan tak dinilai dengan luaran je!"

Setelah mendengar kata-kata Yuzuki tersebut,mereka semua terkejut apatah lagi Musashi dan Matsumi.Air mata Matsumi mula mengalir.

"Tak ada apa yang boleh ubah perspektif aku dalam menilai sama ada orang tu layak jadi wira atau tak.Apa yang aku nampak cuma sekumpulan amatur yang tak ada kelayakan."

Musashi mula menunjukkan riak muka berang.Hachiro dan Nishimiya kelihatan marah namun tidak berkata apa-apa.

"Pengecut.Orang macam ni kau ni..pengecut.Layak ke pengecut dipanggil penyelamat manusia?"

Musashi jadi semakin marah mendengar kata-kata Yuzuki.

"Budak tak guna!!"

Musashi melepaskan tumbukan kearah Yuzuki.Belum sempat tumbukannya itu mengenai muka Yuzuki,Daichi terus menghalangnya.

"Tak perlu berkasar la dengan junior."

Mereka semua terkejut.Tiba-tiba sahaja Daichi muncul entah dari mana menahan tumbukan Musashi dengan tangan sebelum sampai ke muka Yuzuki.Daichi menggenggam kuat tangan Musashi sehingga Musashi melepaskannya secara paksa kerana kesakitan.

"Kau pun pertahankan budak-budak ni?"

Musashi memandang Daichi dengan riak tidak puas hati.

"Kau terlalu pandang rendah terhadap orang lain.Dengar sini,diorang cuba sedaya upaya sampai lah ke akademi ni semata-mata untuk jadi wira.Mungkin sekarang lemah,satu hari nanti tak mustahil diorang boleh atasi kita 10 pelajar terbaik."

"cis...Dengar sini,untuk Festival sukan yang akan datang nanti,buktikan yang kau dan kawan-kawan kau ni boleh berpotensi jadi wira.Semestinya,aku takkan bertolak ansur.Yuzuki,kalau kita ditakdirkan untuk berlawan.Aku takkan teragak-agak untuk tumpaskan kau dalam pertempuran arena."

Mereka semua terkejut mendengar kata-kata Musashi.

Pertempuran arena(Arena Battle) merupakan perlawanan satu lawan satu yang diadakan dengan persetujuan oleh kedua-dua pihak lawan.

"Pertempuran arena!?"

Hachiro dan Nishimiya bertanya secara serentak.Yuzuki pula masih keliru.

"Pertempuran arena? apa tu?"

Yuzuki bermonolog dalam hatinya.

"Daichi,kau pun sama.Setiap perlawanan kita,kita akan adakan pertempuran arena.Yuzuki,kalau kau menang,aku akan iktiraf kau sebagai wira muda.Kalau kau kalah.."

Yuzuki dan Musashi memandang secara serius antara satu sama lain.

"Keluar dari akademi ni."

Daichi terkejut mendengar kata-kata Musashi.

"Woi Musashi."

Musashi langsung beredar dari situ.Hachiro dan Nishimiya memujuk Matsumi yang masih lagi 'trauma'.Tiada siapa yang tahu apa hubungan sebenar diantara adik beradik tersebut.

"Taiga.Mulai hari ni,kau perlu berusaha keras.Musashi bukan calang-calang orang.Ada 2minggu lagi sebelum Festival sukan bermula.Kau ada masa dalam tempoh tu untuk berlatih dan cuba atasi kemampuan yang kau ada sekarang.Hari ni,dia dah 'deklarasi perang'."

Yuzuki tidak bersuara setelah mendengar kata-kata Daichi.

"Taiga,aku akan pastikan kau keluar dari Shinjyu."

Musashi bermonolog dalam hati sambil menggigit ibu jarinya.

"Aku masih taktau apa-apa tapi..aku akan kalahkan Musashi walau apa pun."

Walaupun masih lagi marah terhadap tindakan Musashi,Yuzuki bertekad dalam hatinya untuk mengalahkan Musashi dalam pertempuran yang akan diadakan nanti.

______________________________________

Petang itu,Yuzuki,Hachiro dan Matsumi pulang ke dorm mereka.Tiada siapa yang bersuara ketika itu.
Sebaik sahaja membuka pintu dorm,mereka bertiga terkejut dengan suasana riuh seakan-akan ada sebuah parti diadakan.

"Kitorang dapat berita yang kau tak dibuang.Jadi kitorang adakan parti sikit nak ceriakan keadaan."

Ayame menjelaskan apa yang sedang berlaku.

"Oh lagi satu kita ada dorm mate baru.Cepat kenalkan diri kau Satoru."

