WILDAN โœ“

By novday

178K 11.9K 1.2K

Genre: Romance, action, mystery Language: Bahasa Melayu/Malay Status: Completed . ๐“๐จ ๐ญ๐ก๐ž ๐ฆ๐š๐ง ๐ฐ๐ก๐จ... More

SINOPSIS
โ PROLOG โž
WILDAN | 01
WILDAN | 02
WILDAN | 03
WILDAN | 04
WILDAN | 05
WILDAN | 06
WILDAN | 07
WILDAN | 08
WILDAN | 09
WILDAN | 10
WILDAN | 11
WILDAN | 12
WILDAN | 13
WILDAN | 14
WILDAN | 15
WILDAN | 16
WILDAN | 17
WILDAN | 18
WILDAN | 19
WILDAN | 20
WILDAN | 21
WILDAN | 22
WILDAN | 23
WILDAN | 24
WILDAN | 25
WILDAN | 26
WILDAN | 27
WILDAN | 28
WILDAN | 29
WILDAN | 30
WILDAN | 31
WILDAN | 32
WILDAN | 33
WILDAN | 34
WILDAN | 35
WILDAN | 36
WILDAN | 37
WILDAN | 38
WILDAN | 39
WILDAN | 40
WILDAN | 41
WILDAN | 42
WILDAN | 43
WILDAN | 44
WILDAN | 45
WILDAN | 46
WILDAN | 47
WILDAN | 48
WILDAN | 49
WILDAN | 50
WILDAN | 51
WILDAN | 52
WILDAN | 53
WILDAN | 54
WILDAN | 55
WILDAN | 56
WILDAN | 57
WILDAN | 58
WILDAN | 59
WILDAN | 60
WILDAN | 61
WILDAN | 62
WILDAN | 63
WILDAN | 64
WILDAN | 65
WILDAN | 66
WILDAN | 67
WILDAN | 69
โ™ก
WILDAN | 70
โ EPILOG โž
Q&A
AX801

WILDAN | 68

2.6K 168 26
By novday

   Pin-pin yang tersemat kemas pada selendang yang dipakai dicabut perlahan sebelum dicucuk pada kusyen kecil yang berada di dalam bekas.

   Selesai, selendang putih itu pula dileraikan lalu dihampar di atas katil. Nafas lega dihembus. Sangat selesa dan lega apabila kain yang menutup kepalanya itu dicabut. Hampir seharian memakai tudung yang sama, sangat rimas rasanya. Apatah lagi beberapa kali dicabut dan dipakai semula untuk solat.

   Kakinya juga letih melayan tetamu seharian. Sana ada yang memanggil, sini ada yang menyeru. Tidak menang tangan dibuatnya.

   Semasa jam menghampiri pukul tujuh malam itu barulah tetamu yang terakhir pulang. Dan selepas itu barulah Alisa boleh naik dan merehatkan diri. Adam pula hanya dibiarkan berbual dengan abang-abang dan abang iparnya.

   Haih, nasiblah kahwin hanya sekali!

   Tidak mempedulikan baju pengantin yang masih tersarung pada tubuh dan solekan yang belum ditanggalkan, terus sahaja badannya dihempaskan di atas katil. Penat.

   Mata tunak memandang siling putih di atas kepala, merenung kosong. Entah berapa lama dia begitu sehinggalah tidak sedar bila matanya mula terpejam.

   Krek!

   Pintu bilik dibuka oleh seseorang dari luar. Alisa yang baru sahaja melelapkan mata terus terbangun lalu duduk secara mengejut. Kepala dikalih untuk melihat siapa yang membuka pintu biliknya.

   Saat pandangannya bertembung dengan pandangan mata Adam, Alisa terus menarik satu senyuman lebar yang tidak ikhlas. Menutup malu kerana tidur menelentang di atas katil. Liur ditelan. Belum sampai sehari berkahwin Adam sudah nampak sisi buruknya.

   Adam pula terpaku saat melihat isterinya tidak bertudung. Liur ditelan sebelum memberi salam.

