Virus L-2

By SuriMawarneKaidar

938 93 11

Puteri sepatutnya bangkit daripada 'tidur' sebagai simbol kemajuan teknologi yang akan memacu manusia ke taha... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Baby 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29

Baby 25

10 2 5
By SuriMawarneKaidar

Persekitaran villa itu telah lama sunyi daripada bunyi tembakan. Namun ia kini bingit dengan bunyi berpuluh-puluh ambulan daripada beberapa buah hospital berhampiran, untuk membawa kesemua yang tercedera ke hospital. Pasukan bomba yang tiba sebelumnya pula sibuk memadamkan kebakaran.

“Ketua kumpulan Vision, Tengku Sharmila Tengku Aizat dilaporkan telah terperangkap dalam kebakaran villa dan meninggal dunia di tempat kejadian. Saki-baki ahli kumpulan yang dipimpin oleh pembantunya Tarmizi Akhbar atau dikenali juga sebagai Komander, telah berjaya melarikan diri. Tengku Amir Ahmad telah berjaya diselamatkan daripada kebakaran tersebut. Sumber tenaga Puteri telah dikeluarkan dan android tersebut telah dihantar terus ke makmal di Bandar Bintang. Walaubagaimanapun, robot yang bertarung dengan Puteri telah berjaya menghilangkan diri.”

Pesuruhjaya Azrul mengangguk faham apabila laporan itu disampaikan kepadanya. Lans Koperal Idzhar Lim yang bekerjasama dengan konsultan daripada Kumpulan Binari memaklumkan rancangan mereka untuk menguasai CAI villa dan melepaskan Virus L-2. Sebaik sahaja CAI villa dapat dikuasai, mereka mendapati kumpulan itu telah berjaya melarikan diri.

“Virus L-2 dilepaskan.” Pandangan semua orang tertumpu pada skrin. Mereka ingin memastikan ianya benar-benar berfungsi. Kemudian, seperti yang dirancangkan, selepas beberapa saat Virus L-2 dilancarkan, Puteri terhenti dengan sendirinya. Tanpa membuang masa, robot berwarna perak terus mencengkam dada Puteri dan mengeluarkan ‘ruby’. Selepas itu, ia segera menghilangkan diri.

+++

Adam Dennis menoleh ke arah Moonlight yang berbaring di tempat duduk belakang MPV yang dipandu oleh Max. Android itu mengalami kerosakan teruk di seluruh badan. “Bawa kekasih hati saya itu kembali ke sini dan saya akan memperbaikinya supaya ia kembali pulih seperti sedia kala,” ujar Wilhem.

Duduk berhampiran Puteri, seorang lelaki berbangsa India yang mengalami kecederaan di bahu. “Siapa kau?” Soal Adam Dennis ketika pertama kali menemui lelaki tersebut.

Sebaik sahaja tamat perbualan mereka dengan seorang lelaki bernama Asyraff dan juga isterinya Normi berkenaan perancangan menguasai CAI, lelaki berbangsa India itu dilihat berlari keluar daripada pintu utara villa sambil memegang bahunya yang berlumuran darah. Beberapa orang lelaki berseragam ungu mengikut di belakang, sambil melepaskan tembakan. Wajah mereka kelihatan marah.

Tanpa menunggu arahan Adam Dennis, Maximillian Wagner terus bergerak sendiri. Dia mara dan menembak ke semua lelaki berseragam ungu itu satu demi persatu. “Adakah kau di pihak Tengku Amir?” Lelaki itu segera mengangguk.

“Aku Shankar. Terima kasih kerana menyelamatkan aku.” Shankar akhirnya membuka mulut. Luka di bahunya telah dibalut oleh Max. “Aku bersama-sama Tengku Amir,” ujarnya sambil mengerling me arah Moonlight. “Android ini tidak merbahayakah?”

Adam Dennis dan Maximillian Wagner ketawa kecil apabila mendengar soalan Shankar. “Moonlight berada di bawah kawalan kami. Ia tidak akan mengganas seperti Puteri.”

