Virus L-2

By SuriMawarneKaidar

938 93 11

Puteri sepatutnya bangkit daripada 'tidur' sebagai simbol kemajuan teknologi yang akan memacu manusia ke taha... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Baby 25
Baby 26
Bab 27
Bab 28

Bab 29

21 2 0
By SuriMawarneKaidar

“Saya cadangkan supaya tali pertunangan ini diikat selama tiga bulan sahaja. Tidak perlu terlalu lama, sempat untuk kursus dan persediaan majlis walimah. Tambahan pula, dua-dua sudah suka sama suka.”

Tengku Akmal tersenyum lebar sambil mengerling Tengku Zahiruddin yang hanya duduk membatu di tepi dinding dengan wajah kemerahan menahan malu. Bukan mudah untuk pemuda itu membuka mulut bercerita soal peribadi, terutama perihal jodoh. Tengku Akmal hampir-hampir tersedak apabila pada satu pagi Tengku Zahiruddin muncul di meja sarapan dan memberitahu bahawa dirinya ingin berkahwin.

Sebaik sahaja persetujuan dibuat oleh kedua belah pihak, doa selamat dibacakan. “Hah, apa yang kamu buat?” Tengku Akmal menepuk bahu Tengku Zahiruddin yang cuba mencuri pandang ke arah tunangnya. Hari itu Syafii mengenakan sehelai selendang putih di atas kepala, menutupi tudung berwarna ungu yang sedondon dengan baju kurung Riau bersulam indah. Wajah manisnya dioleskan sedikit warna untuk menambah seri. Gadis itu juga tertunduk malu sepanjang majlis berlangsung.

“Pakcik Amir!” Siti Sarah dan abangnya Luqman Hakim muncul secara tiba-tiba di khemah yang disediakan untuk tetamu. Mereka segera mengambil tempat di meja yang diduduki oleh Tengku Amir.

“Pakcik apa khabar?” Soal Luqman Hakim.

“Alhamdulillah, meskipun belum pulih sepenuhnya, keadaan pakcik semakin pulih. Bagaimana pula dengan keadaan Luqman?”

“Saya juga semakin sembuh, tetapi mungkin perlu memakan masa yang lama untuk bermain bola sepak kembali.”

“Eh, kamu bermain bola sepak?”

“Saya bermain mewakili sekolah, tetapi nampaknya terpaksalah saya duduk di bangku simpanan sehingga benar-benar sembuh.” Wajah Luqman Hakim kelihatan sedikit kecewa.

“Janganlah bersedih hati. Kamu masih mempunyai tempoh yang panjang untuk bermain bola sepak. Jika tidak dapat bermain di peringkat sekolah, kamu masih ada peluang bermain di peringkat universiti. Apa yang penting adalah menjaga diri supaya benar-benar sembuh. Oh ya Sarah, adakah kamu berhubung dengan Nailofar lagi? Pakcik cuba menghubunginya beberapa kali, tetapi gagal.”

Siti Sarah yang sedang meneguk air daripada gelas yang dibawa, hanya menggeleng. “Selepas berpisah di stesen Seladang Kecil tempohari, saya tidak berjumpa lagi dengan Nailofar ataupun Shankar.”

“Nailofar itu wanita bertangan besi yang membantu kita ketika diserang Puteri bukan?” Soal Luqman Hakim. “Siapa pula Shankar?”

“Shankar itu adik-beradik angkat Nailofar. Shankar pernah datang ke hospital untuk bertemu dengan pakcik. Dia juga sedang mencari Nailofar.” Tengku Amir menguis nasi di pinggan di hadapannya. “Resepi apa yang dihidangkan hari ini?”

“Nasi hujan panas, ayam beriani, daging kurma, dalca dan acar timun,” jawab Luqman Hakim.

“Adakah kali ini kalian yang memasak semua hidangan?”

"Tidak!" Jawab Luqman Hakim dan Sarah serentak.