Fudo menyuruh Ryuki,pelajar baru 1A yang juga rakan satu dorm mereka untuk memperkenalkan diri.

"Selamat berkenalan,nama aku Ryuki Satoru.Sila beri tunjuk ajar."

Ryuki memperkenalkan dirinya kepada mereka bertiga.Hachiro senyum lalu turut memperkenalkan diri.

"Hai, nama aku Konno Hachiro,yang ini Matsumi Wakiya dan ni pulak.."

"Yuzuki Taiga betul?"

Mereka semua terkejut setelah mendengar Ryuki menyebut nama Yuzuki.Keadaan menjadi tegang seketika.

"Ma-macam mana kau tahu siapa aku??"

Ryuki tidak bersuara seketika.Ryuki berjalan kearahnya sambil menundukkan pandangan.

"Ke-kenapa ni??"

Yuzuki kelihatan tak senang duduk.

"Aku ada buat salah ke??"

"Aku dah agak dah! kau ni memang anak En. Hizashi! Wira Robin tu memang hebat! Boleh aku mintak tandatangan kau tak?? Aku ada banyak koleksi tandatangan Robin lepas ni boleh tambah anak dia punya pulak!! Selamat berkenalan Yuzuki!"

Yuzuki kaku seketika dengan tindakan Ryuki,pelajar yang meng-idolakan bapanya.

"Orang aneh lagi..."

Yuzuki bermonolog dalam hatinya.

"Sekarang Yuzuki makin popular la siak"

Fumiya menyindir Yuzuki.

"Popular kejadahnya..orang aneh!"

Mereka semua ketawa dengan gelagat Yuzuki dan Fumiya.

"Walaupun kau anak Robin,kau kena hati-hatilah.Sebab akulah yang akan atasi dia dan jadi lebih kuat.Tak sabar untuk berlawan dengan kau."

Riak muka Ryuki terus berubah menjadi serius.

"Macam tulah semangatnya.Aku akan tunggu kau,sehingga hari sukan.Kita tengok siapa yang akan atasi Robin dulu."

Yuzuki membalas kata-kata Ryuki.Mereka berdua langsung kelihatan bersemangat untuk berlawan antara satu sama lain.

"Dah-dah jom makan.Makanan dah siap ni."

Ayame menjemput mereka untuk makan.Malam itu,mereka berjaga lewat sehingga hampir tengah malam.Semua orang telah pun masuk tidur kecuali Matsumi.Matsumi duduk seorang diri di meja makan.Dia masih lagi terkesan dengan perbuatan Musashi petang tersebut.Sedang leka termenung sambil mengacau air dalam cawannya dengan sudu,Hachiro datang duduk dihadapannya.

"Kau tak okay lagi ke pasal petang tadi?"

Matsumi tidak mengeluarkan sebarang kata-kata.Riak mukanya juga tidak ceria seperti selalu.

"Yuzuki tu seorang yang berani.Walaupun kadang-kadang menyakitkan hati,tapi dia tak berundur atau menyerah kalah.Kalau kau tanya aku lah kan,diantara kita semua dalam dorm ni,orang yang paling banyak berusaha tu lah Yuzuki.Dia ada ciri-ciri jadi wira terhebat."

Hachiro cuba untuk menyenangkan hati Matsumi.

"Kau macam meng-idolakan dia."

"Mestilah,kitorang kan 'best friend'."

Hachiro menjawab kenyataan yang dilempar oleh Matsumi terhadapnya.Hachiro bangun dari kerusinya lalu menuju ke lif.

"Sejujurnya,aku nak jadi macam dia.Dia mampu hadap semua ni dengan tabah.Aku pandang tinggi dekat dia.Aku masuk tidur dulu,Goodnight."

Matsumi menoleh kearah Hachiro sementara dia memasuki kedalam lif.

"Yuzuki.Walaupun aku pandang tinggi dekat kau,aku akan berusaha untuk atasi kau.Tunggulah."

Hachiro bermonolog dalam hatinya.Matsumi pula tidak berhenti berfikir tentang abangnya serta Yuzuki sehingga terlelap di meja makan.

(Selasa,Jam 3 pagi)

Yuzuki bangun menuju ke dapur untuk mendapatkan segelas air.Sedang dia menuju ke dapur,dia ternampak Matsumi yang sedang tidur lena di meja makan.

"Lahh kenapa kau tidur sini?"

Yuzuki ingin mengejutkannya dengan memegang lengan Matsumi.Yuzuki lalu terkejut kerana suhu badannya agak panas.Yuzuki kemudiannya menyentuh dahi Matsumi.

