Virus L-2

By SuriMawarneKaidar

938 93 11

Puteri sepatutnya bangkit daripada 'tidur' sebagai simbol kemajuan teknologi yang akan memacu manusia ke taha... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Baby 25
Baby 26
Bab 27
Bab 29

Bab 28

7 2 0
By SuriMawarneKaidar

Lelaki itu mendengus kasar apabila media menyiarkan foto beberapa orang yang dikehendaki oleh pihak polis.

“Tarmizi Akhbar atau juga dikenali sebagai Komander, merupakan ketua kumpulan Vision yang menjadi dalang di sebalik beberapa siri pembunuhan di seluruh negara, beberapa bulan kebelakangan ini. Mereka juga didakwa terlibat dengan sindiket pengedaran dadah dan bergerak aktif di beberapa bandar utama. Ketika serbuan yang dijalankan oleh pihak polis ke sarang utama mereka beberapa hari lalu, Tarmizi Akhbar dan konconya telah berjaya melarikan diri. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mereka, diharap dapat menghubungi balai polis berhampiran.”

Lelaki itu terus meneguk minumannya secara kasual walaupun sesekali dia berhenti dan merungut-rungut berkenaan sesuatu. Wajah Tarmizi Akhbar berada di mana-mana. Malahan pembekal perkhidmatan komunikasi juga menghantar foto lelaki itu ke I-Ran pengguna sebagai ingatan.

Lelaki itu semakin gelisah apabila media menyiarkan berita penangkapan ahli-ahli Vision. “Terbaru, polis telah berjaya menangkap lima orang lagi dipercayai anggota Vision ketika mereka cuba meninggalkan negara melalui pelabuhan Selatan ke negara jiran. Jumlah yang ditangkap sehingga kini mencecah lapan puluh orang.”

“Encik lihat tingkah-laku lelaki tadi? Gerak-gerinya kelihatan sungguh mencurigakan,” bisik seorang pelayan kepada pemilik kafe.

“Mungkinkah dia juga anggota Vision yang dicari-cari oleh pihak polis?” Soal seorang yang lain.

“Encik, patutkah kita hubungi pihak polis?”

Pemilik kafe itu hanya menggeleng. “Kita tidak boleh menuduh orang sebarangan. Selain daripada Tarmizi Akhbar yang disiarkan fotonya oleh pihak polis, kita tidak mengetahui wajah anggota kumpulan yang lain. Jangan cepat menilai orang melalui paras rupa sahaja. Tambahan pula, lelaki tadi berambut panjang dan berkulit gelap. Manakala Tarmizi Akhbar itu seorang yang berkulit cerah dan berambut pendek. Mungkin lelaki itu mempunyai masalah lain,” ujar pemilik kafe optimis.

+++

“Hah Komander, kau dalam kesusahan sekarang! Banyak anggota kau telah ditahan polis! Kau tidak lagi berkuasa!” Ejek lelaki yang dikenali sebagai Bonny itu. “Apa yang ingin kau lakukan kini?”

“Bantu aku keluar negara,” ujarnya ringkas. Bonny dihubungi menggunakan I-Ran yang baru dibeli. I-Ran lama yang didaftar menggunakan nama Tarmizi Akhbar telah dibuang. Nama Kamarul Adli terpapar pada I-Ran yang baru.

“Kenapa pula aku perlu bantu kau? Kau sudah kehilangan segala-galanya.”

Komander tertawa kecil. “Kau tahu pepatah ‘sediakan payung sebelum hujan’?”

Giliran Bonny pula yang tertawa. “Apa yang melanda kau kini bukan lagi hujan, tetapi puting beliung! Cukupkah payung yang kau sediakan?”

“Cukup atau tidak, bukan masalah kau.”

“Perkhidmatan aku juga bukan percuma tahu!”

“Ya, aku tahu. Aku ada insurans yang paling kukuh.”

“Insurans?” Bonny ketawa terbahak-bahak. “Apa insurans yang kau ada?!”

“Crystallize.”

Bonny terdiam seketika apabila nama itu disebutkan. Crystallize merupakan dadah terbaru di pasaran. Ia wujud lebih dua puluh tahun lalu dengan nama Crystal. Sejajar dengan perubahan zaman, ianya telah diperbaharui dan memberi kesan yang lebih hebat daripada versi asal.

“Baiklah, aku akan membantu kau. Ke mana destinasi yang ingin kau tuju?”

“Bolivia.”

“Hah, kenapa Bolivia?”