Tengku Amir tertawa kecil apabila melihat air muka kedua mereka kelihatan seperti baru sahaja melalui pengalaman ngeri. “Oh ya, bukankah rumah kalian telah musnah ketika serangan Puteri. Jadi, di mana kalian tinggal buat masa ini?”

“Oleh sebab bahagian yang hendak dibaiki terlalu banyak, ayah telah meruntuhkan seluruh struktur yang masih tinggal dan rumah kami akan dibina semula di atas tapak yang sama. Buat sementara waktu, kami tinggal di rumah yang disewa ayah sehingga tamat peperiksaan akhir. Selepas itu, kami akan berpindah ke rumah di Bandar Bintang dan tinggal di sana sehingga rumah kami siap.”

Tengku Amir mengalihkan pandangan ke arah keluarga Tengku Akmal yang asyik berbual dengan keluarga Syafii. Dia termenung seketika sebelum ditegur dengan soalan nakal daripada Sarah, “Giliran pakcik pula bila?”.

Lelaki itu hanya tersenyum lebar. “Pakcik mahu mengembara ke seluruh dunia terlebih dahulu. Banyak tempat yang pakcik ingin kunjungi. Abang pakcik inginkan pakcik bekerja dengan syarikat milik keluarga kami. Namun begitu, pakcik berpendapat bahawa ada orang yang lebih layak untuk mengetuai pengurusan serta menentukan hala tuju syarikat.”

“Siapa pakcik? Abang Zahiruddinkah?” Sarah mengangkat-angkat keningnya sambil memandang ke arah Tengku Zahiruddin yang duduk diam membisu di sisi ahli keluarga yang lain.

Tengku Amir menunding jari ke arah seorang lelaki kaukasian yang mengenakan sepasang baju melayu berwarna hijau epal. “Adam Dennis, anak sulung arwah abang saya. Isterinya berbangsa Inggeris, tetapi berhijrah ke Jerman.” 

Adam Dennis datang tanpa dua orang pembantunya. Mereka telah pergi bercuti ke pulau peranginan di pantai timur. “Dia dan Tengku Zahiruddin boleh saling bantu-membantu untuk membangunkan kembali syarikat keluarga kami.”

Perbualan mereka terhenti apabila Dato’ Asyraff dan Datin Normi muncul di meja yang diduduki oleh mereka. “Boleh kami duduk di sini?”

++++

Luqman Hakim dan Sarah saling berpandangan dengan air muka kebingungan. Semenjak kedua ibu bapa mereka mengambil tempat di situ, tiada sepatah perkataan yang terucap antara mereka dan juga Tengku Amir. Mereka hanya tersenyum lebar dan saling merenung, seakan membuat penilaian di antara satu sama lain.

Setelah beberapa minit berlalu tanpa sebarang tindakan, Dato’ Asyraff akhirnya menghulurkan tangan ke arah Tengku Amir. “Apa khabar? Saya Asyraff dan ini isteri saya Normi. Barangkali ini kali pertama kita bertemu?”

Tengku Amir segera membalas salam yang dihulurkan. “Apa khabar? Saya Amir. Ya, ini adalah kali pertama kita berjumpa.” Kedua-duanya kelihatan menguntumkan senyum, tetapi Luqman Hakim dan Sarah dapat merasai suasana yang janggal di antara mereka.

Dato’ Asyraff segera mengisyaratkan kepada Sarah untuk mengambilkan minuman. “Terima kasih kerana menyelamatkan nyawa anak-anak saya.”

“Eh?” Tengku Amir pula kehairanan. Dia telah bersedia untuk dimarahi, tetapi lain pula yang diterimanya. “Tuan tidak marah saya kerana melibatkan mereka?”

"Menurut pihak polis, Puteri bukan sekadar menyasarkan nyawa tuan, tetapi juga mereka yang terlibat dalam kes tersebut dua puluh tahun lalu. Meskipun nama kami tiada dalam rekod, lambat-laun mereka akan tahu dan datang menyerang juga.”
 