"Panasnya.Kau demam ni."

Yuzuki lalu mengejutkan Matsumi dan menyuruhnya untuk tidur di bilik.Dalam keadaan separa sedar,Matsumi berjalan menuju ke lif sambil diiringi Yuzuki.

"Janganlah berjaga kalau ye pun.Kan dah demam."

Yuzuki menegur Matsumi namun Matsumi hanya menunduk sahaja.Setelah tiba di biliknya, Matsumi terus baring di atas katilnya.Yuzuki pula beredar dengan menutup pintu bilik namun terhenti oleh kerana Matsumi memanggilnya.

"Yu..zuki"

"Ada apa?"

"Tolong...menang."

Selepas mendengar kata-kata Matsumi,Yuzuki mengukir senyuman.

"Jangan risaulah.Aku akan cuba yang terbaik."

Matsumi senyum lalu memejam matanya.Yuzuki pula menutup pintu bilik Matsumi lalu menuju ke biliknya.

______________________________________

(Jam 7 Pagi)

Seperti biasa,mereka semua berkumpul untuk bersarapan kecuali Matsumi.Matsumi masih lagi di dalam biliknya.

"Matsumi tidur lagi ke? Nanti lambat pulak pergi kelas."

Ayame tertanya-tanya oleh kerana batang hidung Matsumi tidak kelihatan.

"Dia demam.Semalam dia terlelap dekat sini .Aku nak kejutkan dia tapi badan dia panas.Aku bawak dia masuk bilik dia.Rasanya dia tak pergi kelas lah hari ni."

Yuzuki menerangkan kepada Ayame dan rakan-rakannya.

"Wah Yuzuki.Jangan macam-macam.."

Fumiya mengusik Yuzuki.

"Woi kau fikir apa ha!?

"Hehe."

Selepas sarapan,mereka mula bertolak ke bangunan utama.Fumiya dan Asuna pula tinggal di dorm memandangkan kelas mereka bermula agak lewat dari biasa.

"Aku dengan dia je dalam dorm ni..malunya aku..ehh tunggu ada Matsumi,jangan gelabah Fumiya..tenang..tenang"

Fumiya bermonolog dalam hatinya.Tangannya sudah mula berpeluh.

"Weh Fumiya,tolong kejap..ada soalan yang aku tak faham."

Asuna memanggil Fumiya.Fumiya tersentak lalu terus menuju ke arah Asuna.

"BAIK!!"

______________________________________

Sambil mereka sedang berjalan menuju ke bangunan utama,mereka terserempak dengan Daichi serta beberapa rakannya.

"Senior Daichi,Selamat pagi."

Yuzuki menegurnya.Daichi juga turut membalas.

"Selamat pagi."

"Kau ni Taiga kan?"

Rakan Daichi,Eitaro Dazai menegur Yuzuki.

"Ye..betul."

"Nama aku Eitaro Dazai.Yang ni pulak Hanzo Kagemori,dan ni Nishio Hiroyuki."

Hanzo dan Nishio juga turut menegur Yuzuki dan rakan-rakannya.

"Ehh cepatlah,kita kena gerak awal ni takut lambat."

Hanzo menegaskan kepada Daichi dan Nishio untuk teruskan berjalan atau tidak mereka akan terlambat.

"Nanti kita boleh berbual lagi.Bye-bye semua."

Nishio juga turut berjalan kehadapan.Daichi pula pergi kearah mereka.

"Taiga,Hachiro,Fumiya dan..Satoru betul?"

"Ye saya."

Ryuki bersuara.

"Keempat-empat ni jumpa aku lepas habis sekolah.Kita adakan latihan mulai hari ni sampailah hari sukan."

Mereka berempat terkejut sebentar namun mereka seperti sudah bersedia yang masanya akan tiba untuk mereka mula berlatih dan mengasah kebolehan mereka.

"Naoh Fudo."

"Y- ye saya.."

Daichi menyerahkan sehelai kertas kepada Naoh lalu beredar.Mereka semua tertanya-tanya tentang kandungan kertas tersebut.

"Terpilih untuk sertai 10 pelajar elite!?"

Mereka semua terkejut secara serentak.

"Biar betul Naoh!?"

Ayame menyoal Naoh dengan perasaan masih terkejut.

"Sorry sebab tak bagitau.Sebenarnya ahli-ahli diorang dah hubungi aku pasal ni.Diorang cakap.."

______________________________________

"Disebabkan keputusan ujian kemasukan bertulis kamu sangat cemerlang,kami ingin tawarkan kedudukan kesepuluh elit Shinjyu"

Kata Yōichiro Taiga menerusi telefon.