“Aku suka namanya.”

“Kau seorang yang aneh.”

Komander tergelak besar. “Bila agaknya aku boleh bertolak?”

“Aku akan usahakan secepat mungkin. Esok, atau lusa kau boleh berhijrah ke sana.”

“Terima kasih. Aku akan hubungi kau lagi esok. Aku harap ada khabar gembira untuk aku.”

“Baik.”

+++
“Tuan, ada maklumat terbaru berkenaan Komander.” Seorang pegawai polis muncul di skrin. Pesuruhjaya Azrul segera memberi isyarat supaya pegawai tersebut meneruskan kata-katanya.

“Kami mendapat laporan di balai polis Desa Indah. Pelapor merupakan seorang pemilik salun kecantikan. Pelapor memaklumkan bahawa Komander telah datang dan membuat rawatan menggelapkan kulit di tempatnya. Lejadian berlaku sebelum polis mengedarkan foto Komander.”

“Sudah tentu dia akan mengubah identiti, tetapi saya tidak terfikir pula bahawa dia akan membuat rawatan untuk menggelapkan kulit. Tambahan pula, perkhidmatan tersebut juga wujud di negara ini? Siapakah pelanggannya?”

“Kebiasaannya orang yang gemar menggelapkan kulit adalah orang yang berasal dari negara yang beriklim sejuk seperti di benua Eropah ataupun Amerika. Mereka mendambakan kulit berwarna perang seakan dibakar mentari dan sanggup berhabis untuk rawatan menggelapkan kulit. Manakala di negara kita dan kebanyakkan negara di Asia, penduduknya lebih mendambakan kulit yang cerah. Malahan, di tempat kita yang beriklim tropika ini, seseorang tidak perlu menjalani rawatan untuk menggelapkan kulit. Hanya perlu keluar rumah tanpa mengenakan losyen dan berjemur beberapa jam. Kulit akan mudah bertukar warna tanpa perlu sebarang kos perlu dikeluarkan.”

Sebaik sahaja pihak polis dapat menguasai Villa Biru Kundang tempohari, seluruh kompleks villa telah digeledah dan mereka menemui sejumlah besar senjata dalam stor yang tertimbus dengan tanah. Malahan terdapat juga makmal memproses Crystallize dibina di bawah villa tersebut. Meskipun ramai anggotanya yang dapat ditangkap, sebahagian besar pimpinan Vision berjaya melarikan diri melalui terowong bawah tanah. Pihak polis menghadapi masalah untuk mengenal pasti siapakah yang terlibat dalam kes tersebut, kerana jumlah yang terlalu ramai.

CAI villa yang hampir musnah segera dibaikpulih dengan bantuan jurutera rangkaian yang dihantar oleh Kumpulan Binari. Namun begitu, tidak banyak maklumat yang berjaya diperoleh.

“Tuan ada kurang daripada seminggu, sebelum mereka menghidupkan kembali kumpulan mereka.” Amaran daripada Tengku Amir menyebabkan pihak polis menggembleng sepenuh tenaga untuk menjejaki saki-baki kumpulan tersebut.

Kemudian, selang beberapa hari balai polis Bandar Bintang menerima sebuah bungkusan yang dialamatkan kepada Pesuruhjaya Azrul. Bungkusan yang tidak mempunyai nama penghantar itu mengandungi sebuah cip yang berisi semua maklumat serta butiran ahli Vision, lengkap dengan jawatan dan peranan mereka dalam kumpulan.

Maklumat tersebut dibandingkan dengan rekod risikan polis. Apabila ia telah disahkan dan boleh dipercayai, barulah pihak polis menjalankan usaha besar-besaran menangkap ahli kumpulan tersebut.

+++

Sebaik sahaja sampai gilirannya, lelaki itu segera menghulurkan pasport kepada pegawai wanita yang menjaga kaunter imigresen itu. “Selamat pagi, puan,” ujarnya penuh sopan.

“Selamat pagi. Hendak melancongkah? Berapa hari di negara jiran?”

“Tidak lama puan. Tiga hari dua malam sahaja.”

Pasport tersebut diimbas bagi mengesahkan ketulenannya. “Kamarul Adli Muhammad Ali?” Soal pegawai tersebut.

"Ya." Lelaki itu berkulit gelap dan berkaca mata bingkai hitam. Rambut yang panjang, diikat kemas ke belakang dengan sedikit hujung rambut dibiarkan berjuntaian menutupi dahi. “Ada masalahkah puan?”