   "Assalamualaikum."

   "Waalaikumussalam."

   "Penat?" Adam masuk ke dalam bilik seraya menutup pintu. Beg baju kecil diletakkan di atas sofa. Hanya beberapa helai pakaian sahaja yang dibawa. Lagipun hanya beberapa hari mereka akan berada di sini sebelum mereka pulang ke KL. Birai katil didekati lalu dia terus melabuhkan punggung di tepi isterinya.

   "Sikit," jawab Alisa separuh jujur. Bukan sedikit sebenarnya, banyak! Kaki, tangan, belakang, semua lenguh-lenguh!

   Adam mengangkat kedua belah kening. Tahu Alisa tidak menjawab dengan jujur namun tidak pula dipersoalkan.

   Senyap setelah itu.

   Masing-masing masih janggal. Pandang katil, pandang dinding, pandang lampu.

   "Erm..."

   "Ya?" Tanya Alisa setelah perasan Adam seperti mahu memberitahu sesuatu.

   "Emh... Saya sebenarnya nak mandi tapi tak ingat nak bawa towel." Sengih bersalah selepas itu. Dalam hati sudah mengutuk kecuaian diri. Baju lain sudah dibawa siap-siap tapi boleh pula tertinggal tuala mandi.

   "Oh." Ingatkan apalah tadi.

   "Kejap, eh," kata Alisa sebelum bangun mendekati almari di penjuru bilik. Sehelai tuala biru gelap diambil dari susunan kain yang dilipat cantik.

    "Nah." Tuala tadi dihulurkan kepada Adam lalu disambut.

   "Thanks. Awak belum mandi, kan?" Soal Adam. Matanya cuba dikalihkan daripada terus memandang isterinya. Sungguh Alisa tanpa hijab yang menutupi rambutnya kelihatan sangat cantik. Tidak betah melihat lama-lama yang halal di depan mata.

   "Belum. Tapi awak mandilah dulu. Saya mandi lepas ni," balas Alisa segan-segan. Dia perasan Adam tidak lepas merenungnya sampai dia rasa malu.

   "Okey." Sepatah jawapan Adam sebelum segera beredar ke bilik air. Dia sebenarnya mahu menjauhkan diri sebentar daripada Alisa. Kepala digeleng-geleng laju, cuba fokus untuk membersihkan diri.

   Sambil-sambil Adam sedang mandi, Alisa pula duduk bersahaja di atas katil. Tidak tahu hendak membuat apa tika itu. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia pergi menceroboh bilik tetamu untuk mandi namun sayangnya ada ahli keluarga terdekat yang bermalam di bilik itu. Mahu menumpang bilik air Aqila pula lagilah tidak munasabah sementelah suaminya ada sekali.

   Mata diliarkan ke seluruh bilik sehinggalah terpaku pada meja kerjanya yang kelihatan sangat berselerak. Segera dia bangun mendekati tempat itu. Tiada orang lain lagi yang menyepahkan mejanya selain daripada Laila. Petang semalam Laila ada datang ke biliknya untuk meminjam novel. Pasti dia terlupa untuk mengemas semula.

   "Laila, Laila. Bersepah sangat ni," bebel Alisa seorang diri. Di atas meja itu dipenuhi pelbagai jenis buku miliknya. Sebenarnya tak adalah bersepah sangat cuma susunannya sahaja yang tidak kemas. Sememangnya semasa Puan Faridah, Aqila, Sarah dan Annisa menghias bilik ini, Alisa telah melarang mereka daripada menyentuh meja tersebut. Banyak benda penting di atas meja itu.

   Tanpa membuang masa, tangannya ligat mengemas barang-barang di atas meja itu. Buku-buku perubatan dan farmasi disusun mengikut ketinggian lalu dirapatkan pada dinding secara menegak. Buku-buku nota yang pelbagai saiz pula disimpan di dalam laci meja.