"Kami?"

Dato’ Asyraff tidak menjawab terus persoalan itu. Dia mengambil masa untuk menikmati air buah-buahan campuran yang dibawa oleh Sarah. Sesekali dia menoleh ke arah Datin Normi di sisi. “Dua puluh tahun dahulu, selain daripada faktor keluarga, masih terdapat faktor lain yang menjadi pemangkin kepada semua tindakan tuan bukan? Tuan tidak bermula dengan menyerang sistem yang besar dan seterusnya menggodam Puteri. Langkah pertama tuan adalah menyerang sistem pengurusan di Kota Kundang yang ketika itu dijagai oleh saya dan sahabat saya.”

Dato’ Asyraff menunding jari ke arah bapa Syafii. Kening Tengku Amir terangkat semakin tinggi, tidak menyangka perkaitan di antara mereka.

“Namun begitu sebelum tuan, terdapat seorang yang lain telah membuat serangan dan orang itu menjadi model kepada tuan untuk membuat serangan seterusnya.”

“Fly113,” Pintas Tengku Amir. Dua puluh tahun dahulu, ketika Tengku Amir berada dalam kemurungan, dia seakan dibangkitkan daripada lena dengan berita serangan penggodam di Kota Kundang. Meskipun pihak media tidak mengwar-warkan  nama penggodam tersebut, dia dapat mencari maklumat di internet.

Ketika itu, Fly113 telah melepaskan Virus L di sistem pengurusan Majlis Perbandaran Kota Kundang, namun begitu Tengku Amir berpendapat bahawa virus tersebut terlalu mudah untuk dijinakkan. Oleh itu, dia telah mencipta Virus L versi baru yang lebih ganas dan menyerang semua sistem utama dalam negara. Kemuncak kepada tindakannya adalah serangan Puteri di Bandar Bintang.

“Ya, orang itu adalah Fly113.”

“Adakah tuan mengenalinya?” Soal Tengku Amir, sedikit teruja. Dia sering mengkhayalkan rupa fizikal Fly113. Seorang lelaki berbadan kurus dan tinggi, berambut hitam ikal dan panjang mencecah bahu. Fly113 akan duduk di birai katil ketika dia sedang kecanduan Crystal – leluhur kepada Crystallize yang diedarkan oleh Komander.

Dato’ Asyraff tertawa kecil. “Sudah tentu saya mengenalinya. Sebaik sahaja tuan melancarkan Virus L versi kedua, Fly113 menghubungi saya. Dia marah kerana ada seseorang menggunakan nama virus ciptaannya dan membuat huru-hara di seluruh negara. Jika tuan mampu untuk mencari saya, saya juga boleh mencari Fly113 dengan segera. Jadi, tuan boleh bayangkan betapa terkejutnya Fly113 apabila saya muncul di depan rumah pada satu hari selepas selesai segala-galanya.”

“Oh, tuan menemui Fly113? Bagaimanakah rupanya?”

Dato’ Asyraff menepuk bahu Datin Normi, “Siapa sangka Fly113 itu adalah seorang perempuan yang menggodam sistem Majlis Perbandaran Kota Kundang kerana ibu bekas teman lelakinya bekerja di situ?”

“Eh?”

“Err.. hai, sayalah Fly113.” Kata-kata ringkas daripada mulut Datin Normi itu bukan sekadar membuatkan Tengku Amir melopong, malahan kedua-dua anak mereka juga turut ternganga.

++++

Tengku Akmal memerhatikan Tengku Amir yang sibuk memeriksa barangan yang akan dibawa, dengan wajah yang kurang gembira. Pembantu Tengku Zahiruddin, Rahimi menghulurkan sebuah pas pengembara yang membolehkan Tengku Amir menaiki keretapi dan kapsul ke mana-mana sahaja.

“Adakah kamu benar-benar ingin mengembara?” Soal Tengku Akmal.