"Kedudukan sepuluh??"

______________________________________

"Maknanya yang bertopeng tu kau lah!?"

Hachiro mencelah.Yuzuki dan Hachiro mengimbas kembali ketika perbicaraan.Memang ada seorang dari elit sepuluh Shinjyu yang memakai topeng muka yang berwarna hitam menutupi hidung dan mulut.Orang itu adalah Naoh,ahli baru Elit Sepuluh Shinjyu mengambil kedudukan kesepuluh.

"Takkan korang tak perasan kot?"

Naoh menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Apa keputusan ujian bertulis kau!?"

Yuzuki menyoal Naoh.

"Biasa je..cuma Gred S setiap bahagian."

"GRED S!?"

Mereka semua terkejut secara serentak buat kali kedua.

"Hati-hati lah korang,sebab aku yang bakal jadi 'penganalisis' korang hehe."

"Ceh berlagak pula dia ni,nak penampar ke?

Yuzuki,Fumiya,Hachiro serta Ryuki bermonolog dalam hati pada masa yang sama.

_____________________________________

(Bandar Shinjō di Wilayah Yamagata,Daerah Tohoku)

"Tak lama lagi berita akan tersebar tentang wira yang terkorban berdekatan Stesen kereta api Sendai.Jangkitan tu sepatutnya dah tersebar keseluruh badannya termasuk lah jantung."

"Tuan,kuasa wira tu dah diturun kepada anak sulungnya."

Seorang lelaki memakai sut pejabat berwarna hitam duduk di tempatnya sambil berbual dengan pembantunya.Pembantunya hanya berdiri tidak begitu jauh dari meja lelaki bersut hitam tersebut.

"Kita kena berjaga-jaga.Akademi yang dah menukar nama ke Shinjyu tu akan bertindak jika mereka dapat tau,ada pemberi maklumat,perantara kita dalam tu.Lagipun,kita sendiri tak tahu fungsi sebenar kuasa Pyro-force,kuasa yang digabungkan tu.Malang sekali,Crawl tak berjaya merampas kuasa tu sebelum ia keluar dari badan wira tak guna tu.Inilah harinya dimana semuanya akan terbongkar,salam takziah dari saya atas pemergian Hizashi,wahai keluarga Taiga.Dah tiba masanya kita bertindak."

Lelaki tersebut mengukir senyuman oleh kerana semuanya berjalan dengan lancar mengikut apa yang dirancangnya.

_____________________________________

Yuzuki terkejut mendengar kata-kata guru kelasnya.Rakan sekelasnya juga terkejut dan berasa bersalah atas pemergian Hizashi.

"T-tak mungkin.."

"Maafkan saya Taiga.Pihak hospital dah telefon,ayah kamu tak dapat diselamatkan."

Yuzuki tidak mengeluarkan sebarang respons.Dia perlahan-lahan berjalan keluar dari kelas dalam keadaan trauma.

"Kesian Yuzuki."

Hachiro berbisik pada dirinya.
Yuzuki berjalan seperti tiada hala tuju.

"Mustahil..minggu lepas aku dah melawat ayah..dia memang ada dekat hospital..."

Daichi yang baru sahaja keluar dari tandas ternampak Yuzuki.

"Dia dah tahu.."

Daichi bermonolog dalam hatinya.

*Bersambung

Next Chapter:
Chapter 7:Heroes Legacy
(Beginning of Kyoto Training Arc)

Keluarga Taiga meratapi atas pemergian Hizashi.Hachiro dan yang lain berniat untuk menziarahi Yuzuki di kediaman Taiga.Beberapa hari kemudian,Pengumuman hari sukan diadakan.Yuzuki,Hachiro,Ryuki dan Fumiya dijemput oleh Daichi untuk mengadakan latihan sebelum hari Festival Sukan berlangsung.

Continue Reading

You'll Also Like

4.8K 415 60
Cerita ini hanyalah rekaan semata mata Ryan Aryana Arissa binti Dato Ryan Azman seorang gadis cantik berumur 29 tahun. Dengan berpewatakan yang sopan...
10K 146 12
cikgu nina baru pindah sekolah dalaman ni mula hidup cikgu nina berubah
20.8K 2K 26
Cerita ini mengisahkan seorang NCTzen yg bernama Raebin. Dia hardcore Doyoung stans. Dia minat gila kt Doyoung smpai dia menulis diary dia pasal Doyo...
1.5M 64.2K 60
Vol 1 [ Mafia Series ] He's evil, he's bad boy, he's ignorant, he's arrogant and he's addicted. Addicted with love which is someone who can control...