   Novel-novel dikumpulkan lalu disusun di dalam rak putih bersebelahan dengan meja tersebut. Penuh rak besar itu dengan novel-novel miliknya. Paling banyak ialah genre aksi dan thriller, karya Ramlee Awang Mursyid dan Sara Aisha. Kedua-dua orang penulis tersohor itu merupakan antara penulis kegemarannya. Yang lain pula daripada penulis-penulis lain yang turut gah dalam bidang penulisan.

   Kemudian, Alisa mengemas-ngemas barang-barang lain di atas meja tadi. Disusun elok-elok supaya tidak senget dan cantik teratur.

   Krek!

   Aha! Deja vu?

   Alisa berpaling ke arah bunyi pintu dibuka itu iaitu pintu bilik air di dalam biliknya. Sesusuk tubuh tinggi di hadapan muka pintu itu dipandang. Dalam hati sudah bersyukur tiada adegan seperti di dalam novel iaitu watak hero keluar dari bilik air dengan memakai tuala diikat di pinggang sahaja.

   Adam pula berpakaian lengkap -T-shirt lengan pendek berwarna putih dengan seluar kelabu. Tangannya pula mengelap-lap rambut hitamnya yang basah.

   Telan liur satu pusingan.

   Selama ini mana dia percaya scene di dalam novel apabila watak heroin akan terpaku semasa watak hero mengeringkan rambut. Sudah selalu tengok abang-abangnya mengelap rambut mereka, nampak biasa sahaja. Mungkin situasi ini hanya terjadi pada lelaki yang kacak. Heh!

   Adam tarik senyuman manis. "Sorry, saya mandi lama," ujarnya. Rasanya adalah hampir setengah jam dia bertapa di dalam bilik air itu.

   "Taklah. Lagipun saya tengah kemas-kemas barang juga tadi," balas Alisa. Baju dan barang keperluan yang sudah disediakan dari tadi lagi diambil sebelum dia pula memasuki bilik air.

   Adam sangkutkan tuala tadi pada penyangkut. Ada satu lagi tuala di situ dan dia yakin kepunyaan Alisa. Rasanya Alisa ada bawa sehelai tuala merah terang tadi.

   Tidak memilih untuk terus berdiri, punggung dilabuhkan di atas birai katil sebelum telefon yang diletakkan di atas meja sisi diambil. Buat seketika perhatiannya ditumpukan pada gajet kecil itu.

   Usai menguruskan hal pemberhentian kerjanya itu, Adam simpan kembali telefonnya di atas meja sama. Matanya menangkap bingkai gambar yang elok terletak di atas meja tersebut. Ada gambar Alisa dan ahli keluarganya. Hujung bibirnya tertarik sedikit.

   Next time, it's my picture that you'll proudly display here.

   Mata dililaukan ke sekeliling bilik. Baru perasan banyak gambar yang berada di dalam bilik ini. Dinding di tepi rak novel dihampiri. Dipenuhi dengan bingkai-bingkai gambar pelbagai saiz, besar dan kecil semuanya ada. Ada gambar Alisa seorang diri. Gambar bersama kawan-kawannya. Gambar semasa perkahwinan kakak dan abang-abangnya. Pendek kata semuanya gambar Alisa dengan orang-orang yang penting dalam hidupnya.

   Satu bingkai gambar yang berada di bahagian kanan, lajur kedua dipegang. Gambar Alisa bersama Aqila dan seorang lagi wanita yang tidak dikenali di atas bot.

   Teluk Phang Nga.

   Adam menghela nafas dan bibirnya tersungging senyuman nipis apabila teringatkan kisah lalu. Pahit dan manis –semuanya ada. Tapi tragedi itulah yang mengikatnya dengan Alisa.

   Rak novel pula didekati. Rasanya Alisa telah mengemas tempat ini tadi. Dia ada perasan meja di tepi rak tersebut agak bersepah sebelum mandi tadi cuma tidak disuarakan.

   "Banyaknya," gumamnya.