Wajah ceria Tengku Amir kelihatan kontra berbanding abangnya. Sebaik sahaja tamat majlis pertunangan antara Tengku Zahiruddin dan Syafii tempohari, Tengku Amir telah membuat keputusan untuk mengembara ke seluruh negara.

“Saya telah memasang aplikasi Kembara versi terkini di I-Ran tuan. Tuan hanya perlu menaip nama tempat yang tuan ingin ketahui dan semua maklumat berkaitan akan dipaparkan termasuklah senarai hotel, restoran dan tempat-tempat bersejarah. Ia juga akan mencadangkan apakah aktiviti yang paling sesuai dijalankan di tempat tersebut. Aplikasi ini juga membolehkan tuan menyimpan rekod perjalanan.” Rahimi menyerahkan I-Ran yang lebih moden kepada Tengku Amir.

“Jika kamu menghadapi sebarang masalah, cepat-cepatlah hubungi abang. Jangan sampai duit habis. Rumah ini juga sentiasa terbuka untuk kamu pulang bila-bila masa.”

"Terima kasih." Tengku Amir membetul-betulkan beg kembara yang disangkut ke bahu. Cadangan asal untuk membuka kedai membaiki peralatan domestik sengaja ditangguhkan. Kali ini dia akan mengembara tanpa kekangan kewangan.

“Saya akan kembali pada hari perkahwinan kamu,” Ujar Tengku Amir kepada Tengku Zahiruddin.

“Syarikat itu adalah milik kamu. Uruskanlah ia sebaiknya,” Pesannya pula kepada Adam Dennis.

Adam Dennis juga telah membuat keputusan untuk tinggal di rumah agam keluarga mereka, bagi menebus masa lalu yang tidak dinikmatinya di situ. Pemilihan Adam Dennis sebagai pewaris utama Empayar Tengku tidak mendapat tentangan kebanyakkan ahli lembaga pengarah yang kebanyakkannya berikrar jika Tengku Amir dibawa masuk ke bahagian pengurusan, mereka akan meletak jawatan serta-merta.

Rahimi menghantar Tengku Amir ke stesen keretapi. Tengku Amir sengaja meminta supaya ahli keluarga yang lain tidak ikut menghantarnya ke sana.

“Adakah tuan yakin dengan keputusan tuan?” Soal Rahimi ragu-ragu.

“Sejujurnya, saya tidak yakin,” jawabnya dengan penuh senyuman. “Namun begitu, usia saya sudah terlalu tua untuk menanti masa yang lain, sebelum membuat keputusan. Tambahan pula, semakin lama saya di rumah itu, semakin sukar untuk saya membuat keputusan.”

“Semoga tuan menemui apa yang ingin tuan cari,” ujar Rahimi, sebelum kereta yang dipandunya menghilang di celah kesibukan jalan raya.

“Selamat tinggal, semua.”

TAMAT

Continue Reading

You'll Also Like

18.7K 1K 72
"Kita akan hidup bersama sampai bila-bila kan?" ~Laura Alaia. "Nope baby. Masa kita ada terlalu singkat."~ Venus "Kau tahu kau kuat, Laura."~ Arissa...
1.5M 80.9K 70
2020 | Action Romance story [COMPLETE] ❝𝙃𝙚'𝙨 𝙢𝙮 𝙆𝙞𝙣𝙜.❞ Kerana masa silamnya, dia berubah. Menjadi seorang yang kejam, dingin dan bengis. Ha...
248 22 5
Terbitan K-Lit - Karangkraf @ PBAKL 2024 Di Universiti VerseMedia, para pelajar bersorak teruja menyambut inovasi terbaru universiti tersebut - sebua...
4.6M 107K 58
Kerana satu insiden yang tidak di ingini telah menjadikan mereka sepasang suami isteri. Bukan atas kemahuan diri, bukan atas kerelaan hati. Safa Saf...