“Puteri...” Shankar terdiam seketika. “Bagaimana dengan Puteri?”

“Hah, kamu tentu tidak tahu apa yang telah berlaku di sebelah hadapan villa. Puteri telah mengganas dan mencederakan ramai polis dan Moonlight datang seperti hero penyelamat.”

“Hero? Tak nampak seperti hero pun. Rupanya lebih kepada mangsa.” Shankar membelek-belek Moonlight.

“Hei... hei... kamu jangan merendahkan Moonlight. Terutama di hadapan Wilhem!" Marah Adam Dennis. Adam Dennis menterjemahkan setiap butir perkataan yang diucapkan oleh Shankar ke bahasa yang difahami oleh Max.

“Rangka bentuknya menyerupai Puteri,  walaubagaimanapun bahan yang digunakan tidak sekuat Puteri.” Shankar mengetuk Moonlight dengan hujung jarinya. “Ia berbunyi kosong dan tidak mampat seperti Puteri. Sebab itu ianya mudah kemik dan rosak.”

“Apa yang kamu tahu mengenai Puteri?”

Shankar mengangkat keningnya. “Saya tidak mengetahui banyak perkara, tetapi saya membesar dengan ‘ia’. Bapa angkat saya adalah pencipta Puteri.”

“Siapa? Tengku Aizat?”

Kali ini giliran Shankar pula yang ketawa besar. Dia menggeleng-geleng. “Tengku Aizat hanyalah ketua jurutera. Orang yang sebenarnya mengkaji dari mula adalah bapa angkat saya, Dr. Said. Arwah Dr. Said. Beliau telah dibunuh Puteri tidak lama dahulu.” Shankar tersenyum kelat.

“Jadi, tujuan kamu bergabung dengan Tengku Amir adalah untuk membalas dendam?”

Shankar tersenyum lebar. “Ya. Apakah tujuan kau pula? Apa faedah yang diperolehi oleh seorang lelaki kulit putih seperti kau? Malahan kau sanggup melabur untuk mencipta... apakah namanya? Moon right?”

“Namanya Moonlight. Ah, kamu tidak perlu tahu tujuan saya. Bolehkah saya tahu, di mana Tengku Amir?”

Shankar merenung ke arah lelaki kaukasian itu. “Kau juga ingin membunuh Tengku Amir?”

“Jauh daripada itu. Saya ingin melindunginya.”

“Kenapa?”

“Rahsia.” Adam Dennis tersengih sehingga menampakkan giginya yang putih dan cantik berbaris itu.

Shankar mengeluh panjang. Pandangannya dilemparkan keluar daripada tingkap kenderaan yang bergerak itu. “Tengku Amir ingin berjumpa sendiri dengan anak saudaranya. Perempuan di sebalik kumpulan ungu itu, Mel. Tugas aku adalah untuk mengiring sehingga dia masuk ke dalam.”

“Itu sahaja tugasan kamu? Tidak ada tugasan lain?”

Shankar pula tersenyum nakal. "Rahsia.”

Max yang sedang memandu, melirik ke arah Shankar sambil membisikkan sesuatu dalam bahasa asing kepada Adam Dennis. “Dalam beg tu barang letupan? Kau yang bertanggungjawab terhadap letupan di villa?”

Shankar mengerutkan dahinya seakan bertanya, ‘Bagaimana kau tahu?’.

“Max adalah seorang bekas tentera dan dia dapat mengecam bau bahan letupan dan juga belerang,” jelas Adam Dennis.

Shankar mengangguk lagi. “Tengku Amir suruh aku letupan laluan ke stor senjata, supaya mereka tidak dapat akses ke situ dengan mudah. Nailofar pula menjaga Sarah ketika budak perempuan itu menggodam CAI villa. Ah, aku tidak pernah jumpa budak perempuan yang sebegitu. Mudah sahaja dia menceroboh CAI sekolahnya dan melarikan diri. Kemudian, Tengku Amir pula akan berjumpa dengan Mel.”