“Tidak ada masalah. Selamat bercuti,” ujar pegawai itu sambil menghulurkan kembali pasport.

Lelaki itu tersenyum lebar apabila berjalan melepasi kaunter imigresen, memasuki ruang menunggu. Bonny telah menguruskan segalanya berkenaan ‘Kamarul Adli Muhammad Ali’, manakala identiti Kamarul Adli itu diuruskan oleh seorang kenalan yang mahir memalsukan identiti.

Dia juga turut membeli tiket pulang, bagi mengelakkan dicurigai oleh pihak berkuasa. Namun begitu tiket tersebut tidak akan digunakan, kerana kenalan Bonny di luar negara akan menguruskan perjalanan seterusnya ke Bolivia. Ketika meninggalkan Villa Biru Kundang, dia telah membawa bersama dadah Crystallize bersamanya dan dijual dengan harga lebih murah berbanding harga pasaran kepada Bonny.

Wang yang diperolehinya itu digunakan untuk membiayai pembelian pasport beserta identiti Kamarul Adli. Ia juga digunakan untuk urusan pasport dan tiket kapal terbang. Dia menukar sebahagian kecil wang kepada mata wang negara yang akan dikunjungi. Selebihnya ditukarkan kepada cek pengembara, untuk kemudahannya bergerak.

Dia mengambil tempat di sebuah bangku yang disediakan sambil menunggu ketibaan pesawat yang akan membawanya keluar dari sempadan negara. Dia akan memulakan hidup baru dengan wang Empayar Tengku yang berjaya digelapkan. Dia menyanyi-nyanyi kecil tanda keriangan, namun begitu nyanyiannya tidak lama apabila beberapa orang lelaki datang menghampiri. “Encik Kamarul Adli Muhammad Ali?” Soal lelaki tersebut sambil menunjukkan kad kuasa.

“Ya, saya Kamarul Adli. Ada sebarang masalahkah encik?” Soalnya tenang.

“Boleh encik ikut kami?”

++++

Lelaki itu duduk memegang lutut sambil menghadap pintu jeriji besi yang terkunci rapat. Wajahnya masam mencuka, memikirkan di manakah silap perancangan untuk keluar daripada sempadan negara. “Adakah Bonny mengkhianati aku?” 

“Adakah si pembuat identiti itu telah ditahan polis?” Dia menggaru-garu kepala yang tidak gatal, namun soalannya tetap tidak berjawab.

++++

Tengku Sharmimi tersenyum lebar apabila membaca berita penangkapan Tarmizi Akhbar yang disiarkan di semua media.

“Helo Rahman, bagaimana dengan hal yang saya minta uruskan itu?” Soal Tengku Sharmimi. Wanita itu segera ke balkoni luar bilik rawatan itu untuk menjawab panggilan.

“Fendi telah uruskan semua hal berkenaan Tengku Sharmila. Pasportnya dijangka akan siap dalam tempoh beberapa hari lagi. Bila Tengku mahu bertolak ke England? Saya akan menguruskan tiket penerbangan ke sana.”

“Saya perlu menunggu sehingga keadaan kakak saya lebih baik dan tahan untuk perjalanan jauh. Barangkali saya masih memerlukan tempoh seminggu-dua lagi, sebelum dapat berangkat ke sana. Bagaimana dengan mesyuarat lembaga pengarah?”

“Oleh sebab pihak polis telah mengumumkan bahawa Tengku Sharmila telah terbunuh ketika peristiwa di Villa Biru Kundang, kerusinya telah dianggap kosong secara automatik. Tarmizi Akhbar pula telah ditahan polis. Buat masa ini, mesyuarat dipengerusikan oleh Tengku Akmal. Ada khabar menyatakan bahawa beliau ingin melantik Tengku Amir untuk mengisi jawatan tersebut dan membuat rombakan di syarikat.”

Tengku Sharmimi termenung seketika apabila mendengar kata-kata Rahman.

“Tengku tidak apa-apa?”

“Pakcik Akmal berhak untuk memasukkan Pakcik Amir sebagai ahli lembaga pengarah. Namun begitu, tindakan itu akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap syarikat.”

“Telah ada ahli lembaga pengarah yang bersuara tanda tidak puas hati. Malahan ada yang mengugut untuk meletakkan jawatan mereka, seandainya Tengku Amir dibawa masuk ke syarikat.”

“Adakah pakcik Akmal tahu tentang hal tersebut?”

