[𝐒𝐔] 𝐰𝐞𝐫𝐞𝐰𝐨𝐥𝐟 | 𝐚𝐟

By thyngboi

2.9K 221 3.3K

BTS | APPLYFICTION [ RE-CONSTRUCT MODE ] status ────☠ ° CLOSED | ON-GOING ────• ℒet the 𝕿𝖆𝖑𝖊𝖘... More

Retelling : Mesyats
Prologue : Lone Wolf
Introducing : Helden
Introducing : Heldinnen
Missed : Bilden
Teaser : Teil des Lebens
1. One and Three Quarters Back Alley
2. A Promise That Remains Unbroken
3. Secrets of Three Until Death Come Knocking
4. Under The Same Sky, We Dwelled
5. From The Dark Past to The Bright Future
6. In The Midst of The Crimson Night
7. Birth of Autumn, Withering Leaves

Preview 1 : Life of Others

24 4 62
By thyngboi

"What do you mean?"

"We need them dead."

────────• •────────

Loceng gereja mula bergema ke seluruh bandar Sternbild. Saat itu, di hadapan plaza bandar, berdirinya seorang lelaki berjubah hitam bersama senjata di tangan.

Di hadapan lelaki itu pula melutut seorang wanita mengenakan pakaian anggun berwarna putih, rambut paras bahunya diikat sanggul manakala kedua belah kaki dan tangan digari dengan rantai besi.

Penduduk Sternbild yang lain memandang daripada jauh dengan wajah yang muram. Di antara mereka ada yang berbisik halus tentang kejadian yang berlaku di hadapan mereka memandangkan pemancungan di khalayak ramai adalah sesuatu yang jarang sekali dilakukan pihak berkuasa Sternbild. Mereka menduga bahawa wanita ini telah melakukan perkara yang melampaui batas.

Keriuhan mereka yang berhimpun mati apabila ketua daripada Nacht Verteidiger, kesatria yang menjaga keselamatan Sternbild selama ini turun padang, iaitu Grand Master Varka.

Langkahnya yang terlihat gah itu akhirnya berhenti di sebelah lelaki berjubah hitam tadi. Tangan kanannya diangkat tinggi untuk menarik perhatian ramai.

"Berdasarkan penyiasatan yang dilakukan oleh Nacht Verteidiger dan diketuai oleh saya, Grand Master Varka, kami mendapati bahawa wanita yang berada di hadapan ramai ini telah melakukan penyelewengan di dalam pertubuhan kami." Perlahan-lahan, tangan Grand Master Varka turun ke sisinya sebelum dia menarik nafas yang dalam.

"Sebagai salah satu anggota Nacht Verteidiger, wanita ini telah melanggar peraturan dan etika seorang kesatria sekaligus membocorkan info sulit ke musuh. Oleh itu, hukuman yang akan diterima oleh wanita ini ialah hukuman pancung." Grand Master Varka tetap mengekalkan ekspresi wajahnya dengan tenang. Anak matanya memerhatikan wanita yang sedang menunduk itu.

Dia mencangkung di hadapan wanita itu, "Kau, merupakan kesatria yang hebat sewaktu melakukan tugas. Terima kasih." Bahu wanita itu ditepuk sebelum dia kembali berdiri untuk meninggalkan plaza bandar.

Sejurus itu, lelaki berjubah hitam tadi membuka kain yang membalut senjata yang dibawanya, menunjukkan sebilah pedang yang kelihatan tajam itu ke penduduk Sternbild yang lain.

Dia mengangkat pedangnya ke atas lalu jeda seketika melihat wanita di hadapannya itu menggenggam kedua belah tangan seperti sedang berdoa. Rasa bersalah dan ragu-ragu menghentam dirinya saat melihat wanita itu begitu bergantung kepada nyawa yang sudah berada di hujung pedang di tangannya.

"No matter how many grudges and anger you have in you, release it;" Wanita itu mula bersuara. Tiada langsung rasa ketakutan di dalam diri wanita itu, malah wajahnya tenang berhiaskan senyuman. "and unleash it on me. Make it fast and quick."

Kata-kata wanita itu bagaikan menusuk ke jantungnya. Walaupun begitu, dia sedar akan tugasnya sebagai algojo. Mahu atau tidak, dia harus mengelak daripada melibatkan perasaan dan bertindak profesional.

"Cepat, Yoongi." Dia tersentak saat namanya kedengaran, matanya terbuntang luas. Dengan pantas dia menurunkan pedang dan menghalakannya ke dagu wanita itu.

"Siapa kau sebenarnya?" Wajah lelaki digelar Yoongi itu berubah bengis. Tangan kanannya pula menggenggam erat pemegang pedang sehingga timbul urat di tangan. Betapa bencinya dia terhadap nama itu sehingga dia tidak mahu nama kotor itu diungkap lagi oleh sesiapa.

"Cuma orang biasa." Bibir wanita itu mengukirkan senyuman sinis. Ketika 'Yoongi' tidak fokus itulah, muncul seorang lelaki lengkap bertopeng muka berlari ke arah wanita di hadapannya. Belum sempat dia mahu menghalang, wanita itu telahpun diambil oleh lelaki misteri itu dan berlari di atas bumbung kediaman penduduk Sternbild.

'Yoongi' mendengus kasar. Baru sahaja dia ingin mengejar, Grand Master Varka yang berada tidak jauh di belakangnya memberikan arahan.

"Tobias, biarkan mereka."

────────• •────────

short teaser before the full chap update later- i guess

sorry! (っ˘̩╭╮˘̩)っ

Continue Reading

You'll Also Like

5.7K 51 5
kisah menceritakan tentang kehidupan aku yang pertama kali kena batang orang lain
62.9K 320 3
Kisah athirah yang masih di bangku sekolah dimanfaatkan kepolosan nya oleh si tua.
149K 842 4
Kisah seorang suami pendiam dan tidak berani bersuara untuk mempertahankn haknya. Dia hanya mampu melihat kawannya mencabul dan mengerjakan bininya h...
66.4K 232 13
HANYA SEKADAR HIBURAN SEMATA-MATA