   Penuh dengan novel yang pelbagai saiz. Kebanyakannya setebal kamus Oxford Fajar bersaiz kecil namun ada juga yang sangat tebal. Mungkin beribu-ribu muka surat.

   Senaskhah novel Inggeris diambil lalu dibelek-belek. Muka depan dilihat, dia tidak kenal dengan penulis tersebut. Adam juga suka membaca namun hanya novel Inggeris. Dia kurang gemar akan novel Melayu.

   Kepala digeleng perlahan. Sama sahaja Alisa dengan Mellisa. Kedua-duanya gilakan novel.

   Meja di sebelah rak pula menjadi tumpuannya. Hampir seluruh penjuru bilik itu sudah dipusing. Rasanya Alisa lebih lama mandi daripada dia.

   Meja belajar itu dipandang sekali lalu namun matanya cekap menangkap sesuatu di celah-celahan buku yang disandarkan pada dinding. Kening tebalnya berkerut sedikit. Objek tersebut diambil.

   "Awak buat apa tu?" Sergah Alisa dari belakang.

   Adam berpaling. Dilihatnya Alisa sudah siap berbaju tidur lengan panjang dan seluar bercorak polka dot.

   Mata Alisa meluas tatkala ternampak objek di tangan Adam. Pantas tangannya merampas objek itu lalu disorokkan ke belakang badan. Adam yang tidak bersedia hanya memandang sahaja objek di tangannya itu bertukar tempat.

   Sebelah kening diangkat. Muka Alisa yang jelas gelabah itu dipandang meminta penjelasan.

   "Er, awak nak solat? Maghrib dah masuk ni," soal Alisa.

   "Lepas ni."

   Alisa angguk. Wajah Adam diperhati, ingin menebak fikiran lelaki itu. Namun riak mukanya yang kosong, membuatkan ianya sukar untuk meneka apa yang ada dalam fikirannya.

   "Apa tu?" Angkat sebelah kening.

   Alisa telan liur. Kepala mula mencari-cari jawapan yang sesuai.

   "Tak ada apa-apa. Tak penting pun," dalihnya. Objek itu digenggam erat.

   Lama Adam menilik riak muka isterinya. Seketika dia menghelakan nafas.

   "Well, I don't want to intrude your privacy, so let's end this here," putusnya. Dia tidak mahu Alisa rasa terkongkong pula. Baru sehari jadi suami sudah jadi king control.

   Nafas lega Alisa hembus. Lega apabila Adam enggan memanjangkan hal itu. Objek itu disisip masuk ke dalam poket.

   "But..." Adam menyambung percakapannya. Kaki dibawa mendekat ke isterinya.

   "...just a lil reminder for my sweet wife, I'm okay with everything but I'm not going to tolerate with anything like past relationships. Past is in the past. And now you're mine. Hm?" Dahi Alisa dikucup perlahan sebelum kakinya dibawa ke bilik air, meninggalkan Alisa yang terkaku di situ.

   Jealous? Yes!

   Possessive? One hundred percent!


≿━━━━༺❀༻━━━━≾


   Usai membasuh pinggan, Alisa terus naik ke bilik untuk merehatkan diri. Rancangan asal untuk melepak di depan ruang tamu bersama keluarga terpaksa dibatalkan sementelah badannya terasa penat yang teramat.

   Pintu bilik ditolak perlahan selepas diketuk. Adam tiada di bawah tadi, mungkin ada di dalam.

   Sebaik daun pintu terbuka, apa yang dilihatnya mengesahkan tekaannya. Adam yang berada di atas katil itu dipandang untuk beberapa saat.

   Sedikit pun tidak bercakap apatah lagi memandangnya. Alisa mendekati Adam dengan teragak-agak lalu melabuhkan duduk di sampingnya namun sedikit jauh.

   Skrin telefon Adam diintai. Penuh dengan tulisan, mungkin hal kerja. Mungkin urusan di sana belum siap sepenuhnya. Yalah, walaupun Adam telah meletak jawatan, namun sedikit sebanyak Adam perlu juga membantu walid menguruskan syarikatnya.