“Kenapa dia ingin menemui Mel?”

“Entah? Barangkali dia ingin menebus dosa lamanya? Kau tahu, ketika kejadian dua puluh tahun lalu, bapa Mel terbunuh.”

Dahi Adam Dennis berkerut-kerut, seakan berfikir sesuatu. Dia segera menghubungi Tengku Zahiruddin dan berharap sepupunya itu mengetahui sesuatu. Kerut di wajah Tengku Zahiruddin sama banyak dengan kerut di dahi Adam Dennis. “Kenapa?” Adam Dennis ingin tahu.

“Pakcik Amir telah berjaya diselamatkan oleh pihak polis dan dibawa ke hospital.”

“Oh, khabar yang baik, tetapi kenapa wajahmu keruh?”

“Mel.”

“Kenapa dengan Mel?” kali ini Adam Dennis pula yang bertukar gelisah.

“Polis mengesahkan bahawa Mel terbunuh dalam kebakaran di villa.”

“Oh, innalillah.” Wajah Adam Dennis bertukar menjadi muram. “Saya sangka dapat menyelamatkan dia.”

Tengku Zahiruddin cepat-cepat menggelengkan. “Meskipun begitu, pihak polis tidak menemui jenazah Mel! Tidak mungkin dia ghaib begitu sahaja!”
“Adakah kemungkinan untuk ahli kumpulannya yang membawa jenazahnya pergi?”

“Saya berharap sekurang-kurangnya kita dapat mengebumikannya dengan sempurna. Saya tidak mahu jenazah Mel dibuang di hutan atau dilupuskan di mana-mana.”

“Pakcik Amir... mungkin dia mengetahui apa sebenarnya yang telah terjadi di situ? Kita patut bertanya kepada beliau akan hal ini.”

“Ya, bagus cadangan itu. Harapnya dia tidak melarikan diri lagi daripada hospital. Saya akan meminta pihak polis menggarinya ke katil. Adakah kalian ingin terus menuju ke makmal? Khabarnya Moonlight mengalami banyak kerosakan?”

“Wilhem menggesa kami untuk segera ke sana.”

“Baiklah, pesan kepada Max supaya berhati-hati memandu.”

“Terima kasih atas ingatan.” Adam Dennis menghela nafas panjang. Pandangannya dibuangkan keluar. Dia tidak tahu apakah reaksi yang sepatutnya diberikan terhadap khabar itu. Dia gembira apabila Tengku Amir dapat diselamatkan, namun begitu dia juga turut kecewa kerana tidak dapat menyelamatkan Mel. Perlahan-lahan, air matanya jatuh membasahi pipi.

“Boleh aku tanya sesuatu?” celah Shankar secara tiba-tiba. Adam Dennis mengalihkan pandangannya ke arah lelaki India itu dan memberi isyarat supaya Shankar meneruskan kata-katanya. “Ah, kau menangis?”

Adam Dennis segera menyeka air matanya daripada terus jatuh.  Shankar terdiam seketika sebelum menyambung, “Kenapa kau beria-ia benar untuk terlibat dalam kes ini? Siapakah kamu kepada keluarga ini?”

Adam Dennis cuba mengorak senyum namun pandangannya dipenuhi dengan perasaan sayu dan pilu. “Saya adalah cucu sulung keluarga Tengku dan Mel adalah adik perempuan saya.” Jawapan itu cukup untuk membuatkan Shankar melopong. “Saya berharap saya dapat menyelamatkannya, namun segala-galanya telah terlambat.”

+++

Perjalanan ke hospital dengan berbaring di atas pengusung di dalam sebuah ambulans yang dipandu laju, bukanlah satu pengalaman yang baik. Namun begitu, Tengku Amir tidak sempat untuk ‘menikmati’ perjalanan itu. Dia merenung lelangit ambulans dengan fikirannya jauh menerawang kepada peristiwa sebelumnya.