“Saya telah memaklumkan kepada Tengku Akmal berkenaan hal ini, namun beliau hanya mendiamkan diri sahaja.”

“Kenapa pakcik tidak masukkan sahaja Zahiruddin? Bukankah dia juga telah mempunyai pengalaman yang luas dalam urusan pentadbiran?”

“Soal ini juga pernah dibangkitkan oleh ahli lembaga pengarah yang lain, tetapi ditolak oleh Tengku Akmal. Menurutnya, Tengku Zahiruddin lebih sesuai berada di bahagian kejuruteraan, berbanding bahagian pengurusan. Adakah Tengku benar-benar tidak ingin melibatkan diri dalam pengurusan syarikat?”

Wanita itu menggeleng. “Semenjak mula, saya tidak berminat untuk melibatkan diri dalam urusan syarikat. Tambahan pula, kakak saya kini memerlukan perhatian yang khusus. Dia mungkin kelihatan kuat, tetapi sebenarnya dia seorang yang lemah dan sensitif. Tempat ini, syarikat dan segala-galanya berkenaan keluarga kami, hanya akan memburukkan kesihatan minda dia.”

“Baik, saya faham. Saya akan uruskan semua perkara seperti yang Tengku pinta.”

“Rahman, terima kasih saya ucapkan. Saya akan meminta pakcik untuk menaikkan pangkat kamu.”

“Terima kasih Tengku, tetapi saya yakin dengan kemampuan saya untuk mendaki tangga pangkat di syarikat.”

Tengku Sharmimi tertawa kecil. “Hah, kamu aneh orangnya. Saya yakin dengan kemampuan kamu. Tambahan pula kebanyakkan saingan, telah pun kamu singkirkan.” Wanita itu mengutum senyum sinis.

“Mereka bukanlah saingan saya. Mereka adalah ahli kumpulan Vision, sebuah kumpulan penjenayah. Saya hanya menghantar senarai nama mereka ke pihak polis, mengikut arahan Tengku,” ujar Rahman dengan tenang, namun begitu dia tidak dapat menahan diri daripada tersenyum simpul.

“Ya.. ya.. mereka merupakan kumpulan penjenayah. Siapa sangka, eksekutif seperti kamu juga mengenali si pembuat identiti palsu itu.”

“Saya mengarahkan orang mengekori Tarmizi dan menemui orang tersebut. Kebetulan pula Tengku meminta supaya mencari seseorang yang boleh menguruskan identiti baru Tengku Sharmila. Adakah Tengku tidak mempercayai saya?”

“Hah, kamu licik orangnya. Saya tahu mengenai sejarah silam kamu dengan Tarmizi. Kamu dan Tarmizi, sama-sama masuk ke syarikat, namun dia maju ke hadapan dengan cepat.”

“Saya tidak akan menggunakan taktik kotor sepertinya.” Air muka lelaki itu kelihatan yakin. “Saya yakin dengan kemampuan saya.”

Tengku Sharmimi tersenyum lebar. “Baiklah, semoga kamu berjaya.”

“Terima kasih, Tengku.”

Continue Reading

You'll Also Like

71.1K 4.4K 25
ᴀᴘᴀᴋᴀʜ ᴊᴀᴅɪɴʏᴀ ʙɪʟᴀ ᴋɪᴛᴀ ᴍᴇᴍʙᴜᴋᴀ ᴍᴀᴛᴀ ᴅᴀɴ ꜱᴇᴅᴀʀ ᴋɪᴛᴀ ꜱᴜᴅᴀʜ ʙᴇʀᴀᴅᴀ ᴅɪ ᴢᴀᴍᴀɴ ʟᴀɪɴ? ᴅɪᴋᴇʟɪʟɪɴɢɪ ᴘᴇʀꜱᴇᴋɪᴛᴀʀᴀɴ ʏᴀɴɢ ᴀꜱɪɴɢ, ᴀᴢʜᴀʀ ᴍᴇᴍᴜᴛᴜꜱᴋᴀɴ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴍᴇɴᴄᴀʀɪ...
67.9K 7.8K 31
Sequel kepada »ERROR« Daerah Kudat musnah, lenyap daripada muka peta dengan hanya sebiji bom. Tujuannya adalah untuk menghalang daripada wabak mister...
7.3K 168 6
Info maklumat berdasarkan Akhzaman Blogspot
258 22 5
Terbitan K-Lit - Karangkraf @ PBAKL 2024 Di Universiti VerseMedia, para pelajar bersorak teruja menyambut inovasi terbaru universiti tersebut - sebua...