   "Awak tengah buat kerja ke?" Kebisuan yang melanda cuba dipecahkan.

   "Hmm." Hanya itu jawapannya. Alisa menelan liur sebelum berfikir-fikir dalam hati.

   "Kerja apa?"

   "Just need to settle something." Okay, sedikit panjang daripada jawapan tadi. Dingin namun masih lembut. Macam mana eh nak cakap? Dia macam marah tapi still menjaga nada.

   Tapi kenapa nak marah?

   "Busy ke?"

   Senyap setelah itu. Kelip-kelip mata besar Alisa menunggu jawapan namun Adam masih membisu.

   Tangan naik menggaru kepala yang tidak gatal. Sah, Adam marah!

   Semasa makan malam tadi elok sahaja melayannya sehingga diusik oleh Aliff dan Aqila. Namun sebaik sahaja naik ke bilik, terus berubah mendadak.

   "Awak..." Panggilnya.

   "Hmm?"

   "Awak marahkan saya ke?"

   Tangan Adam yang laju menaip tadi terus terkaku. Sedar yang dia tidak lagi dapat fokus untuk menyiapkan kerja, terus telefonnya ditutup. Alisa di sebelahnya dipandang.

   Hela nafas.

   "Why should I?" Balasnya lemah.

   Alisa mencemberutkan mukanya.

   "Tu...muka masam, tak nak layan saya. Janganlah ignore saya macam ni," luah Alisa.

   Riak wajah isterinya yang berubah mendung membuatkan Adam dihujani rasa bersalah. Tempat yang kosong di antara mereka ditepuk, mengarahkan Alisa untuk duduk di situ.

   Alisa hanya menurut.

   Tangan dipanjangkan lalu bahu isterinya dipeluk. Bibirnya diketap sebelum bersuara.

   "Saya minta maaf. Saya tak patut layan awak macam tu," pintanya.

   "Tak. Tak apa. Tapi kan saya dah cakap, kalau ada benda yang awak tak berkenan, bagitahu saya. Jangan senyap macam ni. Saya rasa macam lost tahu," adu Alisa.

   "Okey, okey. Saya minta maaf. Janji tak buat lagi." Jari kelingking dihulurkan.

   Tawa kecil Alisa terlepas. Jari kelingkingnya turut diangkat lalu ditaut pada jari besar Adam.

   "Pinky promise?"

   Adam membuat muka.

   "No. Blacky promise?"

   Giliran Alisa pula membuat muka.

   "Apa blacky pulanya? Tak mahulah. Macam tengah buat blood oath pula," gerutunya.

   Adam tergelak kuat.

   "Blood oath? Awak ni terpengaruh sangat dengan cerita werewolves ni," komen Adam sambil menyisakan tawanya. Dia perasan ada banyak novel tentang serigala jadian di dalam rak novel Alisa tadi. Ini mesti satu spesies dengan Natasha, tergila-gilakan Alpha dalam cerita itu.

   "Hei, biarlah! At least Alpha dalam tu charming, okey?"

   Kan dah cakap!

   "Takdenya charming. Sekali dia nampak awak, ngap! Hilang kepala," kutuk Adam selamba.

   "Eleh, cakap jelah jealous. Tak apa, awak jadi Alpha, saya jadi Luna. Nak?" Alisa mengelip-ngelipkan mata besarnya.

   "Hm, yalah, yalah. Whatever you command, my queen. " Malas berbalas mulut. Alisa tersenyum senang.

   "So?" Tanya Alisa.

   Adam angkat kening.

   "Janji?"

   "Ya, janji. And you too. Please pull me back to the ground if I fly too high, sayang. Sedarkan saya kalau saya buat silap."

   "In shaa Allah," jawab Alisa.

   "Awak marah sebab tadi ke?" Soal Alisa penuh ingin tahu.

   Adam tarik nafas dalam-dalam sebelum dihembus. Pelukan pada bahu Alisa dia eratkan.