Dia melihat Mel rebah ke lantai, akibat dikhianati oleh Komander. Mereka bergegas pergi, meninggalkan dia dan Mel. Bunyi tembakan dan letupan jelas kedengaran di sana-sini. Setelah beberapa ketika, dia dapat mendengar bunyi tapak kaki menghampiri ruang itu. Sangkanya pihak polis telah tiba, tetapi apabila dia mengangkat kepala, didapati orang yang tiba itu adalah Tengku Sharmimi, adik Mel. Wanita itu muncul dengan beberapa orang di sisi.

Mereka  mengangkat Mel ke atas pengusung dan memberi bantuan kecemasan.

Sebelum berlalu, Tengku Sharmimi berkata, "Soal Komander, pakcik jangan bimbang. Saya akan menguruskan hal dia. Begitu juga dengan hutang pakcik terhadap keluarga kami. Anggap sahaja ianya telah langsai. Tiada lagi apa yang perlu dituntut di antara kita. Jika pakcik terselamat, saya harap pakcik dapat membantu sesuatu. Tengku Sharmila telah meninggal dunia dan mayat dibawa pergi oleh ahli kumpulannya. Adakah pakcik faham?”

Tengku Amir menjawab dengan kerdipan mata.

“Terima kasih pakcik. Saya tidak akan melupakan jasa pakcik. Kami akan berhijrah jauh daripada masyarakat. Saya tidak pasti lagi ke mana hala tuju kami. Namun apa yang pasti, orang tidak akan mendengar lagi nama Tengku Sharmila, kerana beliau telah pun ‘mati’. Selamat tinggal pakcik. Semoga tuhan berada di sisi pakcik.”

Tengku Sharmimi bingkas bangun. Wanita itu mengarahkan kawasan itu disiram dengan minyak tanah. Sebelum berlalu, dia tersenyum memandang Tengku Amir. “Selamat tinggal pakcik!” Ujarnya sambil melemparkan sebatang mancis yang telah dinyalakan.

Api merebak dengan cepat sehingga bahangnya terasa di muka Tengku Amir. Lelaki itu hanya tersenyum memandang ke arah api yang menjulang. Namun begitu Tuhan masih belum mahu dia menghadapNya, lalu mengutuskan beberapa orang polis ke situ. Dia berjaya diselamatkan dan dibawa keluar.

“Mel... Mel... ma.. ti..” dia cuba menggagahkan diri menyampaikan amanat Tengku Sharmimi.

“Mel, ketua kumpulan itu telah mati?” Soal seorang polis.

“Mel... Mel... mati... Me.. reka... ba... wa... di.. a.. pergi.”

“Tuan, Tengku Amir memaklumkan bahawa ketua kumpulan Vision iaitu Mel telah meninggal dunia dan mayat dibawa pergi oleh ahli kumpulannya.”

“Baik, laporkan begitu!”

+++

“Bagaimana dengan keadaan kakak saya?” Soal Tengku Sharmimi dengan wajah bimbang.

“Syukur kepada tuhan, kerana dia telah berjaya melepasi saat-saat kritikal. Keadaannya telah pun stabil.” Laporan daripada doktor itu membuatkan wanita itu tersenyum kembali.

“Adakah kamu pasti dengan tindakan yang kamu lakukan?” Soal seorang lelaki.

Tengku Sharmimi tersenyum lebar. “Maafkan saya abang. Saya tidak boleh membiarkan kakak saya begitu sahaja. Dia merupakan satu-satunya saudara kandung saya di dunia ini. Selama ini hidupnya kesepian dan dipenuhi dengan perasaan dendam. Saya mahu dia memulakan kembali hidupnya. Saya mahu dia tahu bahawa dunia ini penuh dengan kasih sayang.” Tengku Sharmimi segera memaut pinggang lelaki itu.

“Saya mahu kakak tahu bagaimana berkasih sayang, sebagaimana yang kita lakukan. Dunia ini bukanlah sebuah dunia yang kejam dan zalim seperti sangkaannya. Dia terlalu hanyut dalam emosi sehingga tidak dapat melihat keindahan dunia.”