   "I don't know. I'm not feeling myself just now. Saya...tak suka bila tahu awak ada sorokkan sesuatu daripada saya. Tapi saya tahu saya tak patut rasa macam tu sedangkan kita baru kahwin."

   "No. Awak layak rasa macam tu. You're my husband after all," potong Alisa.

   Adam senyum nipis. Rambut Alisa dikucupnya lama. Wangi.

   "Tapi saya faham. It may be something very special to you, so I don't want to think much. Mungkin dari orang yang penting?"

   "Awak ingat daripada siapa?"

   "Your ex-boyfriend...?" Teka Adam.

   Terus tawa Alisa pecah. Patutlah Adam berperangai seperti itu. Cemburu? Tapi... Adam tahu cemburukah?

   "Awak...jealous?" Usik Alisa dengan senyuman mengusik.

   Adam menjulingkan mata ke atas, membuatkan tawa Alisa sekali lagi pecah.

   "Seriously, awak? So cute!" Pipi Adam dicubit geram. Telinga dah merah.

   "Awak usik saya sekali lagi, saya ngap awak! Takde kona-kona dah," ugut Adam. Terus terkatup rapat mulut Alisa. Matanya membulat terkejut.

   Hujung bibir Adam tertarik menyinis. Puas hati apabila muka Alisa jelas-jelas berdebar.

   "Don't worry. Saya takkan buat sesuatu di luar kemahuan awak. Janganlah buat muka cuak sangat," kata Adam.

   Alisa hembus nafas lega. Terkejut dia. Nasib baik Adam hanya bergurau. Kalau tidak? Habislah dia!

   Mata menjeling Adam tajam. Adam pula hanya tertawa nakal.

   "So where were we?"

   "That 'ex-boyfriend' thing," kata Alisa sambil membuat tanda quote semasa menyebut 'ex-boyfriend'.

   "Oh."

   "Jangan risaulah. Saya mana pernah couple. Crush pun tak ada. You're my first–" Alisa katup mulut. Alamak, terlepas!

   "First...." Adam meleretkan suaranya. Alisa yang tertunduk di tepinya diintai.

   "First apa?"

   "Tulah!" Marah Alisa. Kura-kura dalam perahu, pura-pura enggak tahu. Ei, dasar ikan yu! Geram betullah!

   "Apa? Rasa macam banyak. Em, let me think. Maybe, first k–"

   Alisa cubit lengan Adam geram. Dasar tak malu.

   "Laa, cubit kita pula. Orang tanya dia tak mahu jawab, kita jawablah sendiri," kata Adam mempertahankan diri.

   "Masalahnya dia tu pura-pura tak tahu, kita geramlah," bebel Alisa.

   Adam ketawa kuat. Rasanya itu sajalah kerjanya malam ini. Dari tadi mengilai tak sudah.

   "Yes, of course I know. Thank you for letting me to be your first love."

   Alisa tutup muka menahan malu. Kan dah cakap, dia faham saja sebenarnya.

   "Kalau bukan daripada ex awak, habis tu daripada siapa?"

   "Tak tahu."

   Kening Adam kerutkan.

   "Tak tahu?"

   Alisa angguk bersungguh-sungguh.

   "Betul. Saya dapat tu dalam tiga empat tahun lepas masa dekat UM dulu. Hari tu saya pergi library untuk study lepas tu masa balik tetiba ada dalam buku nota saya. Entah siapa yang selit dalam tu," cerita Alisa. Bahunya dijongket.

   Adam diam seketika. Berfikir-fikir.

   "Boleh saya tengok?" Pintanya.

   Alisa bingkas bangun dari duduk lalu berjalan ke arah almari. Bukan almari itu yang dituju, sebaliknya tong sampah kecil yang berada di tepinya. 

   Penutup tong sampah itu dibuka lalu sekeping kertas yang sudah usang dikeluarkan. Nasib baik tong sampah itu masih kosong, kalau tak memang taklah dia ambil semula.