“Mimi, adakah kamu tahu bahawa perangai kamu adakalanya menakutkan saya.”

Tengku Sharmimi tertawa kecil. “Oh yakah? Maafkan saya jika saya menakutkan abang. Saya akan pastikan anak-anak kita tidak ternampak sisi lain ibu mereka ini. Saya berjanji, hanya sekali ini sahaja saya berbuat demikian.”

“Benarkah? Saya gembira jika ianya begitu.”

“Peristiwa dua puluh tahun lalu, sedikit sebanyak memberikan kesan kepada saya. Saya cuba untuk menjadi seorang yang rasional. Tambahan pula apabila melihat kakak dan ibu menjadi sangat tertekan. Saya tidak mahu mereka bertambah runsing. Saya berusaha untuk menjalani hidup secara normal dan sebab itu saya dapat menemui abang. Terima kasih kerana menerima saya seadanya.”

Lelaki itu tersenyum lebar sambil meleraikan pelukan Tengku Sharmimi. “Tidak perlu berterima kasih. Saya hanya mahu isteri saya yang tersayang ini tersenyum sentiasa. Saya tidak mahu isteri saya sentiasa dirundung duka. Jika dengan cara menyelamatkan Tengku Sharmila dapat mengekalkan senyuman di bibirnya, saya sanggup memejamkan mata dan tidak terlihat peristiwa ini,” ujar lelaki itu sambil membelai lembut rambut isterinya.

“Oh ya, bagaimana dengan Tarmizi Akhbar? Saya telah memastikan peguam kita dapat menghalang pemindahan milik harta Tengku Sharmila ke tangan Tarmizi. Ah, lelaki itu terlalu licik dan Sharmila pula sebenarnya terlalu naif. Adakah sebenarnya Sharmila telah jatuh cinta kepada Tarmizi?”

Tengku Sharmimi mengangkat bahu tanda tidak tahu. “Hatinya tentu benar-benar terluka jika benar dia telah jatuh cinta kepada Tarmizi. Lelaki itu bukan sekadar mengkhianati, malah cuba membunuh kakak dan merampas pula hartanya. Saya tidak akan melepaskan lelaki keji itu!” Tengku Sharmimi mengetap gigi menahan marah.

Lelaki tadi pantas memeluk isterinya itu dan memujuk. “Usah bimbang berkenaan Tarmizi. Saya telah menghantarkan orang untuk menguruskannya. Saya mahu dia dihadapkan ke pengadilan dan menerima hukuman. Mimi tidak perlu campur tangan dalam hal ini. Mimi hanya perlu sentiasa berada di sisi Sharmila. Apabila sedar kelak, dia mungkin menghadapi tamparan emosi yang sangat hebat. Ketika itu, hanya Mimi sahaja yang dapat menenangkannya kerana dia juga tidak mempunyai saudara lain, selain daripada Mimi.”

“Terima kasih.”



Continue Reading

You'll Also Like

Destiny's will By wana

Science Fiction

1.1K 115 19
Seperti anjing dan kucing bila bertemu tetapi bila salah seorang tiada hati pasti merindu . Sudah bersama selama 17 tahun , apa nasib Nawal Jelita...
HERO By Hilal Asyraf

Science Fiction

11.8K 338 7
HERO - Novel ini menceritakan Amir Faheem, seorang pemuda yang hidupnya jauh dari syariat Islam. Satu hari, ibu bapanya mati dalam tragedi. Rupa-rupa...
13.2K 1.3K 14
ยฉ2019 -๐Š๐‡๐€๐ˆ๐๐ƒ๐„๐‘๐๐”๐„๐๐Ž (๐–๐€๐’ -๐๐”๐๐†๐Œ๐ˆ๐) ๐’๐“๐Ž๐‘๐˜๐‹๐ˆ๐๐„ [BANGTAN SERIES #6] โœงโ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ€ขโโ€โโ€ขโ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โœง Virtual Love, sebu...
5.4M 298K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...