   "Nah." Helaian kertas kecil itu diserahkan kepada Adam. Kaki memanjat katil lalu mendapatkan Adam di kepala katil.

   "Kenapa awak buang?"

   Alisa tarik sengihan comel sebelum menjawab. "Saya tak mahu suami saya marah-marah lagi. Lagipun benda dah lepas."

   Terus Adam tersenyum senang. Kepala Alisa diusap sayang.

   "Bacalah cepat," gesa Alisa.

   Adam pula mengusap-usap helaian kertas itu. Biru.

   Lipatan kertas dibuka, menampakkan barisan demi barisan tulisan yang berangkai. Agak pudar namun tetap boleh dibaca.


Do you ever wish you had
a second chance to meet someone
again after the first time?

Yes, I do.

I wanna meet you, talk to
you and know you better. Yet we
are strangers. I might be frightening to you.

So here I am, leaving a piece of paper for you to know that I exist.

I won't meet you in real
life until the right time comes.
Do wait for the day,
beautiful.

   

   Senyap.

   Alisa mengintai riak wajah Adam yang tampak berubah.

   "Kenapa?" Tanya Alisa gentar. Takut Adam marahkan dirinya kerana masih menyimpan kertas yang terang-terangan merupakan surat cinta.

   "Kenapa....awak masih simpan kertas ni?"

   Alisa menelan liur.

   "Erk– Saya sebenarnya dah lama terlupa pasal kertas ni. Saya simpan sebab saya nak tahu siapa yang bagi. Tapi sampai ke sudah tak jumpa. So, saya buat tak tahu sajalah. Tak ada apa-apa maksud istimewa pun," jelas Alisa.

   Adam senyap.

   Tangan Adam Alisa sentuh lembut. Takut Adam akan salah sangka.

   "Saya tak tahu siapa pemberi surat tu and I don't even want to know about him. Plus, saya dah ada awak," pujuknya.

   Kertas tersebut Adam lihat sebelum memandang isterinya. Senyuman manis diberikan.

   "Saya tak marahlah."

   "Habis tu? Jealous?"

   "Nope! Saya bersyukur," jawab Adam. Langsung jauh dengan tanggapan Alisa. Like...bersyukur?

   "Maksud awak?" Tanya Alisa aneh.

   Adam pula hanya senyap sebelum menarik Alisa ke dalam pelukannya.

   Alisa yang tidak bersedia pula terdorong ke dalam pelukan Adam. Erat. Terkaku dia sebentar sebelum tangan diangkat untuk membalas pelukan.

   "Thank you."

   Terima kasih? Untuk apa?

.

.

.

Woohoo! Two more chapters (or maybe 3 if this story hasn't completed yet) and then WILDAN will be ended! 😆

Are you ready? 🙌

Quick question:
- Which one do you prefer to tell things about the past; dialogue or flashback?

Continue Reading

You'll Also Like

576K 16.1K 39
KEPADA SESIAPA YANG DAH PERNAH BACA, AISHA NAK INGTKAN NI VERSI EDIT YE. JALAN CERITA AKAN SEDIKIT BERUBAH โค Menjadi anak buangan tidak pernah diimp...
65.8K 2.3K 45
[KARYA PERTAMA] [COMPLETE] [FANTASY + THRILLER] [PROSES MENGEDIT SEMULA] โ€ผ๏ธWARNING โ€ผ๏ธ (rajinkan diri anda untuk membaca) ๐Ÿ“ขSinopsis ada di dalam. ๐Ÿ“ข...
149K 8.8K 72
2018. Langit tak selalu cerah, Hidup tak selalu indah. Dalam sekelip mata, Syazlin Ameera kehilangan semuanya. Keluarga,sahabat dan crush. Semuanya. ...
1.2M 35.3K 59
. . Siapa yang tidak kenal dengan Keysha Dayani Tan Sri Khairil yang dulunya terkenal dengan sikap angkuh dan sombongnya. Sehingga berani menghina ke...